Poem pagi tadi adalah auto publish punya entry.
Yang ni baru fresh. Sahur pagi tadi dah terbabas.. Hanya sempat minum teh o sama buah tamar. Apakan daya..
Aku dah kunci jam pukul 4. Konon nak bangun masak kicap ayam jer. Rencah sumer pun dah prepare. Ayam pun cuci. Siap perap lagi. Alih-alih dekat nak subuh baru jaga.
Kesian kat diorang bertiga la. Aku no hal punya.. setakat kerja duduk jer..besarkan montot…takder guna banyak tenaga. Diorang bertiga tu means..my laki…and adik-adik aku. Diorang start kerja kat Shah Alam hari ni. Maybe banyak kerja hari ni. Harap-harap dapatlah bertahan.
Sepatutnya aku bangun pukul 4.. tapi si Hadif awal-awal lagi dah kejut aku nak susu. Lepas bangun settle kan dia aku sambung balik tido.. kalo dah sambung balik tido paham-paham jerla. Kalo setakat alarm hneset..ujung-ujung telinga jer bunyinya... Ntah bila aku stopkan alarm pun aku tak perasan. Akhirnya pukul 5-20 aku terjaga.. Masa tu la gelabah puyuhnya. Nak masak air tetiba jer jug letrik ni rosak… Sila abaikan blender yang dah bersawang itu.
Masuk dalam bilik a.k.a stor mencari benda tersembunyi… nasib baik jumpa cerek baru yang mak mertua aku kasi dulu. Tak sangka pulak masa ni la jug masak air tu rosak.. Dah la lambat … bertambahla lambat.
So sudahnya sahur ngan teh o ngan kurma jer… budak 2 orang tu minum air jer. Ajeed plak minum air pastu tanya biskut-biskut takder ker…
"Nah…biskut Hafiy punya….. "
Sudahnya cicah teh o ngan biskut Hafiy. Pagi tadi masa dalam keter hantar aku datang kerja.. mengadu pedih perut.
"Masa awak kejut sahur tadi dah terbayang ayam masak kicap…hujung-hujung bunyi minum jer…adoiii.."
Sorryyyyy…ampun pakkkkkk………….
No comments:
Post a Comment