Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)

Wednesday, August 11, 2010

SAHUR PERTAMA KAMI

Punyalah semangat nak bangun sahur. Siap kunci jam kat 2 bijik hanset. Tapi tak sempat bunyi aku dah terbangun kul 3. Setnya kul 4-30. Dah alang-alang Hadif bangun nak susu aku pun terus bangun masak nasi jerla. Pastu biar dalam periuk tu sampai kul 4-30.. baru makan.

Menu pagi tadi agak simple… Daging Singgang... Sampah sarap jer yang banyak... dagingnya sikit jer.... nak kawwww punya pasalll...dah terlebih bawang putih...telan la jugak..itu jer yang ada.


Telur Masin..yang terpaksa disorok sebijik kerana di kejar Hafiy.. sekarang dia tengah gila Telur Masin... masin pun diratahnya.... telor tu kira accept la lagi..tapi saper nak jawab kalo botol garam tu dia boleh buka jilat skali....


Dan Sambal Bilis Kering + kacang and kentang sekali. sambalnya nak kegaringan tapi ke arah hangit la plak.. wrong setting hehe.


Itu sajalah sajian kami untuk pagi tadi. Tapi perut pagi ni rasa lenmacam la plak.



Tekak plak dibasahi dengan Air Neslo Panas… bagi sket tenaga…. Kalo minum HO..Ho..Holiks lagi bertanaga. Macam Marsha anak Liza Hanim….

Bila kami sibuk sahur Hadif plak sibuk nak kuar. Kitorang dah siap sahur..dia masih tak nak tido lagi. Dahhhh masalah plak. Pagi besok kena bangun senyap senyap ni. Tak boleh kasi dia bangun sekali. Golek punya golek akhirya dalam pukul 6 dia tertido balik… 6-50 bangun mandi. Nasib baik tak merengek. Elok jer bangun pagi tadi senyum senyum simpul.

Hafiy jugak yang kesedapan tido… tak jaga-jaga… 7-30 nak kuar baru kejut … tapi 2 tahun lepas sama gak.. dia yang jadi tukang kacau. Sekarang tido adalah keutamaan dia. Buat la macam-macam bunyi kat dapur.. takder hal punya.

No comments: