Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)

Thursday, January 31, 2013

Blur Kejap..

Assalamualaikum..

Sebenarnya jiwa tengah kacau ni sebab tu la idea tadak mali lo...
Kalo di paksa jugak..gerenti hasilnya mesti entry merapu...percayalah cakap gue.

Tapi takperla.. sebab tengah bosan nak gak aku cerita ceriti kat sini. Sebab kalo tak mencecer kat blog satu hari rasa macam kepala ni macam mampat sangat. Siyes. Otak ni macam tepu jer. kekeke.

Sekarang ni kan musim CNY..so limau mesti datang bertubi tubi... Tapi serik wey...2 minggu lepas macam nak mati semput lepas makan limau 3-4 ulas. Belum habis sebijik. Nasib baik aku tak habiskan sebijik, kalo tak..wallahhuaklam... Nasib baik ada simpan stok ubat semput. Kalo tak mau terjah ER spital Kajang.



Semalam datang supplier... ekceli scrap collector.. Datang bawak hamper.. sekali ko..tinggal bakul jer yang boleh ambik. Yang lain semua tak boleh telan. Tak kisahla orang kata aku kolot ke..ala setakat bijik matahari takkan tak boleh makan... Tapi sorry la.. memang aku tak leh makan.


Yang paling best.. ntah apa nama. Tanya member Chinese sorang tu katanya rasa macam hot dog jer..
Ermm takpela korang jerla yang makan.


Hurmmm...
Tak sabar nak buat red valvet hujung minggu ni... nak buat 4 layer... Lepas tu nak topping dengan cream cheese... Layer tengah tengah tu nak letak menda tu jugak.

Sekian wassalam

Wednesday, January 30, 2013

Gila Buat Kek.

Assalamualaikum..

Cuti Maulidur Rasul lepas sepatutnya aku kerja sebab cuti hari tu dah di bawak ke hari jumaat esoknya tu. Tapi disebabkan Ajeed ada kerja katanya..maka aku pun apply la cuti. Kalo tak cuti camner?..Mana nak letak hero 2 orang tu. Rugi satu hari cuti tahunan aku. Alih alih pagi tu aku tanya balik Ajeed... tak kerja plak dia. Eeeee...geram sangat. Rugi jer cuti tahunan aku. Tapi takperla.. Duduk la rumah habiskan masa dengan family. Pun best jugak. Dah alang alang cuti.. apa lagi.. meronda lah kami menghabiskan duit. Ajeed kata dia nak beli oven.. Senang nak bakar bakar kambing katanya.. Pastu dia siap pesan lagi.. Awak diam.. kan dari saya nak beli... langsung tak jadi beli...


Dia tahu aku banyak bunyi..Tu siap warning awal awal. So sepanjang kat kedai tu aku terpaksa zip la mulut aku..kang tak dapat oven kang?. Mula tu dia beli yang Elba punya...40 liter kot. Balik jer rumah. Bukak nak pasang tu tengok macam kemek jer bahagian atas. Terus jam tu patah balik. Mintak tukar..


Lama tunggu dia balik..sampai sampai aku tengok brand lain plak yang keluar. Morgan plak. Apa cer...Dah la dia rembat yang display punya. Takder buku manual la kan?. Kesannya sampai rumah tak reti nak ON.. Tepon balik orang tu mintak tukar. Terpaksalah dia tanya outlet kat tempat lain. Sebab yang kat kedai dia ni dah takder stok. Hurmmm.... tak masak la kambing aku hari ni. Barang sumer dah beli cukup lengkap. Konon malam ni western la kito.


Sementara nak tunggu besok ni tangan dia memang gatal duk menggodek la..pulas tu pulas ni.. tetiba ..TING... eh..ok plak. Sah la tadi tak pandai nak pulas. Macam tikus tengok besi la kekdahnya. Bila dah ok apa lagi...testing la bakar kambing plak.. ermmmmm dapppp.....


Ok.. dah habis cerita beli oven...citer citer pasal buat kek ni. Dulu kat tempat kerja kengkawan duk bercerita pasal resepi tu rasepi ni..kek tu kek ni..pavlova tu semua aku takder rasa sikit minat pun nak mencelah..ko beli la apa...ermm.. jeling jer . Tapi sekarang lain dah plak.. asyik goggle resepi nak buat kek jer kerjanya.. tapi aku tak nak susah susah nau macam tu, sukat sukat tepung bagai ni semua. Pergi Yummy kat Bangi sana nun.... ko pilih la.. apa jenis kek yang ko nak. Sekarang aku tgh nak blajar cara cara nak buat kek red valvet..kekeke...jangan tak caya wey.


Buat masa ni aku dah lepas buat muffin vanila ok.. bangga tuh. Tapi biasala.. takderla 100% menjadi. Ok la setakat nak makan kami anak branak. Rupa tak penting..rasa tu yang penting...ceh... Anak branak makan pun tak terhabis ok.. aku siap tapau untuk jiran sebelah lagi. Dapat la bagi rasa 7 ketul. Yang lebihnya kami jer la makan. Yang bestnya org lain tabur cokelet rise tu masa dah masak. Aku plak siap bakar skali. Dah tabur siang siang. Patut la tak lawa. Semua masuk ke dalam jer. hehe. Tukang tabur sokelat rise tak lain tak bukan..Hadif la. Dia dah sign kontrak sampai mati kot..


Anak anak yg paling eksited. Maklumlah selama ni tak pernah tengok rupa kek yang kena bakar. Bila dah naik menggunung masa kek tengah kembang...


Ibuuuuuuuuuuu... kek tu dah tinggi la...
Ermmmm.....tauu.. tau..

Walhal ibu pun jakun jgk.. maklum la tak pernah tengok rupa kek tengah nak masak..kekeke. Dan kerana terlebih eksited maka muffin yang simple tu pun boleh hangus...hehehe. Ok la tu.. Novis la katakan... Dah expert nanti tengokla..


Besoknya tak puas hati gatal tangan nak membakar lagi. Sudahnya.. kek kukus yang nyata dan jelas dia suruh kukus tu aku bakar. Sudahnya cacat la wey muffin kukus aku. Kenalah masuk dalam kukusan balik. Kukus plak.

Sementara tengah gian nak buat kek ni layankan ajer la. Tengok jer berapa lama rajin ni bertahan. Yang buat aku malas sekarang ni sebab tak reti nak mengagak... resepi dia pakai gram sumer. Telor pun gram.. sebijik telor tu brapa gram yer?... Banyak lagi la yang tak lengkap ni.. timbang kena beli..penyukat air kena beli...stand mixer erk..?..yang mesin untuk adun tepung tu apa ke namanya...hahhh..tu paling penting. Sebab aku main blend dalam blender bawang tu jer. Pastu kacau pakai sudu. No wonder la kek kukus aku cantik bebenor... menggerutu jer. Macam jalan raya yang baru lepas kena sodok ngan bekho. Gitu la rupanya. Sebab tu bertimbun cokelat rise aku tabur kat atas tu. Cover la konon.. Itu tak penting.. yang penting di mata Ajeed...

Sedappppp.... 

hehehe,,, sekian
Wassalam...

Tuesday, January 29, 2013

Aroma Ikan Bakar Jeram | Terbaik Beb...

Assalamualaikum..

Sayang seribu kali sayang..nak share pic banyak banyak pasal Aroma Ikan Bakar Jeram ni tak dapek. Ajeed punya tab kehabisan bateri. So kenalah ambik pakai kamera cikai saya ini. Ermmm..janji ado..yer dop.


Ahad malam lepas AJeed dah melepaskan hajat yang lama tertunggak tau. Nak bawak mak abah dia makan ikan bakar kat Jeram. Akceli family Ajeed ni asal Jeram sana tapi rasanya tak pernah pun dia lepas ke sana untuk merasa ikan bakar ni. Lagipun dulu mana ada top.. orang pun kurang.. Amat terkejut 10X ganda bila malam Ahad lepas tempat itu dah berubah 360 degree... Memang terbaik punya Ikan Bakar.


Kalo ikutkan la tempat ni belakang rumah lama Ajeed jer. Masa family dia tinggal sana ikan bakar tokey tol Shapadu tu jer yang top. Aroma ni memang takder orang. Aku rasala tempat ni mula di kenali sejak masuk Jalan Jalan Cari makan kat tivitiga suku hari tu. Aku syak la.


Untuk merasa kepuasan sebenar makan seafood kat sini adalah pilihan yang tepat. Pastu sebelum pergi tu elok call tempah dulu sebab kalo pergi malam minggu or public holiday memang tempat dia crowded giler. Jem gila babas. Pastu parking plak dekat 1km kena jalan. So kalo lapau sangat tak nak menunggu lama elok tepon tempah dulu.


Konsep kat sini...kena beratur panjang panjang..pilih seafood..timbang pastu dia akan tanya ko nak masak apa. Dia bagi la contoh menu sebagai rujukan. Macam kitorang malam tu..sotong boss ambik 4 ekor besar besar.(bakar)..sedap giler weyhh... Ketam plak 6 ekor kot boleh tahan besarnya.. (masak sambal..pun sedap giler)..Ikan Jenahak memang BAPAK besarrrr....(bakar..TERBAIK).. Ikan Pari sekor jer... bakar jugak...Ikan SIakap besarrrrr (stimmmm... memang layan )...Udang sederhana besar kita mintak masak ngan butter..BUtter Prawn la kekdahnya....


1 lagi yang pestime aku makan kat sini... Pepahat..macam siput gak..walopun rupanya macam cicak mati tersepit kat pintu..walahheyhh sedapppp siot.. Ajeed mintak msak halia..memang sedap....ko lupa kejap dengan rupa bentuk fizikal tadi. Itu jer kot yang kami order...Nasik 9 pinggan..pastu air jer la....


Total boss bayar RM270.... ermmmmmm boleh tahan weyyyhh. Tapi sebab puas hati dengan kesedapan aroma bakar bakar kat sini... makanya...

"errmm sekali skala ..ok la.."

Saper saper yang nak merasa seafood yang betul betul seafood buka seefoot.. boleh datang sini HIGH RECOMENDED okey.. Tapi pastikan anda buat tempahan dulu.. Takder la menunggu lama ya amat..

Pantai Jeram, Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan.
Opening Hours: 4.00 pm to 12.00am,
Closed on Monday once every two weeks.
For reservation :Tel. Number: 017-316 3117/019-2084452

Kat sini memang santai giler.. sebab belakang kedai tu Pantai Remis..ko boleh nampak matahari terbenam dari situ.. Dekorasi kat sini plak... buluh anyam.. Agaknya nak siapkan satu kedai ni berapa batang buluh yang diorang tebang..

Nak cari tempat ni senang gila.. pegi jer Jeram cari Pantai Remis.. situ la ko akan jumpa Aroma Ikan Bakar..

Sekian Wassalam..

Tuesday, January 22, 2013

JM Bariani Lagi

Assalamualaikum...

Dah tak jadi nak bermanda manda kat Desa WaterPark, apalagi kita makan jer la.. Kali ni aku nak try nasi beriani lagi tapi bukan yang Seksyen 7 Shah Alam nun. Nak rasa yang Bangi ni plak seksyen 8. Pandai jer Ajeed saiko aku pasal mandi tu..Dah tak bagi pegi udahla.. aku takdernya nak menipu lagi.

Ish awak ni.. tempat macam ni nak mandi?...budak kencing la...apa la..Pastu buat ke awak terminum ker....tak geli ker?

Ermmm... dah tak bagi pegi..udah udahlah mensaiko gue. Ekceli aku pun geli.. Tu sebab kalo tak dapat pegi pun tak ralat. Elok aku mandi kat air terjun lagi. Atleast kalo ada manusia kencing pun air tu mengalir. Bukan bertakung. Uwekk..

Ermmm... abaikan citer mandi tu. Elok kita citer pasal makan jer. Nak mencari kedai ni satu hal. Jenuh menggoggle jugaklah tapi bila dah jumpa. Alahai..kat sini rupanya. Lokasinya area Abdullah Chan Bangi tu jer...Tapi belah belakang la... Masuk ikut lorong Papa Rich tu then pusing belakang. Jumpa la JM Bariani.


Macam biasa la.. Bukan ada ramai orang pun. Aku syak la sebab mahal sangat. Macam tak tau pesen tekak aku ni selagi aku tak muak selagi tu aku akan ulang makan. Biasanya tak sampai 3-4 kali. 2 kali dah jemu kot. Macam restoran arab hari tu..2 kali pegi dah cukup. steak kat D'One pun sama. 2 kali dah cukup. Lepas ni aku nak cari beriani lain plak.

Ajeed ada gak membebel kat aku..

"Awak ni... hari tu dah try.. try la tempat lain plak.."
"Lom puas lagi la.. sedap kat sini"


Hari tu order nasi beriani ayam masak merah 2 .. aku ngan adik aku. Ajeed plak beriani ngan kambing la ..apa lagi..nuggeet sepinggan air 3 gelas...RM70 kena... Ermmm..sekali skala leh la kot..2 kali 2 kala...tahan lagi tapi kemut la..3 kali 3 kali..Dah... next kita try tempat lain plak. Tapi memang sedapla. Hafiy biasa akan makan nasik jer. Lauk pauk takyah.


Ok ..dah kenyang.. Jom balik membuta...

Sekian Wassalam.

Monday, January 21, 2013

Satu Pengajaran

Assalamualaikum...

Tangan dah jadi parkinson ni sebab lapar sangat. Konon pagi tadi ok jer makan kewtiau goreng, tapi nmpaknya tak berepa nak membantu.

Tak sangka plak petang petang gini terbukan hati nak menyembang kat sini. Dari pagi mood swing jer. Mengenangkan kisah yang berlaku pagi sabtu lepas. Ekceli aku segan nak cerita kisah tu, tapi pikirkan mungkin cerita aku ni bakal menjadi pengajaran buat para isteri diluar sana, i ketepikan perasaan segan i ni uollss. Hurm..

Lepas kejadian tu aku betul betul menyesal, malu yang teramat sangat. huhuhu..Betul ..aku tak tipu..lepas ni aku berjanji takkan menipu lagi..kekeke.. Ekceli aku tak menipu.. cuma silap aku tak sms jer. Bila dah terkantoi baru nak cakap konar konar. Sah sah la jadi menipu tak pandai.

Ekceli gini.. Sabtu lepas aku dah plan ngan adik aku nak suruh diorang datang tido Kajang konon Ahad tu boleh bawak diorang mandi manda kat Desa Waterpark. Tapi tak sangka plak suami adik aku ni takleh nak hantar diorang datang Kajang. So apa lagi aku dengan beraninya offer nak datang ambik. Masa tu aku dah cakap ngan Ajeed nak kluar pegi beli barang dapur kat Myden jer.. Tetiba aku boleh jumpa dia kat area depan UPM sana nun.. Kantoi. Silp aku jgk sebab tak bagitau dia dulu nak ke Selayang. Tapi aku syak la..kalo aku mintak izin ngan dia..confirm kerat jari takkan benarkan. Aku jer yo poyo syok sendiri.

Lepas jer tol Kajang...

anak anak : Ibu..motor kuning tu macam babah jer
Aku : Haah mana..mana?.. (sambil tinjau kat cermin depan.. Ahh sudahhh..apa aku nak jawab ni...)
anak anak : yer la bu.. babah..

aku tengok dia dah sampai sebelah keter aku.. senyum penuh makna gitu.. Aku pun selamba jer la.. dalam hati hanya tuhan yang tahu..dag dig dug..laju jer jantung mengepam darah. Aku cuba laju sket..keter kan banyak..Sampai jer R&R Serdang tu kan.. aku tgk dari cermin depan tu Ajeed buat signal suruh ke tepi..sudahhhhhhhhhh. Feeling macam kena saman ngan polis traficc plak. dan Ajeed adalah polis trafic yang bermuka garang itu.. Takut wey..

Slow jer dia datang tepi tingkap..

Polis trafic : ni ngan anak anak nak ke mana
aku : tgk kak chik..(kak cik tu sepupu aku tinggal kat sri kembangan)
Polis trafic : jangan nak menipu...umah kak cik higway sini...besraya..

Ermm..kantoi lagi..

Polis trafic :saya raya awak nak gi umah Ila ni..selayang..
aku: ermm..nanti kalo cakap awak mesti tak bagi..
Polis trafic :dah ikut saya balik woksop...

Sampai jer sana dia parking motor terus masuk keter bawak aku pegi Slayang ambik adik aku...

Dalam keter takyah citer la 80plohbakul membebel kat aku..Aku kena terimala sebab memang salah aku..Tapi aku betul betul menyesal..siyes..inilah kali pertama dan terakhir aku kantoi ngan dia.

Dan sebagai hukumannya... Ahad plan nak mandi manda sumer tak jadi. Sabtu tu pun bawak budak budak ni main taman dekat dekat rumah tu jer. Macam biasa la. Hafiy jer pandai main beskal..adiknya hanya mampu tarik jer..


Isnin hari ni pun dia tak bagi aku bawak keter. Katanya Pagi dia hantar, petang balik naik bas. Ambik anak jalan kaki...hehe..Tapi aku tahu dia tak sekejam itu..Pagi ni cambiasa...

kunci keter mana?... hehe

Moral : Jangan Menipu Suami Depan Anak Anak..

Sekian Wasalam..


Friday, January 18, 2013

First Target | Successful

Assalamualaikum...

Salam hari Jumaat Penghulu Segala Hari. Moga mendapat keberkatan di hari ini dan hari hari yang bakal kita lalui di hadapan nanti Insya Allah.

Ekceli mood hari ni swing se swing swingnya..kekeke.Ntah ke mana terbangnya mood nak kerja ku ni. Mungkin sebab hari ni Jumaat kot. Duk mengarang entry ni sajer dari pagi sampai sekarang 2.30pm. Tak siap siap jugak.Aku pun tak pasti lagi siap ke tak citer ni hari ni. Ngantuk giler ni wey.

Berbalik pada tajuk kat atas tu, target mentarget la plop. Akceli aku tak pasti camner orang lain punya plan untuk anak anak diorang. Kalo aku macam ni. Orang tua tua cakap la. MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA. Hah ni lah.. aku tengah nak melentur la. Tak silap aku la..aku pernah highlightkan isu ni kat entry lepas. Seawal 4 tahun lagi aku mula susun strategi untuk anak aku.

Sesetengah pendapat ada yang tak setuju anak anak ni di paksa seawal 4 tahun. Sebab du usia inilah diorang tengah "mendevelopekan" pemikiran diorang. Yes..aku setuju. Tapi kan..alaaaaaa setakat mana sangat kita ni nak paksa diorang. Dia dah rasa boring..ko bagi rotan panjang sedepa kalo dia cakap tak nak ..taknak jugak. So apa boleh kita buat kan?.

Untuk Hafiy. Target pertama dah settled. Sekarang tengah pulun untuk target ke-2. Malam tadi 1st day Hafiy mengaji dengan Ustazah lain. Aku rasa tugas aku sebagai ustazah mengajar Iqra kat rumah berakhir. Bukan aku taknak pikul tanggunjawab ni. Tapi kalo dengan ibu sendiri jawabnya banyak main dari baca la. Serius aku cakap. 1 muka surat ambik masa berjam jam nak habis. Tapi dalam diam tak diam settle jugak Alif hingga YA. Sila berbangga dengan anak sendiri.

Merata jugaklah carikan Ustazah yang boleh mengajar si Hafiy ni. Bukan apa aku nakkan yang flexsible ..tanpa menyusahkan kami. Akhirnya jumpa dengan ustazah yang rumahnya selang sebijik dari rumah aku. Flexsible la tu. kkekeke. Aku takyah drive. Sambil masak nasi pun leh hantar diorang. Pastu balik kejap tengok nasik kat atas dapur tu. Aku jugak tak payah menyusahkan Ajeed. Nak kena hantar atau ambik anak mengaji.

Adala peluang nak ngorat ustazah tu....
Boleh.... kalo awak sanggup nak ambik hantar budak ni.
Orang Kelantan dia tu wakkk...
Memang pun

Amboi ko...dia lagi tahu dari aku. Ajeed biasala.. takder pikir lain. Mentanglah ustazah tu anak dara. Comel lembah lembut gitu. Aku tanya dia lagi.

Awak pernah tegur ke ustazah tu....tau org Kelantan tu
Takder la... dengar dia bersembang jer..

Sekali lagi..Amboi.. siap pasang telinga tu. Aku syak mesti sambil sambil cuci keter ekor mata dia mesti jeling ke rumah ustazah tu. Telinga plak sebesar besar alam dia bukak.

Tak jeles pongggggggggg.....

Malam tapi Hafiy orang yang ke-2 sampai. Baru jer nak letak peunggug...tetiba bunyi salam...2 orang masuk..lepas tu datang lagi..kejap kan datang la.... Dalam hati aku..ramai jugak budak mengaji kat sini. Tapi takperla. Lagi bagus dari dia mengaji ngan aku. Takder nak main main.


Walopun Iqra satu dah ok aku suruh jugak ustazah tu repeat balik. Tapi ustazah tu cakap takperla..sambung jela dengan Iqra 2 minggu depan. Sebab dia dah kenal huruf. Alhamdulillah. Walopun dengan aku nak dengar satu satu jawapan yang aku tunjuk tu liat liat malas malas  tapi dengan orang lain lancar gilo ko... Syabas beteh...Tak sangka gue.

Ada jugak suara suara aku dengar..

tak kesian ke..dia kecik lagi la..

Ekceli aku lagi kesian kalo dia tak tau apa apa...Kat dalam kelas dungu...cikgu tanya geleng geleng. Permulaan kat rumah tu penting apa. Nanti datang skolah cikgu jugak yang senang. Sekali ajar terus pandai. Yer dop?.

So aku harap semuanya berjalan lancar minggu depan. Insya Allah.. Dan aku plak..bermulalah cabaran menjadi ustazah untuk Hadif... A , BA, TA dah ok..tapi sampai THA...dia pelat sket..CA jadinya.Camner tu?

Sekian Wassalam





Thursday, January 17, 2013

Cakap Tak Serupa Bikin

Assalamualaikum..

Ekceli ini cerita Ahad lepas yang punya la. Tapi atas sebab sebab tertentu aku malas nak bercerita kat sini. Tapi bila di fikir fikir elok gak la aku "highlite" isu ni. Kalo dia buang tag line BELI DAN BANDINGKAN HARGA KAMI... Konpem..AKU TAKKAN BISING.

Ingat tak kisah Ahad lepas lepas balik kenduri aku singgah beli basikal budak ni kan?.. Sebenarnya citer tu tak habis kat situ. Lepas balik dari kedai basikal aku ke satu kedai perabot yang lokasinya terletak kat jalan reko Kajang. Nama kedai biarlah rahsia. Kan kena saman aku kan..

Aku ke situ sebab adala satu 2 item yang aku nak beli... Disebabkan tertarik dengan offer 60-70% tu Tagline yang berbunyi diatas juga berjaya mempengaruhi aku untuk beli barang yang kami cari tadi kat kedai dia. Pusing punya pusing..jumpa..alaaaaa...bukan barang mahal pun kami cari...barang yang rege RM300 sebelum mintak kurang..lepas mintak kurang RM260. Success jugak la kan sesi tawar menawar kami. OK....set..kami ambik. Pastu dia cakap..

Tak janji kak..kalo tak hari ni besok..
ok..takpe..

Tapi bila sampai rumah...dia call katanya nak hantar barang dalam kul 8-00~8.30 gitu la. Ok fine aku tunggu la. Tunggu punya tunggu..punya tunggu...kul 10-00 tak datang gak.. Bila Ajeed call..

drebar tak jumpa la alamat ni..lori dah balik pun...

Menggong... dah tau tak jumpa tak reti ke dia nak call customer. .call la tanya celah mana rumah aku. sebijik aku bagi bengong. Aku pun takper la..Besok pun takper...ok janji ko hantar...

Dan besoknya plak...dailog kat atas tu sila REPEAT balik...gitulah jadi sekali lagi. Ajeed call sekali lagi.. Lorry dah patah balik... 2 kali aku bagi bengong... Kenapa masa tak jumpa tu ko call kan..tanya..Ni tak..asal Ajeed call jer lori dah patah balik. Aku syak la..dreber dia mungkin tak pegi skolah sebab tak reti nak call. Hemppp...

Nak hantar ker tak..
dah bang ..tapi lori dah balik..sebab tak jumpa...
takperla..takyah hantar.. besok ambik balik duit yang dah bayar tu...

Puas hati...Bayar cash lagi. Bukan letak deposit dulu.. Banyak ko punya cenkodok..
Besoknya Ajeed ke kedai tu balik... ambik balik duit.. cancel semua.. Pergi cari kedai lain la. Bila Ajeed ke sana sales girl yang tukang terima duit semalam tu takde datang. Cuti katanya. Tapi nasib baik duit tadi diorang bagi balik. Takut la tu.. padahal ko ada kat belakang kedai tengah nyorok sambil minum air ribena..kanak kanak riangggg....ok..kami dah black listed kedai yang bertag line di atas.

Balik dari situ Ajeed terus ke kedai dekat ngan rumah aku ni jer. Telek punya telek..belek punya belek..jumpa la item yang sama tapi regenya lebih murah.. setelah habis proses tawar menawar dapatla RM220..40 beza tu... Walopun 40 cukup bermakna bagi aku la. Puas hati

So aku cadangkan supaya dia buang la kain rentang yang berbunyi BELI DAN BANDINGKAN HARGA KAMI. Sebab aku dah banding pun. Tempat mung tu lagi mahal. Humpp...
Kedai yang ke-2 Ajeed pegi tu senang citer...sekali tepon..15 minit dah sampai. Puas Hati..


Rindula suasana dulu dulu.. lepak lepak ramai ramai sambil makan doyan. Tengok la si kuntal kintil makan doyan penuh gaya.. Seluar plak berdabel dabel...

Wassalam


Tuesday, January 15, 2013

Merlin Season 5

Assalamualaikum...

Saper peminat Merlin kat sini. Malam tadi episod kemuncak ker erk?


Athur Pendragon dah mati..tapi akan bangkit semula pada zaman Abilion erk?... Dari dulu sampai sekarang aku tak pernah miss tengok citer ni. Kalo termiss tu maknaya aku takder kat rumah.
Lepas ni hari hari ku takkan ceria tanpa Merlin..kekeke..


Reason aku suka tgk citer ni...Kesatrianya ensem ensem ko..gilo ko..mana dikutip kesatria se ensem tu..dah la gagah perkasa... Modred tu tak sesuai la jadi jahat. Sebab muka dia sesuai jadi kesatria Camelot yang setia jer. Tapi naper dia sanggup bersekongkol dengan Morgana?. Mungkin sebab dia nak balas dendam..kan makwenya kena pancung kan. Lagipun dia berdendam dengan Uther..Ayah si Athur rasa ku
 

Raja Si Athur tu takyah citer la..Wolopun giginya jongan sedikit tapi tetap ensem di mataku. Muntah darah kalo Ajeed baca entry aku ni. Aku ada terbaca tau ,,untuk next season ni Athur dah tarik diri. Taknak berlakon lagi sebab nak cuba watak lain plak.Ermmm dat y la watak Athur di matikan malam tadi..mungkin di zaman Abilion anak dia kot yang ganti...hehe..pandai jer..


Malam tadi si Merlin silap scan Athur ngan Guinevera kat atas katil..hehehe. Nasib baik sekali datang je bayangan tu.. terus scan tentera Morgana. kekeke.. Citer ni 18SX tak terlampau sangat. Tu sebab jadi kalo Hafiy tertenggek skali depan TV tu tak la risau sangat. Tak payah nak standby remote kat tangan.


Tapi kesian akhirnya Athur mati jugak. Nasib baik la Merlin sempat bagitau yang dia tu ahli sihir.Kalo tak sampai ke mati pun dia takkan tahu pembantu yang berlagak bodoh , lurus bendal yang membantu dia selama ini adalah ahli sihir teragung rupanya. Dan si Lurus bendul itulah sebenarnya penyelemat Cemelot dari di rampas oleh Morgana gila babas itu.


Tak sabar nak menunggu next session. Mesti lagi best sebab Merlin dah tua. kekeke. Hafiy mesti suka kalo tahu Merlin ni dah habis. Malam tadi sanggup dia tunggu sampai merlin habis sebab nak tukar channel. Tgk citer dia plak.

Ibu ngan babah ni..asyik Merlin ..Merlin..Merlin..
Sama la abang pun..asyik katunn..katun..katun..

Stress la dia sebab aku ngan Ajeed konker remote sampai pukul 12 malam.. Sudahnya dapat jugak remote tu kat dia.. Tapi kesian sempat la tukar chanel tu . Tak sampai seminit minum milo susu..terus pengsan..zzzzzzzzzzzzzzzzzz.

Wassalam...

Macam Macam Krisis

Assalamualaikum...

Aku syak pagi ni ada yang tak mandi pagi ni. Takder dapat sebarang notis tetiba malam tadi washing mesin stop separuh jalan. Air takdoppppppp... Guane gamoknya..


Aku syak lagi ini adalah konspirasi politik..kekeke.. Mari kita speku secara berjemaah. Pagi ni pun masa singgah beli breakfast, makcik makcik tu semua sibuk bercerita pasal air ni. Besok tak berniaga la gamaknya makcik tu.

Pagi tadi pla dengar kat radio..masalah air semalam berpunca dari pencemaran kat sungai Semenyih sana nun.. dan kawasan terjejas yang aku sempat tangkap adalah Klang, Hulu Klang....Huhuhu... Terpaksa la catu air balik nanti. Jangan ada yang tercirit dah la. Nasib baik air untuk masak makan minum semua awal awal kami simpan. Itu pun habis semua periuk belanga Ajeed keluarkan. Sampai kan rice cooker tu pun dia buat simpan air. kekeke..


Nak basuh pinggan mangkuk satu hal lagi. Malam ni makan nasik bungkus la gamaknya.. tak kuasa la nak menyepah time air takder macam ni. Tapi takot yang menjadi masalahnya kat luar pun tak meniaga sebab tak cukup air. Aku ada jugak terbaca satu post kat timeline FB aku... hotel pun terpaksa cancelkan booking customer..reasonnya adalah...air takde. Memang parahla kalo camni kan?.

Elok time nak pilihanraya ni plak la sungai nak tercemar.. tangki  pecah la .. . Memang terbaik la. Aku syak lagi.. mesti ada agenda tersembunyi ni. Jaga jaga..ada yang memerhati.

Ahh abaikan jer la...

Hati tetiba rawan seketika masa otw datang kerja tadi..nak nak plak dj mainkan lagu Teman Pengganti.. Naper hati tetiba sedih yer.. Kenapa duhai hati. Rindu ngan family..ma ayah..adik adik..anak buah. bila nak berkumpul ramai ramai plak.


Sekian Wassalam

Monday, January 14, 2013

Kenduri Yang Best

Assalamualaikum..

Asal Senin jer takder mood..asal takder mood jer Senin... kekeke..
Satu lagi perkara yang sinonim dengan ISnin.. Tak cukup tido...Sebab dah 2 hari teerlajak tido.. tu sebab senin tu macam stress jer kena bangun sesubah alam. Lom masuk bak perangai anak lagi. Hari hari sebelum tidor doa dulu...

"besok pagi..janganlah anak aku buat hal"

Sejak bertukar sekolah ni hari ni baru tenang sket aku tgk muka Hafiy ngan Hadif. Kalo tak muka sorang sorang tu..Ya Ampunn.... luluhnya hati ibu bila tgk muka anak yang kesedihan meronta ronta merangkul leher si ibu.. bagai nak tercabut leher aku.Tapi aku ni jenis hati kering gak kot.. Sekali cakap jer..

Sekolah yer nak..petang nanti ibu ambik..

Terus aku cabut.. Takder sessi belai membelai. Nak belai kang tunggu balik rumah.

Semalam yang best.. Nak tau naper?.. pestime gi kenduri ada dekat 10 jenis lauk. Syurga bagi orang pemakan macam aku. 2 tempat plak tu kendurinya. Satu kat Salak South.. Member Ajeed punya. Member tu takder la member..Abang tu kira macam dah pangkat ayah kot..cehh..perasan muda belia. Anak dia yaang kawin tu Ajeed tak kenal pun. Pergi pun sebab ayahnya.

camner awak kenal dia..
dia jual ubat kuat kuat...
awak beli ubat kuat ngan dia ker....

Diammm...Kantoi wey....
Semalam apa yang ada tau..

kurma daging
ayam kicap..
kambing masak rebung
daging masak pisang..
kari daging..
rendang hati limpa..
ikan masin..
sambat bilis petai..
daging tetel..
bingka ubi..karipap..tepung bungkus kot.. tak ambik yg tu
ayam bakar..siap goslow lagi
aiskrim kon untuk bebudak..


Ya allah gila banyak ko... Aku rasa nak jer snap pic menu dia hari tu..Tapi masih tersimpan sket perasaan malu tu. Ni pun ada satu jerla..ambik gambar khemah dari jauh..kekeke. Lagi satu takut aku kena sedas ngan Ajeed. Dia bukan suka tengok aku mengedik snap gambar sana sinun. Aku macam terpaku kejap kat depan tray makanan tu.. dalam hati..sumer nak rasa sket sket.. Aku tanya Ajeed lagi..

Abang tu glemer ke kat taman tu
Takder la sangat..bini dia tu kerja bank Branch Manager..Lagipun anak 2 jer..
oooooooooo patut punnn

Tapi siyes memang best giler. Tapi memang dah jadi dat kan... terlebih situ..tang lain kurang.. mesti takder yang perfecto... Bab layan tetamu FAILED.... Goodies aku tak dapat pun. Kemain bersusun lagi aku tgk. Walhal nak balik tu salam lagi. Pastu satu lagi.. Muka tak mesra alam langsung.. Mencukaaaaa jer.. Huhhh..Bukan nak sangat..atleast..

ermmm dah kenyang..terima kasih ya...

Nan Hado....contoh orang kaya yang budi bahasa kelaut...chaitttttt..


Lepas jer balik dari situ... Zassssssssss kami berdesup pecut ke Semenyih plak... my colleague plak yang kawin. Tapi bila dah sampai sana..sorryyy... baju dah ketat perut dah buncit. Makan pun sebab nak rasa jer. Tapi sempat la bergambar ngan pengantin. Bab perut buncit tu aku kena coverkan sket dengan watermark..ekkekeke..


Settle kat sana singgah cari basikal untuk budak berdua ni.. kata apaknya... hadiah bufday tahun ni.. Sekali jalan...
Layankan ajerla. Tapi penat aku menunggu Hafiy buat keputusan nak basikal color apa.. Mudah sangat berubah fikiran, Kejap nak yang..kejapkan yang oren..kejap hitam.. sudahnya yang mahal jugak dia nak. Sajer aku suruh dia ambik yang murah la sket,, save poket sket kan.. sket lagi dah tak pakai.. taknak wey.. reti memilih..walhal tak reti pun tengok rege. Hadif ok jer.. Jumpa Ben 10..siap ada loceng kring kring lagi...yang best side mirror pun ada..terus tarik basikal tu nak bawak balik..Aduiii..anak anak.


Dah bayar duit terus balik umah... Ingat dapat basikal sorang satu aman sket rumah aku tuh.. Lagi bising ada... takder beskal bising..ada pun bising... tak tau la... Adik la kesian...dia tak reti naik lagi.. tarik jerla.. kena langgar ngan abaang tu yang marah.. dia stres sebab dia tak reti naik.. Sudahnya..aku atau Ajeed yang tukang tolak..

Itu jer la kot nak membebel.. Terima kasih sudi baca yer.
Wassalam.

Friday, January 11, 2013

Pucuk Geli Geli

Assalamualaikum.......

Dan selamat pagi untuk readers semua. Cerita pasal Cuti Cuti Melaka dah habis. Tu macam slow sket nak hapdet cerita ni. Lagipun mata ni macam nak terkatup jer. Pagi tadi elok jer segar bugar. Bunyi jer loceng pukul 8 dan dan tu jugak kuyu balik. Mesti terlebih Vitamin M ni.


Cuti cuti habis apa kata kita cerita makan makan plak. kekeke.... Korang pernah makan tak pucuk geli geli. Kalo kat kampung la aku panggil "Pucuk Gggeli". Idgham sket G dia tu. Pukuk dia biasa akan jumpa kat tepi sungai... Biasa la...

Aku anak kampung... tiada apa apa .... kan?

So semua pucuk daun yang tak mabuk kitorang makan. Ekceli secara jujurnya la..dekat 10 lebih dah kot aku tak jumpa dengan pucuk ni. Apalagi makan. Kalo dulu time remaja sweet sebenteen dulu selalu jumpa la. Sebab selalu pegi sungai curi curi mandi. Curi curi skodeng orang boremen pun yer jugak. Almaklum la ..dulu dulu mana ada tempat specifik untuk bercinta..dating ke apa ker.. Itu sebab la sungai jer la tempat pilihan. kekeke... aku terkecuali ok.. sesuci embun pagi gitu..hehe.

kasi zoommmm sket

Khamis lepas la jumpa pucuk ni kat akak yang jual ulam kampung ni. Terus sambar.... nak..nak... Pastu aku perasan ada soarang minah kat sebelah aku ni la..

Pucuk apa tu...
Pucuk geli geli..

Dia orang bandar mungkin sebab tak kenal kan. Ekceli aku pun ingat ingat lupa nama pucuk ni. Akak yang jual cakap tu terus macam............

Ooooo...pucuk ggeli... orang hulu jer makan pucuk ni...

senyum jer akak yang jual tu. Dia cakap goreng pun sedap. Tapi aku tak pernah try la. Aku biasa akan celur pastu makan ngan budu. Sedap tak terhingga. Susah tau nak jumpa. Tapi aku beli seikat jer la. Buat apa tamak sangat. Kan jatuh membazir tak elok plak kan?.


Malam tu aku saja pelawa Ajeed try. Dia lagi la. Mana kenal ngan ulam ulaman kampung ni. Dia kenal kankung kampung jer. Itu jerla yang dia makan.

Awak try la..sedap tau..ala macam pucuk paku jer rasa dia..
empp..taknak la.. kalo awak tak taruk tempoyak dalam budu ok..
Ok ..saya buat budu lain...

Laki aku ni elergik ngan tempoyak ok. Ingat lagi suatu ketika dahulu. Beli ikan patin...membuak buak kepala ikan patin tu aku nak masak tempoyak. Tapi memikirkan dia tak makan tempoyak aku masak asam jerla... Tapi tak boleh...  nak jugak masuk tempoyak.. nak jugak rasa masam masam tempoyak kat dalam Patin masak asam tu.. aku taruk la sket.. Alahai sket jer pun...satu sudu teh tu separuh la.

Terus potong stim Ajeed. Tak pasal pasal aku kena marah. Tapi aku rasa takder bau pun tempoyak tu...alahai sket jer kan.. Tapi hidung dia berjaya menangkap bau masam tempoyak itu.. terus kena warning..kekeke. dan sampai sekarang ikan patin ni tak masuk dapur rumah aku.. Tekak lain lain..elok takyah beli terus..senang cerita.

Ermm malas jer nak start kerja pagi ni.. tido boleh?..

Wassalam..........

Thursday, January 10, 2013

Tempat Menarik Di Melaka | Zoo Melaka

Assalamualaikum..

Ni kira entry penutup episod jalan jalan ke Melaka. Alhamdulillah....Siap jugak cerita hamba.

Anak anak aku ni dari hari pertama lagi sibuk nak ke zoo..aku dah berpuluh kali cakap..balik nanti sekali jalan jer...tak paham paham..nama lagi budak kan?. So hari ke-3 kami kat Melaka.. bangun pagi dengan penuh semangat.. sekali kejut jer..

Bangunnnnn...nak ke Zooooo...

Zasss..sepantas kilat bangun.. kekeke.. Gitulah ibaratnya. Aku plak bangun pagi penuh semangat sebab nak melahap kat bawah lobi sana nun..hehehhehe..mee supp..mee supp..puding roti..sedappp..

Lepas siap siap kami anak branak apalagi..terkocoh kocoh kami anak beranak menuju ke lobi... berbondong bondong beg kami...beranak pinak.. Marah plak  Si Ajeed sebab sumer dia nak kena bawak masuk keter. Aku?..tunggu lobi sambil jeling jeling ker arah Kafe Hotel..hehehe..dasarrrrr.... Takder la..aku jaga anak anak kat lobi la. Takkan nak pegi simpan beg pun nak kena angkut semua rakyat.. cehhh cover.

Ingat nak jalan jalan seround dua lagi kat Bandar Hilir.. Kena sedassss ngan Ajeed... terussssssss

ermm...ok..okkk..jom gerak pegi Zoo anak anakkk....

Ekceli dia malas nak ngadap jem lettewwww... Takper..im ok jeww.... walhal dalam hati berkobar kobar nak masuk bandar lagi sekali..konon nak repeat balik moment yang telah di delete oleh Hafiy..eeee geram tau..kekeke.


So... dalam pukul 12-30 gitu lebih kurang la.. baru kitorang sampai Zoo.. Mengamukkkkk.... bebudak ni bukan boleh jangka.. bila masa dia nak ok bila masa dia nak mengamuk.. Lotihh acik nak melayan.


Mula mula masuk jer terus kena kejar ngan "burung warna biru". Apa lagi..terkejut beruk la si Hafiy n Hadif.. Mati mati tak nak bergambar dengan burung biru tu.. Tapi last last pasrah sebab burung tu kejar dia.. Dia pun elok jer hulur tangan nak salam ngan burung tu.. Walhal burung tak nak tarik tangan dia. Klakar plak...Bergambar pun dalam keadaan tak redho. Nak nangis malu...Mak apaknya plak terkekeh kekeh ketawa. Si Hadif pun sama..Redha jer kena paksa bergambar.


Aku rasa tak banyak sangat la binatang kat Zoo Melaka ni. Banyak lagi binatang kat Zoo Angara.. Bak kata Hafiy. Zoo Negara la tu. Tapi yang best kat sini tak banyak sangat lencongan sebab tak besar sangat. So tahap kepenatan tu kurang sket dari Zoo Negara. Tapi sebab nak memenuhi permintaan si anak bujang..jalan jugaklah satu pusingan buat syarat. Kang ngamuk lagi kan...Mintak dukung lagi..stress si ayah. Si Hadif la.. suruh jalan sendiri macam macam alasan penat.. jalanjalan jumpa taman permainan kanak kanak...jam tu jugak hilang penat.. panas pun hilang.. auta betul.


Baru ku tahu.. assembly point ketika berlaku kecemasan kat Zoo ni cenggini rupanya. Aku igt sama la kat mana mana..kena berkumpul kat luar bangunan atau luar kawasan tempat kecemasan. Betul jugakla..kalo di fikir secara rasional sebab jenis kecemasan mungkin berbeza beza. Macam kat Zoo ni kecemasannya mungkin Pak Belang terlepas ker.. Ular terlepas ker... Lembu seladang mengamuk ker.. so tempat berkumpul kat Zoo sini adalah dalam kandang kancil, kandang burung gitu.. ermm paham..paham
 

Jumpa ngan kuda..naik kuda la plak. Mulanya dia tak nak naik.. lepas di asak beberapa kali... baru dia nak.. ekceli aku yang bersungguh suruh diorang naik. Sebab nak ambik video..nanti baru ada kenangan muka orang kena paksa naik kuda..kekeke.


AJumpa ngan rimau... tapi sebab rimau jauh sangat dalam kurungan aku tak letak la pic kat sini. Aku nak letak gambar bapak rimau ngan anak rimau. Yang aku peliknya..Bapak rimau kumbang..anak rimau belang. Camner tu erk?...


Jalan jalan lagi jumpa plak ngan anak rimau yang tersangat la jinak..kiut jer kalo korang tengok.. Aku tengok pun geram nak cubit cubit pipi anak rimau ni.Jangan risau...anak rimau ni confirm jinak..tapi pemalu sket la. Bolehla buat stok geli geli kat rumah.


Penat la wey berjalan jalan ni.. Kaki aku sakit gila..melecet lecet..tapi paksa jugak..nak naik bas kan dah separuh jalan dah jalan kaki..alang alang habis jugk satu pusingan. ... kebanyakkan pic semua dalam keadaan tak ready...plus tak redha.. Jumpa ngan kura kura batu pun tak cembeng. Ntah apa apa la anak anak aku ni.


Satu satunya Pic yang di redhai adalah kat bawah ni. Sebab dah tak dapat naik bas kan..so jumpa bas kat dalam semak meronta ronta la anak rimau yang kecik tadi tu nak naik bas. Dia jer pun yang redha.. 2 org lagi tu terpaksa redha sebab kena paksa nak mak rimau nih. Layankan jugakla.. naik je la jugak bas rosak ni pun.. siap jadi dreber lagi anak rimau kecik tadi. Aku gerun sket anak rimau kecik ni mengamuk... susah wey ...sebab kalo dia mengamuk mesti datang dalam satu pakej penuh..gigit dan cakar. Aduiii..bisa.


Ibu dah penat la anak anak oiii... mohla kita rehat dulu... udah udahla menelek binatang ni... Kalo menelek makanan ok la jugak. Sebelum kita kluar dari Zoo Melaka ni tolong la kanda..ambikla gambar dinda yang tak berapa nak cung ni..


Ikhlas ke dop ni.. Tak berapa nak betul jer angle dia nih...
oh abeeeeee...

Sekian
Wassalam