Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)

Thursday, January 17, 2013

Cakap Tak Serupa Bikin

Assalamualaikum..

Ekceli ini cerita Ahad lepas yang punya la. Tapi atas sebab sebab tertentu aku malas nak bercerita kat sini. Tapi bila di fikir fikir elok gak la aku "highlite" isu ni. Kalo dia buang tag line BELI DAN BANDINGKAN HARGA KAMI... Konpem..AKU TAKKAN BISING.

Ingat tak kisah Ahad lepas lepas balik kenduri aku singgah beli basikal budak ni kan?.. Sebenarnya citer tu tak habis kat situ. Lepas balik dari kedai basikal aku ke satu kedai perabot yang lokasinya terletak kat jalan reko Kajang. Nama kedai biarlah rahsia. Kan kena saman aku kan..

Aku ke situ sebab adala satu 2 item yang aku nak beli... Disebabkan tertarik dengan offer 60-70% tu Tagline yang berbunyi diatas juga berjaya mempengaruhi aku untuk beli barang yang kami cari tadi kat kedai dia. Pusing punya pusing..jumpa..alaaaaa...bukan barang mahal pun kami cari...barang yang rege RM300 sebelum mintak kurang..lepas mintak kurang RM260. Success jugak la kan sesi tawar menawar kami. OK....set..kami ambik. Pastu dia cakap..

Tak janji kak..kalo tak hari ni besok..
ok..takpe..

Tapi bila sampai rumah...dia call katanya nak hantar barang dalam kul 8-00~8.30 gitu la. Ok fine aku tunggu la. Tunggu punya tunggu..punya tunggu...kul 10-00 tak datang gak.. Bila Ajeed call..

drebar tak jumpa la alamat ni..lori dah balik pun...

Menggong... dah tau tak jumpa tak reti ke dia nak call customer. .call la tanya celah mana rumah aku. sebijik aku bagi bengong. Aku pun takper la..Besok pun takper...ok janji ko hantar...

Dan besoknya plak...dailog kat atas tu sila REPEAT balik...gitulah jadi sekali lagi. Ajeed call sekali lagi.. Lorry dah patah balik... 2 kali aku bagi bengong... Kenapa masa tak jumpa tu ko call kan..tanya..Ni tak..asal Ajeed call jer lori dah patah balik. Aku syak la..dreber dia mungkin tak pegi skolah sebab tak reti nak call. Hemppp...

Nak hantar ker tak..
dah bang ..tapi lori dah balik..sebab tak jumpa...
takperla..takyah hantar.. besok ambik balik duit yang dah bayar tu...

Puas hati...Bayar cash lagi. Bukan letak deposit dulu.. Banyak ko punya cenkodok..
Besoknya Ajeed ke kedai tu balik... ambik balik duit.. cancel semua.. Pergi cari kedai lain la. Bila Ajeed ke sana sales girl yang tukang terima duit semalam tu takde datang. Cuti katanya. Tapi nasib baik duit tadi diorang bagi balik. Takut la tu.. padahal ko ada kat belakang kedai tengah nyorok sambil minum air ribena..kanak kanak riangggg....ok..kami dah black listed kedai yang bertag line di atas.

Balik dari situ Ajeed terus ke kedai dekat ngan rumah aku ni jer. Telek punya telek..belek punya belek..jumpa la item yang sama tapi regenya lebih murah.. setelah habis proses tawar menawar dapatla RM220..40 beza tu... Walopun 40 cukup bermakna bagi aku la. Puas hati

So aku cadangkan supaya dia buang la kain rentang yang berbunyi BELI DAN BANDINGKAN HARGA KAMI. Sebab aku dah banding pun. Tempat mung tu lagi mahal. Humpp...
Kedai yang ke-2 Ajeed pegi tu senang citer...sekali tepon..15 minit dah sampai. Puas Hati..


Rindula suasana dulu dulu.. lepak lepak ramai ramai sambil makan doyan. Tengok la si kuntal kintil makan doyan penuh gaya.. Seluar plak berdabel dabel...

Wassalam


No comments: