Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)

Monday, January 7, 2013

Tempat Menarik Di Melaka | River Cruise

Assalamualaikum..

Sambung lagi yer kengkawan.

Tempat ke-2 yang kitorang terjah adalah River Cruise. Sedikit Info pasal River Cruise :


Perjalanan menyusuri sepanjang sungai Melaka dengan menaiki Melaka River Cruise adalah satu perjalanan mengasyikan yang mengambil masa selama 45min . Pelayaran menawarkan perspektif baru mengenai pusat bandar yang bersejarah, Chinatown, Kampung Morten dan tempat-tempat lain di Melaka.
operation time:
Setiap hari from 9am to 11.30pm, every 30min

ticket prices:
Adult RM10, children RM5 


Memang menarik pemandangan kat sini. Kalo korang nakkan kepuasan maksima better korang naik malam. Best wooooo. Angin sepoi sepoi bahasa....best sangat. Kalo datang sini jangan lupa beli tiket . Tapi jangan terkejut la. Kalo menara Taming Sari 500 m panjangnya. Kat sini 1 kilometer korang kena beratur.


Kenangan kami kat sini takder banyak sangat sebab Hafiy suka suki jer delete gambar yang aku ambik..Ya ampunnn..Sabar jer la. Nasib baik anak. Tapi dia paham lepas ni mungkin la dia tak buat lagi. Sebab 10 kali aku duk ulang benda sama..

"naper abang delete gambar ibu.. dah takder gambar abang naik kapal.."..huhuhuuhuhu...

Siap ada huhuhu lagi tu.. konon aku nangis ...kekekke...walhal aku sajer nak psiko dia. Harap ada effect positif la hasil dari lakonan mantop aku tuh. 


Memang mata tak berkedip menegok pemandangan sepanjang sungai kat sini. Cantikkk sangat. Tapi spoil mood aku kejap.. bila naik jambatan kat sini...hancingnya.... aku syak ada orang kencing kat atas jambatan itu. Sebab kat atas jambatan situ memang gelap.  eeeeeeeee...goli mak. Pemandangan paling best adalah Kampung Morten. Dari pada maklumat kat dalam bot tu katanya kerajaan negeri yang tanggung semua kos baik pulih rumah kat sini. Tapi pic takder...huhuhuuhu... Nangis balik.


Sebelum balik hotel jangan lupa singgah beli cenderahati kat pasar apa ntah. Alllaaaa yang depan Kapal Samudera Belanda tu.. Goggle la sendiri yer kalo nak tau nama pasar tu. Memang kat situ banyak sangat jual keychain murah. Tapi aku tak sempat nak snap gambar keychain sibuk nak mencari makanan untuk kudap kudap. Yang aku snap adalah gambar food. Asam, gambir, gula..hehhehe..

menyesal giler tak beli tudung saji..walopun agak mahal bagi aku tapi aku rasa boleh tawar menawar lagi kot. Satu lagi yang aku nyesal sebab tak beli dodol banyak banyak. Ingat tak sedap. beli jer la sebungkus. Rupanya sedap. Takper...nanti Ajeed nak ke Johor 2-3 hari lagi. nak mintak dia singgahh beli 5 bungkus lagi. Agaknya nak ke dia ikut kemahuan gila bini dia ni. Mengidam niiiii

Ok.. Lepas kluar dari bandar Melaka weolls cari port makan sekitar hotel jer la. Dah letih la...Dekat kul 12 baru nak makan malam. Yang kesian anak anak la. Semua masing masing dah buat hal. Maklumla penat. Mak bapak ni jer yang masih bersemangat nak meronda berjalan pusing pusing tak ingat anak anak. hehe.

Jumpa satu port makan yang kena ngan selera anak tekak kitorang. Bukan kedai asam pedas. Kedai orang Kleantan. Hehe..

"Awak memang kat mana mana mesti nak cari org Kelantan jugak.."

Ayat berunsur provokasi di situ. Walhal dia yang pilih situ. Aku ikut jer. Sebab dah penat sangat kan. Selera nak makan pun dah takder. Tapi bila rasa nasi goreng cili padi dia sedap, terus tapau sebungkus bawak balik makan kat bilik. hehe.. hidup bab makan wey....

Dah day 1 berakhir dengan keletihan stage 2... Ok la...next enty cerita pasal benda lain plak.

ok ..Wassalam...

No comments: