Cuti Maulidur Rasul lepas sepatutnya aku kerja sebab cuti hari tu dah di bawak ke hari jumaat esoknya tu. Tapi disebabkan Ajeed ada kerja katanya..maka aku pun apply la cuti. Kalo tak cuti camner?..Mana nak letak hero 2 orang tu. Rugi satu hari cuti tahunan aku. Alih alih pagi tu aku tanya balik Ajeed... tak kerja plak dia. Eeeee...geram sangat. Rugi jer cuti tahunan aku. Tapi takperla.. Duduk la rumah habiskan masa dengan family. Pun best jugak. Dah alang alang cuti.. apa lagi.. meronda lah kami menghabiskan duit. Ajeed kata dia nak beli oven.. Senang nak bakar bakar kambing katanya.. Pastu dia siap pesan lagi.. Awak diam.. kan dari saya nak beli... langsung tak jadi beli...
Dia tahu aku banyak bunyi..Tu siap warning awal awal. So sepanjang kat kedai tu aku terpaksa zip la mulut aku..kang tak dapat oven kang?. Mula tu dia beli yang Elba punya...40 liter kot. Balik jer rumah. Bukak nak pasang tu tengok macam kemek jer bahagian atas. Terus jam tu patah balik. Mintak tukar..
Lama tunggu dia balik..sampai sampai aku tengok brand lain plak yang keluar. Morgan plak. Apa cer...Dah la dia rembat yang display punya. Takder buku manual la kan?. Kesannya sampai rumah tak reti nak ON.. Tepon balik orang tu mintak tukar. Terpaksalah dia tanya outlet kat tempat lain. Sebab yang kat kedai dia ni dah takder stok. Hurmmm.... tak masak la kambing aku hari ni. Barang sumer dah beli cukup lengkap. Konon malam ni western la kito.
Sementara nak tunggu besok ni tangan dia memang gatal duk menggodek la..pulas tu pulas ni.. tetiba ..TING... eh..ok plak. Sah la tadi tak pandai nak pulas. Macam tikus tengok besi la kekdahnya. Bila dah ok apa lagi...testing la bakar kambing plak.. ermmmmm dapppp.....
Ok.. dah habis cerita beli oven...citer citer pasal buat kek ni. Dulu kat tempat kerja kengkawan duk bercerita pasal resepi tu rasepi ni..kek tu kek ni..pavlova tu semua aku takder rasa sikit minat pun nak mencelah..ko beli la apa...ermm.. jeling jer . Tapi sekarang lain dah plak.. asyik goggle resepi nak buat kek jer kerjanya.. tapi aku tak nak susah susah nau macam tu, sukat sukat tepung bagai ni semua. Pergi Yummy kat Bangi sana nun.... ko pilih la.. apa jenis kek yang ko nak. Sekarang aku tgh nak blajar cara cara nak buat kek red valvet..kekeke...jangan tak caya wey.
Buat masa ni aku dah lepas buat muffin vanila ok.. bangga tuh. Tapi biasala.. takderla 100% menjadi. Ok la setakat nak makan kami anak branak. Rupa tak penting..rasa tu yang penting...ceh... Anak branak makan pun tak terhabis ok.. aku siap tapau untuk jiran sebelah lagi. Dapat la bagi rasa 7 ketul. Yang lebihnya kami jer la makan. Yang bestnya org lain tabur cokelet rise tu masa dah masak. Aku plak siap bakar skali. Dah tabur siang siang. Patut la tak lawa. Semua masuk ke dalam jer. hehe. Tukang tabur sokelat rise tak lain tak bukan..Hadif la. Dia dah sign kontrak sampai mati kot..
Anak anak yg paling eksited. Maklumlah selama ni tak pernah tengok rupa kek yang kena bakar. Bila dah naik menggunung masa kek tengah kembang...
Ibuuuuuuuuuuu... kek tu dah tinggi la...
Ermmmm.....tauu.. tau..
Walhal ibu pun jakun jgk.. maklum la tak pernah tengok rupa kek tengah nak masak..kekeke. Dan kerana terlebih eksited maka muffin yang simple tu pun boleh hangus...hehehe. Ok la tu.. Novis la katakan... Dah expert nanti tengokla..
Besoknya tak puas hati gatal tangan nak membakar lagi. Sudahnya.. kek kukus yang nyata dan jelas dia suruh kukus tu aku bakar. Sudahnya cacat la wey muffin kukus aku. Kenalah masuk dalam kukusan balik. Kukus plak.
Sementara tengah gian nak buat kek ni layankan ajer la. Tengok jer berapa lama rajin ni bertahan. Yang buat aku malas sekarang ni sebab tak reti nak mengagak... resepi dia pakai gram sumer. Telor pun gram.. sebijik telor tu brapa gram yer?... Banyak lagi la yang tak lengkap ni.. timbang kena beli..penyukat air kena beli...stand mixer erk..?..yang mesin untuk adun tepung tu apa ke namanya...hahhh..tu paling penting. Sebab aku main blend dalam blender bawang tu jer. Pastu kacau pakai sudu. No wonder la kek kukus aku cantik bebenor... menggerutu jer. Macam jalan raya yang baru lepas kena sodok ngan bekho. Gitu la rupanya. Sebab tu bertimbun cokelat rise aku tabur kat atas tu. Cover la konon.. Itu tak penting.. yang penting di mata Ajeed...
Sedappppp....
hehehe,,, sekian
Wassalam...
2 comments:
fuiyoo..cayalah cik ani!
ape kate orag tu? practice make perfect eh..
lps ni bule la ngumpul tools utk membaking.
pastu jenuh la pulak nak nyimpan bebarang tu..haihhh...
tu la.. selagi tak puas hati kita bakar... sampai perfect gitu
Post a Comment