Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)

Thursday, January 3, 2013

Naza Tallyya Hotel | Melaka

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..

Panjang sket la bagi salam ni maklumla sempena entry pertama di tahun baru 2013...kekeke...

Amacam korang... Kat mana countdown malam tahun baru?...Apapun kita dah masuk ke tahun 2013. Semoga tahun ni akan menjadi tahun terbaik dari yang lepas-lepas. Gitulah sokmo sokmo..yer dop?.. nak "archivekan" target tu jer macam susah jer sket. kena workhard la bebeh... Aku la. Orang lain maybe better than me... hok alooh speking london mek..Maklumlah tahun baru..semangat baru... iyo lah....tapi aku rasa hangat taik ayam jer..panas sekejap jer ni. Percayalah.

Sebelum masuk citer bab cuti apa kata kita citer benda lain dulu. Pada mak mak yang anaknya dah masuk darjah satu mesti stress giler kan?.. Ye la..mesti schedule korang dah lari. Bangun takleh lambat, kerja makin bertambah, pagi pagi mesti kelam kelibut. Tapi jangan risau..itu masalah biasa untuk 2 minggu pertama jer. Alaa paling lama aku letak sebulan jer. Lepas dari sebulan mesti korang akan dapat membiasakan diri dengan senario baru ni. Percaya lah.

Macam aku jugak..nak kata bz pepagi tu takder la..cuma adalah perubahan jadual sket. Yer la.. dulu Hafiy kat taska lain. Sekarang aku dah pindahkan ke taska baru. Lagi dekat dari rumah, mahal sket dari dulu...and apa yang pasti aku nak dia boleh lebih fokus untuk belajar mengenal alam persokalahan. Walhal baru 5 tahun wey. Kalo dulu rutin aku sibuknya seminggu sekali jer... sekarang mungkin setiap pagi. Tapi takperla..biasa la tu kan?.. harap boleh handle semua ni.


Ok .. kita masuk bab cuti plak.. Last minit akhirnya Ajeed ada peluang untuk bawak kami anak beranak bercuti 3 hari 2 malam kat Melaka. Tapi aku malas nak panggil cuti..sebab perkataan yang lebih lebih tepat adalah jalan jalan. Kalo betul nak bercuti baik pergi tempat yang tenang , damai...macam pulau ke..tgk lauk ker.. Tu baru betul bercuti. Kalo macam kami hari tu Ya Allah..penat. Bandar Melaka ni jem teruk rupanya.... setiap kali masuk mesti kena ngadap jem dulu. Dah la jalan dia oneway..Sekali tersalah masuk..pusing la ko sekali lagi. Gitulah yang jadi pada kami. Setiap kali balik merendak mesti tak jumpa jalan balik hotel. Stress...


Kami decided untuk menginap kat Naza Hotel kat Jalan Tun Ali. Senang jer nak cari hotel ni. Ko cari showroom Naza hahhh..jumpalah hotel dia. Sebelah kedai dia tu jer. Sedikit info pasal hotel ni.


  • Menawarkan pilihan bilik yang pelbagai sama ada superior room (32 unit); Deluxe Room (40 unit); Deluxe King (8 unit); Family Room (16 unit); Junior Suite (8 unit) dan Executive Suite (8 unit)
  • Pernah dianugerahkan Best Tour Programe 2010/2011 oleh Tourism Malaysia
  •  Terdapat 3 cawangan, Johor, Penang & Melaka
Mulanya aku takut nak tido sini..Yela..dah kedai jual keter. Kat situ jugak dia simpan keter rosak..keter yang eksiden. Mana tau berhantu ker?....pikir terlebih...maklum la hantu forum cari. hehe.


Cuma yang best sket hotel yang kami pilih untuk menginap ni jauh sket dari Bandar.. Ok la.. takdela Ajeed stress setiap kali keluar masuk hotel. . Bilik dia plak ok la..not bad...boleh tahan. Cukuplah kami 4 beranak menumpang untuk tidur barang semalam 2. Cewahhh.


Yang tak bestnya takder swimming pool. Tapi takperla..kalo ada pun anak anak aku ni belom tentu nak mandi kolam lagi. Dan yang paling best...jalan 2-3 langkah boleh shopping kat The Store . Sebelah jer..dari dewan makan dia memang nampak parking The Store . Kat sini bukan boleh beli apa pun..cuma kalo teringin nak masuk supermarket dia tu ok la. Beli buah buah.. Pastu dalam The Store tu ada Mc'D. So boleh jalan kaki..tapau..makan dalam bilik..kekekeke. Hidup terus cerita bab makan.


Overall hotel dia ok la. Makanan pun ok..bilik ok, toilet ok , tuala mandi sampai 6 helai hantar bilik kami. cuma tak bestnya takder pool, pastu tingkap takleh bukak sebab takder balkoni. Terperap dalam bilik sampai selsema anak anak aku. Mana tak selsema..penat berjalan tengahari buta. Balik terperap dalam ekon tak kluar kluar.



Kalo nak bawak kaum kerabat datang menumpang-2-3 orang pun boleh, sebab dalam bilik ni ada 2 set kerusi panjang yang boleh di buat katil. Tapi pastikan korang tak membuat onar la. Kang management hotel tau tak pasal pasal jam jam tu jugak korang dihalau balik.



Tapi part makan tu yang paling paling best.... teringat lagi puding roti dia..mee sup dia...wallahhhhh..sedap. Paling best ada kerusi Gintell..lepas breakfast urut badan kejap. Balik merendak singgah urut badan dulu...Bestnyaaaaa...


Tengok orang yang kerja hotel ni best jer..enjoy jer walopon public holiday kerja. Malam tahun baru siap karoeke lagi..hapenning betul..


Bab berlakon memang bagi kat budak kuntal kintil ni. Jangan percaya ya.. aksi ini hanya pura pura. Overall pasal hotel ni best la..cuma ada yang tak best sket sket tu abaikan jerla..Janji mata lelap. Kalo ke Penang ke Johore ke ingat nak cari Naza hotel lagi la.

Citer pasal hotel pun dah berjela.. blom pasal tempat menarik lagi.. ok la...
Wassalam...


No comments: