Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Friday, December 3, 2010

Adab Ziarah Orang Meninggal

Ihsan dari En Google....
Sekadar untuk berkongsi.
  1. Perlu menghormati rumah keluarga yang baru mengalami kematian. Pastikan tidak melakukan perkara-perkara yang boleh menyinggung perasaan keluarga si mati seperti banyak berlawak jenaka, berbual dengan suara yang tinggi atau bercerita perkara yang bukan-bukan.

  2. Elakkan juga terlalu banyak bertanya kepada sanak keluarga si mati seperti bertanyakan sebab-sebab kematian, punca penyakit dan sebagainya. Sebaliknya lakukan perkara-perkara yang boleh menenangkan perasaan mereka seperti ingatan supaya banyak bersabar dan segala yang berlaku merupakan ujian daripada Allah dan balasan serta ganjaran yang sedia menanti bagi orang-orang yang bersabar. .

  3. Membaca Quran dengan suara yang sederhana, tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. 

  4. Sebaiknya keluarga si mati tidak perlu disibukkan dengan urusan memberi jamuan kepada pelawat yang hadir. Jika adapun, boleh dilakukan selepas urusan penyenggaraan mayat telah selamat diselesaikan.  

  5. Tiada sebarang syarat untuk duduk di atas kerusi membaca Quran jika mayat berada di atas katil. 

Aku terpanggil nak search pasal adab pegi mlawat orang meninggal sebabnya dah terkena kat batang idung sendiri.

Ambik ko Cik Anie..........
 
 

No comments: