Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Wednesday, August 11, 2010

KEJADIAN SEMALAM

Sebelum aku citer pasal sahur pagi tadi…nih nak citer sket kejadian petang semalam. Kejadian yang patut dijadikan iktibar..supaya naik motor tu jangan suka kepit beg celah ketiak….Dalam kul 8-30 adik aku kat Slayang call…

Adik : Kak…. Aku baru lepas kena ragut…
Aku : Kat Mana?
Adik : Kat MRR2… balik kerja atas motor…baru balik buat report ni…


Sekarang mangsanya adik aku. Macam tak percaya. Dulu hanya dengar citer dalam paper… dari berita TV.. sekarang kena betul-betul kat batang hidung sendiri. Yang paling PKM (bahasa Ziela Jalil) dia boleh gelak dari atas motor bila dia berjaya tarik beg adik aku…. S*** punya peragut.

Tapi malang sungguh… bila hasil yang ko ragut itu tidak seberapa lumayan… Hanya ader not 20 untuk beli ayam buat sahur jer… Padan muka ko… Silap orang la. Tapi yang terkilannya IC anak-anak ngan IC dia and kad bank sekali. Talipon pun yang murahan saja. Bukan BB pun.. jual pun tak laku.

Sempat lagi adik aku mesej peragut tu…means guna no dia la…

"Baik ko hantar balik IC aku ngan anak aku..kad bank sekali… sebelum aku guna bomoh asli."

Huhu.. paling tak boleh blah siap ugut nak pakai bomoh asli. Ingat si peraagut jahanam tu heran ke dengan ugutan gini. Depa tu hati kayu batu.. memang dah mati… silap silap lepas baca nesej tu diorang gelak setan secara berjemaah….. ermmm ader kebarangkalian..

Aku harap adik aku ni boleh ambik pengajaran dari kejadian semalam. Lepas ni harap dia boleh berhati-hati..peka sket dengan makhluk jahat yang ader sekitar dia. Ntah-ntah dah lama dia diperhatikan kot.

4 comments:

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

bahaya kan? mana2 pon tak selamat skang ni even kat rumah sendiri..haih

~Eila @ Along~ said...

cik anie,
last 2 weeks eila tgk sendiri kat pasar malam bangi tu.. budak kecik kena ragut rantainya...
erm..pengajaran tuk maknya juga.. jgn pakaikan anak brg kemas time pegi tpt2 terbuka gini...
iktibar tuk adik wak juga ye...
setiap kejadian ade hikmah..
doa je la moga pencuri tu insaf dan kembali ke pangkal jalan...

aCik Anie said...

rose- betul tu.. kat umah pun dia boleh masuk.. kat jalan orang ramai apa lagi.

aCik Anie said...

eila- yer la.. ngeri kalo buat ka budak.Tak payahla pakai barang kemas ni... Samala org tua pun. Harap lepas ni dia lebih peka la...