Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)

Friday, September 30, 2011

Dah Nak balik

Assalamualaikum…

Hari Ahad Ila dah nak balik. Bila dah tak cukup sorang makanya percutian kami pun jadi tak best. Ramai ramai lagi best sebenarnya. Tapi yerla..nak buat camno.. dia dah cuti awal. Aku plak balik raya ke-3.. plannya Selasa baru nak gerak balik KL..



Tapi disebabkan hal hal yang tak dapat dielakkan makanya aku pun terpaksala sambung cuti. Rabu Khamis aku ambik Emergency Leave, Jumaat plak dah alang kepalang satu hari jer.. tambah plak aku demam…so apa lagi, MC la plak dan secara rasminya cuti raya aku tahun 2011 adalah selama 2 minggu.



Puas hati aku..

Sekarang tengah plan cuti untuk raya haji. Hajat di hati nak 5 hari jer, tapi tak tahula kalo terlebih plak. Melampau lagi la jawabnya. Bab kata bos aku… Kalo diikutkan ada yang lagi melampau dari aku.. lagipun aku ada reason kukuh cuti raya hari tu…. Lagipun 1 lagi PC aku masa tu kan rosak, hiidup merempat sana sini. Jadi kalo aku datang kerja pun bukan boleh buat kerja pun. Berebut nak guna PC yer la

Terketikkkk pusat aku bila bos aku cakap macam tu… Takper.. takper..

Ehh… terluah perasaan plak kat sini. Takperla… atleast aku lega… Kalo boss aku terbaca pun tak kisah, biar dia tahu… Aku sekali sekala nak cuti panjang pun tak boleh, tapi kalo orang lain….. dia buat senyapppp jer….

Saper pun akan rasa tak puas hati. Mentangla aku anak tiri dia..
Agaknya beginilah nasib yang selalu jadi kat anak tiri..

"
"
"
"
"

Ok.. dah Legaaaaaaaaaaaaa………………

Thursday, September 29, 2011

Kenduri Belah Lelaki

Assalamualaikum..

Belah lelaki adalah belah mak sedara aku la.. Kesian dia.. Dah la ibu tunggal. Dari A~ Z sumer dia nak kena settle. Nasib baik anak anak dia jenis ringan tulang. Tak perlu nak bersuruh.
Gulai kawah kat sini adalah yang terbaikkkk…. Masih terbayang diingatanku….




Simple sangat makan beradap diorang. Guna meja makan kat dalam rumah jer.. Senang kerja.
Macam biasala sesi mengambil gambar setelah rombongan pengantin perepuan tiba.



Adik aku ngan sepupu aku sempat meyelit masa ni. Mak Su aku skali..2 dari kanan tu.



Turn adik aku (yang kat Serawak tu) ngan mak aku plak… Cantik tak baju raya adik aku .. jeles la tengok baju raya dia tahun ni.. sumer cantik cantik jeles aku tau.



Yess.. giliran aku dengan muka toya. Tahap kepenatan yang maksima…Tak dapat kepuasan berganda masa tido kat Tok Bali malam tadi. Lagipun aku rasa macam ada sumting yang mengerikan la… hohoho. Tapi nak jugak ambik gambar ngan pengantin. Perasan tak sumer gambar aku ngan pengantin Ajeed mesti takder. Aku pun tak tahu mana dia bawak diri. Pandai pandai la dia nak idup. Masa ni aku memang bz.. Mana nak menolong kat dapur.. Mana nak handle anak. Paham la si Hadif tu camner. Tapi aku tak risau.. ajeed memang pandai bawak diri….Kalo tak takkan boleh bedal nasi sampai 2 round.



Ni plak sepupu aku yang kat Sri Kembangan. Bini dia masih bercuti.. baru lepas pantang anak ke-3.. dapat gak dia nak anak lelaki.



Orang kuat majlis hari ni bersama bondanya. Ni pun sorang.. jeles aku tengok baju baju raya dia.. Naperla taste aku buruk sangat erkk. Tengok baju orang sumer berkenan. Tengok baju sendiri..Ya allahhh… teruknya taste aku… macam makcik makcik (sedar diri la cik anie oiii)



Sebelum pulang sempat lagi kami bergambar dengan pihak rombongan pengantin perempuan. Maklumla…kami ni kan sedara bau bau bacang. Tapi tak pernah kenal batang hidung. Masiing masing tak kenal sedara…



Dannn…wajah wajah insan yang kepenatan. Masa ni on the way balik rumah aku kat kuala krai.. Cuba bayangkan kitorang ambik masa 5 jam setengah untuk perjalanan 80 KM… hazab tak hazab perjalanan kami… kul 5 gerak.. kul 11 malam baru sampai umah.. Ya Allahh penat giler. Besoknya tu adik aku yang kat selayang gerak balik masuk KL.

Wednesday, September 28, 2011

Berita Mengejutkan di Pagi Hari.

Assalamualaikum..

Semalamkan… Pepagi masuk ofis dapat satu berita yang tak berapa menggembirakan. Salah sorang rakan kerja kami eksiden.



Katanya dia kat tengah tengah jalan (lane putih tu).. Ntah macam mana motor yang kat belakang keter tu tak nampak yang dia nak melintas. Keter yang depan dia dah stop bagi jalan kat dia melintas…Sooo apalagi..langgarla… Nasib baik retak jer tulang rusuk tu , kalo patah tak tahula..lama jugak kot dia kena menetap kat Spital Kajang…Yang kelakarnya si reporter.. tukang jaga dia tu..

Teruk kak.. patah 4 tulang rusuk dia…
Masya Allahhh….

So dalam kepala dah terbayang berbalut sana sini macam mumia tu.. tapi bila sampai kat spital tanya tuan punya badan sendiri lain la versinya… tulang rusuknya Cuma retak jer.. Biasala ... cerita ni kalo takder perisa macam tak best plak kan.. kena ada aji sket, garam sket .. gula sket.. baru real...



So petang semalam lepas jer habis kerja kitorang bergegas la pegi hospital. Adala dalam 7 orang. Macam biasanya bila kami sumer dalam uniform..

Assalamualaikum Sister…

Diorang ingat kami sumer ni stafnurse kat situ.. Kelakar la plak. Bila kami masuk ward sumer misi kat situ confius… Agaknya diorang ingat Sister ni datang buat lawatan mengejut ker.. hehe.



Dekat sejam jugakla kami kat spital. Sempatla kawan aku ni tolang si pesakit tukarkan baju. Untung la ko siti, ramai orang ambik berat pasal ko.. bersyukurlah.. ramai yang ambik berat pasal dia. Agak agak nak magrib masing masing tepon laki datang angkat la.



Sayuppp jer memandang kat bawah dari tingkat 3..



Ok la Sister nak buat kerja jap.. hehe

Bermalam DI Tok Bali

Assalamualaikum..



Akceli dah lama tau kitorang plan nak bermalam kat sini. Sebab musabab yang utamanya Ajeed nak memancing. So dah alang kepalang kitorang dah sampai daerah situ.. kena plak dengan takder tempat nak berehat malam tu..sebab besoknya kenduri belah lelaki (belah kitorang la). Kalo nak patah balik ke Kuala Krai tak sanggup den nak menempuh jam sebab masa tu kebetulan keter tengah banyak. Ramai dah rakyat Kelantan yang mula bergerak balik ke KL.. Sooooo jangan cari pasal. Kan muntah berak dalam keter.



Kitorang ke Tok Bali ni pun main redah jer. Tawakkal jer la.. ader ker takder bilik kosong pun aku tak tahu. Nasib baik ada.. tu pun Ya Ampunnn… Hazabbb… Hancin…ekon plak diorang dah setkan 30 jer kot. Tingkap pun takder. Betul betul macam rumah burung merpati. Tapi disebabkan terdesak maka kitorang pun tempahla 2 bilik. Satu untuk geng lelaki. Satu lagi geng popuan.



Sewa untuk satu malam adalah 75 henggit sahaja. Ada 2 katil queen size jer kot.. Kalo diikutkan, 1 bilik dah cukup. Tapi sebab nakkan keselesaan, ambik jer la 2 bilik. Malam tu Ajeed memang kuar memancing ngan adik aku. Tinggallah kami yang popuan popuan saja.




Sebelum kuar memancing kitorang kuar makan dulu. Kat sini pun satu hal. Cari kedai makan bukan main susah lagi. Bila dah dapat, terkena plak kedai yang servisnya lembab tahap cipan. Tukang masaknya agaknya sorang jer kot.. Dekat sejam jugak kitorang menunggu. Bukan ramai nau pun pelanggan masa tu. Tapi nasib baikla masakan dia boleh tahan sedapnya , takderla nak marah sangat. Tahap mendidih jer.



Lepas jer kitorang makan.. terus balik chalet.. tido.. besokkan ader satu lagi kenduri besar. Dalam kul 10 gitu kitorang dah standy nak checkout.. Sementara menunggu sang suami bersiap persis Putera Mahkota.. Kitorang lepak kat pantai dulu. Diorang sumer lambat bukan apa..lambat bangun la.. Kul 3 katanya diorang balik dari memancing. Dah la malam tu hujan. Camner diorang setup pun aku tak tahu.



Soo.. dalam pukul 1 gitu kitorang baru sampai kat umah makcik aku tu.. Masa dalam keter aku ada cal mak aku.. yer la..nak jugak tahu situasi kat sana.. Tak pasal pasal kena sebiji..

Bila nak sampai ni.. anak orang lain sumer ada duk nolong.... anak aku sorang pun takder…

Terus kami sumer tersentap. So apalagi sampai jer sana buat buatla kami sumer menolong apa yang patut.. Sampai ke Petang jugakla anak menantu Makcik Aji Nah ni jadi penanggah. Itu pun aku masih lagi terdengar kat ujung ujung telinga yang kami tak sudi nak menolong. Lari tido kat tempat lain. Tapi rasanya kami yang dating lambat datang ni lagi banyak menolong dari mereka yang berkampung sampai 2-3 malam kat sana. Masa kitorang sampai tu nasib baik rombongan pengantin popuan blom sampai lagi.

Nanti citer bergambar masa kenduri kat umah mak sedara aku ( pihak lelaki) aku citer kat entry lain la.. Ok chow..

Tuesday, September 27, 2011

Kenduri Dalam Raya

Assalamualaikum..

Dah menjadi kebiasaan masyarakat di Kelantan.. Asal raya jer mesti ada orang akan kawin.. Asal orang kawin jer mesti time raya. Masa Ajeed mula masuk dalam keluarga aku dulu dia pun macam pelik bila orang kat Kelantan buat kerja kawin masa time raya.

Raya.. Raya la.. Naper nak kawin masa raya…
Alaaa… Cuti raya kan sumer sanak sedara..sahabat handai taulan balik…

Itulah jawapan aku… Memang time tu jer cuti yang sumer orang akan dapat balik kan?. Biasa kalo cikgu cari time cuti skolah nak kawin kan, tapi kalo orang biasa biasa cuti raya la diorang akan buat kenduri kawin ni.



Masa raya ke4 hari tu giliran sepupu aku ni yang kawin. Akad nikahnya aku tak sempat nak join. So masa kenduri kat umah popuan ni aku ambik kesempatan nak menjoinkan diri. Yerla.. dah lama tekak tak merasa gulai kawah… sedappppnya lahai… masih terasa lagi kesedapan guali kawah, ayam sambal, ikan kering, jeruk rebung.. macam macam lagi la..



Nasib baikla si Zam ni dapat jiran sekampung jer… alaaa…. Dalam 5 minit perjalanan jer. Soooo takder la sibuk sibuk nak merempuh jem. Sebelum acara makan makan apalagi kita posing la dulu sampai berpeluh.



Sumer sepupu sapapat yang masih berstatus dara laku la sket gambar diorang.. orang tu nak ambik orang ni pun nak ambik. Kita yang mak dara ni siap kena rekues lagi. Tu pun jenuh duk mikir camner nak buat muka menten cun dara jelita… bluwek.



Mak aku mengetui rombongan mak kiah ni kali ni. Excited giler dia hari tu sebab jumpa eamai sangat kawan sekolah dia. Bekas pakwe lama pun terjumpa jugak… ah haiiiii. Kat sebelah tu kawan lama dia. Mak aiii boleh tahan juga mak aji ni kalo jumpa geng bas skolah dia. Bukan main lagi. Banyak citer diorang. Maklum la dah berzaman lamaya terpisah. Sejak lepas kawin memang takder jumpa. Walhal berpuluh kali dalam stahun balik pun diorang bukan boleh jumpa. Yerla.. masing masing sibuk ngan anak cucu la kalo dah tua tua gini.



Kami yang kembang semangkuk pun nak jugak ada kenangan ngan pengantin. Takkan kasi kan orang muda mudi jer. Teringin jugak wey….



Ibu pengantin lelaki (Mak sedara aku) kat sebelah kiri.. Kanan tu saper lagi Makcik Aji Nah la (Mak aku)



Ini pun bakal pengantin ..tahun depan la kot.. Nasik minyak lagi. Kalo dikira masih ramai lagi sepupu sepapat aku yang blom kawin. Tengah tunggu turn ni..Berderet kat belakang….So standy jer la. Buatla baju kurung banyak-banyak.



Ini plak suami si ila… Tersenyum kepenatan. Mana tak penat kalo 2 trip ulang alik dari Krai ke KB. Sebab tu la malam raya ke-4 tu kitorang plan nak sewa chalet kat Tok Bali jer. Sebab besoknya kenduri belah lelaki, belah kami la. Malas plak nak patah balik ke rumah kami. Jaranknya bukan dekat.. dalam 80km ader kot. Tambah plak jam giler babas. Kalo tak jam sanggup kot balik tidur rumah sendiri. Pagi besok datang balik.



Makcik Aji Nah hanya mampu tersenyum. Batuknye masih tak ilang ilang lagi. Naik risau aku dibuatnya. Aku ajak ke spital memang dia takkan setuju punya. Ajak ke klinik pun tak nak. Nasib baik ada stok ubat batuk aku yang dulu. Dia hantam yang tu jer.



Ni plak adik aku yang no 4. Abang pada yang blajar kat Serawak. Masih solo molo lagi.. Ader sesiapa berminat tak? Solo ker?… single kot but not available.. hehe.



Ni plak ayah aku… Pak Cik Pin…a.k.a Ayah Pin… tapi bukan ketua kerjaan langit.



Ni pun sepupu aku jugak. Sorang dah berstatus ibu orang, baru jer dapat anak no 3..gigih gak datang kenduri. Sorang lagi plak dah berstatus isteri orang. Sorry..takder chance la nak ngorat. Panas lagi ni….



Ohhhh… pening tengok pic banyak sangat. Stop la sini dulu. Habis jer kenduri kat sini kami hantar mak aji ngan ayah aji pin ke rumah mak sedara aku.. Kami dan kami sumer ker Tok Bali. Mana tahu ada bilik yang masih kosong. Bukan tak nak tido kat situ atau tolong menolong merewang sekali . Yerla .. terpikir jugak aku takut ada mak sedara lain yang fikir kami sumer nak melarikan diri, sebab besoknya kenduri belah lelaki plak, tapi memikirkan kami yang dah beranak pinak ni… anak plak takleh kontrol.. kan tak pasal pasal bunga telor dalam bilik pengantin hilang.. sooo kitorang nekad cari chalet kat Tok Bali jer la.

Citer Tok Bali akan menyusul.

Monday, September 26, 2011

Selamat Pengantin Baru

Assalamualaikum..

Walopun agak terlambat, tak kira.. nak jugak cakap Selamat Pengatin Baru ni
Ekceli raya hari tu 2 orang sepupu aku selamat sudah menjadi suami orang. Ucapan buat mereke berdua

Selamat Melayari Hidup Berumah Tangga

Semoga menjadi ketua rumahtangga yang berjaya merangkap nahkoda kapal yag terbaik untuk anak anak kapal. Hidup rumah tangga penuh dengan asam garam. Setakat gaduh kecik kecik tu abaikan jer la. Takyah nak berpanjangan sampai ke malam. Takat sejam 2 jer tu consider ok lagila. Malah perlu..Wajibulgunnah……

Mizi Dan Isteri..(Na)



Sorry la kalo nasi dagang hari tu tak berjaya memenuhi selera korang. Almaklumla pestime buat nasi dagang.

Dan.................................. Buat,

Zam @ Abe Ngoh ngan Isteri..



Sory datang hari tu makan kuih raya jer.. Kak Ani nak masak korang tak kasi. Bukan apa lain kali lom tentu lagi korang sampai Kajang ni. Sekali stahun tu pun kira ok la. Yer la bukan dekat Johor ngan Selangor ni Tapi takperla, kalo ada rezeki jumpa lagi sudi sudikan menjamu perut korang kat sini. Allaaa setakat nasi ngan petai jeruk plus telur cicah budu , apala sangat.. yo dop?.

Lastly buat korang berdua…
Semoga Berbahagia Hingga Ke akhir hayat… Amin…

Friday, September 23, 2011

Nak Sambung Citer Raya Boleh?

Assalamualaikum...

Open House lom habis lagi kan?.. So boleh la sambung citer raya saya kan?

Raya ke-3 baru kami balik Klantan. Kat Kelantan plak nikmat rayanya dah habis sebab sibuk dengan kenduri. Kalo diikutkan raya ke-3 tu kita dah start bz dengan kenduri, tapi disebabkan raya ke-3 tengahari tu baru gerak balik Klantan makanya raya ke-4 tu la baru kami gerak balik ke KB



Kami tahun ni serba merah.. Adik aku yang kat Slayang pun merah gak.. Dah helo helo sebelum raya. Gambar family pun tak sempat nak ambik... sempat beberapa keping jer.. ngan yang lain lain hampes.. sibuk sangat makan gulai kawah.


Alkisahnya tahun ni aku gian nak berbeli ngan shawl. Bila tengok orang pakai selendang elok cantik terletak jer. Tapi bila cuba pakai...mak aiii... tak reti tu satu hal tapi yang sebetulnya muka aku memang tak sesuai la nak berbelik dengan shawl. Senang citer tak lawa la.


Ini plak anak buah aku si Aqil dan Si Sarah.. Anak pada si Ila.. Dia ni pun satu hal gak. Sibuk gak tahun ni nak shawl mengeshawl. Sebelum ni mana ada reti pakai. Pastu sibukla suh adik aku yang kat serawak tu. Yang tu la sibuk tolong aku belitkan selendang. Nak pakai tapi tak reti apa kes...


Gaya budak yang beraya dalam keletihan. Mau tak letih.. Raya pertama tu diorang gerak dari Selayang. Sampai jer terus singgah beraya umah mak sedara aku. Plan asal diorang nak balik raya ke-2. Tapi sebab tak tahan beraya dengan mat bangla ngan Nepal jer kat Slayang..terus call mak aku... Plan kasi tukar la. Untung si Ila.. Kalo Ajeed macam tu... mau aku buat sujud syukur... dah termaktub sampai mati la aku balik Klantan raya ke-2 kalo kena turn raya sini dulu.


Pura pura sajer... konon photoshoot cover majalah Jelita.... :O.. muuuuuuehehe....


Ini pun budak keletihan. Seharian dalam baju kemeja. Rimas agaknya kot. Tambah plak selsema..srooottt...srotttt.... Kesan benjol jatuh motor hari tu pun ader lagi.


Ajeed yang pura-pura ganteng... Poyooooo tak sedar tu perut dah maju ke depan. Tapi bila aku cakap gitu dia lagi bangga gilerrr.. Konon aset lelaki yang dah berkawin... Keji giler statement dia...


Anak jantan saya yang terlebih aktif. Datang umah orang dengan selamba pegi bukan peti ais orang tu.. Tak cukup dengan tu masuk bilik buat spot check bawah katil orang. Sebabnya dia dah nampak bontot lori terkeluar dari bawah katil. Tu sebab dia cuba selongkar .. Hebakkkkk.. anak sapo la ni.



Last sekali gambar kami sefamily. Kan hari tu aku ader buat intro pasal gambar raya... Pic kat atas ni la yang paling lawa aku tengok.. sebab apa tau... cuba tengok yang bawah ni....



Ajeed jer yang menten senyum pandang kamera.. cuba perati.. aku ngan anak anak... tak habis habis.. sorang nak air.. sorang lagi plak tak nak pandang kamera. Hafiy plak nak berebut air dengan Hadif. Macam macam betul diorang ni.


Yang ni pun sama.. lom sempat pandang kamera.... Tapi ok la..atleast ada gak gambar raya kami walopun tak berapa nak sempurna...:)

Pic ni sumer kami ambik masa kat umah pengantin popuan. Kami sumer belah pengantin lelaki.
Gambar pengantin akan menyusul dalam next entry yo... Punya la susah nak ambik masa habiskan entry raya. Sekarang bz sket dengan kerja orang .. Kerja sendiri takder sangat. Nak nak plak PC masih lagi ting tong..asal bukak tenet jer dia hang. Tu sebab aku malas nak bukak blog.

Ok la geng........ wa can cin cau dulu...

Monday, September 19, 2011

Sukan Gaya Si Hafiy

Assalamualaikum...

Sabtu Ahad yang sangat memenatkan... Mana dengan sukan Hafiy, open house sana sini.. Balik Klang lagi... Fuhhh penat siot. Nasib baik ada ubat sakit urat. Kalo takkkk kejanggggggggggggg.

Ok la.. ekceli kisah raya lom habis lagi ni. Tapi skip jerla kisah raya tu.. kita masuk kisah sukan tahunan yang skolah Hafiy buat. Ekceli kalo diikutkan Hafiy ni masih blom layak join sukan lagi.. sebab dia blom masuk skolah lagi. Tapi disebabkan tak cukup orang makanya cikgu pun ambik la dia.. adala lagi budak baya dia yang terpilih. Kalo tgk saiz baju yang tak padan ngan tuan tu yer la...itula budak bawah 4 tahun yang menjoin sukan. Allaaaaaa sukan riang ria jer pun dia join... junjung uncang ngan masuk puzzle ABC....senang ya amat. Tapi senang senang pun biasala..dah nama budak tak cukup umur yang main.. sumer nak berteman.

"nanti Ibu ikut hafiy masuk ABC yer"
"ermmm yerla...."
"Ibu ikut tau......."

Jadi ibunya pun join la masuk puzzle ABC skali... Dalam reramai budak Hafiy paling brutal. Senang jer nak cam dia.. Budak lain sumer pakai kopiah..Kan tadika Islamic katanya.. cara pakai pun ofcoz la islamic.. Tapi Hafiy tak... Pakai topi mickey mouse warna merah lagi. Siap ko.. dari jauh lagi aku dah boleh cam ko buat apa..


Mana satu anak ko ni...
Tuuu...yang pakai cap merah tu...


Masuk acara perbarisan orang lain biasanya jer.. rilex jer masuk barisan. Hafiy tak.. kejap kejap topi tu dia terbalikkan.. kejap kejap sudu kat tepi..disengetkan plak.. kejap lagi ke depan plak.. Haiiisss macam macam gaya... ni nak sukan ker nak bergaya nak oiii....


Kesian bebudak ni... arrangement diorang macam tak teratur sket. Kelam kelibut. Dah la rumput kat padang tak terpotong... kena sipendek cam Hafiy ni...paras betis la. Masa ni acara bawak uncang atas kepala... siap bertepik tangan lagi diorang tau..

kuning..kuning..kuning......
di ajar rupa itu....kelakar plak,,,


Masa ni plak dah siap ke-2-2 acara.. Relex la kat bawah khemah. Hadif plak sibuk nak jumpa abang dia..

bai..bai.. (panggilan Hadif utk abg)..

aku pun bawak la dia ke tengah khemah sana.. dah sampai sana demand la plak....


NO CAMERA PLSSSSSSSSSSSS...
Nangis nangis lagi.... banyak songeh betul.. Ntah naper budak berdua ni pagi pagi lagi dah takder mood.


Belum habis acara lagi aku dah bedal sepinggan makanan. Lapar sebab duk melayan Hafiy. Kejap nak air... kejap nak nugget. Susah betul nak ramal peel dia pagi tu. Nasib baik la ko kecik lagi ni. Kan tak dibagi makan toyer muka dia semacam plak.


Asalnya Jamuan makan kat situ dibukak masa habis sumer acara. Tapi plan asal dah bertukar. Mak bapak sumer kebulur.. Pagi-pagi kuar rumah tak sempat nak makan. Sudahnya baru habis 2-3 acara sumer pakat serbu meja makanan. Hantam sajer la labu.. Makannn.. Pengacara majlis pun dah tak kisah. Siap guna speaker lagi suruh diorang makan. Acara sukan yang paling kelam kelibut pernah aku tengok.


Masa aku tengok Hafiy nak boring sangat. Masa ni seingat aku tunggu nak bagi Hadiah. Hafiy dah mencuka satu macam sebab dia nak aiskrim tapi tak sempat ambik. Malasla aku nak bawak dia pegi cari eskrem..Kan panggil nama nak kasi hadiah tuan ntah ke mana plak.


Mana nak dapat cepat nak oi... ko tak beratur. Ko tunggu kat tepi van bila nak dapat. Sudahnya dia paksa babah dia suruh beratur. Puuuuuunnnnnnnnnnn tak dapat jugak. Pakcik eskrem baru nak isi bahan kat dalam mesin tu.. Adoiii.. skali lagi anakku bengang.


Korang pun boleh tengok tengok tahap/ level kebengangan anakku itu. Masam mencuka...


Pastu siap nangis lagi......
"nak eskrem.. nak eskerem..."

Dalam barisan ni...


Bila dah dapat piala..suka la kejap... lupa la pasal eskrem tu... Ralit duk menelek piala..
apekende la ni.... orang tak biasa tengok piala...


Yesss............. akhirnya ibu yang bertungkus lumus mendapat eskrem untuk si anak....
anak plak dah puas menyentap.... orang sibuk nak terima hadiah..dia boleh sibuk nangis nak eskremmm... Itupun masa nak terima hadiah kali ke-2 tangannya comot ngan eskerm.. tergelak tukang bagi hadiah..Nak tunggu dia lap dulu.....


Fuhhhh legaaa...............basah tekak den...
Dan yang paling puas hati... 2-2 i johan tau....
Junjung Uncang Rumah Kuning Johan...
Susun Puzzle ABC pun rumah kuning johan...


Itu sumer berkat tunjuk ajar si ibu....
Orang lain mana ader sibuk suruh ibu yang teman..
Den tak kisah... den nak ibu den kat sebolah..

Inilah Gaya budak 3 tahun 1/2 main sukan
Tapi satu jerla... berbaloi beli kasut sukan 9 henggit rege yang ada gambar otomen.... match plak ngan stokin spiderman rege 4 henggit.. Itu suka kemaiinnnnnnnnn..... Janji adoooooo.....
Dah namanya budakkk..............