Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)
Showing posts with label kawin. Show all posts
Showing posts with label kawin. Show all posts

Wednesday, March 7, 2012

Majlis Sanding Ana Almas

Assalamualaikum

Sebelum panjang lebar aku bercerita tataplah dulu wajah pengantin yang very the gojes ini. Cantik plak aku tgk baju dia pakai.. Walhal malam nikah tu aku dah tgk tergantung kat dalam bilik…. Lahai tak lawanya baju nikah Ana.. Tapi bila dipakai, dihias dengan bling bling kat kepala tu barulah terserlah ayunya.


Macam yang korang baca dalam kisah sebelumnya.. Majlis Nikah aku termiss…

Sanding Ana pun aku ter miss jugak.. frust giler… baru jer berangan nak ambik gambar atas pelamin dengan pengantin. Sampai sampai pengantin dah takder atas pelamin.. renjis renjis dipilis pun dah settle. Tinggal hanya ni jer… pengantin tengah minum air atas pelamin. Dahaga sangat. Sibuk melayan tetamu la tu. Nak jugak aku naik pelamin,



Berbalik pada sambungan citer semalam, naper aku lewat ke majlis sanding Ana.

Takyahla nak teka keter mejedis tu buat hal lagi eh…salah… Ekceli yang sebenar-benarnya ini adalah kesilapan daku sendiri.. yer aku betul betul menyesal… (bunyi cam serius jer)… Gini citernya…bangun kemain awal lagi ya… siapkan anak-anak sumer..bekfes awal awal lagi.…sampai masa maknya yang nak melaram…OMG.. baju takleh masuk…..sudahhhh….stok baju baru memang tak standby baju raya bulan 8 tahun lepas dah macam sarung 2 bijik nangka, bukab sebijik tapi 2 bijik…. Ketat ya amat yooo… spot area biasanya…kat mana lagi kan.. vontot la…... Yang aku tak boleh terima…tang perut tu tak boleh masuk ..KANTOI. Baru setengah tahun baju saiz M dah tak boleh masukkkk… menggigillll…. Tak boleh nak terima kenyataan badan dah mengembang.. cuba baju lagi satu.. sama jugak.. atas bawah kiri kanan belakang depan sumer terbonjol dengan lebihan isi. Nak tak nak kenalah ajak drebar pegi carik baju lain, sebab aku dah takder baju nak pakai dah. Apa lagi..dalam pukul 11 kuar umah pegi kedai cari baju kurung saiz besarrr punya.. Gila sadis betulll. Tapi kena gak terima hakikat…..

So macam biasa la.. kalo dah ke kedai… belek tu belek ni…yang tu plak nak cari hendphone..yang ni plak nak cari baju kerja…sudahnya dekat pukul satu baru sampai umah pengantin.try tu try ni sumer tak kena.. Sampai sampai sana rombongan pengantin lelaki dah nak habis makan. Terlepas plak peluang nak tengok Ana atas pelamin. Keciwa lagi.


Takper la.. Dapat tengok gambar kat beg goodies pun jadilah. Kalo dapat beg macam ni nak buang pun rasa macam tak sampai hati. Simpan jer la buat kenangan hari tua.



Tapi sifu aku sempat plak ambik gambar ngan pengantin. Aku pun dah macam takder mood bila sumer plan tak menjadi ni. Dengan anak anak yang tak dengar kata. Makin dilarang makin dia nak buat. Lepas satu satu gula-gula yang atas dulang tu dia ambik. Sudahnya aku ambik satu bekas simpan kat tempat tinggi sket. Padan muka. Kan kalo aku tak simpan blom sempat pengantin nak merasa tgk bekas dah kosong.. Apa celopppp.



Pic dengan mak aku pun tak sempat nak ambik. Diorang tengah sibuk nak berangkat balik Kelantan. Datangnya Jumaat Malam. Sabtu petang dah sibuk nak gerak balik. Kalo aku baik tak payah datang. Buat penat sakit urat adalah. Pastu dengar citer plak diorang sampai sana dalam pukul 4 pagi. Pukul 5 gerak dari sini..bayangkan 12 jam atas jalan saje. Dengan anak kecik lagi. Paham jer la budak.. mesti nangis punya. Pastu kisah Majedis tu pun tak habis lagi. Wiper hari tu pun tak repair lagi sebab nak balik repair kat kampung. Itu lah yang menjadi sebab musabab naper sampai 12 jam diorang kat atas jalan raya. Mesti anak dia yang jadi wiper sekali lagi. Aku pun dah dapat rasa mesti pakcik aku dah serik nak datang sini lagi.

Pastu petang nak balik tu kami anak beranak dah bingung.. Ajeed dah tinggalkan kami .. Siap makan sumer dia dah gerak pegi kerja. Sudahhh..satu hal lagi nak mintak tolong saper yang hantar… Sementara tu marilah anak-anakku kita bergambar tepi longkang sekali lagi. Heran aku budak sekarang… Pandai jer buat tangan macam ni bila bergambar. Aku tak ajar pun dia buat macam tu. Pengaruh luar senang sangat meresap masuk dalam kepala hotak diorang. Kesian si kecik aku tuh.. Terpenyek kat tengah-tengah.



Nasib baik ada sorang sepupu aku yang kat situ sanggup hantar aku balik rumah. Kalo tunggu Ajeed maunya pukul 10 11 baru dia balik kerja…Sooo tebalkan muka kejap mintak dia tolong hantarkan….
Sebelum balik tu… perempuan muka ketat a.k.a pemilik blog mau tayang muka . Biar muka ketat takper jangan baju yang ketat. Seksa zahir batin..Susahnya nak kontrol makan malam ni..Korang ada petua tak?



Pic masa sanding takder banyak sangat. Ini jer yang ada.. InsyaAllah kalo ada sumber yang boleh bagi kredit boleh aku upload lagi. Wassalam….

Tuesday, March 6, 2012

Majlis Nikah Ana Almas

Assalamualaikum…
Fuhhhhhh… Tarik napas dalam dalam… Firstly , syukur banyak-banyak sebab 1 idea sudah maliii lo….. Ke-2nya aku nak ambik kesempatan kat sini nak ucapkan selamat pengantin baru buat Cik Puan Ana Almas , Semoga berbahagia seadanya dengan Tuan Muda Zul yer.



Alaaa…. Setakat gaduh gaduh manja ni.. muncung muncung mulut sampai boleh gantung hanger tu biasa jer. Ingat.. mana ada bahtera yang tak dilanda badai. Cuma peranan nahkoda tu yang penting sebab tanpa nahkoda yang cekap, bijak, waras akal fikirannya maka tersasarlah kapal itu dari haluan yang sebenarnya.
Ok.. sila tarik napas dalam dalam untuk kali yang ketiganya sebab entry yang bakal korang baca ni gambarnya banyak ya amat. Kalo rasa tak sanggup, mata dah klabu asap silalah log out la cepat cepat yo….ambo tak marah.

Ekceli sebelum aku membebel panjang lagi lebar ni (adaaa lagi) aku nak mintak berbanyak banyak kemaafan sebab tak dapat meraikan hari bahgia bersama-sama dengan pengantin baru. Biasala kita hanya merancang. Tuhan yang menentukan. Serius aku cakap dari hujung tahun lepas lagi dan timbul rasa excited. Tak sabar nak tgk Ana kawin.. nikah. Lastly apa sudah jadi. Malam nikah dia aku sampai rumah dia dekat pukul 12-30. Sebab apa?… terpaksa redah jam pi ambik pakcik aku dekat Jalan Loke Yew. Terkandas kat sana sebab wiper dia rosak plus dengan hujan lebat, plus lagi dengan dia yang tak biasa datang KL. Plus lagi dengan jalan jam. Sooooo apa jadi korang fikir jer la sendiri. Sampai orang kiri kanan boleh gelak bila keter mejedis ada wiper manual. Terpaksa sepupu aku bukak atap keter yang kat atas tu, 2-3 minit sekali dia keluarkan kepala lapkan cermin untuk bapak dia, almaklum dah la malam… nak nak baru sampai KL lak… Sadis betul kan.. gelak setan jer orang kiri kanan bila nak bayar tol. Sudahya sampai sana majlis dah setel. Lauk pauk pun dah licin. Tinggal acar nangka ngan sayur jer. Pastu adalah skit skit daging yang tinggal … seketul 2 jer.. buat lekat celah gigi .

Ok..takper la… besok majlis sanding dia awal awal lagi aku nak datang. Lagipun umah dia dalam 5-10 minit jer… Alih alih tak dapat datang awal jugak jugak… Korang teka sebab apa…

Itu nanti aku citer dalam entry lain.. settle yang ni dulu.

Ok la.. stop jap citer pasal tuan blog.. Masuk citer Bab Ana Almas kawin jer. Cantik bebenor aku tengok si pengantin. Sekali tengok macam Twinkle Khana.. 2 kali temgok macammm buah kana.. hehe.. gurau jer. Tapi serius aku cakap dia betul betul very the gojes looooo…. Cantik. Untungla si Zul tu dapat tangkap dia. Wa tabik spring…





Ini plak sebahagian dari hantaran untuk belah lelaki. Lupa nak kira berapa dulang. Nampak cam boleh tahan gempaknya. Belah popuan aku tak sempat nak membelek. Sampai dah lewat.





Dalam bilik pengantin plak… wahhhh tersergam indah dengan set katil yang bersaiz RAJA punya… lampu lampu hiasan yang memang nampak lawa sangat. Kena la dengan set katil dia tu.




Pelamin dia pun lawa gak.. Cuma masa nikah malam tu dia blom leyak kerusi lagi… nikahnya atas bantal jer.. Janji sekali lafaz jer yer….



Selesai akad nikah . Selamat sudah Ana menjadi bini kepada Zul. Alhamdulillah. Dah jadi bini orang.. peranga pun kena la matang sket. Silalah salam dengan kluarga belah belah suami yer. Jangan pandang ngan senyum jer….Pointer kena jaga. Jangan turun naik. Hehehe.


Kusyuknya pakcik aku bercerita. Kitorang bahasakan diri dia AyahNgoh, dialah bapak sipengantin ni. Sebelah dia tu nenek aku, mak pakcik aku tu la.. Yang belah kiri tu makcik aku. Apa yang diorang bercerita tu gamaknya erk.



Ceria bukan kepalang lagi nenek aku bila dapat jumpa anak kesayangan dia. Yerla orang tua.. jumpa anak sekala skala. Tuhan jer yang tahu betapa gembiranya dia. Dah tua tua macam ni bukan wang ringgit yang menjadi dambaan. Kasih sayang dan sentuhan anak tu lagi berharga.



Saper lagi lawa .. pengantin ker bulan mengambang tu yang lawa. Aduhhh.. slah satu sebab malas nak update blog ni la. Nak upload gambar muka sendiri kat blog pun dah tak lalu. Apa lagi korang yang tengok kan…Tapi jangan…..



Jangan Kau Pandai Bunga Yang cantikkk..
Kerna ia biasa menghancurkan….

Cehhhh… Ramli Sarip u… ntah betul ke idak lirik dia .. aku main hantam sajer. Tapi macam takleh lawan sifu aku la. Sifu Makan Banyak… Makan suku pinggan jer nasik..tapi 10 kali tambah.. Kirala berapa pinggan. Inilah dia Sifuku….



Tunjuk Ajarku Sifu….

Mari anak anak kita bergambar…. Hafiy pun dah makin bulat kan. Macam saper lagi. Aku la plak yang jadi sifunya.



Baju biru yang sebelah kiri tu mak si pengantin.. Yang baju hijau sebelah pengantin tu sepupu sepapat kitorang la.



Ekceli gambar ni kebanyakkan kredi dari sepupu aku yang baju hijau tu tadi. Mintak izin yer kak masuk dalam blog saya. Yer la. Hanset aku ni canggih sangat. Nak kuar dalam beg pun segan Biasala IPUNG 10s. Limited Edition … :)

Ni baru gambar nikahnya.. Gambar sanding aku akan upload kemudian. Kalo rajin la.

Eh…mesti kena rajin..sebab aku nak tunjuk gambar muka selebet aku pakai baju baru saiz besar……hehe.. tunggu yo.

Thanks for reading...

Thursday, September 29, 2011

Kenduri Belah Lelaki

Assalamualaikum..

Belah lelaki adalah belah mak sedara aku la.. Kesian dia.. Dah la ibu tunggal. Dari A~ Z sumer dia nak kena settle. Nasib baik anak anak dia jenis ringan tulang. Tak perlu nak bersuruh.
Gulai kawah kat sini adalah yang terbaikkkk…. Masih terbayang diingatanku….




Simple sangat makan beradap diorang. Guna meja makan kat dalam rumah jer.. Senang kerja.
Macam biasala sesi mengambil gambar setelah rombongan pengantin perepuan tiba.



Adik aku ngan sepupu aku sempat meyelit masa ni. Mak Su aku skali..2 dari kanan tu.



Turn adik aku (yang kat Serawak tu) ngan mak aku plak… Cantik tak baju raya adik aku .. jeles la tengok baju raya dia tahun ni.. sumer cantik cantik jeles aku tau.



Yess.. giliran aku dengan muka toya. Tahap kepenatan yang maksima…Tak dapat kepuasan berganda masa tido kat Tok Bali malam tadi. Lagipun aku rasa macam ada sumting yang mengerikan la… hohoho. Tapi nak jugak ambik gambar ngan pengantin. Perasan tak sumer gambar aku ngan pengantin Ajeed mesti takder. Aku pun tak tahu mana dia bawak diri. Pandai pandai la dia nak idup. Masa ni aku memang bz.. Mana nak menolong kat dapur.. Mana nak handle anak. Paham la si Hadif tu camner. Tapi aku tak risau.. ajeed memang pandai bawak diri….Kalo tak takkan boleh bedal nasi sampai 2 round.



Ni plak sepupu aku yang kat Sri Kembangan. Bini dia masih bercuti.. baru lepas pantang anak ke-3.. dapat gak dia nak anak lelaki.



Orang kuat majlis hari ni bersama bondanya. Ni pun sorang.. jeles aku tengok baju baju raya dia.. Naperla taste aku buruk sangat erkk. Tengok baju orang sumer berkenan. Tengok baju sendiri..Ya allahhh… teruknya taste aku… macam makcik makcik (sedar diri la cik anie oiii)



Sebelum pulang sempat lagi kami bergambar dengan pihak rombongan pengantin perempuan. Maklumla…kami ni kan sedara bau bau bacang. Tapi tak pernah kenal batang hidung. Masiing masing tak kenal sedara…



Dannn…wajah wajah insan yang kepenatan. Masa ni on the way balik rumah aku kat kuala krai.. Cuba bayangkan kitorang ambik masa 5 jam setengah untuk perjalanan 80 KM… hazab tak hazab perjalanan kami… kul 5 gerak.. kul 11 malam baru sampai umah.. Ya Allahh penat giler. Besoknya tu adik aku yang kat selayang gerak balik masuk KL.

Wednesday, September 28, 2011

Bermalam DI Tok Bali

Assalamualaikum..



Akceli dah lama tau kitorang plan nak bermalam kat sini. Sebab musabab yang utamanya Ajeed nak memancing. So dah alang kepalang kitorang dah sampai daerah situ.. kena plak dengan takder tempat nak berehat malam tu..sebab besoknya kenduri belah lelaki (belah kitorang la). Kalo nak patah balik ke Kuala Krai tak sanggup den nak menempuh jam sebab masa tu kebetulan keter tengah banyak. Ramai dah rakyat Kelantan yang mula bergerak balik ke KL.. Sooooo jangan cari pasal. Kan muntah berak dalam keter.



Kitorang ke Tok Bali ni pun main redah jer. Tawakkal jer la.. ader ker takder bilik kosong pun aku tak tahu. Nasib baik ada.. tu pun Ya Ampunnn… Hazabbb… Hancin…ekon plak diorang dah setkan 30 jer kot. Tingkap pun takder. Betul betul macam rumah burung merpati. Tapi disebabkan terdesak maka kitorang pun tempahla 2 bilik. Satu untuk geng lelaki. Satu lagi geng popuan.



Sewa untuk satu malam adalah 75 henggit sahaja. Ada 2 katil queen size jer kot.. Kalo diikutkan, 1 bilik dah cukup. Tapi sebab nakkan keselesaan, ambik jer la 2 bilik. Malam tu Ajeed memang kuar memancing ngan adik aku. Tinggallah kami yang popuan popuan saja.




Sebelum kuar memancing kitorang kuar makan dulu. Kat sini pun satu hal. Cari kedai makan bukan main susah lagi. Bila dah dapat, terkena plak kedai yang servisnya lembab tahap cipan. Tukang masaknya agaknya sorang jer kot.. Dekat sejam jugak kitorang menunggu. Bukan ramai nau pun pelanggan masa tu. Tapi nasib baikla masakan dia boleh tahan sedapnya , takderla nak marah sangat. Tahap mendidih jer.



Lepas jer kitorang makan.. terus balik chalet.. tido.. besokkan ader satu lagi kenduri besar. Dalam kul 10 gitu kitorang dah standy nak checkout.. Sementara menunggu sang suami bersiap persis Putera Mahkota.. Kitorang lepak kat pantai dulu. Diorang sumer lambat bukan apa..lambat bangun la.. Kul 3 katanya diorang balik dari memancing. Dah la malam tu hujan. Camner diorang setup pun aku tak tahu.



Soo.. dalam pukul 1 gitu kitorang baru sampai kat umah makcik aku tu.. Masa dalam keter aku ada cal mak aku.. yer la..nak jugak tahu situasi kat sana.. Tak pasal pasal kena sebiji..

Bila nak sampai ni.. anak orang lain sumer ada duk nolong.... anak aku sorang pun takder…

Terus kami sumer tersentap. So apalagi sampai jer sana buat buatla kami sumer menolong apa yang patut.. Sampai ke Petang jugakla anak menantu Makcik Aji Nah ni jadi penanggah. Itu pun aku masih lagi terdengar kat ujung ujung telinga yang kami tak sudi nak menolong. Lari tido kat tempat lain. Tapi rasanya kami yang dating lambat datang ni lagi banyak menolong dari mereka yang berkampung sampai 2-3 malam kat sana. Masa kitorang sampai tu nasib baik rombongan pengantin popuan blom sampai lagi.

Nanti citer bergambar masa kenduri kat umah mak sedara aku ( pihak lelaki) aku citer kat entry lain la.. Ok chow..

Tuesday, September 27, 2011

Kenduri Dalam Raya

Assalamualaikum..

Dah menjadi kebiasaan masyarakat di Kelantan.. Asal raya jer mesti ada orang akan kawin.. Asal orang kawin jer mesti time raya. Masa Ajeed mula masuk dalam keluarga aku dulu dia pun macam pelik bila orang kat Kelantan buat kerja kawin masa time raya.

Raya.. Raya la.. Naper nak kawin masa raya…
Alaaa… Cuti raya kan sumer sanak sedara..sahabat handai taulan balik…

Itulah jawapan aku… Memang time tu jer cuti yang sumer orang akan dapat balik kan?. Biasa kalo cikgu cari time cuti skolah nak kawin kan, tapi kalo orang biasa biasa cuti raya la diorang akan buat kenduri kawin ni.



Masa raya ke4 hari tu giliran sepupu aku ni yang kawin. Akad nikahnya aku tak sempat nak join. So masa kenduri kat umah popuan ni aku ambik kesempatan nak menjoinkan diri. Yerla.. dah lama tekak tak merasa gulai kawah… sedappppnya lahai… masih terasa lagi kesedapan guali kawah, ayam sambal, ikan kering, jeruk rebung.. macam macam lagi la..



Nasib baikla si Zam ni dapat jiran sekampung jer… alaaa…. Dalam 5 minit perjalanan jer. Soooo takder la sibuk sibuk nak merempuh jem. Sebelum acara makan makan apalagi kita posing la dulu sampai berpeluh.



Sumer sepupu sapapat yang masih berstatus dara laku la sket gambar diorang.. orang tu nak ambik orang ni pun nak ambik. Kita yang mak dara ni siap kena rekues lagi. Tu pun jenuh duk mikir camner nak buat muka menten cun dara jelita… bluwek.



Mak aku mengetui rombongan mak kiah ni kali ni. Excited giler dia hari tu sebab jumpa eamai sangat kawan sekolah dia. Bekas pakwe lama pun terjumpa jugak… ah haiiiii. Kat sebelah tu kawan lama dia. Mak aiii boleh tahan juga mak aji ni kalo jumpa geng bas skolah dia. Bukan main lagi. Banyak citer diorang. Maklum la dah berzaman lamaya terpisah. Sejak lepas kawin memang takder jumpa. Walhal berpuluh kali dalam stahun balik pun diorang bukan boleh jumpa. Yerla.. masing masing sibuk ngan anak cucu la kalo dah tua tua gini.



Kami yang kembang semangkuk pun nak jugak ada kenangan ngan pengantin. Takkan kasi kan orang muda mudi jer. Teringin jugak wey….



Ibu pengantin lelaki (Mak sedara aku) kat sebelah kiri.. Kanan tu saper lagi Makcik Aji Nah la (Mak aku)



Ini pun bakal pengantin ..tahun depan la kot.. Nasik minyak lagi. Kalo dikira masih ramai lagi sepupu sepapat aku yang blom kawin. Tengah tunggu turn ni..Berderet kat belakang….So standy jer la. Buatla baju kurung banyak-banyak.



Ini plak suami si ila… Tersenyum kepenatan. Mana tak penat kalo 2 trip ulang alik dari Krai ke KB. Sebab tu la malam raya ke-4 tu kitorang plan nak sewa chalet kat Tok Bali jer. Sebab besoknya kenduri belah lelaki, belah kami la. Malas plak nak patah balik ke rumah kami. Jaranknya bukan dekat.. dalam 80km ader kot. Tambah plak jam giler babas. Kalo tak jam sanggup kot balik tidur rumah sendiri. Pagi besok datang balik.



Makcik Aji Nah hanya mampu tersenyum. Batuknye masih tak ilang ilang lagi. Naik risau aku dibuatnya. Aku ajak ke spital memang dia takkan setuju punya. Ajak ke klinik pun tak nak. Nasib baik ada stok ubat batuk aku yang dulu. Dia hantam yang tu jer.



Ni plak adik aku yang no 4. Abang pada yang blajar kat Serawak. Masih solo molo lagi.. Ader sesiapa berminat tak? Solo ker?… single kot but not available.. hehe.



Ni plak ayah aku… Pak Cik Pin…a.k.a Ayah Pin… tapi bukan ketua kerjaan langit.



Ni pun sepupu aku jugak. Sorang dah berstatus ibu orang, baru jer dapat anak no 3..gigih gak datang kenduri. Sorang lagi plak dah berstatus isteri orang. Sorry..takder chance la nak ngorat. Panas lagi ni….



Ohhhh… pening tengok pic banyak sangat. Stop la sini dulu. Habis jer kenduri kat sini kami hantar mak aji ngan ayah aji pin ke rumah mak sedara aku.. Kami dan kami sumer ker Tok Bali. Mana tahu ada bilik yang masih kosong. Bukan tak nak tido kat situ atau tolong menolong merewang sekali . Yerla .. terpikir jugak aku takut ada mak sedara lain yang fikir kami sumer nak melarikan diri, sebab besoknya kenduri belah lelaki plak, tapi memikirkan kami yang dah beranak pinak ni… anak plak takleh kontrol.. kan tak pasal pasal bunga telor dalam bilik pengantin hilang.. sooo kitorang nekad cari chalet kat Tok Bali jer la.

Citer Tok Bali akan menyusul.