Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)
Showing posts with label Wish. Show all posts
Showing posts with label Wish. Show all posts

Friday, February 8, 2013

08022013 (Harijadi Hafiy)

Assalamualaikum...

Morning uolss...
Ekceli today adalah bfday anak jantan sulung saya yang ke5.. 5 tahun baru wey anak sulung saya... Siapa lagi kalo bukan Hafiy.. Tu la..sape suruh kawin lambat.. kekeke.

Hepy Bufday Hafiy..


Moga Hafiy jadi anak yang terbaik untuk ibu dan babah.
Anak yang dengar cakap orang tua, hormat orang tua..utamakan orang tua..
Anak yang soleh...rajin solat..rajin baca iqra..
Anak yang taat..ibu suruh baca buku BACA.Ibu suruh kemas mainan KEMAS, Ibu suruh baik baik sama adik IKUT..

5 tahun lepas..kat Hospital Kajang la Hafiy lahir. Hari Jumaat penghulu segala hari tepat pukul 7-30 pagi tak silap. masuk labor room seawal 12 tgh malam. Awal gila masuk. Maklumla pestime. Sakit sket pun dah rasa macam nak kluar kepala baby. Walhal baru contraction manja jer. Baru bagi hint. Sudahnya dari 12-30 tidor atas katil beranak tu la.. apa nama ntah?..sampai kul 7-30 baru Hafiy kluar jemgah dunia al fana ini. Alhamdulilllah..masuk ward..petang tu dah berak and kencing. Check Juandis takder... ekceli ada la sket..tapi tak bahaya.. So besoknya sabtu boleh kluar ward. Alhamdulillah..Pantang 1 hari kat Kajang besoknya berangkat terus balik Klantan. Mak aku pun ada sama ikut balik Kelantan skali. Hari ini genaplah dia 5 tahun. 


InsyaAllah.. Ibu akan sentiasa doakan yang terbaik untuk anak anak ibu.. sebabnya korang adalah harta yang paling berharga buat kami di dunia..dan diakhirat kelak hanya doa dari korang jer yang kami harapkan. Yang penting korang boleh baca yasin masa ibu takder..itu dah cukup..


Aku pasti dia tak tau pun hari ni hari jadi. Aku memang dah plan dari awal minggu hari tu nak beli kek bawak pergi sekolah. Bungkus jajan ,jelly,  gula gula untuk member dia.. sudahnya semua plan tak menjadi, babahnya bz 24/7..


Aku try goggle kek angry bird yang macam ni.. ingat nak tempah sebijik yang macam ni la.. Tau brapa.. rm130... Mak ai mahalnya. Dah la jauh nak ambik tu.. Cheras sana nun.. lom masuk transpot charge lagi tu. Tengokla dulu. Kalo si babahnya sanggup nak gi ambik aku order la kot. Kat area area kajang ni ada tak yang buat online bisness bufday kek burung marah 2D ni. Aku dah search tapi tak jumpa. Kelas buat kek jumpa la. Berlambak..

Tengokla.. minggu depan baru beli la kot. Nak jugak la bagi dia potong kek.. Bukan apa..sajer nak buat dia hepy hepy kan?.. Budak budak ni len macam sket. Wolopun kami anak beranak jer nyanyi tiup tiup tepuk tepuk kiss kiss ..huh..hug.. Aku takut dia soal aku plak kita nanti.. naper dia takder kek harijadi. Kawa kawan sumer ada kek..naper dia sorang takder.. mula la nak tacing tacing. Apa ko nak jawab. Ikut aku malas tau nak buat ni sumer... Apaknya lagi la.. Tapi untuk mu duhai anak.. ibu sanggup.

Sekian Wassalam..

Tuesday, October 16, 2012

14, 15 & 16 October

Assalamualaikum...

Morning semua... apa khabar?... kalo tak sihat sket sket tu abaikan jer la ... yer la..sekarang cuaca tak menentu kan..musim ni mesti ramai yang deman, flu semua kan..batuk batuk... Macam aku la.. baru hilang selsema berdarah nih. Risau jugak setiap kali selsema mesti berdarah hidung aku. Tapi aku tak nak syak lebih lebih.. aku syak padas dalam jer...hehe.

14, 15 & 16 October jadi topik hari ni tu kenapa?

Bersama anak bungsu kesayangan tu... klon Mok Cik Nah..Perangai pun sebijik klon.....ish..ish..ish

Ekceli 14 October lalu bufday mak aku..Tapi aku tak wish pun sebab aku tahu dia tak berapa nak gemar. Takyahla nak ucap bufday bufday kat dia... takder maknanya..Sekadar senyum jer kalo kita cakap pun. Paham paham jerla orang tua.. kalo setakat nak wish wish dari kejauhan tu takyah la. Aku rasa dia lagi suka kalo kami balik jumpa dia peluk cium dari cakap kat tepon Selamat hari jadi Ma.. ohhhh no meaning. . Silap silap dia pun tak tahu hari ni hari jadi dia. Kan orang dulu dulu main agak agak jer taruk hari untuk buat IC..kan?
Pastu 15 October tu Hari Jadi my dad plak. Ayah aku lagi best.. Langsung condemn benda benda mengarut gini.

apooo nih.....

Elok kau buat sujud syukur ke sembahyang hajat ker mohon tuhan panjang umur dia..dari nak wish wish bagai nih..apa lagi nak berkek bagai..mampus tak nak makan kek tiup...tiup lilin...HAREMMMM...Tapi kalo beli spec mata baru kat dia mungkin dia hepy.. Aku dah tanya hari tu.. memang dia nak beli spec.. sebab aku tgk dia pakai spec pun macam tak membantu sangat.. so aku syak la spec dia dah habis power kot.. memang betul. Nanti ..balik ni kalo ada rezeki ingat nak bawak pegi kedai .. check mata dia tu balik. Insya Allah

Pic ni ok kan?
 
Dan hari ni 16 October...Hari Lahir adik aku...cik popo yang kat Serawak ni. Pepagi lagi aku dah wish kat dia.. Ntah dia dah terima ke blom..Aku syak la... ehh asyik syak jer ko ni..pehalll?... aku rasa la dia lom bangun tidor lagi kot..hehe.

Haaaa..kalo dia ni ok... boleh la ko nak wish bagai. Aku harap dia sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Yer la..jauh tu Serawak ... tawakkal jer la. Lagipun dia ke sana bukan nak bersuka ria... Mahu menimba sebanyak mana ilmu untuk kesenangan masa depan dia jugak.

Malam tadi jugak aku mimpi sedih sangat. Nenek meninggal. Bangun dari tidur tadi ..ya allah..naper aku boleh mimpi karut macam ni. Jap lagi ingat nak call mak aku..

Tapi aku ada ucapan gak kat diorang ni walopun aku tahu mak ngan ayah aku memang takkan baca pun...adik aku plak..jarang jarang skali jer jenguk sini... 3 orang penting dalam hidup aku.. tanpa mereka maka takder maknanya hidup ini. Aku tetap akan sayang dan kasih dekat diorang sampai hujung nyawa. Aku harap moga Allah sentiasa bersama kita... Sentiasa di rahmati..dibukakkan segala pintu kebenaran.. tutupkan pintu kejahilan. Di berikan Ilmu kebaikan..di jauhkan segala ilmu kejahatan.
Amin..

Ada tak sesiapa tahu camner cara aku nak remove balik entry blog aku dari keluar kat FB.. Kalo sesaper tahu bulih kongsi tak. Aku nak stop la.. Aku rasa FB ni takder privasi la. Biar kita kita jer la citer nya. Biasanya kalo bukan blogger diorang mesti ada tanggapan negative kat blogger novis macam i ni. setuju tak?

syok sendiri la...perasan bagus la... whatsoever lah..
30 October ni bufday budak ni plak
Model batang buruk...

Ok la wassalam..


Tuesday, October 9, 2012

Tak Sangka Pulak...

Assalamualaikum..

Selama ni kan aku tertanya-tanya... saper readers yang datang dari negara omputeh sana...sebab setiap kali aku tgk overview kat stat mesti tak pernah termiss wolopun satu hari readers dari sana...wow... budget hebat.. puiii...

nak jugak tayang sini statistik readers blog i yang tak seberapa ni... puiiii...

Semalam sudah terjawab.... Memang tak sangka plus terharu... bangga tidak sama sekali. Tapi aku pun tak pasti dari mana si Allison ni datang.


Alamak.. kecik sangat ke...... Tapi boleh baca la kan? kalo tak boleh korang tekan jer kat pic tu...and cuba zoom in.

Aku agakla mesti dia pening pening lalat bila entry aku yang pasal Parenting Tips | Anak Suka Memanjat tu  di translite kan balik kat goggle.

Anyway.. thanks a lots for Allison Morris..

Monday, September 26, 2011

Selamat Pengantin Baru

Assalamualaikum..

Walopun agak terlambat, tak kira.. nak jugak cakap Selamat Pengatin Baru ni
Ekceli raya hari tu 2 orang sepupu aku selamat sudah menjadi suami orang. Ucapan buat mereke berdua

Selamat Melayari Hidup Berumah Tangga

Semoga menjadi ketua rumahtangga yang berjaya merangkap nahkoda kapal yag terbaik untuk anak anak kapal. Hidup rumah tangga penuh dengan asam garam. Setakat gaduh kecik kecik tu abaikan jer la. Takyah nak berpanjangan sampai ke malam. Takat sejam 2 jer tu consider ok lagila. Malah perlu..Wajibulgunnah……

Mizi Dan Isteri..(Na)



Sorry la kalo nasi dagang hari tu tak berjaya memenuhi selera korang. Almaklumla pestime buat nasi dagang.

Dan.................................. Buat,

Zam @ Abe Ngoh ngan Isteri..



Sory datang hari tu makan kuih raya jer.. Kak Ani nak masak korang tak kasi. Bukan apa lain kali lom tentu lagi korang sampai Kajang ni. Sekali stahun tu pun kira ok la. Yer la bukan dekat Johor ngan Selangor ni Tapi takperla, kalo ada rezeki jumpa lagi sudi sudikan menjamu perut korang kat sini. Allaaa setakat nasi ngan petai jeruk plus telur cicah budu , apala sangat.. yo dop?.

Lastly buat korang berdua…
Semoga Berbahagia Hingga Ke akhir hayat… Amin…

Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan

Assalamualaikum...



Sempena dengan Bulan Ramadhan yang bakal menjelma besok hari, aku ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat berpuasa kepada semua readers cikanie's Blog ni. Kalo ader tersalah cakap atau terguris perasaan tanpa saya sedari... ampunkan saya.

Semoga setiap amalan kita akan diterima oleh-Nya dan dijauhkan dari segala godaan setan bertanduk, diharap tahun ni dapatla kita menambahkan amalan sunat yang lain. InsyaAllah..

Opss lupa.. paling penting harapnya puasa tahun ader kelapangan masa nak berterawih berjemaah bersama ngan jiran setaman (tahun depan tak dapek) paling tidak pun dapat bertadarrus kat umah ngan suami dan anak anak pun dah OK... InsyaAllah.

Wednesday, June 22, 2011

Entry Khas

Assalamualaikum..

Entry ni khas aku tujukan buat lelaki lelaki pujaan hati saya especially lelaki yang sudi menjadi Bapa kepada anak anak aku. Ekceli aku malas nak buat entry pasal Hari Bapa ni.. Tapi macam jeles la plak bila sumer orang buat entry pasal Hari Bapa ni. Bukan bermakna aku tak menghargai jasa sorang bapa ... tapi.. alllahhh...wish jer la ..ok la tu. Tapi pagi ni terbukak plak hati aku nak buat special dedication ni kat Suami aku... Ayah aku dan bapa mertua aku... dannnn semua lelaki lelaki yang bergelar bapa... Yang bertanggungjawab jer... Untuk Haruan Makan anak tak layak.. untuk bapa yang susah bagi nafkah kat anak anak pun tak layak okehh... pls take note erk...

Ekceli aku dah wish awal awal pun kat Mr Big aku tu...cuma takder nak beli beli kek bagai ni, aku reti beli kek ben 10 or upin ipin jer..... Ntah... mungkin aku tak terbiasa dengan cara macam tu.. al maklumla aku ni konservetif sket... (pengakuan ikhlas ni).. Benda benda macam ni aku kurang alert sket.

Sooooooo...sebagai penutupnya...



Untuk Mr Big : Wakkk ooooo wakkk... semoga awak terus kekal menjadi bapak pada anak anak kita yer...( kuang asemmm punya statement)



Untuk Ayah Pin : Ore saye ayoh sapa bilo bilo...sebab ayohlah manusio yg paling sabar penah ore kena.. Ore saye ayah (Versi klate..mana tahu ayah aku reti godek blog aku ni)



Untuk Abah : (FIL aku).. saya sayang abah dan hormat abah walopun saya jarang jarang salam cium tangan abah... hakikatnya sayang pada lelaki yang menjadi bapa pada suami saya.

sob..sob..sob...

sekian..

Ehhh..ader tambahan...
Pic dicilok dari entry-entry sebelumnya..pic baru non ado..tapi macam tak adil plak mak aku takder pun aku buat special dedikasi macam ni... sorryyyy...

sob..sob..sob.. (sambung balik)

Monday, May 9, 2011

Dedikasi Buat Ibuku..

Assalamualaikum...

Baru berkesempatan nak ucap Selamat hari ibu buat My Mum... (cehhh )PUAN HAJAH HASNAH BTE ISMAIL a.k.a Mokcik Nah, dan jugak buat semua wanita seluruh dunia(bujet blogger 1 dunia konon) yang bergelar IBU, MUMMY, MAK, MA, UMI. Sesungguhnya engkaulah wanita terhebat kerana dari rahimmu maka lahirnya insan-insan yang bergelar anak.

Buat Ibu atau Ma aku..
1- Terima kasih sebab lahirkan aku..
2- Terima kasih sebab sekolahkan aku..
3- Terima kasih sebab sayangi aku..
4- Terima kasih sebab jaga aku dari kecik sampai besar
5- Terima kasih sebab bersusah payah cari rezeki untuk kami hidup
6- Terima kasih sebab masa aku nak kawin dia yang sibuk terlebih..
7- Terima kasih sebab masa dalam pantang dialah bersusah payah jaga aku anak branak



Pendek kata... Terima kasih atas segala-galanya.. Dan halalkan setiap titik air susumu untuk membesarkan aku.

Untuk diri sendiri jugak.. SELAMAT HARI IBU CIKANIE...
Semoga aku menjadi ibu yang terbaik untuk anak anak aku..Terima kasih pada En Suami jugak kerana menjadikan ibu pada 2 askar yang banyak akal itu. Touching sungguh malam tadi bila Hafiy nyanyi lagu ibu... Pastu aku paksa dia cakap.. TERIMA KASIH IBU... Macam dalam iklan tu.... Lagi laa touching walaupun dia cakap sebab kena paksa. Ekceli bukan paksa tapi lebih kepada nak mengajar dia.

Okla.. Perut dah berbunyik ni..minta di isi..Nak curik-curik ngapppp kejap. Pagi tadi tak sempat nak jamah apa-apa sebab kelam kelibut sket. Biasala Monday Bluessss. Aku pun terbluessss skali..

Wassalam...

Wednesday, November 17, 2010

Selamat Hari Raya Korban

Sob..sob..sobbb… aku tak dapat nak balik raya kat kampung tahun ni.. takperla.. lagipun family aku takder buat korban tahun ni. Insya Allah tahun depan..kalo panjang umur. . Cuti satu hari jer mana cukup bak balik kampung….Sedih ni tau..

Apepun pada sumer muslimin muslimat yang pegi haji ini tahun.. semoga mendapat haji yang mabrur.



Aku tertarik dengan 1 hadis sahih ni..semalam terbaca kat TV

“Barangsiapa yang mengerjakan haji yang sempurna , selagi dia tak melakukan dosa selepas itu maka dirinya adalah seperti yang baru dilahirkan”

Saper yang boleh betulkan sila la… aku pun sekali imbas jer tengok maksud hadis ni.. Kalo ader tersilap tu mintak maaf la.

Soooo maksudnya kita pegi haji tunaikan rukun islam ke5 ni ibarat pergi cuci dosa la kan? Dan semalam adalah hari wukuf kat Padang Arafah. Doa-doa akan dimakbulkan pada hari itu. …. Kan Allah itu Maha Pengampun Maha Penyayang…. Bertaubat sebelum kita terlambat ….



Ingatan untuk aku skali..mintak dijauhkan dari segala kealpaan dunia.

Wednesday, September 8, 2010

SELAMAT HARI RAYA

Ini adalah entry auto publish.. pagi tadi seawal subuh kami dah gerak ke Kelantan. Doakan kami selamat sampai dan terlepas dari segala jenis mak nenek saman ni. Dan yang paling penting jauhi dari segala kecelakaan. Insya allah kalo tak jem kul 11 am sampaila.. kalo jem.... tk tahu la acik nak kabo.... keras bontot acik pegang Hadif ni.



Untuk kengkawan sumer… kawan blogger, kawan FB, kawan sekerja, kawan sekampung , kawan sepersekolahan, kawan setaman, kami sefamily ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafaan sekiranya sepanjang kita berkawan, sepanjang perkenalan kita ada sedikit atau sebanyak rasa tak puas hati, rasa benci, rasa semacam nak marahhh sangat.. atau rasa apa-apa yang membuatkan hati kalian tersinggung. Kita sebagai manusia yang tak pernah lari dari melakukan kesilapan.
Ekceli ni punya kad raya adalah recycle punya. Aku dah jenuh godek nak buat kad raya baru..tak reti la… yang ada ni pun aku edit dari orang lain punya.. hahaha..sungguh tak kretif kan..Tapi takper la.. niat aku ikhlas nak bermaafan dengan uolls sumer…
K la…stop sini jer dulu.. maybe dalam seminggu non ader entry baru. Maklumla..kampungku nun jauh disebalik bukit. Redah 7 bijik bukit baru la nampak kampung aku… U mobile mana ader line. Pasrah jerla..
Akhiir kata Selamat Menyambut Hari Raya Minal Aidil wa faizin…..

Tuesday, August 10, 2010

UNTUK SEMUA



Muslimin Muslimat yang dirahmati Allah... Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak...


Harapan untuk tahun ni....
1- Kalo ader salah silap harap di maafkan.
2- Dapat puasa penuh..Insya Allah
3- Diberikan keberkatan oleh Allah S.W.T
4- Diberi kelapangan utk berTerawih walopon hanya utk 1 malam.....anak kecik ni sushah nak gi mesjid...
5- Ibadat puasa diterima Allah S.W.T... dan amalan-amalan lain..

Wednesday, April 14, 2010

CUPCAKES PERPISAHAN



Ishhh.. pelik sungguh.. biasa org lain yang belanja makan orang yang nak berenti ..tapi dai terbalik plak.. dia yang belanja cupcake utk kitorang..

Cyba perati kek kat atas tu.......nampak tak nama Anie... yang warna biru tu...

Apapun terima kasih daun keladi untuk Amir.. kalau datang Kajang sudila belanja kami lagi.

Ekceli today adalah last day untuk Amir.. ermmm lepas ni takder kita jumpa lagi., takleh nak nyakat Amir lagi.. schedule waste camner Mir...…Apapun akak harap Amir akan sentiasa success di hari depan. Walaupun kat mana kerja… all the best for u...

Pssst: Amir.. tak cukupla 2 bijik.…. Nak lebih boleh.. hukkk..huk.. tak malu…(wink…wink..)

Friday, March 5, 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU



Rasanya macam terlambat nak wish ucapan ni kat Zira. Tapi takper buat-biat boleh jeww...

Ekceli majlisnya 14 Feb 2010 yang lepas. Erm naper pilih tarikh tu..?..takperla kan kita tak sambut Hari Velentine uolss sambut lah 1st Annniverssary lepas ni kan..

Apepun buat pengantin baru.. SELAMAT MENJALANI HIDUP DALAM ALAM BERUMAHTANGGA, ASAM ITU GADUH..GARAM ITU MERAJUK huhu.... Pandai-pandailah settle Kalau kurang garam taworlah masakan tu... kalau takder asam... macam tak lengkap. plak.. soo... pandai-pandailah balacekan asam dan garam itu....

Adusss Cik ANie melalut aper ni... Tahulah baru bangun tidor.. muka pun tak basuh trus nak buat n3 nih...

Takperla .. Cik Anie permisi dulu.. nak basuh muka jap.. macam tak selesa jer kat tepi mulut ni...velengasss..........Issshh mana ader air liur basi... Hafiy ader la...

OK la itu saja n3 utk ni hari.....sekadar masuk utk menyapa.... Cau Cin Cau...

Friday, August 21, 2009

SELAMAT BERPUASA SUMER...

SELAMAT MENYAMBUT
RAMADHAN AL MUBARAK


Ingin MEMOHON AMPUN DAN MAAF jika ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja mahupun yang di sengaja, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmatiAllah S.W.T, Insya'Allah.

Salam Maaf & Ikhlas
Cik Anie dan keluarga.



Pstttt: Gambar lama .. kira aci la erkkk...