Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)
Showing posts with label Dedikasi. Show all posts
Showing posts with label Dedikasi. Show all posts

Friday, September 30, 2016

Al Fatihah Buat Ibu Saudara Kesayangan Saya

Assalamualaikum..

Petang Selasa tepat jam 3.05 min makcik aku yang aku cerita sebelum ni menemui PenciptaNya. Innalillahhiwainnailaijirajiun , DariNya kita datang, PadaNya jugalah kita Pulang. Semoga dia tenang di sana. Tempatkanlah dia bersama orang orang yang soleh solihin. Amin

Ekceli kitorang dah standby dari dia masuk ward lagi. Ahad dia warded. Setiap minit anak dia akan update kat wassap. So sempatlah kita nak prepare apa yang patut. Aku dah dapat agak masa mak aku pegang kaki betis paha dah sejuk, siku panas lagi. Masa tu dah tak pikir banyak, siap siap mintak izin ngan suami, anak anak mintak dia handle untuk 2 hari.


Gambar ni anak dia hantar lebih kurang dalam kul 1-30. Masa ni nenek aku datang, siap cakap dia dah halalkan segala makan minum, dosa dosa lampau Mak dah maafkan. Lepas tu lebih kurang dalam pukul 3-05 pm.. anak dia bagitau Mak dia dah takder. Innalillahhiwaiinailaihirajiun.

Dalam pukul 4pm aku time out. Terus set ngan adik adik aku. Semuanya 4 beradik pakat balik satu kereta. Aku bawak Harraz, adik aku bawak anak dia Aisyah. Adik aku sorang lagi pun bawak anak dia si Sarah. Adik aku yang lelaki merangkap driver masa tu masih kat KL ada hal. So nak tak nak settle kan kerja dia dulu. Dari Kajang Pukul 6..jem giler nak ke Selayang. Dari Selayang lepas magrib jugakla. Alhamdulillah pukul 4 pg kitorang sampai KB. Tapi urusan semua dah settle. Lepas isyak lagi jenazah dah dikebumi. Alhamdulillah, benda macam ni tak elok di lengahkan. Lagi cepat lagi bagus kan.


Sampai sana tahan mata kejap dengar dulu diorang bercerita, kami tidur pun dalam sejam dua gitu jer. Bangun subuh siap terus pegi kubur.


Terkilan jugaklah sebab tak dapat nak join tahlil . Sebab kejar masa sangat masa tu. Nak balik umah aku lagi. Pastu ada hal yg nak kena settle. Alang alang dah balik kan. Sekali jalan jer la.



Sesiapa yang baca entry ini sama sama kita sedekahkan Alfatihah buat makcik aku. Semoga rohnya diterima Allah Taala dan di tempatkan bersama para solohin. Amin Ya Rabbal alamin.

Sekian Wassalam

Love
Cikanie

Monday, June 16, 2014

Kematian Yang Menghidupkan



Assalamualaikum..

15 Oct 1938 ~ 13 Mar 2014 (76 tahun)
Jam 7.30malam…Maghrib di malam jumaat (alhamdulillah)
Moga syurga tempatmu.
Ya..satu satunya sebab mengapa susah sangat aku nak update blog..inilah sebabnya..Namun sebagai seorang islam kita kena redha dengan setiap ujian yang Allah Taala berikan..Bukan semua orang boleh terima kematian yang mengejut..tanpa sebarang petanda. Tapi itulah cara Allah taala mahukan kita…kita manusia yang terpilih itu

Tarikh 13 March takkan padam dalam memori ingatan.. Benar…mati itu pasti..dan aku jugak sangat sangat yakin kematian arwah ayah adalah satu kematian yang menghidupkan..

Dulu mungkin tanpa sedar aku lalai..leka…solat pun ujung ujung waktu baru buat. Quran pulak sentuh sebab nak baca yasin jer..seminggu sekali pun belum tentu… Ya allah..jauhnya aku dari landasan Mu Ya Rabbi.


Bulan pertama kehilangan arwah..memang langsung tak boleh datang hari khamis malam jumaat..waktu magrib, Air mata tiba tiba pasti keluar tanpa diundang. Tapi sekarang alhamdulillah.. semakin boleh bertenang dengan ujian ini. Antara gurauan terakhir...

"Nanti kalo aku takder..tengok kerusi ni korang ingatlah kat aku"..

Terima kasih Ya Allah kerana meminjamkan seorang ayah yang terbaik untuk aku.. penyabar…soft spoken…paling special tak pernah jemu menegur kami supaya tidak terpesong jauh dari landasan mu Ya Allah

Amanlah dikau di sana dan semoga tempatmu disisi kekasih Allah Ya Rasulalallah.. di sisi para solihin..di sisi para syuhada…syurgalah tempatmu di sana In Shaa Allah.
Amin

Al-Fatihah buat Ayah.

Wassalam.

Thursday, December 6, 2012

Berita Mengejutkan Pagi Isnin Lalu

Assalamualaikum.....

Hrmmmmmm.. Camner nak mula erk.. Mukadimmah panjang panjang kan boring plak korang baca. Ekceli 2-3 hari ni hati macam tak sedap jer. Ada jer cerita ceriti yang kurang enak di dengarnya. Tapi yer la. Selagi kita masih dipinjamkan nyawa untuk kehidupan hari ini selagi itulah bermacam macam masalah, dugaan, cabaran yang perlu kita tempuhi. Itu semua dah menjadi syarat untuk mematangkan pemikiran kita sebagai manusia... Kan dah melalut.

Isnin lepas Mak aku ngan adik aku datang sini. Kebetulan adik aku ada hal yang nak kena di settlekan. So alang alang hantar Hafiy ke Kajang sekali. Lama bebenor dah dia tinggalkan kitorang mak apak dia ni. Dia takder hal punya...relex jer. Adik dia pun dia tak ingat. Adik jer hari hari mintak tengok video abang yang di rakam masa balik kampung hari tu. Melalut lagi.

Pagi tu dikejutkan dengan berita kematian sepupu aku yang kerja kat Hospital Ampang sana. Sepupu aku ni lelaki. Blom kawin pun lagi. Anak pada adik tiri ayah aku. So aku pun tak berapa kenal la dia ni. Kecik kecik dulu ingat la rupa. Bila dah besar..belajar kat luar semua..pastu sambung kerja..so maka proses untuk beramah mesra dengan sepupu sepapat pun menjadi semakin jauh.

Hari Isnin hari tu cerita versi lain..hari ni plak versi lain...Ye la..hari tu dapat berita dari jauh.. melalui telepon jer. Semalam baru mak aku berkesempatan untuk menziarahi keluarga arwah. Rupanya yang meninggal tu anak Pak Su aku yang no-2. Bukan yang sulung. Yang sulung tu takder apa apa. Yang parahnya tuan punya kereta tu la. Dengar citer nak ngelak jer. Pastu tercampak keluar dari keter sebab tak pakai tali pinggang keledar. Eeee takutnya. Abangnya pakai..so keter berpusing 2-3 kali pun takder hal la. Kereta tu plak baru jer di pakai... blom sempat bayar ansuran pun lagi. ermmmm....

Dah nak dijadikan cerita dan ajal dia pun dah tertulis macam tu. Kalo dah sampai ajal kita takkan diawalkan walopun seminit dan takkan dilewatkan walopun seminit.. Moga Allah S.W.T tempatkan roh arwah disisi para Solihin.. Amin...

Al-Fatihah...
Wassalam...

Wednesday, June 22, 2011

Entry Khas

Assalamualaikum..

Entry ni khas aku tujukan buat lelaki lelaki pujaan hati saya especially lelaki yang sudi menjadi Bapa kepada anak anak aku. Ekceli aku malas nak buat entry pasal Hari Bapa ni.. Tapi macam jeles la plak bila sumer orang buat entry pasal Hari Bapa ni. Bukan bermakna aku tak menghargai jasa sorang bapa ... tapi.. alllahhh...wish jer la ..ok la tu. Tapi pagi ni terbukak plak hati aku nak buat special dedication ni kat Suami aku... Ayah aku dan bapa mertua aku... dannnn semua lelaki lelaki yang bergelar bapa... Yang bertanggungjawab jer... Untuk Haruan Makan anak tak layak.. untuk bapa yang susah bagi nafkah kat anak anak pun tak layak okehh... pls take note erk...

Ekceli aku dah wish awal awal pun kat Mr Big aku tu...cuma takder nak beli beli kek bagai ni, aku reti beli kek ben 10 or upin ipin jer..... Ntah... mungkin aku tak terbiasa dengan cara macam tu.. al maklumla aku ni konservetif sket... (pengakuan ikhlas ni).. Benda benda macam ni aku kurang alert sket.

Sooooooo...sebagai penutupnya...



Untuk Mr Big : Wakkk ooooo wakkk... semoga awak terus kekal menjadi bapak pada anak anak kita yer...( kuang asemmm punya statement)



Untuk Ayah Pin : Ore saye ayoh sapa bilo bilo...sebab ayohlah manusio yg paling sabar penah ore kena.. Ore saye ayah (Versi klate..mana tahu ayah aku reti godek blog aku ni)



Untuk Abah : (FIL aku).. saya sayang abah dan hormat abah walopun saya jarang jarang salam cium tangan abah... hakikatnya sayang pada lelaki yang menjadi bapa pada suami saya.

sob..sob..sob...

sekian..

Ehhh..ader tambahan...
Pic dicilok dari entry-entry sebelumnya..pic baru non ado..tapi macam tak adil plak mak aku takder pun aku buat special dedikasi macam ni... sorryyyy...

sob..sob..sob.. (sambung balik)

Monday, May 9, 2011

Dedikasi Buat Ibuku..

Assalamualaikum...

Baru berkesempatan nak ucap Selamat hari ibu buat My Mum... (cehhh )PUAN HAJAH HASNAH BTE ISMAIL a.k.a Mokcik Nah, dan jugak buat semua wanita seluruh dunia(bujet blogger 1 dunia konon) yang bergelar IBU, MUMMY, MAK, MA, UMI. Sesungguhnya engkaulah wanita terhebat kerana dari rahimmu maka lahirnya insan-insan yang bergelar anak.

Buat Ibu atau Ma aku..
1- Terima kasih sebab lahirkan aku..
2- Terima kasih sebab sekolahkan aku..
3- Terima kasih sebab sayangi aku..
4- Terima kasih sebab jaga aku dari kecik sampai besar
5- Terima kasih sebab bersusah payah cari rezeki untuk kami hidup
6- Terima kasih sebab masa aku nak kawin dia yang sibuk terlebih..
7- Terima kasih sebab masa dalam pantang dialah bersusah payah jaga aku anak branak



Pendek kata... Terima kasih atas segala-galanya.. Dan halalkan setiap titik air susumu untuk membesarkan aku.

Untuk diri sendiri jugak.. SELAMAT HARI IBU CIKANIE...
Semoga aku menjadi ibu yang terbaik untuk anak anak aku..Terima kasih pada En Suami jugak kerana menjadikan ibu pada 2 askar yang banyak akal itu. Touching sungguh malam tadi bila Hafiy nyanyi lagu ibu... Pastu aku paksa dia cakap.. TERIMA KASIH IBU... Macam dalam iklan tu.... Lagi laa touching walaupun dia cakap sebab kena paksa. Ekceli bukan paksa tapi lebih kepada nak mengajar dia.

Okla.. Perut dah berbunyik ni..minta di isi..Nak curik-curik ngapppp kejap. Pagi tadi tak sempat nak jamah apa-apa sebab kelam kelibut sket. Biasala Monday Bluessss. Aku pun terbluessss skali..

Wassalam...

Monday, June 22, 2009

Hepy Father's Day.

Untuk Suami Tercinta Yazid Bin Osmat
Terima kasih atas segala kasih sayang, keprihatinan, pengorbanan terhadap kami sekeluarga.
Moga semangat yang ada padamu akan menjadi contoh dan ikutan pada anak-anak kita kelak.



Untuk Ayah Tersayang Haji Mohd Rifin Bin Idris.
Pergorbanan Insan yang aku panggil ayah memang tiada tolak bandingnya.
Mengerah Keringat dan tulang 4 kerat demi memastikan makan minum anak bini terbela.


Untuk Bapa Mertua yang dihormati En. Osmat
Terima kasih atas kasih sayang, keprihatinan untuk anak menantu abah..
Sanggup berkorban demi memastikan anak menantu bahagia.
Terima kasih kerana menjadi abah kepada suamiku..

(Pic takder dlm stock)... dah ader.. godek-godek jumpa gak - sebab aku nak jadi menantu no 1 hehehe..boleh?
(Bapa mertua aku tgh dukung cucu dia yg baru lepas muntah )


Friday, May 8, 2009

Selamat Hari Ibu

1st nak ucap Selamat Menyambut Hari Ibu kepada Hajah Hasnah Bin Hj Ismail. Ibu terbaik yg pernah aku kenal.
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya.... berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya..... berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya..... berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya....... berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya.... berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Insya Allah aku sanggup buat apa saja utk mak aku...

2nd - Utk diriku sendiri.. semoga aku boleh jadi ibu yg terbaik utk anak-anakku..


3rd- Untuk semua member bloggerku..semoga anda dapat anugerah Ibu Mithali 10 thn akan datang .... dan semoga anda menjadi sumber inspirasi kerana Andalah Ibu Terbaik Untk Anak-Anak Anda.....




Thursday, April 9, 2009

Hubbyku.....

Dedikasi buat Hubbyku Sayang yg nama Yazid Bin Osmat a.k.a Ajeed

9.04.09
Selamat Menyambut Hari Kelahiran yg Ke-32
  • Moga Panjang Umur
  • Moga Murah Rezeki
  • Semoga Segala Impian Abang Tercapai.
  • Terima Kasih Kerana Bertungkus Lumus Mencari Rezeki Untuk Family Kita
  • Terima Kasih Kerana Byk Bersabar Dgn Karenah Kami
  • Terima Kasih Kerana Sudi Memperisterikan Patik Yg Serba Kekurangan Ini
  • TERIMA KASIH ATAS SEGALA-SEGALANYA ZAHIR & BATIN , ROHANI & JASMANI..bla..bla..bla

SAYA TETAP AKAN SETIA BERSAMA AWAK SEHINGGA HUJUNG NYAWA INI. SELAGI HAYAT INI DIKANDUNG BADAN SELAGI ITU SAYA AKAN BERSAMA AWAK WALAU SUSAH SENANG SEKALIPUN. KERANA TEMPAT SEORANG ISTERI DISISI SUAMINYA.

Puisi Untuk Suamiku.....

AKU selalu melihat KAMU ketawa,tetapi mungkin sebenarnya KAMU tidak setabah yang AKU sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin KAMU luahkan.Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan.AKU tidak tahu.Tetapi AKU akan cuba jadi sahabat setiamu ,mungkin AKU akan tahu.