Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)

Tuesday, October 16, 2012

14, 15 & 16 October

Assalamualaikum...

Morning semua... apa khabar?... kalo tak sihat sket sket tu abaikan jer la ... yer la..sekarang cuaca tak menentu kan..musim ni mesti ramai yang deman, flu semua kan..batuk batuk... Macam aku la.. baru hilang selsema berdarah nih. Risau jugak setiap kali selsema mesti berdarah hidung aku. Tapi aku tak nak syak lebih lebih.. aku syak padas dalam jer...hehe.

14, 15 & 16 October jadi topik hari ni tu kenapa?

Bersama anak bungsu kesayangan tu... klon Mok Cik Nah..Perangai pun sebijik klon.....ish..ish..ish

Ekceli 14 October lalu bufday mak aku..Tapi aku tak wish pun sebab aku tahu dia tak berapa nak gemar. Takyahla nak ucap bufday bufday kat dia... takder maknanya..Sekadar senyum jer kalo kita cakap pun. Paham paham jerla orang tua.. kalo setakat nak wish wish dari kejauhan tu takyah la. Aku rasa dia lagi suka kalo kami balik jumpa dia peluk cium dari cakap kat tepon Selamat hari jadi Ma.. ohhhh no meaning. . Silap silap dia pun tak tahu hari ni hari jadi dia. Kan orang dulu dulu main agak agak jer taruk hari untuk buat IC..kan?
Pastu 15 October tu Hari Jadi my dad plak. Ayah aku lagi best.. Langsung condemn benda benda mengarut gini.

apooo nih.....

Elok kau buat sujud syukur ke sembahyang hajat ker mohon tuhan panjang umur dia..dari nak wish wish bagai nih..apa lagi nak berkek bagai..mampus tak nak makan kek tiup...tiup lilin...HAREMMMM...Tapi kalo beli spec mata baru kat dia mungkin dia hepy.. Aku dah tanya hari tu.. memang dia nak beli spec.. sebab aku tgk dia pakai spec pun macam tak membantu sangat.. so aku syak la spec dia dah habis power kot.. memang betul. Nanti ..balik ni kalo ada rezeki ingat nak bawak pegi kedai .. check mata dia tu balik. Insya Allah

Pic ni ok kan?
 
Dan hari ni 16 October...Hari Lahir adik aku...cik popo yang kat Serawak ni. Pepagi lagi aku dah wish kat dia.. Ntah dia dah terima ke blom..Aku syak la... ehh asyik syak jer ko ni..pehalll?... aku rasa la dia lom bangun tidor lagi kot..hehe.

Haaaa..kalo dia ni ok... boleh la ko nak wish bagai. Aku harap dia sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Yer la..jauh tu Serawak ... tawakkal jer la. Lagipun dia ke sana bukan nak bersuka ria... Mahu menimba sebanyak mana ilmu untuk kesenangan masa depan dia jugak.

Malam tadi jugak aku mimpi sedih sangat. Nenek meninggal. Bangun dari tidur tadi ..ya allah..naper aku boleh mimpi karut macam ni. Jap lagi ingat nak call mak aku..

Tapi aku ada ucapan gak kat diorang ni walopun aku tahu mak ngan ayah aku memang takkan baca pun...adik aku plak..jarang jarang skali jer jenguk sini... 3 orang penting dalam hidup aku.. tanpa mereka maka takder maknanya hidup ini. Aku tetap akan sayang dan kasih dekat diorang sampai hujung nyawa. Aku harap moga Allah sentiasa bersama kita... Sentiasa di rahmati..dibukakkan segala pintu kebenaran.. tutupkan pintu kejahilan. Di berikan Ilmu kebaikan..di jauhkan segala ilmu kejahatan.
Amin..

Ada tak sesiapa tahu camner cara aku nak remove balik entry blog aku dari keluar kat FB.. Kalo sesaper tahu bulih kongsi tak. Aku nak stop la.. Aku rasa FB ni takder privasi la. Biar kita kita jer la citer nya. Biasanya kalo bukan blogger diorang mesti ada tanggapan negative kat blogger novis macam i ni. setuju tak?

syok sendiri la...perasan bagus la... whatsoever lah..
30 October ni bufday budak ni plak
Model batang buruk...

Ok la wassalam..


No comments: