Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)

Monday, November 29, 2010

Ole Ole dari Serawak.

Apa lagi yang sinonim dengan Serawak, Ikan terubuk , kek lapis la. Kali ni aku nak merasa belacan serawak. Kata orang belacan serawak sedap... bau dia tkderla pure sngt...tpi bau belacan tetap ader, tu yang special.


Selain dari tu ader gak souveniers lain dari srawak...tpikan yg pling aku nk...mutiara asli dri sabah tu..tpi tk smpat krim ngn c bungsu...sbb dh short time...skali skala aku trfikir gak nk pegi srawak...kna plak pegi ke gnung santubong,dpt jngle tracking,trun bukit naik bukit..fuuhhhhhh,,bestnyer..lgi adverture lgi sronok idup ni...tpi tk taula bila...mgkin klu dpt pegipun bila c putri bungu kmi gradla jwbnya..



Kata si putri bungsu tu,,,ader gak mkanan sedap kat sana yg dicari2 oleh student klate..tak lain tak bukan nasi kerabu la,,,sdp jgak...pastu bila balik smenanjung dah tak kisah dah...

okla,,smpai cni jer...sbb bukan I yg pegi sna..klu I yg pergi...I rsa mau 4 hari 3 malam dok update entry ni...tknak dah si pembaca budiman tersiksa batin lgi..hehe....

Cuti Panjang

Musim cuti akhir tahun yang panjang dah tiba.. budak u pun sama kan?.. Macam biasala aku kena ambik Puteri Bungsu dari LCCT. Nak tahu details saper Puteri Bungsu sila klik sini.



Tak budget plak dia ambik flight malam. Asalnya schedule kul 9-30.. di awalkan jadi 7-30..pastu delay plak ke pukul 8. Biasala kan..tambang murah.

Puteri Bungsu ada kat umah aku dalam 2-3 hari jer kot katanya... pastu balik la kampung. Mana nak tinggal lama sini. Tu pun aku dengar mak aku nak datang sini ambik dia. Kebetulan ada hal lain. Elok jugak tak payah nak naik bas. Barang dah la banyak.. beg baju lagi.. beg laptop lagi..beg makeup lagi....


Biasala.... student..ke hulu kehilir bawak laptop.. barang panas.. kalo tinggal sana jawabnya kena beli lainla. Dalam keter lagi dia boleh pecah...ni kan plak nak tinggal berminggu-minggu kat hostel. Dulu kita mana ader laptop bagai ni. Dapat tengok desktop tu pun sekali sekala jer. Tu pun nak kena jadi ahli...habis duit dulu baru merasa tangan ni nak tekan keyboard.

Zaman kini telah berubah.. Laptop adalah menjadi satu keperluan. Kalo takder ni jawabnya susah la nak buat kerja...Ishh.. naper tetiba jer dari citer cuti panjang terus masuk bab laptop... kan kat situ ader persamaan..laptop..student..cuti... kan?

Ok..berbalik pada citer aku gi pickup puteri bungsu , malam tu dalam kul 11-30 mlm baru sampai umah. Malam bawak keter biasala.. Masa pergi tu ikut jalan shortcut. Konon nak cepat sampai.. alih-alih sampai kat signboard ke L.B.J. Kat mana tu?..aku pun tak tahu apa nama tempat tu.

Seram giler. Dah la jalan gelap...kelapa sawit sepanjang jalan. Pastu kena u turn tempat yang takder orang , part u turn tu aku rasa macam horror sangat..persis cerita mistik..kena kejar ngan entiti tak dikenali.......hohoho...sungguh seram dimalam itu.. berdiri bulu tengkukku...bersambung sambung baca ayat kursi. Bukan takut sebab aper..biasala kan bawak budak kecik kan?...mana tahu tetiba menagis dalam keter.. apa aku nak buat... gerenti panik giler.

Nasib baik takder aper-aper.. sampai umah aku tanya Ajeed...

Aku : Betul ke awak penah lalu jalan tu..
Dia : Yer la pernah..masa saya bujang bujang dulu..4-5 tahun lepas....

Patut la kami makan buah langsat... rupanya ini cerita 4-5 tahun yang lepas. Ingat ingat lupa la wey.... silap silap jalan pun mungkin dah berubah,...


Psst : Buah langsat itu adalah sesat okey.

Sunday, November 28, 2010

Hadif termakan CILI

Malam 2 hari lepas kejadian ini berlaku…

Sebab tak nak bagi si sulung nangis aku izinkan dia godek godek cicah buah mangga tadi. Ader la cili burung tu 2 biji. Aku siap potong-potong kecik. Adiknya plak, tangan dia memang cepat tangkas dan pantas… Apalagi jatuh la ke lantai… Yang Si Hadif ni plak sempat capai sepantas kilat cili padi yang jatuh ke lantai tadi. Terus tangan masuk mulut…. Apalagi meraaung raung la… bukan sepotong..tapi 2 potong masih dalam mulut..



Aku berjaya korek 1 potong jer.. Satu lagi aku sendiri pun tak nampak kat dalam mulut dia.. Sampai la dia kuarkan sendiri sambil terjerit jerit kepedasan.. kesian tengok dia.. Berpeluh-peluh.. muka merah merah.. pastu nampak macam dia tak dapat bernafas… macam oarang lelah gitu. Risau tahap gaban dah aku.. Panik pun ader…..


Dah berkali-kali baca ayat nabi Ibrahim tu…. Hembus kat dalam mulut. Nasib baik lepas 20 minit dia dah berenti nangis. Sampai tertido dalam tangisan.. Kesian Hadif. Macam-macam kena kat dia… Budak tengah lasak kan.. Tapi siyes bebbb..dia punya tangisan malam tu memang cukup buat aku panik. Tak pernah sebelum ni aku tengok dia menangis macam tu.. Lain macam sket tangisan dia…. Cucuk pun tak sekuat ni dia nangis..

Kesian sungguhhhhh kat budak kecik ni…..

Saturday, November 27, 2010

Hasil Dari Kebun

Raya Haji lepas kan aku citer aku balik raya Klang. Biasala kalo dah balik sana.. kalo balik tangan kosong memang rasa pelik sangat. Memang sikap mana mana mak pun kan.. selagi tak penuh bonet keter lagi tu la mereka cuba isi. Tapi aku balik sana takder terlintas walau sebesar kuman pun nak ngecek mak mertua aku. Apa yang dia bagi aku ambik. Tapi kalo nak meminta nak tu nak ni …. Itu bukan aku. Kecuali anak-anak pokok nak buat benih tu tu ader la. Itu pun aku suruh Ajeed yang mintak.. Nak dengar kuar dari mulut aku susah sket…sogan acikkk walaupun mak mertua sendiri. So apa yang dia bagi itula yang aku terima tanpa ada bantahan.

Kalo dulu aku selalu bawak balik pucuk ubi. Sampai kembung-kembung perut ni. Tapi sekarang pokok ubi dah takder. Yang ader kacang botol cili Kacang panjang petola pandan betik daun kesum.. itu jer.



Bila tengok cili ni teringat kat solok lada kan. Benih cili ni abah aku ambik dari Klantan. Tapi tak sesuai ngan tanah pantai la cili ni. Hidup tu hidup la.. tapi buahnya ketot ketot jer. Pedas pun tak. Bau pun tak sama dengan yang kita buat solok ni.
Sebut pasal solok ingat plak mak ngan bapak mertua aku ni… dia panggil cili ni cili soyok tau .. bukan cili solok..

Tu cili soyok tu ko ambik la ni….
Hahaha…. Cili solok la mak….bukan soyok.

Balik hari bukan takat hasil dari kebun jer aku bawak balik…. Siap bekal macam-macam jenis lauk lagi.



Untung…. Takyah balik masak lagi. Tapi lauk ni bukan boleh simpan lama sket.. Cepat jer masin. Kalo rendang tu ok la… Kalo masak lemak dan kuah kacang ni…besoknya terus basi…

Baik kan FIL aku…….

Friday, November 26, 2010

Bakal Atlit Negara

Ini budak yang terlebih manja maybe bakal menjadi atlit. Memang dalam perut lagi dia suka buat aksi macam atlit gimnas negara. Sket punya lembut tulang dia. No wonder la sampai sekarang dia takleh jalan lagi. Asal aku ta taih…ta tih dia dah mula cuak. Kalo aku biar jer dia berpaut kat sofa ke kabinet ke..kerusi ke gerenti terketar-ketar kepala lutut dia. Risau gak aku.

Dulu masa pegnen aku memang tak minum susu langsung. Tapi aku harap jadi benda tak elok kat Hadif. Mungkin dia kena ambik masa sket kot. Hafiy dulu pun lambat jugak jalannya..stahun 8 bulan tak silap.



Tapi kalo bab lain memang takder masalah, kalo dapat henphone dia letak kat telinga…gu boy.. dan yang paling menjadi kepakaran dia… suka cari sampah…kutip dan makan..even benda tu sebesar bijik sawi..dia boleh detect tau…. Pastu sengaja plak tu bagi sign kat kita bahawasanya dia telah berjaya mencari dan makan sampah… siap la pastu.. ko masuk tangan digigitnya…. Bukan main ligat lagi nak ngelak orang bukak mulut dia.



Nak lepas tahap ni aku rasa…Ya Ampunnnn.. bila dah lepas 2 tahun aku rasa lega la sket lamanya. Tapi itulah namanya pengorbanan. Dah tugas kita sebagai ibu kan. Tapi ader lagi segelintir manusia yang tak nampak keikhlasan kita dalam membela anak-anak. Diorang ni tahu menilai dari segi luaran saja.

Tak paham aku…….

Entry Sebelum Test JPJ | Bengang

Ini cerita sebelum kejadian.. Jangan confius erk.. Anggap jer masa ni aku tak ambik test lagi.....

Dah berbuih dah aku citer pasal kebengangan aku kat Cikgu blajar keter tu..alaaaa yang cakap tak super bikin tu. Semalam pun dia berjaya buat aku bengang lagi. Tapi takder guna pun aku membebel sensorang bengang kat dia kat blog aku ni..bukan dia baca pun. Tapi at least ader gak tempat untuk aku curahkan . Mana boleh pendam sorang sorang.. Bipolar jugak aku nanti.

Semalam punya citer….Korang kan tau aku ambik lesen kan… awal tahun lepas hari tu. Pastu aku tak lulus masa nak kuar kat 3 penjuru tu..Ohhh dammit…. Benda enteng gitu pun aku boleh gagal. Sudahnya merepeat la. Soo 3-4 kali cancel..semalam dapatla aku blajar 2 jam lagi. Nasib baik aku ambik petang. Memang semalam tu litar kat situ aku sorang jer yang konker. Lengang giler.. best la.. takder buang masa nak menunggu budak lain.


Yang buat aku bengang….dia boleh bagi cikgu lain yang ajar aku. Korang paham la kan.. lain cikgu lain la caranya.. Dahhh mula konpius la aku sampai 3-4 batang tiang tu aku langgar masa kat 3 penjuru. Tapi aku teruskan jugak. Dah la dapat keter yang sangat antik. Kipas angin leh klip kat pintu lagi..Hebat kan?..ko ader?


Dah habis 2 jam aku ka situ akhirnya aku decide nak guna cara lama. Tapi 2 jam blaja semalam tu tak try pun guna cara lama. Kira tawakkal jer besok. Aku harap sumer lepas.. Bertambah-tambah bengang bila….

Dia : Camner Anie…Ok tak?
Aku : Nak ok camner…hari tu blaja lain..hari ni cara lain plak…
Dia : Alaaa yakin boleh buat mesti lulusnya.... boleh tu.. kalo rasa tak yakin awak bagi 200 lagi..kautimmm…
Aku : Mana ader duit…..lagipun camner nak kautim kan dalam litar..bukan jalanraya…

Sakit hati kan?…. Takder guna aku datang blajar 2 jam smalam kalo akhirnya ko mintak suh kautimm….. Tapi takdernya aku nak bagi 200 tu. Lulus ke tak citer ke-2. Apa yang penting buat dulu…… baru tahu boleh ker tidak.
Tapi entry ini adalah cerita sebelum kejadian. Dan selepas kejadiannya... korang pun tahu..Pastu dari 200 terus naik 250.....

Sooooo sad tau tak...

Thursday, November 25, 2010

Parasit Itu Orang Ke-3

Setuju tak korang kalo aku cakap perempuan perampas suami orang ni di panggil parasit.
 
Aku rasa entry aku pagi ni amatlah tidak sesuai dibaca oleh perempuan yang menjadi kekasih pada lelaki yang dipanggil suami orang. Aku bukan nak kondem golongan ini..tapi sedikit rasa tidak puas hati bila perempuan yang menjadi isteri bertahun lamanya dilepaskan begitu saja hanya kerana rasa cinta yang datang tanpa diundang dari orang ke-3. Mungkin si suami tewas dalam pujuk rayu pihak ke3, namun... tangan tu kalu ditepuk sebelah mana nak berbunyi...
 
Mana pergi rasa kasih sayang cinta rindu yang tersemi sekian lama. Lenyap macam tu jer?... ohhh....mudah sungguh manusia ini beralih kasih pada cinta baru yang datang .. mungkin secara rahsia..atau mungkin juga awal awal lagi diundang oleh sang lelaki itu.
 
Lately ni banyak sangat aku dengar pasal skandal laki orang dengan bini orang.. laki orang dengan si dara jelita, bini orang dengan laki orang pun ader.. Bukan nak salahkan lelaki jer dalam soal ni. Ada gak si isteri yang mulakan dulu. Murahnya nilai cinta manusia itu kan?. Yang paling sedih bila sanggup sang lelaki ini ceraikan isteri dan anak hanya kerana cinta yang datang melalui FB. Sesenang ABC cinta itu datang... dan jangan plak lepas ni sang lelaki itu men touch and go dengan cinta yang baru ditemui itu.
 
Memanglah jodoh maut tanah kubur tu tuhan dah tetapkan.. tapi..... fikirkan la.. sanggup kita bina kebahagiaan sendiri atas perpisahan dan kekecewaan orang lain... Fikirkanlah.
 
 

Wednesday, November 24, 2010

Dah Besar Rupanya Anak Aku

Setuju tak kalo aku cakap yang kita ni mak bapak adalah cermin kepada anak-anak kita. Betul kan?...
 
Sedar tak sedar anak sulung aku dah nak masuk 3 tahun..tapi belum masuk lagi. Baru 2 tahun 9 bulan. Macam macam karenah dia tunjuk kat kami sekarang. Yang paling tak tahan suka nyakat adik dia la. Bila aku nak ambik rotan pandai plak merayu..
 
Taknak bu... taknak bu (siap buat muka sposen lagi)
 
Malam tadi, dalam kul 9-30 babah dia masih lom mandi lagi.. Masih bertuala nak mandi...boleh dia cakap..
 
Bahhh... mandi la.....
 
Kan dah terkena.. Anak dah reti menegur dah. Sooo takleh la nak buat tak tahu lagi.. kalo aku tegur haremmm dia nak dengar.
 
Pastu, kan hari tu ader separuh akhir muzik-muzik kan ?..Tak silap aku malam selasa. Tomok kan muncul dengan imej rambut lebat senget sebelah gitu... Hafiy cakap aper tau...
 
Ibu...me..la...ambut... (Ibu samala rambut)
 
Hahahha.. tergelak sakan aku dengar dia cakap macam tu. Maknaya dia tahu la rambut dia pesen gitu. Yang paling aku tak tahan bila dia sudah terperasan bahawa perut ibu dia buncit. Semalam aku ader pakai geder...so nampak la bonjolan bonjolan nakal tu... Korang tahu Hafiy cakap aper?
 
Ibu uncit rrrrrr........
 
Anak oh anak.. ko dah besar rupanya. Ibu tak boleh nak layan ko macam budak kecik lagi. LAgi ibu layan ko macam budak-budak lagi ko kuat memberontak erk?...Hai..sabor jer la.
 
 
 

Petanda Kening Bergerak Sudah Terjawab

Selamat pagi wahai silent readersku. Aku tahu ader gak yang baca blog aku ni senyap-senyap tanpa tinggalkan jejak. Tapi takper la. Korang dah sudi baca tu pun dah besar rahmat kat aku. Dapat juga aku berkongsi pelbagai rasa dengan korang walaupun di alam maya.
 
Macam yang dah aku sedia maklumkan, semalam aku pegi test lesen keter kali ke-2 .. macam yang aku dah agak, aku gagal lagi. Sedihhhhhhhhh sangat. Naperla nasib selalu tak menyebelahi aku. Aku bukan nak salahkan takdir. Sekadar untuk meluahkan apa yang terbuku kat dalam hati aku. Sekarang ni aku macam nak takder semangat nak ulang balik. Level confident aku dah jatuh merudum ke bawah. Aku hanya terbayang tiang parking yang jatuh tu jer.. Lepas tu JPJ yang kepala hampir botak pakai spek mata atas kepala. Nasib baik semalam tak kuar muka dia dalam mimpi aku. Dan dia jugak lah yang gagalkan aku untuk kali pertama... Masih aku ingat lagi wey.. pasal spec mata atas kepala dia tu la... Adussss..... pastu dia selalu muncul dalam bayangan aku... bukan perfantasi yooo..tapi muncul dengan muka yang serius lagak Hakim Negara jatuh hukum mati mandatori sambil ketuk meja...boleh?....Macam mana aku nak ambik balik... Tak nak dahhh... serik...serik. takut pun ader.
 
Saper yang doakan aku lulus tu terima kasih banyak-banyak. Mungkin ader hikmahnya jugak tuhan tak terima doa kalian. Mungkin selama ni aku terlalai seketika. Mungkin juga ini amaran buat aku supaya kembali dekat denganNya. Ya Allah.. Kau kembalikan aku dijalan yang benar..bukan jalan yang lurus.
 
Aku redha pasrah dalam keterpaksaan...
 
Lepas ni gamaknya aku kena masuk kem motivasi. Untuk pulih semangat aku balik. Tapi buat masa ni siyes...... tak nak lagi...kalau aku nak ambik balik lepas ni pun nak pilih tempat lain, cikgu lain, dan of coz la..JPJ pun lain.. harap la.
 
 

Tuesday, November 23, 2010

Keserabutan Melanda Fikiran

Fikiran aku tengah kalut sekarang. Sooooo now i'm giveup....
 
Sedih, Frust , Kechiwa...kalut...geram..takut...marah..benci... risau.sedih..sedih dan sedih....
 
Hasilnya...
 
ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
 
What should i do?

Ahad Yg Penat..

Agak terlambat untuk aku citer schedule aku yg padat Ahad lepas. Semalam la erk… Aku ingat malas nak citer..tapi ntah camner leh terajin plak.. Apalagi… terus feeling jadi blogger terhebat seantero alam lah.. Puiiiii…..


Semalam dah la bangun awal…. Pastu terus siapkan makan pagi merangkap tengahari skali. Tak koser aku nak masuk dapur 4x satu hari. Takder kerja lain ke? Makan jer kerja ko erk?. Nak masak pagi tu pun siap berperang dengan budak-budak dulu. Tak tahan sangat aku biar jer Hadif tu nangis .. dia bukan sakit pun.. Sajer nangis yang ngada-ngada mintak didukung. Tak tahan jugak aku asyik duk ngelek dia jer 24jam. Hingga kan sumer kerja terbengkalai. Tgk baju satu raga lom terlipat.. camner..kalo bergerak sikit erkkkk....jalan sket ukkkk...


Menu aku simple sesimple simplenya.. nasi putih sama itu ikan tongkol goreng kicap la. Sedap gak makan..bertambah-tambah si Hafiy. Kuah sumer takder. Mana sempat wey…duk meraung-raung kat kaki aku. Dapat masak nasi putih ni pun dah cukup buat aku bangga tau. Wahhh sungguh thrill…..


Hadif ni pelik sket.. Kalo dengan babahnya memang dia taknak. tapi kalo aku takder ok plak. Kalu aku ader tersengih kat sebelaah… jangan harap dia nak ngan babah dia. Sangat jauh beza antara anak sulung ngan anak ke2 kan? Anak sulung yang sungguh indipendent..Sampai tidor pun tak nak dipeluk.. bersentuh pun jangan. Tapi nak ke-2 kalo boleh sampai pagi mau tido atas perut. Nasib baikla perut ibunya ni dah sedia berlemak.. Kalu kurus kering rasanya ..sakit sakit la badan Hadif.

Pssst : Jangan lupa teruskan berdoa supaya aku lulus yer….

Monday, November 22, 2010

Red Wok

Hehe... kata tak nak update... tapi update jugak....Takperla.. tengah rajin sambil duk study untuk besok... Aku dah tua-tua ni rasa makin lembs la. Benda sesenang itu pun susah nak masuk kepala hotak.
 
Ok berbalik pada tajuk. Petang semalam weolls ke Manjaku Bangi. Biasalah kan...cari stok untuk budak berdua ni...Dypers, susu, puting susu.....dan cari puting untuk Hadif skali. Kali ni ntah kali ke berapa puting Hadif hilang. Malas aku nak kira .. Sakit hati....asyik hilanggggg jer. Yang baru beli hari tu pun dah ilang plak dahhh..... Dah la mahall.....oiiiitt 10 henggit utk puting bagi aku dah cukup mahal tau. Semalam beli 7 henggit tapi dapat 2..Murah kan?..Save budget.
 
Balik dari ManjaKu niat dihati nak makan jer kat luar. Malas nak balik masak lagi. Kat Seksyen 7 ni punya la berderet kedai makan satu pun tak berjaya menarik perhatian ku. Nak ke Chan dah terlepas jauh. Sudahnya berpusing-pusing 4-5 kali kali kat area Sup Urat Ketin (SUK) tu. Cari punya cari maka sampailah kami ke Red Wok.. Ok la ...decide nak makan situ jer la. Pekena steambot best gak kan?
 
Sedan-sedan elok kami dapat parking...Hadif plak..zzzzzzzzzzz tido. Alahai, kesian plak aku nak kejut dia.Baru jer dia tido ni..silap silap ngamuk sakan kan.. Takpela..tunggu la kejap lagi kot dia nak bangun... Dekat 10 min kitorang lepak dalam keter Hadif tak bangun-bangun lagi.Sooo camner ni?...
 
Jom la balik..masak kat umah jer la... perut ada dalam petiais tu.. beli rebung beli santan... masak lemak jer.... beli telur masin skali...
 
Sudahnya kami patah balik... menyinggah kedai runcit kejap beli apa yang patut... balik umah terus masuk dapur.... sejam kemudian siaplah menu yang dirancang secara tiba-tiba dalam keter tadi. Maka jimatla duit kami untuk di laburkan ke Red Wok.
 
Psttt : Red Wok ni milik radhi OAG ker? Ader org cakap....
 
 

Tengah Risau Untuk Hari Besok

Salam pagi senin yang aman damai. Dah la hujan.. pagi tu kul aampat bangun makan ubat selsema campur plak batuk soooo jawapannya sama dengan al mengantuk campur letih la.
 
Korang jangan kecewa erk.. Rasanya untuk hari ini dan besok pagi takder entry baru. Ekceli aku tengah risaukan sesuatu. Kalo dah habis kerisauan tu besok, gerenti aku update kaw kaw punya.
 
Banyak citer yang aku nak story mory kat sini..cuma kerisauan yang terlampau itu yang buatkan aku jadi sedikit hilang mood. Cuma mintak korang doakan agar aku dapat buatkan yang terbaik. Mintak sangat yo.. please.. orang kata kalo lebh 40 orang mintak doa sama tuhan akan makbulkan..yer tak?
 
Korang tak perlu tadah tangan beriya mintak doa ..tak perlu sampai gitu skali. .. just doa dalam hati jer..
 
Ya Allah.. biarlah Cik Anie lulus......
 
Simple rite..Tuhan pasti akan terima
Insya Allah.. I find the way...
 

Sunday, November 21, 2010

Kisah Kawan Aku

Eh .. Korang perasan tak, aku jarang sangat bercerita pasal kengkawan aku kat sini. Asyik-asyik citer kami jer kan.. korang mesti boring. Hari ni aku nak citer pasal sorang kawan aku ni yang kerja part time kat KFC. Dapat duit 50 henggit dari costumer yang tak dikenali. Ini la yang dinamakan rezeki datang borgolek depan mata.. Aku bukan nak citer pasal nilai not 50 tuh, tapi nak citer tentang nilai kesabaran, keikhlasan dan budi bahasa.

Ekceli sumer orang tahu member aku sorang ni memang mulut dia boleh tahan la. Bak kata orang kalo keluar perkataan dari mulut dia memang panas gak la telinga menahan. Berdesingggggggggggg. Tapi tidak dengan customer yang datang kat tempat dia.

Nak jadi cerita anak orang tu tumpahkan air, kebetulan kawan aku tu lalu kat situ. Soo dia suruh la kawan aku lap meja yang basah ni. Biasala budak.. kalo tempat macam ni memang tak behave langsung. Dah namanya budak kan. Orang tua lagi boleh careless inikan budak. Soo lepasas jer cuci meja tadi si bapak ni boleh hulur duit 10 henggit kat kawan aku.

Takper la bang memang kerja saya pun cuci mencuci macam ni..
Takper..ambik.. (mungkin dalam nada sedikit bangga)
Takper bang..walaupun saya kerja kat sini tapi saya ader gaji sendiri…

Terus terdiam orang tu. Terus ambik balik duit 10 henggit tu… ganti dengan 50 hengggit… selit kat tray kawan aku tu…
Selamba jer kawan aku masuk dalam bawak duit dalam tray tu.. konon konon tak perasan….

Soooo pengajaran dari sini… sikit jangan ambik.. banyak ok..baru ko ambik..Setengah orang kita takeh gunakan kekerasan. Lagi kita marah lagi mencanak naik angin dia.. sooooo cakap pung pang pung pang pun tak guna..Cara yang paling berkesan adalah teguran secara berhemah..psiko sket… hahahha….Ingat muka selebet jer ko boleh suh itu ini campak duit ok fine settle…. No..no..no..itu sudah silap…… Ingatlah duit bukan segalanya.

2 Jam Blaja keter

Hari ni Ahad kan?. Ternyata aku tak bolek nak berselang lenang bergolek bergulingdepan tv hari ni kerana aku ader tugas yang lagi besar yang perlu aku settlekan.

Macam korang tahu kan?..dah brapa kali aku tunda nak blajar keter. Sekarang hari yang dinanti telah tiba...

Ya Allah..permudahkan segalanya. Malas aku nak repeat skali lagi.
Katanya petang dia datang,aku mesej tanya petang tu kul brapa?..takder balas-balas agi. Jangan tak jadi lagi dah la.

Saturday, November 20, 2010

Senarai Hotel Berhantu Di Malaysia

Ntah naper malam-malam buta aku bulih ter goggle tajuk kat atas. Tak pasal-pasal seram berdiri bulu tengkuk. Dah la tinggal 3 branak ni. Si Suami ntah kul brapa balik.

Lagi bertambah takut bila aku tgk Le Paris Costa Rica (bilik no 517) tersenarai dalam salah satu hotel berhantu di Malaysia. Bilik aku tido hari 518..

Hayooooo...... seremmmmmmssssssssss.

Nak tahu hotel mana yang berhantu kat malaysia ni korang bila klik kat sini. Boleh jadi panduan berguna pada mereka yang lemah semangat macam aku ni.

Patut pun malam tu aku dengar baby nangis, nak subuh dah masa tu.. Kalu aku tak tahu bilik tu berhantu sah-sah aku cakap baby tu lapar susu kan?.. bila dah tau lain la plak citernya..

Memang dasar penakut.. Aku rasa kat mana-mana pun ader pengacau kan..?

Psst: Lah, ko jangan takut Hard Rock Penang tak termasuk dalam senarai..selamat untuk ko anak branak nanti..hehe..

Pasal Nyamuk Lagi

Kisah pasal nyamuk lagi. Hanya dengan satu gigitan saja boleh membawa maut pada kita kan.. Bayangkan … betapa bahayanya nyamuk ni pada kita. Saiznya kecik jer.. tapi amat berbisa tusukannya.

Lately ni kerap sangat aku tgk MPKJ datang buat fogging. Musim nyamuk mengawan kot. Kat umah aku pun sama. Asal maghrib jer kuar cari darah, asal nak hisap darah jer kuar waktu magrib. Apsel erk..tak faham aku. Subuh besok siap la.. bangun tido bertepuk tampar dengan nyamuk dulu sebelum mandi kat dalam bilik air. Ntah kat ceruk mana nyamuk ni membiak aku pun tak tahu, yang pasti subuh jer Ajeed mesti bangun spray nyamuk kat dalam bilik air. Ish bahaya betul la. Kan malang tu tak berbau.. Nauzubillah. Dah la Hadif ni demam lagi….


Minggu lepas hari apa ntah.. dah lupa.. balik kerja nyinggah la kedai makan. Tak larat nak masak. Ingat nak makan siap-siap.. balik mandi-mandi terus boleh relex.. tengah kami syok makan, datang MPKJ buat semburan sekitar kedai yang kami makan tu. Bukan kedai tu jer. Means…satu kawasan tu la.


Soooo terpaksala kami makan dalam kurungan. Dah la kitorang jer yang makan kat kedai tu. Makan pun dalam keadaan tak selesa. Walaupun dah ditutup pintu depan tu tapi asap dia tu still boleh bau. Bau dia kan kuat. Apa boleh buat telan jugak la cepat cepat. Memang hari tu makan dalam keadaan yang takder tomakdinnah. Takkan nak stop makan. Membazir plak, baru setengah jalan makan. Nak tak nak makan jugakla.

Ntah bila masalah aedes ni akan selesai. Selagi takder kesedaran dalam diri kita tentang kebersihan selagi tu la kita akan menerima berita kematian akibat demam denggi. Soo ambik masa 10 minit jer dalam seminggu untuk menghapuskan tempat tempat nyamuk membiak macam takungan air kat pasu-pasu bunga, bekas bekas polystrin, tin-tin kosong dan tempat lain yang menjadi habitat pada pembiakan aedes ini. Tiada aedes bermakna tiada denggi.

Jangan risau ini adalah iklan yang tidak berbayar , jauh sekali mau di taja oleh Sheildtox atau Ridsect mahupun Fumakilla.

Anda buat anda yang dapat… Ohh terlupa satu benda… Sheildtox spray kat Econsave Jalan Reko ader offer… murah gilerrrrrr.

Friday, November 19, 2010

Kening Kanan Bergerak

Nak tanya korang, apa tanda kalo kening kanan asyik bergerak jer. Bukan mata tau, tapi kening..  Rimas la...
 
Aku dah cuba search..ader yang kata nak nangis. Tapi aku baru jer lepas nangis, takkan nak nangis lagi..melampau arrr. Satu lagi kata nak dapat apa yang kita hajati.... ini baru sedap didengar.. apakah Kristin akan menjadi milik ku.. atau aku akan dapat tudung baru?
 
Agaknya betul tak ramalan itu. Korang ader idea tak..?

Kristin oh Kristin

Aku sekarang tengah obses dengan handbeg yang namanya Kristin…anak kepada Coach ni.
Camner erk?.. nak beli yang ori macam sayang jer duit. Tapi aku memang nakkkkk sangat…
Kalo aku main kutu ok tak?… semata-mata nak dapatkan beg ni. Ohhhhhh pleaseeeeeeeeee
Memang aku ader main kutu..tapi dapat tahun depan… takut pesen lain plak yang timbul
Ermmmm mana satu cantik?

Yang ni?



Atau yang ni?



Yang atas tu mahal 100 dari yang bawah…
Tapi aku sangat sangat sangat suka yang atas tu…Korang suka yang mana?

Ohhhh Kristin …. Menjelmalah ko depan mata aku pagi besokkk…
Kan best..kalo ader orang buat surprise..tetiba buka mata ada beg ni atas perottt….Waooooo…. terharu gilerrr…. Tapiiii… ader ke?…. Choiitttt berangan tak sudah..

Tapi siyes ni beb, aku betul betul nak ni….tunggu duit kutu ni aku nak beli.. tak pun duit bonus ni…

Semalam aku tanya En Suami…. Nak tahu aper dia cakap…

Perlu ke?…

Satu patah perkataan itu cukup buat hati aku meronta-ronta mau dapatkan Kristin. Lagi orang tak bagi lagi tu la aku nak.. pesen gitu aku ni…Buruk kan?

Aku tak putus asa. baru jer aku tadi aku email dia...

Awak email aper kat saya..

Gambar beg yang saya minat.. tapi kan..kalo saya beli ngan dia saya sendiri boleh kan wakkk... (ayat bukan main lembut aku susun..budget wanita melayu terakhir)

Tunggu la.. nanti saya beli....

Yiiii haaaaaaaaaaaaaaaaaa.....tak sia sia aku cakap lemah gemalai gitu.
Tapi bila?...

Resepi Kek Coklet

Atas permintaan Puan Dilla aku tulis resepi ni. Walaupun berperisa cokelet berubat namun tetap menbuat orang lain kecur air liur bila nengoknya yer. Takperla ..aku tengah rajin ni. Seingat aku la bahan-bahanya adalah:
 
325g tepung brownie
4 biji telor
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan Air
1/2 sudu KFC serbuk penaik (Soda Bikar Bonat)
1/2 sudu KFC serbuk pelembut (Cresent powder)
Coklat Cair untuk topping
Cokelet rice
 
panaskan air dulu sambil-sambil tu....
 
Kacau tepung kek tadi ngan serbuk penggebu dengan penaik. Ketepi kejap
Pukul telur 4 biji.. pastu masuk tepung tadi
masuk minyak
masuk air..
 
Masukkan dalam bekas plastik 4 segi biasa tu la... jangan penuh.. separuh jer.. kalo 1 paket tepung 1/2 kilo tu jawabbya kena 4 kali kukus la. Kecuali ko ader kukusan yang besar gedabak..senang...sekali kukus masuk 2 bekas.
 
Agak-agak dah masak... kuarkan dari kukusan... tampal la cokelat tadi kat atas kek yang menggebu tadi. Camner nak tau kek tu masak?.. alaaa mcm la ko tak penah buat kek kan?... ke satu spesis macam aku jugak erk?... baik ko ngaku...
 
Sebelum tepek cokelet tu panaskan cokelat tadi kejap (kukus jer dalam kukusan biar sedikit cair), Jangan lupa tambah kan planta dalam cokelet tu. Untuk nampak sedikit berkilau. Lepes tepek cokelet, taburkan cokelet rice tadi..lagi banyak lagi sodap. Cokelat tu jangan tepek banyak sangat. Tak sedap.... manis sangat... hilang rasa keenakan kek tadi.
 
Tunggu sejuk baru potong...enak dimakan sambil tengok Naruto Shipuddennnnnn........
 
 

Intai Sket.



Sebelum cuti hari tu, HR punya olang datang meja aku. Pass satu envelope kat my boss. Kebetulan my boss on leave semalam So dia pass kat aku la. Document macam ni bukan boleh simply-simply letak jer tau.. Silap haribulan boleh jadi re-used paper.

Sory yer boss… nak intai sket aper isi kat dalam..

Alhamdulillah,,, Ini berita gembira ni. Korang agak-agakla aper doc kat dalam ni?

Yesss Bonus Appraisal Form …
Kristinnnnnnn……tunggu dakuuuuuuuuuuu………. (Gilo apoooo?)

Thursday, November 18, 2010

Kisah dipetang raya Korban

Entry pagi tadi aku ceerita pasal aku merajuk kan.. sebab tak dapat keluar..

Ermm...memang patut aku marah pun.. sebab dia menabur janji manis. Akhirnya setelah puas merajuk..bergaduh pung pang pung pang..akhirnya bangunla dia. Muka aku dah memang mencuka dah.. takder makna rasa nak senyum senyum lagi. Pesen laki aku memang macam tu.. puas bergaduh barula dia bertindak.

Lepas jer dia siap mandi terus dia siapkan Hafiy... Aku buat derk jer. 2-3 kali gakla dia suh aku siap..aku buat derk jer. Akhirnya dia buat keputusan nak pergi ngan Hafiy jer. Dah bininya merajuk kan... harusla aku buat tak tahu jer bila dia suh aku siap. Aku saja nak tengok... dia pujuk ker tak..

Emmppp hampeh...takder nak dipujuknya...tapi dari perbualan dia ngan Hafiy tu aku tahu dia nak sangat bawak kami keluar... Biasala kan lelaki.. mana mau kasi jatuh ke bawah egonya. Memang tinggi melangit.

Dah dengar macam tu..aku sebagai isteri ala-ala solehah ni...(bukan solehah tau) pun segera la pegi mandi la. Kan kalo tak ikut.. mau lagi panjang, silap silap terus tak dapat keluar langsung. Padan muka aku..



Seperti yang dirancangla...mau ke Pantai Remis Jeram... Aku ingat kami berempat jer yang beraya kat situ. Rupanya ramai jugak yang takder ala dituju di hari raya haji ni yer. Ishhh..ishhh.. kesian kat kami kami sumer. Tu la.. saper suruh tak nak balik raya kampung?..yer tak?



Kali terakhir kami datang sini aderlah 2 tahun lepas. Sumernya sudah banyak berubah... Peniaga kat tepi pantai pun sudah bertambah ramai. Tapi sayang... kat sini airnya kotor... tak best nak mandi manda. Ramai yang datang sini cari lala jer...



Ajeed siap pakai baju melayu lagi pegi pantai.. katanya mau ambil feeel hari raya.. Yo la.. takdernya datang feel tu . Sepatutnya masa ni la kita ambik kesempatan nak mengeratkan silaturahim sesama muslim. Bukan merenung pantai yang penuh dengan kekotoran.



Korang tengok jer la gambar candid yang diambik secara paksa rela oleh Ajeed. Pakcik ni kalo kat tempat ramai orang pantang tuk nenek kalo sibuk nak posing sana sini. Sebab tu aku suh dia ambik candid jer.. tapi bila disuruh candid di cakap aku poyoooo plak... Felikla insan yang bernama Ajeed ni.

Tapi muka aku tak nampak poyo kan?.. Korang mesti heran naperla asal jer aku kuar jalan jauh sket mesti aku pakai tudung yang sama jer.. Itu jer tudung aku yang paling latest. Tunggu orang tu punya present...tak tau bila..janji manismu sungguh...



Takper...aku sabar dan terus bersabar.. Mana tau dapat lebih baik dari tu..merangkap present sempana 5 tahun kami kawin skali. Ermmm mana tau kan...dapat duit terpijak.



Suka Pic ni.... Ala ala ibu mithali gitu....hahaha..poyoooo, bak kata Hafiy..

Ibu oyooooo...

Kisah diPagi Raya Korban.

Tahun ni raya haji turn sini. Maknya raya ke-2 baru balk Klantan. Disebabkan cuti yang tramatla singkat maka aku dengan rela hati nak habiskan cuti raya haji kat sini jer. Tapi harus diingat... raya cina ni 1 minggu mesti kat Kelantan. Tak boleh nak share share yer...tiada kompromi.

Raya pagi raya tu bangunlah dalam keadaan bersemangat untuk sambut raya haji kan. Yerla.. mana tau dapat daging fresh sekilo 2 ker. Bangun settlekan budak berdua ni. Pastu aku ygk Ajeed macam takder semangat nak raya, maka aku lagila hilang semangat. MIL aku pun lepas mandi terus sarung baju uniform dia macam hari hari biasa. Kain batik baju kurung kedah. Lagila aku rasa macam tak raya.



Yang buat semangat nak bangun pagi 1 jer...sebab ader rendang....



Dan nasi impit pun aderrrr.., lomang punnnnn,,sebatang 9 henggit..mahal siotttt.... pastu 1 lagi yang special... masak lomak cili api... terbaekkkk dari MIL aku.



Hapir terlupa satu lagi yg spesel... Talapia Goreng bodoh..sama bawang sajorkk.


Masuk jer tengahari sket.. sumer dah pengsan kekenyangan... tinggallah kami 3 branak terkontang kanting dahagakan bau daging lembu fresh dari kampung...


Kalo kat kampung gerenti masa tu tengah ligat didapur. Tak menang tangan la gamaknya.. Mana taknya...lepas goreng licin..lepas rebus licin... ayoooo.....sudah kecur airliurku disaat ini kerana terbayangkan air asam perut lembu yang fresh dengan bau taik lembu... Itu yang sedap weyyyy..........

Dalam kul 3-30 en suami masih terbungkam lagi. Hatiku terus memberontak keboringan....

Sekali kejut ermmmmmmmmmm....nantila... 2 kali kejut pun jawapaaan sama.. terus aku tarik muncung 14. Sebab dia dah janji petang nak kuar jalan-jalan. Tapi sampai masa dia buat derk jer.. mau aku tak sakit hati....

Ok la.... nanti korang baca entry petang ni la plak untuk mengetahui aku dapat kuar ker idak.. penat sudahh. Sorry ye...

Wednesday, November 17, 2010

Mangsa Serangan

Aku dah tak boleh nak kata apa dah….



Asal jer kuarkan laptop .. benda pertama yang menjadi pilihan ada lah mouse…. Tarik-tarik ….terus ketuk ketuk, Inilah pesen Hadif…Dan pesen abangnya plak lagi ganazzzz…. Tariikkkk..pastu cungkil setiap mak nenek butang yang ader kat dalam tu. Akhinya 2-2 jahanam. Dulu right klik boleh lagi…. Left klik jer jahanam..tpi sekarang 2-2 dah tak boleh pakai. Apa boleh buat.. budak baru nak kenal dunia.. Sumer benda dia nak kaji. Naper kuar warna merah, naper bunyi bila tekan..tet..tet, naper boleh gerak bila tekan tengah-tengah gitu..right?



Dan hal ini telah disokong seratur peratus oleh si ayahnya sendiri. Bila aku larang jer..

Takpe la.. nanti rosak beli lain.. biar la dia nak main..

Seeeeee….. sket lagi kalo dia pukul-pukul hendak-hentak keybord dengan toys dia…

Takper la… nanti beli lain jugak kerrrr?….

Hadif pun cukup suka dengan laptop.. makin dilarang makin kuat dia ketuk.. Adui..jahanam jugak la laptop tu. Hafiy takder sangat..dulu-dulu masa kecik yer..suka ketuk ketuk.. sekarang dah cerdik sikit..dia tahu benda tu boleh jahanam kalo ketuk gitu..Cuma satu jer tabiat dia la.. Suka langgar modem..secara tak sengaja.. Kan benda tu terjuntai gitu jer. Patah jugak la sket lagi. Pastu satu lagi sula korek mouse… ntah naper.. dia ingat mainan dia kot..

Macam macam kan imaginasi diaorang…… suka explore macam-macam..elok jugak untuk perkembangan mental diorang.

Selamat Hari Raya Korban

Sob..sob..sobbb… aku tak dapat nak balik raya kat kampung tahun ni.. takperla.. lagipun family aku takder buat korban tahun ni. Insya Allah tahun depan..kalo panjang umur. . Cuti satu hari jer mana cukup bak balik kampung….Sedih ni tau..

Apepun pada sumer muslimin muslimat yang pegi haji ini tahun.. semoga mendapat haji yang mabrur.



Aku tertarik dengan 1 hadis sahih ni..semalam terbaca kat TV

“Barangsiapa yang mengerjakan haji yang sempurna , selagi dia tak melakukan dosa selepas itu maka dirinya adalah seperti yang baru dilahirkan”

Saper yang boleh betulkan sila la… aku pun sekali imbas jer tengok maksud hadis ni.. Kalo ader tersilap tu mintak maaf la.

Soooo maksudnya kita pegi haji tunaikan rukun islam ke5 ni ibarat pergi cuci dosa la kan? Dan semalam adalah hari wukuf kat Padang Arafah. Doa-doa akan dimakbulkan pada hari itu. …. Kan Allah itu Maha Pengampun Maha Penyayang…. Bertaubat sebelum kita terlambat ….



Ingatan untuk aku skali..mintak dijauhkan dari segala kealpaan dunia.

Tuesday, November 16, 2010

Popular-warehouse-book-clearance

Jom Borong Buku.

 
 

Kek Coklat Versi Aku

Kegilaan aku sekarang suka masak benda baru. Inilah kali pertama aku buat kek. Dek kerana tak tertahan dengan cerita member yang buat kek coklat yang sangat sangat sedap, aku pun terpengaruh sama la nak mencuba. Kirimla semua bahan kat member sorang ni beli kat Bangi (Yumie) .Konon nak sangat buat kek,tapi satu benda peralatan nak buat kuih pun takder kat umah. Penimbang takder, pemukul telor takder, loyang takder…nasib baik kek ni jenis kukus. Pakai kukusan yang ader jerla, pastu sukat pun main agak-agak jer. Macam pro bunyinya kan?



Finally, sabtu lepas siap la sebijik kek coklat. Ermmmm…memang nampak agak menarik Cuma mengeleber sket sebab aku taruk penuh sangat, sepatutnya isi separuh jer..pastu dia kembang la kan..baunya..aromanya ermmmmmm…niceeeee..rasanya lom tau lagi. Tunggu sejuk dulu baru boleh potong. Coklatnya tengah meleleh.



Tak sabar-sabar plak aku nak merasa… cubit rasa sket… sedap la weyyyy…yeay..yeah….. takper..sabarrrrr…tunggu betul-betul sejuk dulu. Bila dah sejuk potong bagi anak-anak aku makan.. semulut 2 jer budak berdua tu makan. Pastu taknak dah. Aku pun rasa la sket. Rasa sepotong sedap lagi.. bila dah rasa banyak-banyak potong macam ader resa very the feliks sket la…Naper erk?. Takperla.. makan jugakla… penat-penat buat..takkan tak nak makan kan?



Tak sabar menunggu Ajeed balik kerja. Nak suh dia rasa plak…. Bila dia dah balik terus eksen dengan dia aku berjaya buat sebijik kek untuk seumur hidup aku… Waaaa…very the vangga si suami bininya berjaya buat sebijik kek..Walaupun kek tu berlembah ditengah-tengah, macam ader valley sket kat tengah-tengah… Sepatunya kena guna bekas besar sket. Tapi sebab tak sabar sabar nak makan..inilah jadinya. Aku pun bagi la rasa sepotong kat dia……



Camner wakkk… sedap tak ?..pandai tak saya buat?
Ermmm… gebu dah gebu..cantik dah cantik.. tapi naper rasa macam ubat-ubat sket..
Hehhh… ubat?.. ubat apa……?

Punyala gebu kek coklat aku dia boleh kata rasa ubat… dah hilang deria rasa aper pakcik ni. Tapi memang yer pun..Kalo dah banyak-banyak makan tu memang ader rasa pahit la. Aku pun sedikit konpius… rasanya dah betul sukatan yang aku guna tu , rasanya la. Pagi senin datang kerja member aku tanya….

Dah buat ker kek coklat Nie?..
Dah kak.. tapi naper rasa macam ubat sket erkk?… Ajeed cakap rasa ubat..
Ko taruk Baking powder berapa banyak..?
Macam akak cakap la…1/2 sudu

Memang betul la aku taruk ½ sudu. Tapi bukan sudu KFC tu…1/2 sudu teh…. Terbaekkkkkkkkkkkkkkk punnya kek coklat berubat. Pahit la weyyyyy….

Ok takper.. masih ader stengah plastik lagi tepung tu..lepas ni mesti jadi punya…Aku dah ambik pun sukatan sebenar cara nak buat kek ni. Takde nak main hentam cromo jer lagi. Skit punya banyak aku tabur coklat rice kat atas dia tu). Agak-agaknya la, kat mana tempat ½ bekas lagi yang balance dalam peti ais tu.... Tak sanggup wey aku nak habiskan kek berubat tu.. Siyesss..memang kek tu rasa ubat.

Ni la kesan kalo pandai sangat buat kek. Lenkali cuba lagi takpe.. try and error tu biasa bagi novis macam saya ni (ayat cover line konon…puiiii)

Finally…

Akhirnya Hafiy dah tak takut air lagi.

Yer la tak takut. Cuba tengok kolam yang betul ramai orang plak mau tak dia nak turun mandi. Tapi kalo kat kolam kecik pobia dia dah hilang. Weekand lepas kerja dia mandi kolam jer.. kejap-kejap nak mandi..kejap-kejap nak mandi… siap buat gaya terjun tiruk lagi.. sampai pedih tapak kaki tu. Reti plak…

Kitt la Buuuuu



Mula-mula aku kasi dia berimginasi mandi kolam kat depan tv tanpa air jer…. Pastu petang tu baru isi air… Wahhh kemain hepi lagi ko erkk….sampai hingus kluar pun ko ingat air..terjilat-jilat…bluekkk..Pastu siap boleh baring-baring lagi dalam air tu. Risau plak aku, takut telinga dia masuk air. Dia aper tahu… Hepy jerrrr.



Jenuh jugak la aku nak ngajak dia masuk. Siap ugut kunci pintu lagi.. tapiiii.. apa dia peduli. Kalo macam ni.. tinggilah bill air umah ni bulan ni. Takpe la….bukan ibu yang bayor… babah tukang bayor… haha. Anak babahla katakannnnnn…..

Takper la, dia nak main lagi tu….

Hahh siap dapat approval dari boss besar. Memang macam ni kan kalo dengan lelaki… memang anak-anak akan naik minyak….. spoilllllll sangat sangat. Tapi tengokkk…bila skali babahnya mengamuk… sampai termimpi-mimpi.. tido dalam tangisan air mata…. Hohoho… sungguh sadis gitu kan

Monday, November 15, 2010

Beli Kolam Kecik



Kerana nak hilangkan rasa pobia pada laut dan kolam mandi, balik dari PD hari tu kami menyinggah kejap di Giant. Memang aku dah lama nak beli kolam kecik ni. Tapi asyik keterlupaan jer. Allaaa..bukan mahal pun…10 henggit jer. Bukan main suka lagi tgk gambar kat kotak tu..

Andi olam buuuuu
Andi olam buuuuu

Tak sabar-sabar suruh kami bukakkan. Si Ibu ngan babah ni 1 hal plak… kitorang silap tiup la, sepatutunya lubang yang kecik tu kita tiup..tapi kami dengan sekuat tenaganya pergi tiup lubang yang untuk buang air tu.. sampai sudah tak buncit la kolam tu…. Buat penat tiup ada. Menngostin betul. Yang aku ni dah puas kumpul tenaga nak tiup supaya ader rupa sebijik kolam.. Tapi sampai ke sudahnya takder timbul rupa kolam tu… Haiiiyaaa…..

Malam tadi baru perasaan… ooooooo rupanya lubang utk masukkan angin kecik sket. Lubang untuk buang air lain plak. Yang paling kelakar si Hafiy la. Bukan main berani lagi ko.. Maklumla belum penah jumpa sebelum ni..1 lagi mana ader air..aku bentang kat depan tv jer. Mula-mula dia suruh buka bukakkan baju dia, konon nak mandi kolam la….. kami ikuttt… layan jer la…. Tak lama lepas tu suruh aku bukakkan sluar dia plak. Memang dia nak ambik feel habis-habisan…. Aku buat derk jer.. pastu makin melampau plak permintaan dia, suruh buka pampers plak, mau bogel terus. Ini dah melampau.. tengah-tengah malam buta nak berbogel dalam kolam takder air depan tv..aperkehelnya.

Sudahnya bila kami penat melayan kami biarkan dia main sorang-sorang, Habis sumer toys dia dimasukkan dalam kolam tu. Konon nak mandi sama-sama la… aduiyaii… anak..anak.