Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Tuesday, January 15, 2013

Macam Macam Krisis

Assalamualaikum...

Aku syak pagi ni ada yang tak mandi pagi ni. Takder dapat sebarang notis tetiba malam tadi washing mesin stop separuh jalan. Air takdoppppppp... Guane gamoknya..


Aku syak lagi ini adalah konspirasi politik..kekeke.. Mari kita speku secara berjemaah. Pagi ni pun masa singgah beli breakfast, makcik makcik tu semua sibuk bercerita pasal air ni. Besok tak berniaga la gamaknya makcik tu.

Pagi tadi pla dengar kat radio..masalah air semalam berpunca dari pencemaran kat sungai Semenyih sana nun.. dan kawasan terjejas yang aku sempat tangkap adalah Klang, Hulu Klang....Huhuhu... Terpaksa la catu air balik nanti. Jangan ada yang tercirit dah la. Nasib baik air untuk masak makan minum semua awal awal kami simpan. Itu pun habis semua periuk belanga Ajeed keluarkan. Sampai kan rice cooker tu pun dia buat simpan air. kekeke..


Nak basuh pinggan mangkuk satu hal lagi. Malam ni makan nasik bungkus la gamaknya.. tak kuasa la nak menyepah time air takder macam ni. Tapi takot yang menjadi masalahnya kat luar pun tak meniaga sebab tak cukup air. Aku ada jugak terbaca satu post kat timeline FB aku... hotel pun terpaksa cancelkan booking customer..reasonnya adalah...air takde. Memang parahla kalo camni kan?.

Elok time nak pilihanraya ni plak la sungai nak tercemar.. tangki  pecah la .. . Memang terbaik la. Aku syak lagi.. mesti ada agenda tersembunyi ni. Jaga jaga..ada yang memerhati.

Ahh abaikan jer la...

Hati tetiba rawan seketika masa otw datang kerja tadi..nak nak plak dj mainkan lagu Teman Pengganti.. Naper hati tetiba sedih yer.. Kenapa duhai hati. Rindu ngan family..ma ayah..adik adik..anak buah. bila nak berkumpul ramai ramai plak.


Sekian Wassalam

No comments: