Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Wednesday, September 26, 2012

Eksyen Lagi

Assalamualaikum..

Entry ini mengandungi unsur unsur riak yang tidak kerterlaluan. So kalo rasa menyampah baik korang jangan baca.

Hari tu kan aku ada citer pasal Ajeed buat lemari kabinet sampai rosak bijik mata. Sekarang atas nasihat doc. Dia kena pakai spec. Bab bab power spec sumer ni aku tak berapa nak reti sangat..  tapi aku ada tengokla kat kertas tu doc. ada tulis sebelah kiri 170++ kanan plak 130++. Yang kiri tu setahu aku dah berzaman rosak. Dia boleh biar sempai sekarang. Tu sebab power dia dah mencanak naik sampai macam tu skali. Biasa la… orang ego sangat kan.. malas nak gi spital.. sudahnya bermata 4 la kamu bebeh.

Yang aku nak citer ni mata sebelah kanan. Hari tu aku ada suruh dia beli kabinet. Nak letak barang kat dapor. Makin hari makin bertambah sampah sampah plastik makanan kat dapor ni. Aku dah takder idea nak letak mana. Bilik belakang pun makin lama makin hilang rupa bilik. Sekarang dah jadi rupa stor barang terbuang. Tu sebab aku suruh dia beli gobok untuk simpan bekas bekas plastik tu.

Dia senyap jer bila aku suruh beli tu.. rupanya senyap dia senyap berisi. Dia dah plan nak buat sendiri rupanya. Aku pun tak pasti dia nak buat sebab nak beli mahal atau pun dia nak buat sebab nak isi masa terluang. Korang rasa yang mana. Aku rasa jawapan dia no 1 tu.. Yerla kalo korang tengok kabinet dapor sekarang senang roboh jer kan.. Kayu yang ntah apa apa..mungkin kayu getah jer kot, ataupun papan plainwood (gini ker eja plewod…ahh blasah) Sekali tarik dah goyang kan. Tapi kalo nak kata dia nak mengisi masa terluang tu tak jugak sebab lately ni memang dia bz. Dan memang sah la sebab dia buat benda tu ambil masa hampir 2 minggu. Senang citer dia buat sendiri tu sebab dia sayang bini la…. (unsur riak ada di sini)

Dan hasilnya ini…

Korang percaya tak kalo aku cakap kayu tu dia ambik dari lebihan yang orang guna. Ekceli kayu ni asalnya kayu papan lantai tau.. tapi atas kekretifan Ajeed benda tu jadi sebijik almari  (unsur riak juga ada di sini) Ntah kat mana dia jumpa.. tapi ok la… daripada terbuang gitu lebih baik dia ambik. Siap jugak sebijik almari. Takyah nak membeli beli. Aku ada cakap ngan Ajeed..

Kalo macam tu boleh la awak buat bisness buat almari..
Ahhh tak nak saya..sampai nak buta bijik mata buat ni…
Hehehe…
Tapi satu jer la almari ni  pun lom siap sepenuhnya.. Belakang tu bukan ada dinding pun..cuba korang peratikan pic tu, dalam pun sama.. lom ada papan lagi pun untuk buat alas. Tapi takperla..apa yang penting luar cantik ok..Dalam takper… takder orang belek.

Astarfirullahhalazim.. Astarfirullahhalazim..

Wassalam……….

3 comments:

Sue Saari said...

lawo2..bak order se kak Anie.. ;)

aCik Anie said...

meh la.. nak pattern mana.. rotan..jati... cendana.. pilih pilih

Sue Saari said...

kayu cenggal?ado??heheheh..