Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Wednesday, September 19, 2012

Drama sesudah sukan

Assalamualaikum...

Sinopsis drama ..
Seorang ibu terpaksa ke kedai runcit beli gula gula demi memenuhi arahan dari seorang anak yang berusia 4 tahun. Dapatkah anak menerima gula gula tersebut. Atau ada adegan adegan yang tak di ingini berlaku…

Silalah hayati drama ini…
 
Ekceli masa sukan hari tu Hadif dapat gula gula satu plastik kecik sebab dia dapat tempat ke2 kan dalam acara kejar belon. Bila sampai rumah kebetulan anak jiran aku kat sebelah rumah tu ada kat luar..soooooo aku pun bagi la separuh kat si Kimi ni…

Punya lah mengamuk si Hafiy…bukan Hadif tau.. walhal itu Hadif yang dapat.. Aku dah jenuh pujuk..siap ambik gula2 lama kat dalam petiais ganti balik…. TAKNAK.. Mak si Kimi bagi coklet..cantik..sedap lagi....TAKNAK.. Dah habis idea nih. Tahu apa yang dia nak....Dia nak aku pergi padang sukan tu balik ambik kat sana. Kat padang OK.. dia ingat berapa banyak stok ada kat padang tu.

Nak tak nak aku kena cari idea macam mana nak kasi dia senyap…. Memekak dah hampir 20 min ni. Dah naik cair taik telinga.. semua pujukan tak jalan… Sudahnya….

 

Berbuluuu ok... mengamuk bagai nak rak nih.. siap hempas badan..tapi katun tetap tengok.
Si Apaknya tak yah cerita la.. Anak meraung kat tepi telinga dia boleh lelap lagi.. siap berdengkur plak. Siapa kata kerja ibu ni enteng.. susah tau.. tukang settle masalah pun dia..tukangmasak pun dia.. tukang basuh baju dia... tukang kemas rumah dia... bla..bla..bla.. Pendek kata banyak kerja si ibu. Bukan senang tau.. Syukur ada bini macam i ok?...* kenyit mata. Nak kata depan depan takut ok.. laki i garang... nanti dia telan hidup hidup..

Katun dah habis.. sampung balik mengamuk.. drama betul la anak aku nih.. Nak jugak aku ke padang balik semata semata nak ambik gula gula seplastik..

Ok..takper..aku kuar rumah..pegi kedai acheh..beli gula gula singgit..pastikan gula gula tu sama brand dengan yang dapat masa sukan. Jangan tak tau.. punyalah nak nampak real siap bawak plastik dari rumah dan

Riben biru skali... real okkkk.... aku siap ikat cantik cantik...taruk riben lagi. Sempat jugak beli udang sket..kelapa separuh.. ingat nak kari udang petang nanti. nyumm..nyumm..nyummm..

Sampai rumah kat luar lagi ia dah stanby nak ambik.. aku lom masuk pagar lagi... ish..ishh.. ish.. memang tak sabar langsung la budak ni...Tapi takper la..janji dia tak melalak.. puas hati aku..Padahal tipah tertipu.. Takper..besar nanti baru dia paham.. Aku kasi can kat dia kali ni... lepas ni siap.. rotan standby...TAK KIRA.

Sudahhh... adik dia plak sambung mengamuk.... nak jugak.. tak sanggup aku nak repeat lakonan aku tu balik.. Ahh...lantak la.. nangis la. Hafiy ok la..hajat dah tercapai... sambung katun balik.. chillll.....Si adik berhempas pulas ..berpeluh satu badan.. nak GULA GULA sukan Buuuuuuuuuuuuuuuuuuu....

Saborrr jer ibu.... Pening dah kepala ibu ni layan karenah korang berdua...*urut dada...

Wassalam...

No comments: