Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Wednesday, September 5, 2012

Banjir Kilat

Assalamualaikum...

Firstly nak bagi tahu... mot yo dari kamus Uganda Hadif itu adalah...remote astro yer Mak Ngah ku sayang

Salam pagi rabu semua uolls. Sejak makan ubat sakit urat ni rasa cergas sket nak bangun pagi. Badan pun rasa segar. Kalo idak... nak bangun buat susu Hadif pun bercinta. Jangan tak tau.. walopun dah nak masuk 3 tahun.. susu malam wajib kena buat.

Kan betul aku cakap kan.. semalam hujan lebat giler. Pagi ni plak dengar kat radio banjir area Kajang , Puchong, Serdang, Bangi. Dasat gak erk... Masalah banjir kilat ni memang tak pernah settle. Semalam area tempat kerja aku ni pun banjir. Sumer bas keter kena ambik line sebelah. Nasib baik jalan sumer ada 2 lane..takderla jem. Tapi kan elok jer kawan aku sorang ni masuk redah banjir. Tak pasal pasal keter dia terhangguk hangguk pagi ni. Nasib baik lepas.. Buat kandas...duit lagi melayang ko.


Ni bukti yang sempat aku snap petang semalam. Sempat lagi tu dalam hujan lebat. Semalam pun sampai taska takder la lewat sangat. Tapi sebab hujan lebat sangat maka aku pun terkandas kat situ jer la. Yer la..dah balik pun naik bas kan, sah sah la nak kena redah hujan balik rumah. Cuba jugak nak redah..tapi tak boleh.. Hujan makin lebat. Nasib baik la org kat taska tu pelawa aku ngan anak anak tunggu kat dalam. Kalo tak basah kuyupla kitorang kat luar taska.

Dalam kul 6-45 gitu Ajeed cal cakap suruh tunggu dia kat Taska jer.. sebab dia dah sampai Nilai. Aku macam tak percaya dari JB ke Nilai dalam 3 1/2 jam. Betul ker?..aku rasa macam cepat sangat. Aku takut lepas ni berderet sampai surat cinta dari PDRM. Jenuh la wey.

OK la... itu jer pasal kisah semalam... Ingat kalo rajin nak update sket pasal raya. Insya Allah ..kalo ader ruang dan peluang..hehe.

Wassalam...........

No comments: