Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)

Wednesday, August 24, 2011

Pesanan Terakhir

Assalamualaikum..

Tak..tak.. aku belom nazak lagi. Saja jer malas nak hapdate blog.. Ntah.. Mood nak balik kampung dah bermaharajalela...nak nak raya ke-3 baru boleh raya angin desa tercinta.

Pesanan terakhir hari hari terakhir ramadhan... Sebab lepas raya nun plak aku bukak blog ni. So sebelum korang balik beraya pastikan..

1- Bawak keter hati-hati, wolopun jalan jem teruk tahap jingga , SABAR... Jangan guna lane KECEMASAN...Kan cemas pulak kalo pak polisi bagi surat cinta.

2- Rumah... Pastikan korang ada simpan No Tepon jiran anda.. Manalah tahu plan nak sambung cuti seminggu lagi. Mintaklah jiran anda jeling jeling sket kat rumah kita tu.. Mana tahu kan.. Sebab malang takkan berbau. Kalo awal awal dapat cium bau dia senang.

3- Raya nanti jangan lupa pakai gerder sebab semestinya menu pada hari itu adalah sangat sangat menguji tahap keimanan anda pastinya diluar jangkaan anda. Kan sumer nak.. rendang nak, lodeh nak, kuah kacang nak, nasik dagang nak.. beriani, minyak, laksa...itu ini..... huhhhh penuh perut. Tapi kalo kita pakai gerder, cepatlah kenyang sket. hehe.

4- Duit Raya, standby la lebih sket duit singgit. Tapi pastikan kalo nak isi singgit takyah la isi dalam sampul, sebabnya gerenti... belum lepas pagar lagi sampul raya dah berterabur depan umah. Yang penting pulusss ma..... sampul tarak takper.

Itu jer la.. Apapun sebelum balik cuti aku mintak maaf kalo ada tersalah kata, terkasar bahasa, tersilap paham sepanjang perbicaraan kita ..walopon hanya di alam maya..

Lepas cuti jangan malas plak... biasala...mood raya lom habis. Raya kan sebulan....
satu lagi... Open House... Jangan lupa orang di sini..hehe

Thursday, August 18, 2011

Kad Raya Tanda Ingatan

Assalamualaikum...

Sebelum citer banyak, aku nak cakap yang pagi tadi aku terlajak.... 5.40am baru tersedar. Sian lakiden..den takpo la. Entah bila masa aku pegi tekan butang stop. Ni mesti kes terlebih tido ni. Malam tadi tido awal... dalam kul 3 tersedar si Hadif lapar susu then sambung tido balik tu .... dah sambung balik memang sendiri paham la....langsung tak sedar la. Nak panas kan nasik dalam kul 3 tu macam awal sangat. Sudahnya terkulat kulatla bila tgk jam dah hampir subuh. Huwaaaaaa.......................



Ok la..jom citer bab kad raya.... Lately ni kad raya macam semakin dipinggirkan kan?. Makin lama makin tenggelam. Aku pun lupa bila kali terakhir aku tulis kad raya... rasanya masa sweetsebenten kot. Lama giler kan. Bila dah malas tulis kat raya maka nak terima kad raya pun jauh sekali. Kalo ada sekarang pun mungkin dari customers or suppliers jer la. Itu pun mungkin ada niat tersembunyi..ada udang sebalik mee...hehe... Sory..hehe.. Kalo customer kat sini memang sumernya ikhlas.. Wa Caya Sama Lu. Biasanya tiap tahun tak pernah nak miss dapat kad raya dari diorang.

Tapi kalo terima kad raya dari customer ni macam takder feel nak raya sangat. Tak macam dolu dolu. Kalo dapat kad raya tuh.. Ya allah.. very the vangges.. Kalo boleh 1 dinding ruang tamu tu nak tepek kad raya yang kita dapat. Tak cukup kat dinding.. ranting kayu kat hutan tu pegi cari... gantung plak.... betul kan?. Ingat dulu masa zaman zaman berkerak... kena marah ngan mak aku sebab rosakkan dinding rumah. Walhal bukan tampal ngan gam pun guna sollatape jer pun. Tapi ntah.. mak aku ni naper tak kasik.. Serabut bijik mata dia kot.

Tapi sekarang kalo pegi raya umah saper saper pun..jarang dapat nampak tampal tampal kad raya ni. Orang zaman sekarang lebih senang guna medium yang lebih canggih. Macam sekarang, nak invite kenduri pun pakai FB, aku rasa macam tak berapa nak relevan la dengan budaya dan adat resam bangsa kita. Rasanya cara lama lagi sopan dan beradap.. Penuh dengan tatasusila.

Itu sumer terpulang pada pandangan masing-masing. Depa biasanya nak kerja senang. Mungkin bagi mereka nak call sorang sorang buang masa, buang kredit kot. Tu sebab invite jerla pakai FB or SMS jer... Itu sumer tak penting.. Janji nawaitu dalam hati tu ikhlas.


Wednesday, August 17, 2011

Babysitter Terjun


Assalamualaikum.....

Macam yang korang sedia maklum aku kerja hari ni..YES.
Kalo kat umah mana mungkin aku bersenang lenang update blog bagai ni. Yer dop?

Macam biasala... Hari ni taska tutup. Dari mingu lepas lagi aku dah pening mana nak letak budak berdua ni. Nasib baik la Ajeed cuti. Walapun dia tak offerkan diri dia nak jaga budak budak tu takper.. biar aku yang offer dia. Aku cuba la tanya.. mana tahu dia sanggup... YES..dia sanggup. Alhamdulillah. Selamat cuti aku.

So pagi tadi bangunla aku awal sket. Terpaksa tumpang kawan sebab tak sanggup nak kejutkan budak berdua tu dari tido. Nasib baik kawan aku tu pun kerja. Aku dah nekad, kalo dia tak kerja aku pun nak MC la. Tapi dia half day hari ni. Sebelum balik dia sempat call aku.. Sebab aku cakap kat dia..ingat nak 1/2 day jugak. Kesian tgk Ajeed jaga anak sorang sorang. Pukul 12 tadi aku cuba usha line...kot kot babysitter dah alfensun kepenatan..

Camner?.. Ok ker budak-budak...
OK..dah makan pun..
Lauk apa...
Telur Mata.....

OOOOOOOOOOOO...... telur mata. Takperla..janji budak tu makan, Bersyukurlah cikanie... dia sanggup masaak pun dah ok.

Pastu kalo saya tak balik awak Ok ke handle sorang sorang..
OK..Macamla saya tak penah jaga anak..

Eksennnn pulakk pakcik nih.....

Ok la kalo macam tu saya tak jadi balik jer la...
Yerla......

YESSS... Boleh keja sampai petang. Tapi masa aku cakap ngan dia tadi kan... sayuupp jer dengar suare Si Hafiy...bila babah dia tak bagi panjat meja..

Mana pecah... tak pecah punnnn...

Cer tengok Norman ni.. relex jer handle anak dia . 3 orang lagi. Kita baru 2.... ok la tu.....




Nak tengok pic lain sila ke sini.... sebab sumbernya aku cilok dari sini.


Harap harap situasi tu sumer undercontrol la.... Hehehe.. Apala sangat jaga anak ni kan kalo nak banding kerja kat sawah.. Bukan berat nau pun...




Nak TV Baru...

Assalamualaikum..

Nampaknya raya tahun ni without TV la,,,

2 bulan lepas aku duk membebel kat blog ni pasal TV kat umah aku tu dah nak kena campak. Mau taknya ..On pukul 8, kul 10 baru kuar gambar. Paling lama 2 jam dia amcik masa nak warmup. Ekceli 5 tahun lepas TV tu dah dihantar repair. Ntah menatang apa yang rosaknya aku pun dah lupa. So tokey tu charge 180 tak silap aku la sebab nak beli barang ganti tu mahal la juga. So bayarla kan. Kan kalo tak repair boring jer kat umah.. melangut ko tenung aku aku tenung ko...sudahnya berperang.

Jadinya nak dijadikan cerita partner aku yang sangat kretip ni cuba cuba la baraikan TV kami tu tadi. Mana tahu.hasil sentuhan tangan dia TV tu ok.. InsyaAllah.. Setelah dibaraikan badan TV tu maka terbongkarlah satu rahsia..

Rahsianya Tokey yang merepair TV 5 tahun lepas tu takder tukar mana-mana part pun.. Cuma ader kesan sambung menyambung wayar jer. So aku syak ini satu tipu muslihat. Konon nak untung lebih. Tipu customer yang tulus mulus macam kami ni. Mentanglah kami tak tahu apa-apa. Senang jer main tipu-tipu yer. Jaga ko.. Lepas ni jangan saper-saper hantar TV untuk repair kat kedai Taman Kajang Mewah ni. Orang KM mesti tahu kedai ni.

So lepas siap jer Ajeed baraikan TV tadi, maka pasanglah balik TV tadi dengan penuh harapan. Mana tau tangan Ajeed ada sentuhan ajaib ker... Sudahnya TV tadi jadi lagi teruk. Dari 2 jam baru terbukak terus tukar 1 @ 2 hari baru terbukak. Contohnya ginila.. Tadi aku bangun sahur aku terus ONkan TV, tapi balik nanti ko janganla bercita-cita dapat tengok Kasih Alia, sebab besok atau lusa baru dia OK. Sila Percaya.

Jadi buat masa sekarang ni apa yang kami buat malam malam bila TV tu tak terON adalah:

1- Tengok Tonton.Com jer.... (citer yang dah lepas).
2- Kalo line OK..bukak youtube..
3-Kalo dah boring line tenet slow macam siput sdut masak lomak pon sodap maka aku jadi ustazah kejap.
4- Lepas jadi ustazah biasanya aku tukar topeng plak,,aku jadi Mak Tarzan..

Gitulah rutin setiap malam kalo TV kat umah tu buat hal. So korang rasa patut ke tak patut aku ambik TV baru.. Ke ader saper saper yang sudi bersedekah LG LED TV 32 inch ..



atau lagi best sempena Ramadhan Almubarrak yang barokah ini.




Jap... Nak kelepek duit celah tilam.. Mana tahu jumpa duit sekepuk ker...


Monday, August 15, 2011

Biskut Raya Dah Sampai..

Asalamualaikum...

Bila la aku nak pandai buat kuih raya. Kalo dapat buat sendiri mesti berganda ganda jimat dia kan?.. Tunggu la Hadif dah besar sket... Kan Hadif besar adik dia plak yang lahir. Itu statement Ajeed tau.. bukan aku punya. Tapi betul jugakkan. Takkan nak 2 jer.. Tak jeles ke tengok orang lain yang ramai anak. Jeles wey... Apapun itu terpulang pada rezeki yang Allah nak bagi kat kita.

Haisss.. nak citer kuih raya..tercerita bab anak plak.. Biasala...blog cacamerba..



Jumaat lepas tat nenas yang mabeles selamat sampai ke tangan aku 2 botol. Kesian tokey dia.. Kan Jumaat lepas hujan yang maha lebat. Datang jugaklah demi regular customer yang banyak songeh ni... Basah pun basahlah... Janji tat sampai dengan selamat kat tangan customer. Eh dia pakai baju hujan.. Tak basah pun.. cuma muka dia tu jer yang lencun.



Kebetulan hantar tat aku hari tu dia pass sekali jem nenas yang diorder oleh kawan aku.. Jeles tau.. dia pandai buat tat sendiri, cuma order jem. Pun boleh macam ni erk... Tengoklah next time.. bila aku dah berguru nanti..oven pun dah beli , aku beli jem jer la... Kulit tu aku nak buat sendiri. Bukan susah nau pun kan?... Kiranya jem yang dia jual tu agak murah la jugak. 1 Kilo 11 henggit jer...Member aku beli hari tu 2 kilo. Aku tanya dia..

2 kilo ni ko dapat berapa biji tat nenas..
Oiiii banyakkkkkk.....


Lagi la aku jeles..
Yer la maunya tak jeles.. Kalo beli yang dah siap..45 biji 20henggit.... Kalo beli jem buat sendiri, takkan dapat kurang 45 bijik dalam sekilo jem tu. Mustahil?.. Yer dop?

Semua kuih yang aku order tu ingat nak bawak balik sekaligus jer. Lecehla kalo bawak naik motor. 1 hari 1 balang. Kan hancur plak tat comel aku tuh. Ingat nanti nak kumpul sekaligus dalam satu kotak pastu mintak Ajeed datang ambik ngan keter. Set cadar hari tu pun aku peram kat sini lagi .. konon lepas raya nak bawak balik. Kan bawak balik sekarang Ajeed tau plak aku beli jugak cadar tu, sebab hari tu dia suruh aku beli cadar lepas raya jer.. Kan nak raya nanti kan pakai banyak duit. Dah la gaji tak masuk..huhuhu. Sekali aku dapat tahu dia dah baca kat blog aku yang aku dah ambik cadar tu..Peceh tembelangden. Ini pesanan den untuk lakiden..

Kanda..Lenkali kalo berminat nak baca blog dinda mintak ijin sama dinda dulu....

Aku ingat dia tak berminat langsung nak godek blog aku ni. Nasib baik aku tak kutuk dia kaw..kaw.. kalo tak sia sia jer. (* Konon berani sgt nak kutuk.Pui..)

Sia sia dapat dosa kering kan?...

Ok la... Aku tengah servey tudung online ni. Nak match ngan baju raya. Tapi sumer yang berkenan dah SOLDOUT.. so camner tu?...


Friday, August 12, 2011

Ini NekBat Yer.....

Assalamualaikum..

Semalam jalan jalan kat pasar ramadhan.
Ohh sebelum tu aku nak buat pengumuman sket.. Ops No Bazar Ramadhan telah gagal. Yess GAGAL.



Maka semalam merayaulah kami 4 beranak kat BRKM (Bazar Ramadhan Kajang Mewah)... Rayau punya rayau makan jumpalah aku dengan kuih ini. Namanya NekBat. Ermmmm...dah lama rasanya tekak aku ni tak dibasahi dengan air kemanisan NekBat itu. So apalagi .. Belila...

NekBat ni kira macam mana?..
5 duahenggit kak..
(dalam hati.. mak eh mahalnya....) Bagila 2 henggit..

Ekceli rasa kuih ni takder la sesedap akok atau beko (mesti korang tak kenal kuih ni kan?). Saper yang tak suka manis manis ni memang tak sesuai la beli kuih ni . Sebab apa tau?... satunya memang rasa dia gula semata. Ok aku bagi gambaran yang lagi jelas la..

Cuba korang bayang kuih bahulu yang direndam dengan air gula..

hahhhh..gitula rasa dia secara ringkasnya. Tapi elok cuba dulu. Baru tau sedap ke idak. Biasanya kuih ni kat pantai timur jer ada... Biasalah orang Kelantan sinonim dengan manis kalo bab kuih kuih ni. Sebelum ni member aku ada tanya...

camner kuih nekbat tu..
alaaaa... yang warna kuning tu.. pastu disira dengan gula....

Semalam baru berkesempatan jumpa kuih ni.. so aku snap la untuk dia.

Korang plak apa macam...?.. Pernah tak merasa kuih ni?..Tak kenal maka tak cinta. Tapi kuih ni amat tidak sesuai bagi mereka yang mengidap kencing manis..sangat sangat bahaya wooooo...

Kejutan Semalam

Assalamualaikum....

Semangat giler kentang pagi ni, pukul 6-30 dah bangun, maka hari ni sempatlah aku calit lipstik sket kat bibir, tepek bedak sket kat muka.. namun eyeshadow , blusher bagai ni aku tak letak, rimas la kalo pakai benda ni sumer. Nak tengok aku pakai?.. dalam setahun adala 2-3 kali. Ntah kenapa bab makeup aku fail. Kalo aku calit benda tu sumer aku rasa masam muka ni tebal secara mendadak sebanyak 10inch. Serius...rimasssss....

Tapi jauh disudut hati aku teringin gak nak jadi cantik jelita macam popuan sejati yang lain. Biasala.. makeup kan sinonim dengan wanita. Tambah tambah perumpuan separa tua macam aku ni. Kena la up sket muka ni. Kan selebet memanjang laki cari yang gebus mantop lagi montok plak. Wellllll lelaki. Mungkin satu hari nanti aku ke arah itu kot, itupun selepas aku ambik course asas makeup. Baru rasa level confident tu naik sket. Itu sebab lately ni pic aku jarang sangat terpampam kat blog ni... maklumla... muka aku ni teruk sangat..ala ala ibu dalam pantang. Buat malu jer kalo taruk kat blog, kan tak pasal pasal dari ader yang suka baca terus trafic menjunam jatuh ke bawah....

Melalut la plak pagi ni...

Ekceli semalam aku ada kejutan kan sini. Kejutan dari Tuan DOE a.k.a Jabatan Alam Sekitar. Maklumla kompeni aku ni kan penyumbang peratusan yang agak tinggi dalam pencemaran alam sekitar... hemmmm... yer ke?.. Idakla sampai gitu sekali. Ekceli gini... kalo kompeni tu ambik ISO 14001 so secara otomatiknya akan deal dengan DOE. Biasanya dalam setahun tu atlis sekali diorang akan datang secara mengejut untuk buat spot check. Semalam punya lawatan biasala... positif komen ajer. Aiii biasala..tengok siapa yang control....uhuk..uhuk.. report sumer lengkap, invonteri lengkap.... Schedule Waste area kemas... ape nak lagi....(*eksyen)



Tapi yang tak bestnya Puan DOE tu yang agak sedikit kerek... Panggil bos aku pun saudari.. apa salahnya panggil Puan jer.... Tak mesra alam langsung. Dahla muka masam mencuka... Yang sebelah sinin tu bos aku..yang sana tu dia la (Puan DOE).

Hi Puan DOE... tau la awak tu poser. Bonus raya kan baru dapat...

Dan Tuan DOE adalah sangat encemmm..hohoho



Tapi bila dah lama sket baru la banyak cakap sket. Baru la dia panggil boss aku tu Puan.. kalo tak.. main saudari jer, Ingat pidato ke aper?... Nasib baik report positif.. kalo tak ..malas aku nak layan. Sekali ko masam..seribu kali aku mencuka tau...Astargfirullahhhh... nipissss poser aku.

Ok la..dah makin melalut sangat ni... kan dari nipis terus takder pahala langsung..

Opsss soryyyy...1 lagi citer panas... masuk jer kerja pagi tadi dapat berita ader 2 orang operator tercedera. Katanya gas nitrogen meletup... Biasala aku sebagai polis pencen...

Macam mana boleh kena..
diorang ada bunyi macam bocor..pastu datang la tengok.. 2 orang yang kena. Sorang yang kat belakang tu takder la teruk sangat dapat MC 4 hari jer sebab dia terus pergi toilet..yang sorang lagi yang kat depan sket tu yang teruk...

ooooooooooooo....... panjang punya o, aku usul lagi..

Pastu jadi macam mana...
Mula mula tu sejukkkk satu badan..pastu terus macam kebassss..kaku...lumpuh takleh nak gerak..
masya allah..sampai camtu sekali.


Yang lagi kesian budak yang teruk tu adalah pekerja kontrak, kalo kompeni sure boleh claim Socso. Ginilah paddahnya bila kerja melalui orang tengah. Yang ruginya kita. So moral of the story kalo nak kerja jangan melalui agen, terus direct tepon kilang. Gaji pun up sket.

Sekian terima kasih...
Dari reporter tak berbayar a.k.a polis wanita separa tua yang dah nak pencen tak lama lagi..
:)

Thursday, August 11, 2011

Kembali Merempat

Assalamualaikum..

Banyak songeh betul PC aku nih... Selasa dah ok... semalam satu hari pun ok jer aku guna tetiba hari ni tak ok balik. Motip ? Nak suruh aku merempat lagi la ni. Tak kisah la kalo hari hari merempat, janji line clear.

Semalam aku cakap ngan Ajeed...

Hati ayam kat umah ada tu.. igt nak goreng bodoh jer...

Terus menjerit si Hafiy bila dengar aku cakap bodoh. Sekarang ni dia pantang dengar perkataan bodoh.. mesti dia pulang paku buah keras kat kami balik.

Malam tadi pun sama. Kan tv umah aku tu buat hal. So untuk hilangkan boring tgk movie kat utube jer la. Tengok plak citer Aku Bukan Bodoh tu... Itu pun dia boleh tangkap... terus marah kitorang.. so terpaksa la tukar sleng.. I'm Not Stupid. Hahahha.... Kesian Hafiy.. tulus mulus dan kudusnya dia.

Tengahari tadi kami ader terima lawatan mengejut dari seseorang.... Itu nanti aku citer sebab dah siap ambik gambar..tetiba cari kad reader tak jumpa. Rupanya semalam Ajeed guna tapi dia lupa nak masuk balik dalam beg aku. So kena la pending cerita itu.

Ok la.. stop sini jer dulu, nak pikir apa nak masak hari ni.. petai ada kat umah tu... nak masak apa erk selain sambal.... bukan apa kalo sambal udang ke bilis ke aku ni alahan sket. Maklumla hidung sekehen. Makan pun kena memilih..silap makan terseksa diri huhu.

Pikir.. pikir....


Wednesday, August 10, 2011

Diari Ramadhan dah takder lagi...

Assalamualaikum...

Dah malas plak nak tulis dairi dairi ni... gilerrrr stress acikkk...


Wahhh sukerla saper yang kerja gomen..dapat duit rayakan. Macam kami yang kerja swasta ni nampak gayanya gaji bulan ni kena kemut habis. Yer la, dah la bonus tak mungkin akan ada (nehi kabi nehi). Gaji plak maybe dapat lepas balik dari cuti raya nuhhhhhh. Huhuhuhuhu.... Takderla baju raya untuk aku. Tapi takperla inilah yang dinamakan rezeki masing masing. Apepun I tetap bersyukur dengan apa yang I ada sekarang ni.....:). Alhamdulillah.


Mesti Raya Sale kat KPDNKK nanti penuh dengan orang gomen. Maklumla nak ngabiskan duit bonusss....hehe..


Apepun selamat bershopping..... Jangan rambang mata plak... hehe.... (* acik jelessss)


Kuih Raya Dah Beli?

Assalamualaikum...

Alahaiii...Ponet acik... Malam tadi ntah camner makan takder selera, nampak lauk macam nak muntah. Sudahnya makan nasi sama ikan masin sajer lorrr. Itu jer yang aku boleh telan. Sahur pun sama.. nasi ngan lauk ikan masin... ateeee mananya nak ada tenaga. Aiiii takkan peknen kot...imposibble.. hehe... Cuba untuk berfikiran positif.. Masuk angin kot... :)

Korang dah start buat kuih raya?... ke stok buat kat kedai jer.. pusing kedai tunjuk, pusing kedai lagi, tunjuk lagi. Kalo aku, mintak maaf la. Nama nak membuat kuih, memang tak tercapai dek akalku. Salah satu alasan yang paling kukuh... aku tak reti, tapi kalo tak reti boleh tengok resepi kan?... ahhhh camner nak buat semua peralatan pun takder dalam stok dapur aku. Oven..oven.... kan tak masak kuih kan?... alaaaa...oven kan boleh beli... Yaaaa memang boleh beli tapi susahla...main ngan anak kecik kecik ni... kan kuih kelain, anak plak ke lain.

Pendek kata seribu satu alasan pasti keluar dari mulut aku... Buat apa la aku bagi banyak alasan. Senang citer ko cakap jer la MALAS. FULL STOP.




Sudahnya kuih raya tahun ni.. Opss ekceli tiap tiap tahun adalah dibeli. Kali ni aku nak try yang orang lain plak. Tahun lepas punya lain suppliernya. Tahun ni nak try yang Pak Tam punya. Hari tu dia ada bagi sample... sumer aku rasa.. tapi yang berkenan kat tekak aku biskut kelapa and semperit cokelat jer. Yang lain reject. Bukan sebab tak sedap...tapiiii tak nak la beli banyak banyak. Nanti tak termakan. Saper la kita... mana ada orang yang datang beraya kat umah. Sudahnya tuan rumah yang tukang perabis. Tapi kan tart nenas memang aku ikat kontrak sampai mati dengan si Pendi nih. Terbaik punya tart nenas.



Pic ni tahun lepas punya sebab tahun ni lom sampai lagi, jumaat ni baru dapat.
Itu jerla kot stok kuih raya tahun ni.. korang plak camner... sampai 10 jenis tak?...dasatttttt kalo banyak gitu.


Monday, August 8, 2011

Diari 6 dan 7 Ramadhan

Assalamualaikum..

Naper la lately ni mood nak berblogging macam tenggelam timbul jer. Tapi masih lagi sempat blogwalking. Macam macam citer boleh kita baca kalo kita rajin BW. Tapi biasanya kalo aku BW jarang sangat aku nak tinggalkan jejak. Biasala.. lebih senang jadi SR.

Kalo masuk blog-blog hiburan tak habis habis kisah putus tunang... Yang tak tahan macam mana kes diorang ni boleh terbawa-bawa dalam mimpi aku. Malam semalam siap mimpi Shah Jazle boleh curang dengan aku kat dalam toilet mana ntah. Nasib jam loceng bunyi kul 4-50 kejut nak sahur. Kalo tak mau aku bergaduh tarik tarik rambut ngan MF. Masa aku skodeng tu aku nampak tangan perempuan putih gebu tengah betulkan kot si SJ ni la kat dalam toilet. Gila kentang punya mimpi.

Sepanjang 2 hari berpuasa kat rumah sambil melayan anak anak betul betul menduga keimanan. Bayangkan...

Pagi = Goreng Ikan masak Kicap
Tengahari = Goreng Cekodok + Goreng Nugget skali..
Petang plak... repeat balik suap nasik ngan ikan kicap...

Part goreng cekodok tu paling aku tak tahan. Menusuk nusuk bau pisang dia. Manissss jer rasanya.. lemak lemak manis. Tapi sabarrrrr........... Kalo dipikir zaman kanak kanak, rasanya dah kenyang perut aku ..yerla.. sambil goreng sambil suap ke mulut. Petang nanti nak sambung goreng cekoodok balik...ader lagi tinggal balance yang semalam punya.

Sepanjang 2 hari ni jugak Ops No Bazar Ramadhan terkecundang jua. Biasala.. niat asal nak jalan jalan. Tapi tak boleh la.. Kan tgk tu nak...tgk ni plak nak jugak. Tapi takderla sampai membazir. Kebanyakkan kuih yang dibeli tu sumer habis dirembat sebelum pukul 10 malam. Lauk pauk kat Bazar Ramadhan blom pernah terbeli lagi la. Ntahh.. macam sumer tak masukkkk jer.



oooooo...oooo ooo balik kampung....
oo...oo..oo balik kampung...

Hafiy cukup suka lagu ni.. bila aku tanya dia...

Hafiy suka balik kampung klantan ke balik kampung mak mok..
Balik Kelantan

Wahhh bagus bagusss... macam ni la anak ibu.... Babah dia tak dengar tuuuu... Kalo babah dia dengar mesti berbulu jer telinga... jeles dengar pengakuan ikhlas dari protegenya sendiri.. . Semalam protegenya dah memalukan Mentor. Kisahnya.....

Masa kitorang balik dari Giant, ada satu keter tu block keter kami...

Mentor : Bodoh punya parking...
Protege : (sambil menjerit nyaring...).. naper babah cakap BODOH.... saper ajar cakap BODOH..nak kena cili mulut ni...

Hahhh ambik kau..... Bapak kena sound dengan anak.... BEWARE BEBEH....


Friday, August 5, 2011

Aku Pun Nak Jugak...

Assalamualaikum...

Petang yang syahdu.. Jeles dengan orang yang kerja gomen kat Kelantan. Kul2++ dah boleh balik rumah. Kita kat sini selagi tak bunyi loceng janganla ko nak balik. Boleh nak balik tu tapi elaun kedatangan tlak la 20henggit. Tak masuk kena tolak gaji ikut jam lagi.

Takperla.... cakap banyak pun takder guna gak.. Kat sini jugak aku melopong pun. Redha jer la.

Minggu lepas geng geng QA ni sibuk sangat dengan beli set cadar + comforter sekali. Tak heran aku. Tapi bila aku tanya..

Ko beli cadar?....
beli.....


jumpa orang lain aku tanya plak...

Ko beli ke cadar yang si S jual tu..
Beliii... dah murah....4 kali bayar ambik la..

Apa lagi.... masuk ofis terus call si S tu adr lagi ker stok cadar tu.... Kebetulan aderla 3 set lagi. Terus la aku booking. Balik jer rumah, sebagai isteri solehah (*pui) terus la mintak ijin ngan Mas Ajeed aku tuh...

Wakkk.. saya nak beli cadar boleh... hutang.. 4 kali bayar
Ahh..takyah la sibuk nak beli itu ini... kan nak raya ni... ambik jer la lepas raya..
Alllaaaaaaaaa....hutang la, bukan bayar sedebuk pun.. (*tak puas hati... )

Aku pun dah mula carik idea, camner nak buat ni... dengan si S aku dah booking. Tapi tanya Mas Ajeed tak diizin plak. Nak dicancell segan la plak acik weyyy... Sepatutnya aku kena bincang dengan Mas Ajeed dulukan. Ni la yang buat aku malas nak bukak mulut ni. Baik aku buat senyap jer.. tahu tahu ader. Kalo buat macam ni gerenti dia takleh kata apa dah.

Dan pagi tadi si S tu panggil la aku suh tengok stok cadar yang balance hari tu...
Sudahhhh... terberkenan la pulak. camner ni?

ambik jer la.... 4 kali bayar. lepas raya baru bayar
hahhh... betul ni.. bulan ni takyah bayar erk?..
Ya...lepas raya baru start bayar..
ok la.. saya ambik yang ni la.....

OK la... aku tak bantah cakap Mas aku kan.. dia mintak aku amik lepas raya. dan dalam masa yang sama si S suruh bayar lepas raya...
Apalagi... rembat la satu..... aper susah... 4 kali bayar tu... sebulan 30 jer... Mana satu lawa yang atas ke yang bawah?....



Aku ada tanya si S kat mana dia ambik stok ni, rupanya dia jadi sharepartner dengan tokey kat Nilai 3 nuh. Aku tanya lagi.. biasala polis pencen... tanya selagi tak puas hati.

Dah berapa set laku...
Adala 30 set...

Fuhhh.... 30X130.. berapa tuh? tu sebab aku cakap.. jual apa jer kat sini gerenti sumer laku.
Jap..jap....nak tanya.........

saper nak beli tempoyak, satu tapau 5 ringgit... fresh dari ladang..

Dairi 5 Ramadhan

Assalamualaikum...

Haaaa...5 hari dah kita poser? (buat-buat terkejut) .. kejap jer kan?.. Tapi hari ni baru hari pertama aku poser. Tahun depan makanya 4 hari aku kena ganti. Siap tulis dalam dairi lagi berapa hari kena ganti. Tak boleh kalo tak tulis..memang aku ni jenis pelupa tahap jingga. Tak heran la setiap hari aku mesti kena bebel jer dengan partner aku tu hanya sebab penyakit nyanyuk aku nih. Korang ader ker tips macam mana nak kurangkan penyakit lupa ni. Kalo nak hilang terus mungkin tak dapat la kot.

Semalam hujan lagi kan?... lebat giler. Nasib baik keter Ajeed tak tersangkut dalam air masa berenti isi minyak.. Masa sampai air baru paras buku lali, bila time nak keluar air terus naik sampai betis. Ada satu keter tu nyaris nyaris masuk longkang. Hujan kejap jer tapi air dah naik penuh satu jalan. Nampak sangat longkang besar tu takder fungsi.

Ok.. berbalik pasal bukak poser semalam. Macam biasala..Ops No Bazar Ramadhan. Malam tadi memang simple habis menu bukan poser kitorang. Tak tau nak masak apa lagi. Takder idea. Hari ni pun pening ni... nak masak apa petang nanti. Ingat nak bakar Cencaru Sumbat Tempoyak jer kot... Ahhh.. takyah la pikir banyak sangat..lambat lagi kan nak berbuka..macam macam idea timbul jap lagi.



Pagi tadi budak berdua ni okkk sesangat. Sooooo takder la pagi aku kelam kelibut. Budakkk biasala.. nak kejut pagi pagi pun kena kejut secara berhemah. Kalo tak kena gaya... letih...semputtttttt acik pagi pagi. Mood dia akan lagi ok kalo masa ko kejut dia ko nyanyi...

ku suka sinar suria...

aku nak tidooooooooooooooo...

Part tido tu ko kena kuatkan sket volume dia.... kan tersengih sengih la diorang bangun... Siap bersambung lagi....

ku suka kicau burung..
aku nak riuh....

kan hujung nanti ko dengar la....

Lebih Kaawwwwwwwwwwwwwwwww......

Bila dah kuar bunyi lebih kawwww tu.. maknanya respons yang ko dapat positif la... Bolehla proceed untuk next step.... Nak mandi satu badan pun takper dia takkan marah. Tapi pagi tadi tak budak berdua tu tak mandi pun.... mandi tu sempat tapi diorang sibuk taknak tukar baju... nak pakai baju tidur jugak. Dah taknak tukar baju baik takyah mandi. Soooo tukar pampers jer la. Jangan kau cuba cuba nak tukar baju kalo dia dah cakap taknak tukar..Kalo ko tukar jugak memang carik nahas la. Mesti mood tak molek dia tu meleret sampai la ke taska.. silap silap petang karang balik umah dia sambung balik.



Hadif plak pagi tadi pun sama.. taknak tukar baju gak. Pastu sibuk nak bawak beg galas. Awak te kecik. Beg yang lebih besar dari tuannya. Tapi takper..layankan ajer... Kan kalo kuar siaran tarzan panggil si Jane. saper nak jawab.



Ehhh lupa.. helmet budak berapa erk..?.. Hafiy skang sibuk nak pakai helmet kalo naik motor. Maklumlah tak penah servey kedai. Sebelom ni mana ader naik motor. Sekarang ni untuk lebih jimatkan kos bulanan, aku pilih untuk naik motor jer. Berhimpitla 4 orang atas motor kami anak beranak...

Best apa naik motor pagi pagi.... sejuk jer muka... menggeletar satu badan...:)

Thursday, August 4, 2011

Lambatnya Jam Itu Berpusing

Kang pusing sendiri kan.....

Assalamualaikum..

Kali kelapanplohtolak7plohkali aku menguap. Nasib baik la tempat aku ni belakang sekali, so takderla sesaper dpat tengok aksi kurang senonoh aku nih. Nak menggaru pun line clear. Syokkkk jer. Cuma sekali sekali ader la insan yang berhati murni mencelah tetiba kat belakang kerusi aku nih. Sanggup kempiskan perut tu semata mata nak lalu belakang aku. Macam dah takder jalan lain dah. Sajer jer , nak skodeng aku ler tu. Tapi aku takder kesah punggggg.

Mata aku skang ni kejap kejap tengok jam..kejap kejap tengok jam... Menu bukak poser hari ni pun lom ada lagi. Tak payah masak kot sebab lauk malam tadi ada lagi. Pastu ader aku belikan lauk pauk sket kat kantin tempat kerja aku ni. Cukuplaaa makan kami laki bini.. Tapi partner aku ni eksyen sket...

Sedap ke lauk kat kantin awak tu......

Ek eleh.. blom cuba blom tahu tau. Dah cuba kan hari hari mau.... saper susah?... aku gak kan yang putih mata nanti...

neng...oooooo neng....

Pastu kalo lalu kat BRKM (Bazar Ramadhan Kajang Mewah)...

Saya tengok Bazar Ramadhan pun rasa nak muntah...

Ekeleh pakcik ni...Agak agak la wey kalo nak eksen pun. Macam awak tu banyak masa sangat, hari hari sempat masak. Tapi kan aku bersyukur sesangat dapat partner yang eksen ni. Nak tak nak dia kena masak la kalo sumer lauk kat kedai tu tak kena ngan jiwa dia.. Aku no hal... bab potong bawang, cuci ayam, potong daging smallthe matter.

Ehhhh.... dah 5-suku... wahhhhhhhhh kejap lagi mau balik. Tapi korang yang kerja gomen mesti awal awal lagi dah balik. Kami yang kerja kilang slipar jepun ni terpaksala kerja ikut stail diorang.

Ok la... apapa hal aku nak try gugel rasepi jap. Mana tahu ada yang berkenan kat mata ker. Boleh gak la jadi menu untuk sahur nanti.

See uollss besok yer.

Diari 3 Ramadhan

Assalamualaikum...

Saya masih bergelandangan. Hari ni port tak berapa nak cun, tapi mentennnnnn dapat gak publish 1-2 entry kot. Hehehe.. Biasa aku merempat kat meja IT Officer.. Hari ni aku merempat kat Ofis QA. Korang percaya tak, 5 orang dari 6 staff QA kat sini tak datang hari ni. So apalagi...ambikla peluang yang terbuka luas ni.



Semalam "Ops No Bazaar Ramadhan" berjaya lagi. Lagipun semalam kan hujan yang maha lebatnya. Ajeed plak terkandas kat tengah jalan. Dah tak kuasa kot nak redah kot sebab hujan lebat giler. . Nak singgah bazaar pun buat apa. Nak makan kari air hujan? Oh noooo...baik aku masak sendiri. Cincai cincai pun puas hati den.



Macam yang dijangka gak la.. kami kelewatan mengambil anak kat taska. Sampai sana dah 6-35pm. Tak tahula dia caj lebih ke idak. Tengok la bulan depan macam mana. Kat taska ni sampai 6-30 jer...lebih dari 6-30 diaorang caj 5 henggit sorang. Berkira kan?

Semalam menu berbuka Sup Daging jer, sempat lagi dalam kebasahan Ajeed masuk dapur prepare apa yang patut. Semalam dia offer nak masak. Agaknya aku masak Sup Tulang tak berapa nak kickboxing. Takperla...aku lagi suka. Tugas aku kupas bawang , buat air and kontrol anak anak jer. Ops hampir telupa.... ada 1 lagi la menunya, hati lembu goreng berkicap... ehhhh satu lagi...ikan pekasam ikan lampam. Punyala masam giler pekasam dia. Taruk cuka aper?.. tak besh langsung.. Goreng sekor yang kecik utk berbuka semalam , repeat balik sahur pagi tadi pun tak habis habis lagi. Petang karang tong sampah la yang makan.

Malam tadi Hafiy tak ke mesjid semayang terawih. Tapi aku perasan jugak dia macam ader mengajak babah dia... tapi malam tadi kan hujan.. malas nak meleceh bawak budak ni. Sudahnya semayang insyak kat umah jerla. Yang kelakarnya masa habis fatihah tu dia cakap Aminnnn tu bukan main lagi kuatnya. Nak ambik feel semayang terawih malam semalam kot.

Itu jerla cerita kita malam tadi....cerita awok macam mane?

Wednesday, August 3, 2011

Akhirnya........

Assalamualaikum..

Hari ni rasa macam rajin sket nak hapdate blog. So apalah salahnya aku manfaat setiap saat masa yang ada ni untuk hapdate blog. Bila CPU aku dah ok gerenti tak dapat dah. Kalo ader pun hapdate secara part time jer. Kalo macam sekarang ni....port baikkkkkk punya.... hahaha..(gelak setan dulu sambil berkata)..

"kilang ni aku yang punya"....

Korang ingat tak citer aku pasal beli doyan tapi dapat stok yang boleh buat tempoyak. Nasib baik orang yg jual tu kira longgok. Kalo kira kilo mau aku serang dia secara berhemah....

pakcik jual tempoyak ke jual doyan...

Sopan kan?...Mau aku tak bengang... dalam 10 bijik 2 jer yang ok tau... 1 bijik isi putih, alahai 3 ulas jer pun isinya, dan yang satu bijik lagi isi kuning.. memang baka terbaik dari dusun la. 8 biji lagi baki yang tinggal tu memang stok buat tempoyak la. Separuh lagi aku buat kuah doyan cicah ngan roti. Sedap gak.



Korang perasan tu.. 1 ulas yang hujung tu jer buah yang OK, yang sedap mata memandang sket... yang lainnya hampes..

Sat tadi ader staff (co ya nun alif) dari kilang Shah Alam call aku.. biasala kami sembang sembang pasal isu-isu terkini, pasal raya, puasa, kuih raya sumer la..aku tanya dia..

kat sana dah ada org jual kuih raya ker?...
adaaaa... kuih baju katalog sumer ada.. sini jual apa pun laku..
oooooo... kalo saya jual tempoyak..u jadi dealer boleh tak?
bolehhh.. tempoyak ikan ker tempoyak udanggg....


SAH..... dia confius atau memang langsung tak tahu mana satu tempoyak, mana satu cencaluk..

tempoyak tu yang buat ngan durian la.. warna kuning..kuning tu..
oooooo yang itu... laku laku...
ok nanti i hantar sana...


Haha.. tak sia sia aku beli doyan longgok... ader chance dapat duit raya ni...
Tu belum yang mak aku supply lagi. Dia dah tanya sape nak beli tempoyak. Kalo ada dia nak hantar....finin..finin..camner cara aku nak buat marketing ni.

Nampak gaya sket lagi aku dapat tittle baru la..

cikanie ader?...
cikanie?..saper.. apa nama penuh dia..
alllaaaaa..cikanie yang jual tempoyak tu..
CIKANIE TEMPOYAK...


Nah... lempang sedassssssssssss nak?...

Diari 2 Ramadhan

Assalamualaikum..

Hari ni pun ngantuk jugak, nampak gaya kena ambik suppliment tambahan ni.
Semalam juadah untuk berbuka sumer beli kat kantin tempat kerja aku. Nasib baik keluar awal sket. Diorang sumer berebut rebut nak menapau. Ingat aku jer yang malas masak. Ok la sket beli kat sini kalo nak banding situasi kat bazar ramadhan, kenyang dengan cium bau ketiak orang jer. Punyala ramai orang. Tapi semalam aku mmenyinggah jugak kat BRKM (Bazar Ramadhan Kajang Mewah) sebab tekak aku ni macam terasa nak makan Roti John PakTam.

Siap jer beli aku terus cari Ajeed kat parking motor..
Sudahhhh...dia plak yang hilang.. Nak tak nak jalan kaki balik umah. Tapi aku masih sempat inform dia yang aku dah balik. Rupanya dia hilang sebab dia takut tulang lembu kat kedai Wak tu habis. Dari semalam dia nak makan sup tulang. So hari ni ingat nak buat la sket. Kan kempunan plak. Sekarang kalo nak masak pun takleh banyak banyak. 2 kali makan cukupla. Berbuka and Sahur. Kalo berlebih kan bersedara ngan setan plak.

Malam tadi adalah malam bersejarah dalam hidup aku sepanjang bergelar seorang ibu. Malam tadi Hafiy dah mula ke Masjid ikut pakngah dia semayang terawih. Tak sangka plak dia tersangat sangat la behave masa kat mesjid. Aku budget dia dah meraung nak balik. Rupanya tidak.. Sampai sudah dia ikut.. (ikut cara dia.. semayang pandang kiri kanan). Bermula ngan semayang Isyak pun kat sana.. complete 4 rakaat.. ikut imam. Bila dah masuk semayang terawih dia dah mula tak senang duduk. Tapi tak mengamuk.

Balik jer terawih aku cuba soal selidik dia

Hafiy semayang terawih kat masjid erk..
aa.aa... orang cakap..AMINNNNNNNN kuat kuat..


Pembelajaran pertama Hafiy semayang terawih kat mesjid orang cakap amin kuat kuat..

Bagusss.. bagus...
Besok nak pegi lagi tak..
Nak...


YA ALLAH ... KAU BENTUKKAN JIWA ANAKKU MENJADI SATU JIWA YANG TINGGI NILAI AKHLAKNYA..

AMIN....Sejuk perut ibu mengandungkan kau nak. Tapi budak ni bukan boleh dipaksa paksa pun, lagipun dia baru 3 thn 1/2. Tapi orang kata kalo nak melentur buluh biar dari rebungnya. Bila dah jadi buluh memang susah ya amatla.

Aku harap malam ni dia masih bersemangat nak pegi mesjid. Malam tadi pak ngah dia upah air oren sebotol. Malam ni siap la.. apa plak yang dia nak pau ni. HFC kot. hehe

Tuesday, August 2, 2011

Diari 1 Ramadhan

Assalamualaikum..

Ya Ampunnn...... Peningnya kepala aku..
Sahur tadi nyaris terbabas dalam semak. 5.25 baru tersedar. Tu pun nasib baik sedar. Alarm nya awal awal lagi aku dah set. Tapi bila masa berbunyi pun aku tak pasti. Nasib baik sempat lagi Ajeed makan. Nasi lebih semalam tak sempat nak panaskan. Bedal nasik sejuk jerla. Cuma udang masak lemak tu jerla aku panaskan. Kan pagi pagi buta tak tertelan plak diorang nak makan kalo lauk pun sejuk.

So kesimpulannya sahur tadi sumer repeat makan yang buka semalam. Kemain lagi plan nak goreng pekasam la... hampesss... Aku sempat potong bawang jer..

Tak payah nak goreng apa apa lagi la.. dah lewat ni makan apa yang ada..
okkk..ok...


Macam lipas kudung diorang makan. Suap telan suap telan. Nasib baik sempat buat milo panas. Adala jugak ABM (Alat bantu menelan). Kesian.. nasib tak tercekik. Bila diorang habis makan baru la aku terhegeh hegeh nak makan... Takperla dah masuk Imsak pun... Azan subuh pun aku boleh makan lagi hehe.. tu sebab aku tak kelam kelibut sangat.



Malam tadi sempat Adik aku pegi terawih... Siap terawih dalam kul 10 gitu..

ramai tak org semayang terawih malam ni..
hari ke-2 ni ramai lagi la...
Tapikan aku tgk muka ko pegi terrawih teringat aku satu kisah..
kisoh gapo?


Biasala zaman budak mentah berterwih kat kampung. Kemain lagi lawanya..sopann sejuk jer hati tengok dia turun dari rumah, bersongkok bagai... seluar kat dalam , pelikat kat luar.. Baik punya cover. Sudahnya bukan masjid yang dituju..

Port peberet 'Wakaf depan Klinik Desa'....

Punyala kental bersemangat waja mak aku ikut dia dari belakang. Yer la.. mau tak curiga kalo tiap tiap malam hilang. Tapi bila tanya ayah aku ader nampak tak kelibat dia kat mesjid takder plak. Mau tak syak orang tua tu. Yang aku kelakar dia siap tolak motor senyap senyap.. konon kalo naik motor dari umah mak aku perasan la.

Jauh giler tolak motor..dia tak sedar yang mak aku dah follow dia dari belakang. Sampai kat Port baru diaorang perasan.. terus lari menyorok dalam parit. Paling tak tahan siap selubung dengan kain pelikat lagi. Dengan harapan mak aku tak dapat bezakan mana satu dia mana satu tong sampah. Kan gelap.. mana nak cam.ader cahaya pun samar samar kalo nampak pun mata putih jer.

Bila dah kena sergah..apa lagi.. menggelupur..menggelabah biawak.. part ni aku tak tertahan ... nak terkencing tgk muka dia .. ibarat kalo toreh pun memang takder darah yang keluar.

Itulah.... nak kelentong orang tapi tak berapa nak bijak. Ader ker nak gi terwaih.. tapi awak ambik motor senyap senyap macam pencuri. 500 meter baru dengar enjin motor.

Tapi semalam bila aku citer balik peristiwa ni kat dia... tersengih macam kerang busuk.. Mesti dalam hati dia cakap..

Lahaii..bodohnya aku masa tu...

hehe...