Korang setuju tak dengan pendapat aku kalo aku kata..kita manusia ni semakin bertambah usia kita dalam bahasa kasarnya semakin kita tua, kita akan makin sensitip. Makin bertambah usia kita makin kita mudah terasa hati, Makin bertambah usia kita , makin kita nak jauhkan diri. Kita sebagai yang muda tak perlu nak berasa cuak.. sensitip tak bertempat bila berhadapan dengan situasi macam ni.
Setuju tak?…. (setuju la…sila angguk yer)
Eksceli ini kisah yang aku tulis adalah kisah sebenar yang berlaku antara Mak aku (Ma) and Nenek aku (Mok). Bukan untuk menjatuhkan maruah sesiapa sekadar untuk berkongsi cerita.
Pic yang terpaksa diulang tayang.. tiada PIC baru
Ekceli gini.. Nenek aku ni ada datang umah makcik aku.. dekat jer umah pun. Biasanya kalo dah lama kat sana Mak aku pi ambik dia tido umah aku plak. Tak pun ayah aku yang ambik. Yerla..gilir la kan. Nanti kalo dia tinggal 1 rumah jer.. boring la wey.. bosan… tambah orang lain sumer kuar berkerja tinggal lah dia soarang diri. Bahaya pun ader.
So lepas raya ni adik aku sorang tu kebetulan datang umah makcik aku tu.. Dah nenek aku ader situ..ajakla dia datang umah sekali… Puas di ajak tak nak datang….. Ntah apa puncanya… tanya tuan punya badan sendiri pun takkan nak jawab… Pastu takper la..dia taknak datang biar la kan…mungkin dia blom puas lagi tinggal kat situ.. Atau dia lebih selesa tinggal situ. Nak la tinggal lama sket.
Adik aku pun angkat la bontot..nak balik la kan… datang la makcik aku kat adik aku ni…
Mok tak nak pi sana sebab Mok nak marah kat Ma mu….
Nak marah sebab apa?
Sebab Ma mu tak masak nasik ker ayah mu masa puasa hari tu….
Wallahhhh weyyyyy… rupanya itulah puncanya…. Yang sebetulnya mak aku tak masak sebab ayah aku ni memang tak bukak puasa kat umah.. bila diorang tinggal berdua ayah aku ni suka bukak poser kat mesejid . Buka puasa kat sana ngan jemaah lain reramai best la….dari pada bukak poser berdua. Anak-anak pun takder.. 2 minggu nak raya hari tu adik aku ada balik. Barulah ayah aku tergerak hati nak bukak poser kat umah.
Nenek aku yang tak tahu ujung pangkal ni terus sentap tak nak datang umah. Ayah aku plak tak sempat plak nak pi sana umah makcik aku tu la… betulkan balik apa sebenarnya yang berlaku. Sooo itu jer sebabnya… nenek aku tu merajuk dengan anak sendiri. Itu sebab la aku cakap orang tua ni makin tua makin mudah kecik ati. Setiap satu perlakuan tu dia akan perati tau ..dari awal hingga akhir.
Gitulah jugak yang bakal terjadi kat kita… Akan jugak kita alami sendiri perkara remeh temeh macam ni. Baru kita tau kat mana kedudukan kita sekarang. Kehidupan kita ni kan ibarat roda…. Bila masa kita diatas…wwahhh…very the vangggaaa… bulih ko tongkat langit..tongkat la.. sampai ko mampu.. Tapi tunggulah bila masanya kau kan dibawah.. baru ko tahu..langit tu tinggi ker rendah. Dan masa tu baru ko nak menyesal kan… tapi dah takder guna lagi… sebabb sumer orang yang ko hina sumer orang yang ko tak nak campur yang kenkonon membuat penghinaan besar kat kluarga ko 10 tahun dulu dah takder kat dunia lagi.. ntah-ntah..dia sakit pun kau tak terjenguk… tau –tau dah meninggal. Apa ko boleh buat lagi..Mintak Ampun pun tak sempat.
Ingat lah … duit bukan segala-galanya. Dendam bukan cara penyudahnya.. Masa orang tua ader ni hargai mereka. Jangan abaikan perasaan mereka. Bila sudah berada dipuncak ko terlupa nak jenguk ke bumi plak….
Ehhh apasal dari cerita merajuk …trusssssss masuk citer dendam ni… Hanya kami.. kami..dan kami yang tau… Kamo.. kamo..dan kamo tak tahu.
Pstt : Kalo belom monopous dah sensitip tak kena tempat aper cerrrr…itu bukan sensitip..itu angin kus-kus.
No comments:
Post a Comment