Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)

Thursday, September 16, 2010

KONGSI CERITA

Kisah benar yang terjadi kat adik aku Si Ila...

Mungkin dia akan baca lepas ni kisah pasal dia ni. Aku harap dia tak marahla.. Sekadar untuk berkongsi cerita dan sedikit nasihat pada readers kat luar sana.

Kisah ni terjadi malam dia nak balik kampung. Pagi Khamis tu.. dalam kul 2 pagi. Masa ni dia baru jer tido-tido ayam. Yer la. ekcited terlebih nak balik kampung. Si suami plak kuar beli daging untuk maknya, mau di buat rendang pepagi besok.

Dah siap kumpulkan barang satu tempat terlelap la kejap si mangsa ni.. adik aku la ni. Dia ni memang pesen aku gak. Nak balik kampung kena kumpulkan 1 tempat barang-barang yang nak di masuk bonet. Takut terlupa ke aper ker... Ntah beberap saat ke minit yang terlelap.. tetiba ternampak kelibat orang tengah lari laju.. macam terkejut...ikut pintu depan. Adik aku punya semangat nak kejar orang tu.. sampai ke simpang jalan depan rumah dikejarnya. Yang buat semangat dia nak kejar tu sebab penyamun tu sempat ambik rantai emas- yang mak aku kasik plak tu, pastu gelang ader 1 diambilnya... cincin ... Itu sebab dia macam ralat sangat kalo biar pencuri tu lepas gitu saja.

Dalam satu kilometer dia kejar pencuri tu..punya la semangat nak ambik balik rantai yang mak aku kasi tu. Huisss..ralat-ralat kalo tak dapat balik. Nasib dia memang baik.. memang dia tak dapat nak kejar pencuri tu. Tapi pencuri tu yang ter Eksiden.... bila eksiden ramai la org pakat kerumunnya... termasukla adik ipar dia. Memang sah la pencurik tu sempat ambik 2-3 jenis barang... dekat 10 kali Si Ila ni soal adik iparnya.. nak pastikan barang tu betul ader kat tangan pencurik malang tadi

Ko nampak tak barang akak...
Ada kak.. rantai kat tangan dia..
Rantai camner...
Yang macam S... tebal jugak....



Ermmm sahla..benda tu hak milik dia. Rantai ni la yang menjadi tanda kami 3 beradik.Sama jer 3-3..rege pun sama, saiz pun sama.... Punyala adil mak aku..nampak sanagt anaknya kuat menjeles.

Sekarang barang tu kat tangan ketua kampung. Hari ni baru dia balik sini.. Maybe terus pi umah tuk ketua..untuk mengesah kan barang tu memang milik dia... Ermm...kesian pencuri tu kan.. tak dapat dia nak raya sakan.

Memang benda macam ni boleh jadi kat saper-saper sajer. Sebab malang tu kat tak berbau. Kalo ader bau wangi..sur awal-awal lagi orang dah standby.. So kita ni jangan terlalu lalai. Jangan bukak walaupun seinci ruang untuk Si penjenayah. Diorang ni memang tunggu peluang. Dapat yang baikkkk punya..trus jalan la projek depa.

Aku ader terdengar nasihat dari pakar analisa Jenayah tu alaa..Kamal Afendi tu.. katanya jenayah ni hanya akan berlaku bila ader mangsa, peluang dan penjenayah. Sooo untuk mengagalkan rancangan jenayah yang terancang ni 1 jer..jangan bagi peluang untuk diorang buat jenayah. Sentiasa peka dengan persekitaran kita.
Bila dah takder peluang..diorang pun takleh buat kerja jenayah ni..Tiada 1 maka pincanglah jenayah itu.

Pesanan Khidmat Masyarakat ni di taja oleh Acik Anie . Sama-sama kita membenteras jenayah untuk keharmonian kejiranan kita bersama.

Sekian Terima Kasih.

Camner puting Hadif boleh ada dalam poket baju aku ni... aduiiiiii....


No comments: