Lately ni aku baru terperasan kenapa setiap kali balik sana Hafiy mesti kena demam secara mengejut. Mungkin berlaku secara kebetulan ataupun memang ader ‘Pengacau” kat sana. Ini kali ke-4 Hafiy demam sebab balik sana. Aku harap benda ni jadi sebab kebetulan jer la. Takder kaitan dengan misteri nusantara ataupun perkara mistik lain.
Malam Sabtu lepas kena lagi… sebelum tu elok jer main kejar-kejar ngan sepupu dia. Dalam pukul 8..Ya Allah panas giler badan dia…. Nasib baikla aku gatal tangan nak bawak ubat. Kalau tak jenuh la cari klinik 24jam kat area Klang ni.. 2-3 jam lepas paksa telan ubat demam nya kebah sket. Alhamdulillah…(Bolehla aku tido lena malam ni)..hanya berkata dalam hati jer la… . yerla...saper boleh lena tido kalo anak demam..ibu tiri jer akan ader perasaan macam tu......Tu pun tak sumer ibu tiri macam tu. Ada ibu tiri yang sungguh mulia hati budinya.
Tetapi…….. dalam kul 2 dia merengek balik….aku jamah badan dia… panas datang lagi la……kejut En Suami. Mana boleh korbankan masa tido sengsorang… berat sama dipikul… Yer tak para ibu. Aku suh dia masukkan ubat vontot..sebab aku tak biasa guna ubat ni..tak tahu camner nak sumbat dalam vontot. Dia dengan konfident jer bukak..
"Dahh takleh pakai la ubat ni…macam cair/ dah tak elok jer.."
Takpela..bagi jerla ubat air. Satu hazab lagi bila pepagi buta paksa Hafiy telan ubat.. Biasa kat umah elok jer.. perangai ngada-ngada datangla bila depan atuk nenek dia. Dah lepas makan ubat ingat dia sambung tido balik..rupanya tidak..siap bangun borak-borak ngan kitorang. Elok plak..banyak cakap plak tu.
Hafiy :..Buu..kuttttttt…
Hafiy : Ermmmm….
Aku : Takut apa?…
Hafiy : TuuuuAku : Hantu?
Hafiy : Ermm..(Tangannya tunjuk arah dinding)
Terdiam terussss….Serammm kejap…..tapi bulu roma tak berapa nak meremang
Macam mana hantu tu buat Hafiy?
Hafiy jegilkan mata dia…mulutnya disengetkan..Sooo aku membuat kesimpulan dalam hati nama hantu yang kacau Hafiy tu ialah Hantu Mulut Herot….
Babah : Takper Hafiy tembak hantu tu…nanti dia mati
Hafiy : Pooo..Poooo…Pooooo (ini adalah bunyi tembakan Hafiy. Sila jangan keliru ok)Babah : Ok dah mati…..
Begitulah kisahnya… dekat berjam jugakla duk melayan karenah Hafiy yang takut kat hantu sampai sempat ibunya capai enset..ambik gambar bagai ni. Tambah mencabar bila adiknya jugak bangun nak join tembak hantu sekali… sudahhhhhh….dua-dua dah bangun….. gerenti susah nak tido balik ni……Akhirnya pujuk punya pujuk..dodoi punya dodoi..lagu merdu..lagu merapu.....selawat… tepuk-tepuk……....sejam kemudian barulah diorang sambung tido balik..alhamdulillah..lega aciikk. Tidooooooo….. Pukul 5.10 terkejut balik..rupanya sampai time sahur. Aku tak sedar bila masa mak aku bangun prepare untuk sahur. Punyala ngantuk….
Dan pagi ni baru ku tahu..rupa bentuk fizikal ubat bontot tu memang macamtu…kita perlu bukak sket jer..pastu tonyoh jer dalam vontot pelan-pelan. Nanti secara otomatik vontot tu tarik ubat. Membazir jer 3 bijik malam tu…bijak sungguh laki acik anie ni…habis semua stok emergency dikerjakan.
No comments:
Post a Comment