Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)

Tuesday, September 28, 2010

KISAH KAMI DENGAN JIRAN

Ekceli ini cerita sudah lama berlalu. Kisah ni berlaku masa kami mula-mula pindah kat umah sekarang 2 bulan yang lepas. Nak kata basi takderla..sebab lami tak pernah cerita pasal kisah ni kat orang lain walaupun kat adik bradik kami sendiri.

Dula kala umah yang kami sewa sekarang ni rumah budak-budak bujang. Well biasala kan budak bujang ni kalo menyewa..pempaham sendiri la. Aspek kebersihan ntah jatuh tangga yang ke berapa ratus. Soo dari sini senanglah jiran lain mengambil kesempatan kat orang macam ni. Aku bukan sengaja mengadakan cerita tau pasal diorang yang kaki pengotor ni.. ader bukti jelas yang terlekat pada dinding pintu dapur

SILA BUANG PUNTUNG ROKOK KEDALAM TONG SAMPAH.
SAMPAI BILA KAMI NAK JADI HAMBA KAMU.


Hahhh .. gitulah bunyinya lebih kurang.. yang pasti perkataan hamba tu ader tau. Dah jelas kan diorang ni suka buang puntung rokok tu merata… dalam rumah tau.. bukan luar rumah. Bayangkan kalo luar umah. Bukan setakat puntung rokok.. lebih dari tu aku rasa… Apa yang aku tahu..dapur n ruang tamu tu hanya tempat diorang simpan motosikal. Punyala takut motor kena curi. Sampai ke dapur simpan motor.

Ok la..berbalik citer kami dengan jiran tadi. Satu yang kami nampak bila mula-mula pindah situ ialah..depan umah kami ini tempat kumpul sampah sarap. Semua jenis sampah. Sampah basah..kering..pejal..solid sumer ada. Biasala..sebagai orang baru kat situ.. senyap jer la.. sambil senyap tu ader gak perati saper yang buang.. siap nyorok balik tirai lagi. Nak tengok saper yang buang.. hahha.. aku yang jadi tukang skodeng. Rupanya bukan satakat jiran sebelah.. jiran sebelah lagi satu pun tumpang skaki buang situ.. adoillllll. Pikir punya pikir..punya pikir. Hidung dah makin sesak..dengan bau-bauan harum sampah ni..siap anjing datang korek lagi..parah ni......camner nak settle masalah ni. Orang kata ibarat tarik rambut dalam tepung la. Rambut jangan putus, tepung jangan berselerak. Yer la.. adat berjiran..kena saling hormat menghormati.. tegur menegur… sapa menyapa..nak-nak kita sebagai orang baru kat situ.. kan kalo tersound nampak sangat kekurangan ajar Tapi dalam bab ni aku rasa nak tegur kesalahan yang diorang buat tu adalah sau langkah yang tidak tepat..

Pikir punya pikir…..

Toiiiiiii……………. Datang ader dari En Suami….

Apa yang kami buat lepas tu………….

1) Tanam bunga kat depan tu (tempat diorang buang sampah)
2) Letak batu bata susun kasi cantik sampai dia segan nak buang sampah
3) Sapu bersih-bersih sampai licin…setiap pagi
4) Letak tong sampah…….

Sila jawab salah satu yang paling tepat… saper betul memang terror la…………………..

No comments: