Nak bangun pagi tadi Ya Ampun..... malasssnya. Takder mood la... walhal hari ni jumaat.
Semalam tak sabar nak dengar citer Hadif kat taska. Nasib baik dia ok kat sana. Takder nak nangis-nangis. Hafiy pun ok.. punya sayang adik dia sampai satu minit pun dia tak nak tinggalkan adik dia. Sebenarnya dia tu sayang + eksen. Ye la.. aku ada adik..ko takder adikk. Sampai kan sapa yang nak datang dekat pun tak boleh..trus terangkat tangan dia..bagi warning jangan dekat. Cuma 1 jer komen pengasuh tu semalam.. kalo dia nak susu..nangis trus sampai sedu sedan.. biasa la tu..kat umah pun kenkadang gitu jugak.
Pagi ni dalam keter terkejut lagi bila geng DJ² tu citer pasal kematian Din Beramboi... tak sangka.. ajalnya datang mengejut gitu. Umur pun baru 43.. Lagi aku fobia bila sebut pasal denggi. Sejak akhir² ni kematian datang mengejut jer.. Tapi yang kali ni aku memang betul-betul rasa kehilangan. kalo sebelum ni pagi² mood lom datang..tapi bila dengar suaranya kat ERA terus ceria......hari ni takder lagi la lawak selamba. Suram kejap radio ERA pagi ni.
Si Ajeed citer Din ni mmg betul kepala gila². Dulu masa dia blajar kat LKW.. dia ambik Art.. kalu dia tak dapat buat assigment jer... air watercolor yang dah dibancuh tu dia minum jer..selamba gitu jer..Rakan baik dia Pak Nil mesti terasa kehilangan kan.. dah biasa satu konti ngan dia tetiba ganti org lain mesti terasa sgt pemergiannya. Apapun dia dah dijemputNya.. besok lusa giliran siapa kita pun tak tahu.Sedekahkan Al-Fatihah utk arwah.. moga ditempatkan bersama para anbiyak. Amin...
No comments:
Post a Comment