Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Monday, February 28, 2011

Macam Macam Ada..

Sila jangan terkejut tengok gambar di bawah. Ini adalah kejadian benar yang berlaku setiap kali balik kampung. Nak nak 3-4 bulan ko tak balik. Sekali balik…nahhh ..penuh satu bonet. Sket lagi aku nak suggest kat Ajeed suh dia ambik Nissan C20, senang nak isi barang. Serba serbi ader.. anak pisang, tempoyak , kelapa, keropok, sos cili, …… nasib baik tak disuruh bawak pokok getah jer.. Kalo umah aku jenis yang ader laman.. mau rasanya mak aku paksa suh bawak anak getah.. balik la tanam getah..getahkan mahal sekarang…dah agak agak malas nakgi kerja ..pi laman toreh getah…. Amacammmm….ader branssss.



Kali ni biasa lagi.. Cuba ko tengok time musim doyan. Pendek kata sumer benda bau doyan..sampai spender kat dalam beg pun terlekat bau perpium doyan. Tuan yang bernyawa ni takyah la citer…1 badan bau doyan.. Nak muntah sumer isi dalam perut tunggu 6 jam sampai Kajang. Tapi nak buat camner..Hati orang tua mesti nak kena jaga beb. Tapi dalam nak kena jaga hati orang tua..muncung memang panjang sedepa la. Kena paksa bawak. Bila sampai Kajang lain plak citer.. lahap tahan gaban. Makan doyan licin sampai ke bijik. Hampess.


Korang ingat tak pasal aku dipaksa jual tempoyak. Nasib baik ader orang nak. Nak balik hari tu yang tukang beli tu siap kirim lagi botol…. Masyukkkkk…untung gak jual tempoyak kat KL ni erk. Kalo kat kampung dah sah sah tak laku. Sampai masam rebam naik kulat pun lom tentu habis. Tapi sebab doyan kat sana takder rege….setakat 50sen sekilo..bau kopek jer doyan tu buat tempoyak….lagi banyak untuk dari jual bijik ni.



Korang bayangkan…dengan bonet penuh.. jem lagi…. Naik plak bukit 7..merayap cam siput sedut….sampai separuh bukit temperature dah naik line merah. Nasib baik takder aper aper.. elok jer turn bukit….jarum tu jatuh balik macam biasa.

Sekarang ni pun aku dah pikir..musim doyan nanti.. berapa tan la plak yang aku kena bawak datang sini….Takperla.. sekala stahun rela dalam membebel jer la….
Psttt: Ader saper yang mood tgh swingggg.... layan lawak pecah perut ni.

No comments: