Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)

Monday, September 20, 2010

RAYA KE-4

Masih lagi di Klang dan masih dalam mood raya lagi sebab ipar duai sumer masih blom balik lagi tapi raya yang penuh dengan kenangan. Kenangan sebab Hadif jatuh wolker.



Biasala ramai-ramai..masing-masing penuh aktiviti. Akhirnya anak sendiri yang jadi mangsa. Sepatutnya dalam ramai-ramai macam ni aku sendiri yang sepatutnya lebih ALERT. Aku tak boleh nak salahkan sesiapa walaupun pada masa tu bukan dalam perhatian/ jagaan aku. Tak boleh nak serahkan tanggungjawab kat orang lain. Takperla benda dah terjadi … next time aku akan lebih beringat…1st priority adalah anak aku.


Hasilnya… kecederaan pada gigi.. senget sebelah dahhhh…. Satu terkeluar sket…satu lagi terkedalam sket. Giginya baru jer nak tumbuh..tapi dah tersembam ke lantai. Panik gak bila banyak darah dah keluar. Menangis dalam hati. Walaupun kemalangan kecik aku cukup takut masa tu..sampai tak terkata..terketaar-ketar. Kering rasa darah kat muka jap. Aku tak dapat nak bayang kalau aku dalam situasi yang lebih teruk.. Cuba korang bayangkan….huisss tk sanggupp.. nauzubillah


Tapi syukurla.. lepas kena tu mau gak dia menyusu.. makan pun nak.. means sakit dia dah ilang la kot. Lepas tu lena dia tido… aku risau 1 jer kot demam… aduiyaiiii


Malam tu kami sumer bersiap-siap mau ke umah abang En Suami yang no4 a.k.a Pak Teh. Rumahnya idakla jauh sangat..Shah Alam Seksyen 7 tu jer jer….Hidangan petang tu satey pelbagai jenisss… alhamdulillah kenyang. Tak dapat nak snap sana sini.. malu kat umah orang….. hehe..

No comments: