Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Monday, September 6, 2010

PLAN SEMALAM MENJADI, TAPI....

Saper yang baca entry aku semalam tahu lah apa plannya.

Banyak betul kisah yang terjadi dalam masa 2 hari ni. Jumaat lepas umah kawan aku kat Selayang terbakar..Pasal ni aku citer tengahari sket…..

Ekceli hari ni mood down sangat… ntah… kata-kata sesorang tadi macam terkesan sangat kat dalam hati.. terus tangkap pegi otak.. rasa macam mau migrain terus. Walopun mood aku down, tapi aku tetap nak jugak menulis pasal citer semalam.

Ermm tak tau nak mula dari mana. Otak pun dah jem.. pikir barang lom pack lagi. Banyaknya baju nak bawak balik. Lupa nak bagi tau.. adik aku yang kat Serawak sampai 4.30.. SO petang nanti aku kena pick up dia kat LCCT. Mesej dia tadi katanya dah naik bas ni.. Terkejut aku… Flight kul 2-30..kul 8 dah naik bas…. Jauh siottt tempat dia blajar ngan airport erkkk…mencabar betul hidup kat sana.

Ok la…. Semalam duk mencece kat blog pasal berbuka kat luar. Yer la.. nak rasa berbuka kat luar la plak..dah jemu makan kat umah. Memang asalnya kita plan nak makan steambot kat Red Wok. Tapi hampes… bila En Suami call nak book sumer sudah direserved.. bila masa diorang booking erkk.. Takkan seminggu sebelum tu. Ramai betul orang yang malas masak erk?..hehe

Pastu apa lagi.. merayau la pusing seksyen 7 & 8..intai mana tempat yang takder orang. Nak booking kat Oisis, tak terangkat plak. Mungkin penuh jugak kot.

“ Tu laa…. Saper suh buat kerja last minute”

Pusing punya pusing jumpalah Hailam Kopitiam ni…. Ermmm macam takder orang.. okla kat sini.. tak dapat makan steambot pun takperla..janji boleh berbuka. So kitorang nekad makan sini jer la.



Sungguh kelam kibut. Diorang macam tak cukup kakitangan. 10 minit berlalu baru dapat makan. Tapi nasib baik diorang masih baik hati bekalkan 2 bijik kurma sorang.. So berbuka lah dengan kurma dulu… Air pun sampai lewat gak. Salah kitorang gak kan…tak book awal-awal.


So untuk food reviewnya… biasa-biasa jer… Sumernya Hailam.. special kat situ Hailam jer la. Aku order Nasi goreng hailam jer…Hubby plak nasik putih ayam hailam. Dia punya menu aku tak snap…. Tak sempat nak snap.. dah ilang separuh nasik dia. Air plak Ice Lemon Tea… biasa jer.. lemon macam kurang jer..


Kebetulan kitorang ambik sit depan kitchen.. macam-macam gelagat boleh tengok. Yer la.. orang rammai..so bz la sket.. macam kelam kibut sket diorang.. macam nak bergaduh buat kerja.


Untuk Hafiy order fun fries sama itu hot dog saja. Masin ya amat kentang dia.. tumpah lori garam ker dik... tapi Hafiy makan selamba badak jer...hantu masin betulll...habis satu pinggan... risau aku...


Sooo..dalam kul 8 baru kitorang gerak balik umah. Kenyang sangat-sangat..kurma dia besar sgt..hehe..nasinya tak habis pun aku makan. Lepas ni kalo nak makan luar kena plan awal-awal lagi.. tak boleh main terjah jer.. Hasilnya macam ni la.. nak makan steambot tapi alih-alih makan nasik goreng jer….

Psst: Hari ni balik awal sket kot.. nak ambik adik aku kat LCCT… kalo sempat nyinggah kat Nilai jap…

No comments: