Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Friday, September 3, 2010

KAD RAYA PERTAMA

Setelah alam remaja aku tinggalkan inilah kad raya pertama yang aku terima sejak beberapa tahun lalu. Paling last terima masa muda belia dulu. Sekarang bila dah masuk alam kedewasaan… Ishhh macam tak sesuai berkad-kad raya ni.


Baru sekarang aku pikir… mungkin kerja posmen dah semakin ringan sekarang bila tiba musim raya. Yerla..sumer kad raya terima secara elektronik… secara SMS…email…MMS…. Apapun cara dia datang..maksudnya sama.. Mohon untuk diampun segala dosa lahir batin.. mengikat tali silaturrahim sesama kita..dan sebagai tanda ingatan walaupun di mana kita berada.. Mungkin faktor lain seperti malas ni gi Pejabat Pos, kena beli stamp lagi.. tu sebab amalan menghantar kad raya secara manual ini dilupakan.

Kad raya ni datang dari seorang kawan yang jauh dari Temerloh. Ingat dia kat aku… rajin plak dia beli stem then pegi peti post semata mata nak melahirkan ucapan maaf kat aku..walau dari kejauhan. Aku pun sama gak.. Pada dia yang mungkin baca entry ni aku harap dia sentiasa bahagia dengan anak-anaknya. Sabar dengan ketentuan dari Allah… Mungkin hari ni dia di bawah.. besok lusa harap ada sedikit ruang yang Allah bukakan khas untuk dia. Segala yang berlaku ini adalah sumer dari gerak Allah Taala.

Itu sajalah untu dibebelkan petang ni. Kepala macam ting tong la sket.. tadi tido jap masa rehat. Fikiran plak duk mlayang sampai kampung dah. Baju sumer boleh start pack dah besok. Akumalas nak kelam kabut. Tu sebab kena prepare awal-awal. Takut ader yang tertinggal. Macam kisah 2 tahun lepas. Punya la excited beli baju raya.. Alih-alih sampai higway PLUS boleh lupa baju raya lupa ambik.. Aper barang raya tanpa baju raya… hehe… kalah budak-budak..

No comments: