Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Thursday, September 2, 2010

BUDAK INI BAKAL KENA TINGGAL


Budak ini semakin manja. Makin lama makin suka menangis. Sampai aku nak masak pun kena dukung.

1 lagi pantang dengar bunyi Blender sket…. Mesti meraung macam nampak hantu. Memang dia jenis yang tak kuat semangat.

Tapi bila citer kat mak aku lain plak jadinya

Mak : Ko hantar la Hadif balik sini..aku pulih semangat dia balik..
Aku : Takot Ajeed yang tak bagi….saya tak kisah…
Mak : Allaaa..ko pujuk la.. nanti dah elok dia.. gemuk sket aku hantar la…


Kiranya mak aku nak buat transformasi la kat Hadif… Raya haji ni baru ambik balik. Patut tak aku lepaskan Hadif atau aku biar jer dia kat sini tanpa buat apa-apa. Sebab mak aku cakap Hadif ni tulang dia lembut sket… nak berdiri sket pun terketar-ketar. Mungkin kat kampung nanti dia urut ke apa ker..tak tahu la…

Satu lagi orang tua-tua cakap ..budak ni kalo suka gengam tangan, budak ni berpenyakit… itu buat aku risau sangat-sangat ni. Mak aku pun cakap gitu. Hadif memang suka gengam tangan. Pernah gak urut-urut tangan dia.. Meraung-raung bila kena urut. Aku pun tak nak fikir panjang-panjang la. Harap takder benda-benda yang tak diingini berlaku kat Hadif. Mintak dengan Tuhan biar dijauhkan segala penyakit.

Aku pun dalam proses memujuk Ajeed ni. Ikut hati aku memang tak nak lepaskan dia.. rindu wooo .. 2 bulan tu. Aku pernah rasa masa tinggalkan Hafiy dulu. Setiap hari kena call kampung semata-semata nak dengar suara dia. Dah dengar suara kejap jadilah..wolopun nak tak nak jer dia cakap ngan kita.

Aku pun tak tahu lagi ni macam mana. Tengokla…

3 comments:

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

ermm..if sy..tak kot ..sbb sy tak sanggup nak berpisah ngan anak..

kat tempat acik anie tu takde ke org2 yg pandai urut n baca2?

nalhuda said...

kalo aku kan, laki aku mati idup blk pun tak akan kasi tinggal kat kg. dia akan usaha cari perubatan kat KL ni...dia kata apa2 jadi semua depan mata kita. kita yg kawal, kita jaga...dulu mak aku minta nak jaga que masa kecik....dia mati2 tak beri...buat yg terbaik utk hadif. moga hadif sihat selalu.

aCik Anie said...

rose- kalo ikut hati taknak...

t- ajeed pun tak nak..tapi kalo dipujuk ikut jer.. utk kebaikan dia gak