Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)

Tuesday, August 23, 2016

Resepi : Solok Lada

Assalamualaikum..

Di sebab kan aku penggemar tegar solok lada makanya aku rasa memang patut pun aku upkan resepi ni dalam blog. Bukan apa, senang la aku nak refer balik. Mana tau kan sampai seru rajin nak makan nasik kerabu "bersolok".

Ekceli sebelum ni aku tak pernah buat, tapi aku pernah tgk la mak aku buat. Alahai bukan susah nau pun, janji ada lada hijau, ikan kelapa.. kiranya main punya bahan yang tu.

Minggu lepas berkumpul ramai ramai rumah ada aku. Kebetulan mak aku plak bawak lada tu dari Kelantan. Apa lag.buat jer la. Satu yang korang perlu tahu..kalu nak real punya solok lada jangan sesuka hati nak buat dengan cili hijau yang jual kat sini tu. Mesti kena ada lada besar Kelantan punya..warna dia hijau muda. Kalo versi sini hijau tua kan?

Antara bahan bahan untuk buat solok lada:

  • Lada 20 biji. Lada ni dibelah perut dan keluarkan biji dia. Cara belah macam ko lukis no 7
  • Ikan selayang dalam 5-6 ekor atau org sini panggil ikan sardin. Bukan sardin dalam tin tu.
  • Kelapa parut dalam 1/2biji. Pastikan yang muda sket.Kalo org cakap Nyo Kulit Hidup..Hijau la kulit dia. Parut yang putih jer.Jangan bagi kena tempurung dia
  • Telor sebiji cukupla.Fungsi telor tu untuk bagi dia melekat bila dah sumbat dalam lada tadi. Ada jugak versi yang tak isi. Prefer isi la..takut lerai kelapa tadi masa masak nanti
  • Bawang merah (7biji) Bawang putih (1biji),Halia 1/2 inci)
  • Santan dalam setengah cawan. Santak biasa. Tak pekat dan tak cair
  • Garam dan gula .Solok ni lebih kepada manis sket. Agak agak jer la.Jangan jadi lada sira plak. Manis sangat tu.

Dah ada semua bahan tadi..

  • Tumbuk bawang merah, putih, halia,
  • Tumbuk Ikan..buang tulang terlebih dahulu.
  • tumbuk kelapa tadi.

Satukan semuanya, masuk garam,gula
pastu sumbat la..sumbat biar buncit sket..jangan sket sangat. tak puas makan plak.
Dah settled aktiviti sumbat menyumbat,masukkan solok tadi ke dalam periuk, susu kasi cantik sket. Kalo boleh lapik la dgn apa apa.. biji cili tadi ker, kalo ada pucuk kacang pun ok. Susun cantik dalam periuk. Pastu susun la lada tadi. Masuk santan tadi. Masak atas api dalam 20min. Atau sampai gelegak.

SIAP..

Wassalam

Love
Cikanie

Monday, August 22, 2016

Tekak Sakit

Assalamualaikum..

Nasib baik hari ni ada customer audit..gigih jugak datang kerja hari ni. Penangan buah durian. Bangun tido pagi tadi hilang suara. Asal serak serak jer..hari ni lansung hilang.Huwaaaa..Takleh cakap langsung, suara tak keluar, pakai bahasa isyarat je ni :)

Ekceli Sabtu lepas mak datang sini. Tengok mertua (lelaki) masuk spital. Dah alang alang datang tu bawak la durian sekali. So sabtu pagi siap plan baik punya . Suruh En Suami hantar aku rumah adik. Kemain seronok anak anak dengar plan baik kitorang... Lagi seronok akula.. Apa lagi..Kendurian la. Sampai hilang suara balun durian.Rasakan...hahahaha.


Kebetulan plak sepupu kitorang datang.. masak pulut ..kopek duyan.perah santan..siap...makan ramai ramai. Time kumpul ramai ramai memang seronak. Kuar la resepi macam macam.Kebetulan mak lada hijau (solok) tu. Apalagi..kenduri solok lada plak. Nanti nak up resepi Solok Lada kat blog ni. Siapa nak resepi boley tgk sini.

Anak anak la yang seronok. Jupa geng diorang. Main..main..main..dan main...Tu jer la kerja diorang.Lepas penat main gaduh..lepas gaduh ok balik.. pastu gaduh balik..ah lantak la korang nak buat apa. Janji jangan buat kerja bahaya. Semalam kemain seronok diorang sebab boleh rasmi kolam baru Aisyah. Aisyah ni sepupu diorang. Baru 9 bulan. Camner nak menang.. sudahnya Aisyah tengok jerla diorang main kolam.

Naper plak kepala ni pening..aduiii..banyak fikirla lately ni...serabut kepala otak
Kena stop dulu ni. Nak muntah pun ada ni. Apahal erk.. Takkan ngandung lagi..

Wassalam

Love
cikanie


Wednesday, August 17, 2016

Kutu Noxxa..Jom main

Assalamualaikum..
Dah habis sebungkus nasi dagang..kenyang ya allah.. Jangan tido sudah..hihi
Semalam sibuk duk mengumpul ahli main kutuk periuk Noxxa..Sampai tak terjenguk blog kesayangan ai. Punya la nak bayar murah every month gigih cari 10 orang ,makanya bulan bulan hanya RM68 sajo. Tak sabar nak masak macam macam.

Ekceli dah lama member ajak main kutu. Masa tu mula mula timbul periuk Noxxa ni. Tapi aku taknak..biasala belum panas lagi..warmup dah berzaman dah ni. Semalam panas balik..
Terus cari member nak join kutu ni. Nak beli cash macam rugi jer..hehe..RM680 banyak tu.
Kan senang bayar bulan bulan RM68 jer pun untuk 10 bulan. Tapi sapa yang dapat last tu nasib la..hehe..May 2017 tu.


Semalam dulu member aku ada post pasal dia buat nasi arab pakai periuk ni. Lagi la tak menahan nakkan si Noxxa ni. Kalu uolss tengok pic kat atas ni pun gerenti terliur kan. Dahlah semudah ABC katanya nak buat tu..

Stir fry, tumis bawe kakah kasar, masuk awah dia bahe2, masuk beras, air, garam, pah tekan HP 6 minit

Kakah kasar tu means kayu manis,,buah pelaga..bunga cengkih la..hihi..Awah is rempah.. behe behe itu bahan bahan.. Gini la gayanya bila kitorang nyembang. 6 min jer uolss.Sape taknak. Kalo nak masak pakai rice coocker biasa pun boleh tapi kena tunggu lama la. Biasa aku buat ayam tu masuk oven dulu. Lama plak tu and then baru masuk dalam periuk,masak sekali ngan nasi. Tapi kalo guna Noxxa ni.. masak ayam tu tu dulu..tekan butang stir fry..pastu baru masak pakai HP selama 20 min. Siap tu angkat then tambah minyak sket tumis kan bahan untuk nasik plakla...masuk beras tekan la 6 min. Beres

Senang sangat kan. Pastu nak buat kek pun boleh. Pakai resepi kat bawah ni

1cwn minyak, 11/2 can gandum, 3tlo, 8-9bj pisang kecik, 1/2st soda dan serbuk penaik. Blend semo..br buh gandum godek2😘😘😘sapo nok buat tu

Hasilnya......... Gerenti,mesti puas hati


Amacam?...tergoda tak korang tengok kek pisang yang kaya dengan pisang atas bawah ni..
sedapkan kan nampak.. hehe...ok la..dah nak rehat la.. ngantuk pun ya ni.

Wassalam

Love..
Cikanie

Monday, August 15, 2016

Nasib Baikla

Assalamualaikum...
Kan dah kata..gila dah datang..asyik godek blog je la pasni..kan?

Takder apa nak citerpun...hehe saja nak nyembang sambil sambil minum nescefe petang petang ni.
Saper kat sini penggemar tupperware?... Kebanyakkan...almost ok..almost yang aku kenal mesti gila tupperware. Tapi nasib baik aku tak terjebak sekali gila beli tupperware.

Zuhur tadi masuk surau ..nahhhh..terkejut tgk..



Katanya depa main kutu. Yang best main kutu ni..korang dapat sekali harung.. best kan..takyah tunggu turn...Kadang tu aku terpikir jugak la...normal ke aku ni..naper aku takder feel tengok orang beli tuppuware. Kenapa aku takder rasa obses sangat nak beli tupperware ni. Nak kata tak pernah beli tu tipu la.. Pernah la sekali dua beli.. Beli botol air untuk hafiy dan hadif..1 untuk aku.. 3 pcs la. Pastu takder la..tu jer.

Bertambah heran aku bila setiap bulan diorang akan beli..nak buat koleksi katanya.. rugi ni kalo ko tak beli.murah la ni.katanya..hehe..memang obses kan..Pada aku la..brand tupperware ni mahal..mungkin salah satu sebab benda ni dah ada brand..makanya nilai tu bukan persoalan dia.. berapa RM reganya bukan masalah besar la kot, yang penting kuantiti dalam stor diorang..mungkin kan..:) Mungkin diorang minat sangat kot sampai rasa rugi kalo tak beli. Eh..banyak plak mungkinnya.. dah start meraban dah ni.

Aku tulis entry ni bukan nak condemn mana mana pihak. Saja nak citer citer kosong jer. Tak boleh nak kata diorang gila beli tupperware la sebab aku sendiri pun ada gilernya jugak.. Gila apa tau.. gila kumpul Queen Anne.


Paling gila bila ko dah ada benda tu tapi ko sayang nak guna. Ko sanggup simpan dalam lemari sampai nak muntah bau taik lipas penuh satu kotak..Gila kan?



Ekceli aku malas nak guna sebab takut karat..hehe..
Eh..nakgi surau la kejap.. kita bebel bebel lagi besok yer..
Muahcikeddd..

Wassalam..

Love
Cikanie

Assalamualaikum... Macam tak caya jer :)

Assalamualaikum..
Ya Allah.. tak sangka ada peluang balik update citer kat sini. Last update pasal shawl awning tu.Ntah bila tahun entry tu tak ingat dah..lamaaaaaa tinggal..tak sangka berjodoh lagi dengan blog kesayangan ni.

Ekceli sepanjang menyepi takder apa yang berubah sangat pun.. ermmmmm..cuma bertambah sorang lagi laksamana... Harraz
Nama penuh : Muhammad Aisy Harraz..Inilah dia laksamana no3 saya..hehe
Alhamdullillah..ingat dua orang jer, tak sangka selepas 7 thn dapat sorang lagi. Ingat gegel...kluarnya boboyboy jugak... tapi takpe...alhaamdulillah..rezeki Allah bagi.. syukur ya amat dah tu...tak dapat gegel pun takpe..:)


Takder apa nak citer dah.. ermmm..ekceli banyak benda nak bebel kat sini. Rindu kat rakan rakan blogger dulu. Rindu nak baca cerita cerita diorang. Rindu nak tau citer pasal anak anak diorang.. kalo stalk kat blog diorang mesti dah besar panjang anak diorang ni kan. Takpe..kita warm up dulu..

Alkisahnya kenapa blog tak berupdate kalo korang tertanya tanya.. tapi rasanya takder orang tertanya tanya pun kan. Takper la..kita bebel sorang sorang.. hahaha... Gini.. sebab utamanya desktop tempat kerja takleh nak ber"tenet"..makanya susahlah nak berblogging. Nak pakai henphone macam susah nak taip..jari dah berubah saiz dari saiz 11pegi saiz 15. tu jadi semakin lupa dengan skil skil blogging ni. Tapi jauh di sudut hati..

RINDUNYA KAT BLOG CIKANIE. 

Okla.. stop sini dulu la.. tengok pasni..ada idea nak nyembang kita jumpa lagi..
Wassalam..

Love..
Cikanie