Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)
Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Friday, June 13, 2014

Tip Meningkatkan Pendapatan Blog Anda

Assalamualaikum..
Macam tak boleh terima jer....tetiba keluar entry baru pasal tajuk kat atas.
Ye la..cuba tengok entry terakhir bila tarikhnya..
Ekceli tips ni nuffnang yang bagi.. maybe dia kesia kot kat aku..sebab dah takder idea sangat, so dia bagilah beberapa tips ni supaya ada jugak entry baru kat blog ni. Baik jugak la kiranya pihak Nuffnang ni..hehehe

Ok..antara tips yang boleh meningkatkan pendapatan blog kita ialah:
  • Meminimum 20 views setiap hari. Anda boleh mensasarkan untuk mencapai 100 views setiap hari jika trafik blog anda melebihi 20 views setiap hari. 
  • Pilih susun atur blog yang memberikan ruang untuk unit iklan! Nuffnang mempunyai 3 jenis unit iklan yang anda boleh letak di blog anda iaitu leaderboard, skyscraper, dan large rectangular. Kebanyakan pengiklan akan memilih unit iklan leaderboard dan skyscraper, oleh itu kami mencadangkan supaya anda memastikan blog anda mempunyai ruang untuk unit tersebut. Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan saiz and penempatan unit iklan, sila log masuk ke Nuffnang dan klik "Add ads". 
  • Pastikan Nuffnang mengetahui apa jenis blog anda! Pada masa anda berdaftar dengan Nuffnang, anda dikehendaki melengkapkan kajian untuk memilih kategori blog anda. Dengan ini, ia membolehkan kami untuk mencari blog yang sesuai untuk kempen iklan yang berkenaan. 
  • Memahami pembaca blog anda. Dengan memahami pilihan pembaca blog anda, anda boleh mengetahui bagaimanakah pembaca anda akan bertindak terhadap iklan dan jenama yang ada pada unit iklan blog anda. Iklan Nuffnang adalah disasar kepada kategori atau golongan yang berkenaan. Justeru itu, pilih kategori yang sesuai untuk blog anda, bukan sahaja akan membolehkan kami untuk memperuntukkan iklan yang sesuai kepada blog anda, malahan dapat menambah pendapatan blog anda.  
  • Pengiklanan banner Nuffnang. Nuffnang akan memapar iklan di unit iklan yang ada pada blog yang telah berdaftar dengan Nuffnang. Unit-unit iklan tersebut membolehkan kami mengukur trafik blog anda, dan pada masa yang sama dapat mengiklankan di blog anda. Dengan cara ini, anda akan mendapat pendapatan. Walaupun anda hanya dikehendaki meletak salah satu unit iklan di blog anda, tetapi lebih banyak unit iklan yang anda letak, semakin tinggi peluang blog anda akan dipilih untuk kempen iklan yang berkenaan. 
Itu sajalah tips yang Nufnang bagi. Terima kasih Nuffnang .
Ermmm..in shaa allah..kegilaan untuk berblog semakin di rasai.... Jadi nampak gaya kena aktifkan balik broadband kat rumah..Tapi tak rasa plak orang masih ingat kat blog ni. :( sedihhh...

ok bye..
sekian wassalam

Wednesday, May 4, 2011

Parenting Tips | Anak Suka Memanjat

Assalamualaikum…

Sekarang ni asal pagi jer hujan, petang pun sama. Tapi elok jugak la, atlis dapatlah ibu yang jadi surirumah mengaringkan kan di jemuran. Sebab masuk jer tengahari panas terik plak. Susah sungguh nak buat ramalan cuaca. Tak menentu gini Bagi kita yang kerja ni tawakkal jer la. Jemur pagi tu , petang plak la dapat diangkatnya. Elok kain dah garing..lembappppp balik.

Pagi ni sebelum loceng bunyi tadi sempat lagi aku google pasal tips untuk anak yang suka memanjat. Uolss nak tahu sebab apa?.. sebab gambar ni la. Sekarang memang kesukaan dia aktiviti panjat sofa. Dah panjat satu hal..siap posing lagi berangan naik motor besar plak.



Takperla.. aku nak ikut tips yang sumber tu kasi… dia cakap jangan di haling.. Cuma kena la pantau kan. Kan tak pasal-pasal anak tu dapat sakit sebab nak sangat suruh dia explore macam macam. Ya memang kita kena bagi dia persekitaran yang boleh membantu perkembangan mental dan fizikal mereka. Tapi kena la ada batasnya.



Contohnya, semasa anak-anak sudah pandai bertatih, ada satu tempoh kita dapati anak-anak ini suka sangat memanjat tangga (sensitive period for stairs climbing) atau apa sajalah macam sofa ke, bangku ke kerusi meja makan ker.

Selalunya kita akan halang anak itu sebab takut terjatuh atau tercedera lalu kita pasang semacam pagar ditangga untuk halang anak dari memanjat tangga. Secara tidak sedar kita akan halang perkembangan fizikal mereka yang sepatutnya dipuaskan secara fitrah. Sedangkan aktiviti (memanjat tangga) tersebut melatih perkembangan psikomotor nak anak. Juga menan rasa yakin diri pada kanak-kanak.

Sepatutnya biarkan saja anak-anak meniti tangga, jangan dihalang, tetapi dipantau dari jauh. Ibubapa boleh saja mengikut dari belakang dan apabila anak anak berjaya tiba di tangga paling atas, berikan ganjaran atas kejayaan itu.



Tapi kalo bab panjat memanjat ni bukan takat budak yang baru nak bertatih yang suka.. budak besar macam Hafiy ni lagi la galak nak panjat situ sini. Biasanya dia dah reti nak beza kat mana dia boleh main dan kat mana tak boleh main. Cuma sekali sekala digoda oleh si adik maka mulala dia pun menggeletis skali nak panjat sana sini. Pengaruh adik tu kuat sangat. Tapi takperla… sekali aku terjerit macam tarzan dia terus dengar. Adiknya tidakkk.. ko jerit la sampai buasir anak tekak pun tak jalan…buat dono jer….. lagi dia nak panjat ader la. Siap sengih lagi.

Biarkan saja la..selagi dalam pemantauan kita kan? Lepas ni aku kena piker apa bentuk ganjaran yang aku nak kasik kat dia… apa lagi…biskut HUP SENG la. Dah itu jer dia suka.

Wednesday, March 9, 2011

Tips | Selalu Bergaduh Dengan Ibu?

Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka. Antara ganguan saka,

  • Selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu bayi or
  • Selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok
  • Rasa mengantuk selepas asar.
  • Saka dipindahkan melalui Kasih saying/ Harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / Amalan / Sentuhan.

Symptom terkena saka:

  • Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena.
  • Bila dah peringkat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar.
  • Susah nak dapat anak, senang gugur.
  • Ada rasa kelibat orang lalu.
  • Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak beintim, bercakap laa sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam.

Cara hilangkan saka,

  • Zikir “Laillahaillalah” 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan.
  • Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer tulang
  • 3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah cancer, aids and leukemia.
  • Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan
  • Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. “Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari.
Nak tahu camner saka dibuang melalui rawatan perubatan islam...sila klik kat sini.

Saturday, March 5, 2011

Tips | Anak Lari Dari Rumah

Sambungan dari entry ini.

"Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari. Masa laungan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya. "

Orang kata nak bela anak dara sorang lagi susah dari bela lembu sekandang. Kalo ikut by logic memang betul la. Tak heran anak muda zaman sekarang mudah terjebak dengan masalah sosial. Macam macam kes jadi. Yang laki laki dengan masalah dadah, rempit..popuan plak.....aduhhh..nauzubillah...

Kita adalah cermin pada anak anak.. baik di mata kita belum tentu baik pada dia. Berusaha untuk jadi yang terbaik Insya Allah. Motivasi in untuk diri sendiri.

Sampaikan ilmu ini kpd yg lain wlupun satu ayat ......

Tuesday, March 1, 2011

Tips | Anak Degil.

Assalamualaikum Semua,

Satu ceramah yang bertajuk "Dasyatnya Doa Seorang Ibu" oleh Ustaz Abdullah Mahmud, bekas ustz ATM sungguh menarik dan jarang kita dengar. So kepada semua pengalamat luangkan sedikit masa berharga dengan membaca sedutan ceramah istemewa ini untuk kita sama2 hayati dan amalkan sekadar mampu.

Seper yang ader masalah sama macam tajuk kat atas tu...cubalah praktis yang ni

Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala panggil ROH ANAK.

"Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia"

Respon dari org yang dah try sungguh menakjubkan setakat ni alhamdullilah kebanyakannya menjadi. Contoh kalu kita nak anak senang bangun ke sekolah.. just try and see.

Kredit dari Email...

Sampaikan ilmu ini kepada yang lain walaupun satu ayat .

Wednesday, December 1, 2010

Parenting Tips

Ekceli aku nak mintak tips untuk ajar anak kencing berak kat toilet.. means, tak nak dia pakai dypers lagi. Saper boleh bagi tips..sangat sangatlah dialukan.



Dah lama aku pikir camner la nak stopkan pakai dypers kat si Hafiy. 3 bulan lagi genap 3 tahun. Takkan 3 tahun aku nak pakai dypers lagi . Yer tak?. Save budget sket. Tapi itu tak penting..apa yang penting aku nak dia cakap bila dia nak kencing or berak.



Minggu lepas, saja jer aku tak pakaikan pampers. Tak sampai 1/2 jam aku dapat laporan dari babah dia bahawasanya dia telah tinggalkan jejak kat bilik mainan dia. Nasib baik kencing....kalo berak nayer aku. Sket jer lagi air kencing dia tu nak kena tilam. Kalo tak kenal basuh jemur tilam bagai la.



1/2 jam sebelum tu aku dah pesan banyak kali..

Hafiy kalo nak kencing cakap ibu yer.. kencing kat toilet..
Ermmmm....

aku pesan lagi....

sama macam diolog kat atas.... ermmmm jugak... tapi ermmmm kat "tepi tilam". Aduyai.. tapi takper sabarrr... dari situ dia boleh blajar kan?. Alhamdulillah.. besoknya ada perubahan.... walaupun bukan kat dalam toilet tapi elok sket la dari dalam bilik. Lokasi terpilih ialah depan pintu. Bukan pintu bilik tapi pintu rumah. Maksud aku kat sebelah luar umah. Nasib baik kat belah luar ..kalo belah dalam kena la aku mengemop lagi. Kat luar senang jer.. just buak paip sembur air jer...done.

Aku harap lepas ni boleh la kot dia cakap kalo dia nak kencing.

Ekceli aku ader 1 tips tau... tips camner nak pisahkan puting dari mulut si manja.. tapi benda ni berlaku secara tak dirancang. Hafiy dulu memang hero puting . Tapi nasib baik tak melarat sampai sekarang. Nasib baik gak la masa tu dia makan koko crunch. Kan kalo makan benda tu dia akan melekat warna coklatnya. Hafiy biasala.. satu mulut makan KC (Koko Crunch) sekali dia sumbat puting ke mulut. Pastu dia nak makan lagi di buang balik puting tu. Sekali dia terpandang warna coklat terlekat kat puting dia..terus dia campak puting tu..katanya kotor..yerkkkk..... Maka selamatlah aku dari melihat giginya jonggang. Tapi masalah lain plak yang timbul.. giginya semakin rongak... Tapi bila tengok iklan YES, pandai plak dia cakap gigi budak tu rongak. Gigi sendiri yang rongak dia tak sedar...

Itu jer la tips dari aku. Mana tahu korang boleh guna pakai...SHARING IS CARING..... dak gitu?.