Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)
Showing posts with label nuffnang. Show all posts
Showing posts with label nuffnang. Show all posts

Friday, June 13, 2014

Tip Meningkatkan Pendapatan Blog Anda

Assalamualaikum..
Macam tak boleh terima jer....tetiba keluar entry baru pasal tajuk kat atas.
Ye la..cuba tengok entry terakhir bila tarikhnya..
Ekceli tips ni nuffnang yang bagi.. maybe dia kesia kot kat aku..sebab dah takder idea sangat, so dia bagilah beberapa tips ni supaya ada jugak entry baru kat blog ni. Baik jugak la kiranya pihak Nuffnang ni..hehehe

Ok..antara tips yang boleh meningkatkan pendapatan blog kita ialah:
  • Meminimum 20 views setiap hari. Anda boleh mensasarkan untuk mencapai 100 views setiap hari jika trafik blog anda melebihi 20 views setiap hari. 
  • Pilih susun atur blog yang memberikan ruang untuk unit iklan! Nuffnang mempunyai 3 jenis unit iklan yang anda boleh letak di blog anda iaitu leaderboard, skyscraper, dan large rectangular. Kebanyakan pengiklan akan memilih unit iklan leaderboard dan skyscraper, oleh itu kami mencadangkan supaya anda memastikan blog anda mempunyai ruang untuk unit tersebut. Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan saiz and penempatan unit iklan, sila log masuk ke Nuffnang dan klik "Add ads". 
  • Pastikan Nuffnang mengetahui apa jenis blog anda! Pada masa anda berdaftar dengan Nuffnang, anda dikehendaki melengkapkan kajian untuk memilih kategori blog anda. Dengan ini, ia membolehkan kami untuk mencari blog yang sesuai untuk kempen iklan yang berkenaan. 
  • Memahami pembaca blog anda. Dengan memahami pilihan pembaca blog anda, anda boleh mengetahui bagaimanakah pembaca anda akan bertindak terhadap iklan dan jenama yang ada pada unit iklan blog anda. Iklan Nuffnang adalah disasar kepada kategori atau golongan yang berkenaan. Justeru itu, pilih kategori yang sesuai untuk blog anda, bukan sahaja akan membolehkan kami untuk memperuntukkan iklan yang sesuai kepada blog anda, malahan dapat menambah pendapatan blog anda.  
  • Pengiklanan banner Nuffnang. Nuffnang akan memapar iklan di unit iklan yang ada pada blog yang telah berdaftar dengan Nuffnang. Unit-unit iklan tersebut membolehkan kami mengukur trafik blog anda, dan pada masa yang sama dapat mengiklankan di blog anda. Dengan cara ini, anda akan mendapat pendapatan. Walaupun anda hanya dikehendaki meletak salah satu unit iklan di blog anda, tetapi lebih banyak unit iklan yang anda letak, semakin tinggi peluang blog anda akan dipilih untuk kempen iklan yang berkenaan. 
Itu sajalah tips yang Nufnang bagi. Terima kasih Nuffnang .
Ermmm..in shaa allah..kegilaan untuk berblog semakin di rasai.... Jadi nampak gaya kena aktifkan balik broadband kat rumah..Tapi tak rasa plak orang masih ingat kat blog ni. :( sedihhh...

ok bye..
sekian wassalam

Thursday, January 16, 2014

Cek Nuffnang

Assalamualaikum..

Macam syahdu jer hari ni...kakakah...
Nak tau naper.. 6 tahun i blogging ni pestime boleh cashoutkan check....
6 tahun beb..bukan 6 bulan... tapi syukur..alhamdulillah.. Apa yang kita dapat itu lah rezeki untuk kita.


Petang semalam tengok ada surat dalam tray.. dah agak sebenarnya sebab dah sebulan aku tekan butang CASHOUT kat Web Nuffnang..hehe..Gila jakun kan?

Dapat banyak ni berbaloi la dengan usaha yang kita buat.. dah nama pun blogger suam suam kuku. Time rajin seminggu , malasnya 2 tahun. Bila tahun ko nak dapat banyak. Syukran dah tu dapat banyak tu. Tapi dapat banyak ke sikit ker kalo itu dah rezeki kita alhamdulillah..

Ekceli nak upload pic ni pun i rasa segan .. yer la..kalo nak dibandingkan dgn blogger pemes lain.. Tak kecoh pun. Tapi demi untuk kasi semangat untuk diri sendiri..i rela di malukan..tak kisah la..orang nak gelak ke.. Nak cakap poyo ker.. nak cakap ek ellehhh ke...i tak kisah. Hurmm


Tapi kan ikhlas la i cakap...  bila tgk check dari Nuffnang ni terus datang aura luarbiasa...terus datang semangat nak jadi fulltime blogger. :) Kalo blogger hebat terbaca statement aku ni gelak guling guling kot.. Kagum la dengan depa yang dah jadi fulltime blogger.. Macam mana boleh datang idea hebat..entry panjang panjang..ke hulu ke hilir gigih hangkut kamera. Cuba orang macam aku yang snap picca sana sini..

Gillo apo minah ni..

Dah takder orang kenal..macam mana orang tak cakap gila. Anak sendiri pun tgk pelik. Apa lagi org lain.
Ekceli back to the basic.....Rezeki masing masing ..? tapi sebenarnya i is jeles ok...

Apapun TQ buat pihak nuffnang sebab bagi check kat i..

Sekian Wassalam..