Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)

Thursday, June 28, 2018

Nak Bling Bling La Sangat

Assalamualaikum...

Cerita raya belum habis lagi. Nak cerita kejadian selapas raya..hahahha..
Entry pendek jer ni... saja nak simpan kat blog buat peringatan di hari depan. Kan?

Raya ke5 baru perasan.. buah Love tercabut satu..


Berat kot 1 biji tu..lepas la cincin surat. Mulanya aku pasrah dan redha jer la... sebab ni bukan pertama kali love tu tercabut. Aikk tetiba terpandang sebiji bentuk Love dekat tempat yang aku selalu duduk untuk tukar dypers Harith..


Alhamdulillah... ada rezeki lagi..
Moralnya: Kalo beranak kecik takyah "gelenyar" nak pakai barang mas la cikanie wey..

Sekian Wassalam

Love
Cikanie

Wednesday, June 27, 2018

Cerita Raya Kelantan

Assalamualaikum..

Dah tengahari baru teringat kat blog kesayangan. besok besok rindu kaletah anak anak masa kecik boleh jugak belek blog baca balik. Tapi banyak jugak momment momment yang dah ter miss. sayang tak post kat blog. Itu la..dah ko malas sangat Cikanie. Padan muka.

Nak sambung cerita raya kat Kelantan.
Ekceli tahun ni kami balik beraya Kelantan hari Ke2 raya, Tahun sebelum nya biasa hari ke3. Well i is happy la. Bukan apa. Dulu balik raya Klang. Sekarang Mil aku tinggal dengan aku. Pastu anak dia yang lain akan bawak balik raya rumah diorang. Soo buat apa tunggu lama lama. Moh ler kita ..o o o balik kampunggg...

Malam tu biasalah..anak anak semua hepy. Diorang kalo balik Kelantan memang suka sangat. Bukan apa..dapatlah diorang bermain tanpa batasan. UNLIMITED MAIN. Aku plak kalo kat sana memang tak risau. Diorang pun tak heran pun dengan kitorang. Mainnnnnn selagi mampu. Heran jugak kekadang. Tak reti penat ke diorang ni eh..

Tahun ni adik aku yang last (Ciksu) pun beraya Rawang dulu. Laki dia kena stanby hari raya. Ber huhu la di malam raya. Macam aku dah biasa..hahaha. Yang raya Kelantan tahun ni adik aku no2 (Ongos) dan yang no4 (Olang). Pastu adik aku yang no3(Chik) memang duk situ la.

Ni family Ceklong, Gambar recycle..hahaha


Ni plak family Ongos.. adik aku no2 tinggal kat Selayang. Aku jeles ngan dio..anak dah besar... aku jugaklah kelek anak kecik sampai sudah. Dia nak ke mana takder halangan. Start keter jalan jugak. Aku ni banyak masa nak kena ambik.. mandi anak..prepare barang anak ..suap nasik anak dulu... adoiiii..taknak beranak dah lepas ni.


Yang ni plak family chik. Adik aku no3. Dia memang duk kampung teman mak aku buat kerja kampung jer la. Berbudi pada tanah memang untung la. Semua boleh makan hasil tangan sendiri. Pisang tanam sendiri, nak makan cili padi ..punnnn tanam sendiri, nak makan duriann..hahahah..tunggu bulan 7-8 ni.. jadi tokey durian la plak dia. Sekarang jadi Mr Banana. Bawak pisang masuk bonet jaja ikut tepi jalan. Seronok jer macam tu..enjoyyy duk kampung. Dia ni duda anak sorang. Anak pun dah besar. Umur sebaya Hadif.. Darjah 3.


Adik aku yang No4 (Olang). Tahun ni turn raya Kelantan. Wife dia orang Johor, Masih blom ada rezeki untuk timang anak. Enjoy la puas puas dulu. Dah ada anak... kepam ketiak ko nanti... kejap anak berak..kejap anak nak makan , kejap kan nak mandi. Sooo enjoy dengan life sekarang.. ada rezeki Allah akan bagi la nanti. Kalo dia ada memang aku lega sikit.. eh lega banyak la. Sebab anak anak aku semua nak ngan dia. Waima si kecik tu pun elok rilex jer kalo maklang dia jaga. Sooo aku boleh masuk dapur dengan tenang. Ada tukang ngasuh.


Last sekali adik aku yang bungsu (Ceksu)
Tahun ni raya kat Rawang.. hahaha..padan muka.. Buat masa sekarang dua dua anak dia gegel. Jangan jadi macam aku.. lepas gegel , gegel lagi..dan lagi dan lagi semua gegel hahahaha. Geng Harraz la anak sulung dia tu. memang kamcing sangat dengan Harraz


Dan ini keluarga besar kitorang.. walopun aku dengan si bugsu takder.. tetap jadi ramai sebab adik aku ongos tadi akan bawak kakak, abang ipar dia balik kampung. Memang setiap tahun diaorang beraya Kelantan. Diorang berdua ni anak anak istimewa. Soo mana lagi dia nak pergi. Abang sorang ni jer la yang kena jaga makan minum dia, Mana boleh hidup kalo family ongos ni tak peduli. Tapi aku percaya, jaga orang macam Along ngan kakak ni rezeki sentiasa masuk. Jangan ko tak bagi duit raya kat diorang.. mengamuk skan nanti si Along. Hahahaha...


Ok..sambung schedule pagi raya ke2.

Seawal pagi Sabtu (raya ke2) aku dah bangun. Kejut anak anak bangun solat boleh plak sambung tido balik. Malas aku nak kejut balik. Ko tidur la sampai puas. Sudahnya tengahri jugak lah baru boleh keluar dari Kajang ni. Ingat tak jem..rupanya dari MRR2 sampai ke susur keluar tol gombak jem. Depa nak makan angi Genting rupanya. Alahaiii..takdop hari lain ke uolss. So hari tu lepas maghrib jugak la kita sampai. Penattt .... so malam tu takder aktiviti sangat. Aktiviti makan tanpa henti jer la.


Hari ke 3 raya semua bangun awal. Dalam schedule hanya nak beraya dengan mak mak sdara yang dekat dekat jer. Malas nak tempuh jem la. Kalu balik KB ofcoz seharian la ngadap jem. So aku taknak ambik risiko. Beraya dalam kampung jer la. Lepas masak makan tengahri baru kitorang keluar. Adik adik aku dah siap siap awal. Diorang awal lagi pergi. Memandangkan aku dengan bigboss makanya aku pun menurut lah jadual Mokcik Aji Nah kita. Lepas makan tengahri baru kitorang keluar. Aku pun spesen dah perangai Mokcik Aji..Sangat sangat malas nak keluar rumah. Suka duk rumah pakai uniform harian kain batik singkat pakai atas pusat, baju t shirt lusuh, lagi lusuh lagi best...sejukk jer. Feel duk kampung memang meresapppp sangat masuk dalam jiwa kalo pakai uniform macam tu.


Dekat rumah makcik aku takder gambar sangat. Adik adik aku jer la. ni pun ceksu dah gerak balik..bak beraya rumah kawan dia katanya. Tapi anak dia tinggal dengan Pakngah. Kitorang panggil dia anak angkat Pakngah. Sebab memang dia rapat. Nak mainan semua dapat. Internet habis kuota pun takpe. Janji Aisyah heppy. Soo beraya la Ummi dia tanpa kakak. Suka la Ummi tu..



Memang anak Pakngah sangat kan..hahahha.

Sebelum asar kitorang gerak balik. Dah penat dah.. Harith pun dah berak dah. Aku lupa bawak pempers. Soo nak taknak kena balik dulu. Sampai jer rumah.. Macam orang gila kitorang berselfie. Tahap kritikal dah gaya masing masing. Mental disoder tahap dewa si Ongos la... hahahha. I ni ikuttt jer..hahaha.

Aku masuk pic jerla. Malas nak naip dah ni..hahaha.


Suruh posing, satu gaya tu jerla yang dia tau.. kakak..kakak..


Ongos, Ceklong (Fasha Sendat), Maklang, Bonda, Ceksu


Gaya mengiring jer..sebab taknak nampak kembang...kononnnn..


Geng Mak Jemah sedang membawang.. Bawang Hollan, bombay, ros, putih..semua blended sekali.


Percubaan untuk nampak Dara Sunti di situ.. Tapi hancusss...


Ehhh neelopa ke baju hijau tuuu...(muahahaha...gelak syaitoonnnirrojim)


Paham kan naper di blurkan part tu jer..paham kan?.. hahahhahah (gelak syaitonnirrojim lagi).. Ayu jer kat tengah tu.. Anak dara saper yer (mata keatas)


Anak anak tengah syok main.. Ongos paksa ambik gambar. Hasilnya ..nampak sangat muka masing masing tak ikhlas.


Kejap neelopa..kejap Pasha sendat..i is confius... (uweekkk)


Lagi gambar anak anak.. Kakak mana mana pun gaya sama jer.. tangan kat dagu oii... tengok Harraz..heran apa aku bergambar. Baik aku main pistol.



Real Fasha Sendat...

Handoiii... akhirnya... nanti besok cerita cikanie re union..hahaha.

Sekian Wassalam..

Love,
Cikanie


Tuesday, June 26, 2018

Cerita Raya Kajang

Assalamualaikum..

Cuaca sekarang macam musim banjir.. senang sangat nak krohhhhh zzzzzzzz barang sejam dua. Menguap tak usah cakap la..lapanploh kali nganga dah ni. Econ plak sampai ke tulang hitam... Memang layan kalo nak buat taik mata. Apakan daya tak boleh.. soo mari kita cerita pasal raya.

Ekceli tahun ni kena turn sini beraya oiiii. Kasi lempar sekeping


Macam biasala..kemeriahan tu kurang nak ada sket. Biasala orang bandar beraya. Wolopun ko baik dengan jiran sebelah, sekali sekala bertukar juadah. Nak bertandang secara suka suki ke rumah diorang masa raya adalah sesuatu yang sangat pelik. Janggal jer rasa. Kita bukan ada masalah pun. Tapi bab nak terjah rumah tanpa di undang macam segannnn jer iolss.. kalo kawan kawan tu lain la. Tapiiii kat kampung lain kan?...

Assalamualaikum... kita datang nak raya ni... bla ..bla..bla..

sambung cerita zaman sebelum merdeka..sampai dah lama merdeka. .. berjanggut orang sebelah menunggu..tak habis habis

Memang berbeza.

Soo..persiapan beraya kat sini alakadar sahaja. Plannya pagi Khamis tu konon nak keluar beli daging. Konon nye la nak merendang... Daging aponya..kalo dah tengahari buta baru keluar..tinggal tulang jer la. Sudahnya petang tu suami iolss ke Giant beli daging import, ambik yang lemak lemak sket pastu ambik hati sekilo. Total 3 kilo.. Rendang rempah hitam legam kejadiannya. Memang merbeles. Laki iolss buat rendang memang tak pernah mengecewakan.


Dah settle beli barang semua..sampai rumah i terus senseng lengan baju..bersilat dengan dia kat dapur. Dia settle daging, i settle rencah rencah bawang halia lengkuas segala bagai tu la. Siap basuh semua ambik kuali hitam kat dinding . Letak atas dapur..pasang gas..... ahhh sudahhh. Tak muat 3 kilo daging. Lupa..rumah i mana ada periuk belanga besar besar. Paling besar pun muat 2 plastik mee jer.  Berdesssuuupp laki i keluar cari kuali uolss. Balik balik..nahhhh kuali size 18 dia beli. memang sampai la raya tahun ni yer wak?... :)

Dah settle naik atas dapur semua.. api dapur plak buat hal. Nasib dia tak berdesup pegi Giant beli dapur baru. Check check rupanya gas nak habis... Call kedai tak boleh hantar pulak. Berdesuppp laki i pegi tukar gas. Dah settle semua dia boleh tinggal rendang tu atas dapur...berdessuppp dia pegi kerja balik. Nampak tak kegigihan nak merendang di situ. Raya tanpa rendang takder makna kekdahnya. Dekat pukul 1 jugak la rendang masak. Penat menunggu lambat nau rendang tu kering. Saper suruh masuk santan banyak sangat. Padan muka.

Ekceli petang tu MIL i suruh gi beli jer rendang jual tepi jalan. Nehi nehi nehi..tak sama masak sendiri dengan yang kita beli.. beli tak sedap.. tak puas makan. 8 ketul 10 henggit..APACERRRR. Boleh gi Mekah balik hari kak oiii. Kali ini laki i buat hal guna rempat kerutuk buat rendang. Ekceli kejadiannya sama jer..rasa sama... cuma bezanya warna rempah kerutuk lagi hitam. Sedap la jugak. Kalo rempah kari ni merah merah ..kuning sket kan. Jadi la....buat syarat.


Apa lagi dah ada rendang.. lemang nasik impit mesti kena ada la kan. Tapi yang ada nya nasi impit jer. Lemang punya awal oder, tunggu punya tunggu boleh dia lupaaa kita punya order. Mentang la kita oder sebatang... hahahahha. Pastu laki iolss beli tapai kat bazar sket. dalam 5 hinggit dia beli..singgit 3 bungkus..5 hinggit dapatlah 15 bungkus. Cukupla buat syarat makan pagi raya. Boleh la jugak i feeling feling makai tapai air tangan bonda i.


Lepas solat raya balik rumah bermaaf maafan kami yang ada dua tiga kerat ni. Settle bermaafan ambik gambar sikit skit... Laki i bantaii membuta sampai Solat Jumaat.. Bawak anak anak gi surau..balik surau siap siap balik Klang. Jenguk kubur arwah FIL i. Balik dari Klang dalam kul8 dekat kul 9. Makanya..hati i pun berbunga bunga. Sebab besok nak balik Kelantan..


Ya beda beduuuuu... stop sini dulu..besok kita sambung cerita raya Kelantan.. Mood senyum sampai telinga ibu kooo...

Sekial Wassalam

Love
Cikanie

Monday, June 25, 2018

Forever and ever i am a PRINCESS

Assalamualaikum..

Hahaha..poyo sangat tajuknya..:) Princess kertu kekdahnya...
Orang kata suka makan ikan .. boleh dapat baby gurl kan... dan dan tu la minat makan ikan. Tapi kalo dah jadi benih baru suka makan ikan..mana nak jadi wey.. silap teknik la tu..hahaha.


Ekceli aku berharap sangat kali ke 4 ni akan keluar gegel, wow..very the surprise. Tapi macam biasala.. bebird jugak yang keluar. I is redha. But i suka... officially I'am forever jadi princess..haha. Macam dah tak beranak lagi statement ni. :) Tapi aku dah boleh agak.. Sama jer simpton macam 3 boboboy kat atas. Malas, tak suka mekaup..muka hitam... ermmm.. keluar keluar boboy jugak. Tak syak lagi. Rezeki aku la.. bersilat kat dapur dengan 4 jejaka sado.. ermmm. Nak tahu seram tak seram jadi ibu pada 4 jejaka sado?..tengok background gambar kat atas.. lintang pukang... paling seram time nak packing baju balik kampung.. Lagi seram kalo nak settle kain baju SESUDAH balik kampung. Menangis wey.


Forever and ever i am a PRINCESS

Rasanya cukuplah untuk mengusung tubuh kaku aku dan suami besok..kiri kanan belakang depan. Dah cukup kuat dah..In syaa Allah. Semoga... Hafiy, Hadif, Harraz, Harith jadi islam yang sejati.. jadi lelaki yang soleh, Jadi anak yang berjaya, jadi ummah yang bermanfaat kepada orang lain. Jadi manusia yang menerima segala ilmu kebaikan dan menolak segala ilmu kejahatan. Amin..Ini doa ibu selagi nafas ibu masih ada. Tocing sangat...

Sebenarnya ...aku pun terkejut bila datang datang labor room 4 cm tapi kapala kat atas. Sangat sangat terkejut dan takut. Dalam hati..Ya Allah...takutnya..ya allah..permudahkan segala urusan aku. Alhamdulillah..walopun masa beranak tersiksa sangat.. sekarang terbalik... Harith behaveeeed sangat sangat. Tak banyak nangis..asal cukup susu..sambung tidooooo.. Ibunya heaven sangat. Ada baby macam takder baby...Alhamdulillah..rezeki jugak la tu kan.

Masa 34 minggu scan kepala dah kat atas. Aku tak risau la..sebab ada masa lagi dia nak pusing. Lagipun sehari dua lagi aku nak balik Kelantan. Soo boleh la panggil tok bidan buat apa yang patut. Sooo masa kat sana bidan dah cakap..kepala dah bawah.. alhamdulillah lega kejap . Balik jer sini..aku heran jugak . Naper la aku takder rasa rambut baby, kan biasa kita ada resa geli geli kan..sebab kepala dah ke bawah. tapi tak kali ni.. nak berjalan pun laju jer,,takder tekedek kedek . Biasa kepala kat bawah kita akan rasa macam kepala baby nak tersembul keluar kan. Tapi aku tak rasa gitu. Soo aku boleh agak..macam akan ada masalah.. bila sampai masa contraction.. seluk seluk tak rasa kepala. Tawakkal tu alallah jer la... Hurmm... Mungkin perut dah banyak ruang..luas sangat..senang baby nak buat aksi kat dalam..hahaha. Aksi papan anjal..aksi renang berirama..aksi apa lagi..macam macam aksi rasanya..hahaha...

Takperla..dah rezeki aku nak merasa beranak scer..terima jer la. At least ada jugak pengalaman beranak ikut tingkap.. aku nak sebut pun dah ngeri, apa lagi nak berada dalam situasi tu untuk kali ke2..no..no..no. Tapi kalo branak normal, nak jer aku try gegel sorang lagi. Mana tau kan? Tapi kalo scer jugak acener tuuu... taknak wey..

Dah cukup panjang membebel kali ni.. Next time kita cerita lagi. Perut ni asyik berbunyi jer la. Time puasa elok plak dia diam. Ni tak suka ni.. timbul plak la punching bag i lepas raya ni... Nooooooo


Last but not least Selamat hari raya Maaf zahir batin daripada cikanie sekeluarga, Maaf zahir batin.

Sekian Wassalam

Love
Cikanie

Wednesday, June 13, 2018

Muhammad Aisy Harith

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..terbuka hati nak post entry baru. Bila tak bizi gini la gayanya...nak menulis jer kerjanya. Tapi bila start nak menulis tu..blank tetiba otak ni..acaner tu?

04-03-18 sesudah azan subuh keluar lagi seorang budak bertuah yang bernama Aisy Harith. Macam biasala. Nama adik adik yang latest ni abang abang yang pilih. Soooo ibunya redha jer la. Janji ada maksud ibu terima. Kali ni lain sket... 3 atas semua elok keluar ikut "pintu", si bungsu ni... (echeche).. boleh pulak keluar ikut "tingkap". Dah cakap banyak kali keluar ikut pintu..tingkap jugak yang dia suka.. hadoiii... Tapiiii..hati kecil ini memang dah berkata kata..macam akan ada masalah jer kali ni... pastu hujung hujung peknen tu mata kiri atas pulak bergerak setiap masa...bila ditanya pakcik goggle.. alamat yang tidak baik iaitu akan mendapat kepayahan..adalah dekat 2-3 minggu jugak asyik bergerak. Sampai kita tak selesa. Kena pegang mata time dia bergerak tu. Memang betul la ... kepayahannya masa nak beranak tu.

Ekceli... aku bersalin ahad..tapi sabtu tu dah start sakit dah. Konon nak tunggu sakit kuat dulu. Malas la nak pi spital awal. Pegi pegi masuk labor room hajat dihatinya. Tapi tak weyyy..dalam kul 4pagi gitu dah tak tahan sangat ajak suami pegi spital. Pegi pegi masuk bilik check bukaan dah 4 cm... tetapi kepala anak tak rasa kat bawah..ahhhh sudahhhhhhh. Panic datang tetiba. Doctor datang suruh scan and cakap kena masuk OT dengan segera. KECEMASAN. Misi panic..doctor panic..aku lagi panic. Segala menda document suruh aku sign dengan segera. Suruh panggil suami...sudahhh..suami elok masuk keter sambung tido balik. Konon nya lambat lagi nak bersalin. Dia datang sign then terus tolak masuk OT. Bulih bayang tak kepaniccan aku masa tu... rasa macam tgh tonton drama  ER jer. Doctor tanya nak ikat ker tak.. aku jawab tak jer.. mikir lagi ni...mana tau pasni dapat anak popuan.. Tapi lepas beranakkk..tobat weyy..nyesal tak ikat. Beranak szer ni siksa dia lain macam. Respect la yang boleh szer 3 thn sekali tu. Aku sekali pun tobat dah tak nak beranak takut kena szer lagi.

Masa dalam OT biasanya mamai mamai sebab separuh badan dah bius. Tapi masih boleh rasa torehan itu. Tapi tak sakit. Tapi bila pandang atas tengok darah dalam bayang bayang lampu tu... handoiii..lemah gemalai dibuatnya. Lepas azan subuh terasa yang doctor dah berjaya keluarkan baby baru aku rasa legaaaa sangat. Bukan apa ..masa tengah nak kelaurkan baby tu aku dgr doctor cakap...jangan jangan tarik macam tu.... takut la weyyy.... Tapi alhamdulillah..doctor Kajang semuanya yang terbaik.. In shaa Allah. Lepas baby keluar fasa nak sedut darah ..cuci cuci tu semua buat aku kering bibir balik..aduii..walopun tak sakit..tapi tetap ada rasa gerun. Blom bab jait lagi... eeee gerunnn.



Dah settle dalam OT, keluar masuk ward maka bermulalah fasa yang paling menakutkan. Mau taknya..Masa 4 jam pertama lepas operate tidur terlentang tanpa bantal tak boleh bergerak.. Kesan bius ada lagi..nak angkat kaki pun rasa beratttt sangat. Masa ni kepala jer boleh bergerak. Lepas 4 jam misi dah suruh cuba bangun uruskan anak sendiri. Mana boleh weyyy..Dalam hati aku..ya allah,,, cepatlah tiba waktu melawat. Anak dah terberak ni. Mana boleh aku nak tukar lampin dalam keadaan yang pening pening lalat lagi ni. Alhamdullilah.. Adik aku sampai... dia tolong settle si budak bertuah yang namanya Harith tadi tu. hahaha. Pastu petang tu plak adik aku yang sorang lagi datang bawak nasik ikan bakar.. alhamdulillah. Boleh makan tanpa muntah. Nak bangun memang tak larat la.. tinggikan kepala katil jer nak makan pun. Lepas tu suami datang... seronok kejap..hilang rasa sakit bila semua kesayangan kita sampai kan. Sorang jer blom sampai..bondaaaaa..huhuhuhu...Besoknya barulah mak aku sampai. Baru lega sket. Lega selega-leganya.



3 malam jugak la bermalam kat spital. Tiba jer malam datang rasa gundah gulana. Mau tak risau..nak jalan pun tak boleh. Berapa kali misi datang suruh tukar pad..aku tak pegi..tak larat wey nak jalan ke toilet nun..nak heret kaki tu rasa berat campur sakit yang teramat sangat. Aku rasa masa tu macam tak nak malam..biar siang jer sepanjang hari . Tapi satu jer yang buat aku ok sket... Baby tak meragam... tidoooo jer.. alhamdulillah. Sampaikan adik yang katil sebelah tu cakap... baiknya baby akak, tak nangis pun malam malam. Memang syukur sangat sebab aku tengok baby orang lain sepanjang bermalam kat spital tu macam dah jadi pesta menangis. Kejap baby sini..pastu sambung sana..pastu yang hujung plak..lepas hujung sambung sini plak.. Hadoiiiii..stress mak incik dengar. Rasa nak lari jer dari ward.

Rasanya dah panjang lebar dah aku tulis ni. Naik pening dah kepala tengak screen.Nak muntah pun ya ni. Ada masa kita borak lagi. Nak tido jap ni.

Wassalam..

Love
Cikanie