Assalamualaikum..
15 Oct 1938 ~ 13 Mar 2014 (76 tahun)
Jam 7.30malam…Maghrib di malam jumaat (alhamdulillah)
Moga syurga tempatmu.
Ya..satu satunya sebab mengapa susah sangat aku nak update
blog..inilah sebabnya..Namun sebagai seorang islam kita kena redha dengan
setiap ujian yang Allah Taala berikan..Bukan semua orang boleh terima kematian
yang mengejut..tanpa sebarang petanda. Tapi itulah cara Allah taala mahukan
kita…kita manusia yang terpilih itu
Tarikh 13 March takkan padam dalam memori ingatan.. Benar…mati
itu pasti..dan aku jugak sangat sangat yakin kematian arwah ayah adalah satu
kematian yang menghidupkan..
Dulu mungkin tanpa sedar aku lalai..leka…solat pun ujung
ujung waktu baru buat. Quran pulak sentuh sebab nak baca yasin jer..seminggu
sekali pun belum tentu… Ya allah..jauhnya aku dari landasan Mu Ya Rabbi.
Bulan pertama kehilangan arwah..memang langsung tak boleh datang
hari khamis malam jumaat..waktu magrib, Air mata tiba tiba pasti keluar tanpa
diundang. Tapi sekarang alhamdulillah.. semakin boleh bertenang dengan ujian
ini. Antara gurauan terakhir...
"Nanti kalo aku takder..tengok kerusi ni korang ingatlah kat aku"..
"Nanti kalo aku takder..tengok kerusi ni korang ingatlah kat aku"..
Terima kasih Ya Allah kerana meminjamkan seorang ayah yang
terbaik untuk aku.. penyabar…soft spoken…paling special tak pernah jemu menegur
kami supaya tidak terpesong jauh dari landasan mu Ya Allah
Amanlah dikau di sana
dan semoga tempatmu disisi kekasih Allah Ya Rasulalallah.. di sisi para
solihin..di sisi para syuhada…syurgalah tempatmu di sana In Shaa Allah.
Amin
Al-Fatihah buat Ayah.
Wassalam.
4 comments:
salam takziah cik Anie..
tq puan ietam :)
takziah kak anie.
semoga almarhum ayah kak anie ditempatkan di kalangan para solihin
tq Naem...semoga arwah tenang aman di sana
Post a Comment