Assalamualaikum...
Mai sini chek nak habaq sikit.. Aduahai Ayahanda kesayangan hamba...Masa balik kampung hari tu aku ada bawak dia datang sini. Kesian gak kat dia kan. Bawak la datang sini ambik angin KL. Walhal angin kampung jauh lagi bagus dari angin sini. Bagi kita.. bagi dia mestila terbalik kan?
Masa lunch tadi aku lari balik rumah kejap. Ingat nak masak nasik. Yer la..asyik nasik bungkus jer..jemu gak dia nak menelan. Boleh plak dia tersesat masa balik solat jumaat tadi. Patut la kul 2-00 takder sampai sampai lagi. Aku dah siap makan dah, siap bertambah lagi dia plak tak balik balik lagi. Tergerak hati aku nak intai kat luar rumah. Aku tengok dari jauh dia boleh patah balik..tak tau nak pegi mana. Menjerit kat tengah jalan panggil nama dia. Takkan didengar la jawabnya... jaraknya dalam 100m gitu. Jauh gak kan?
Aku apa lagi start keter ikut dia dari belakang.. sekejap jer dah hilang..cari punya cari elok jer aku jumpa kat tengah tengah meja banyak banyak ni tengah hirup Milo Ais uollss...Fuhhh lega tekak ..sejukk jer...
aku tanya dia..
naper ayah patah balik..
aku tak jupe (Jumpa) cari rumoh mu..
Laaaa... sterik (jalan terus) jer tadi...
dop jupee ehhhh (tak jumpa la)
Masa kat kedai tadi aku just bagi direction jer la..ikut jalan mana sebab aku kejar masa nih. Lebih seminit masuk kat sini kena potong 20 henggit. Soooo aku bagi tau gitu jerla.. was was jugak. risau pun ada. Aku cakap kat dia selagi tak jumpa rumah yang ada gate biru jangan patah balik. Dah jumpa gate biru..haaaaa sebelah tu la rumah anakanda.
Dalam kul 2-20 aku dah sampai kat tempat kerja , aku cuba call balik. Tak terangkat pun handphone dia. Sebab handphone dia tak bawak pegi masjid. Risau lagi sekali. Tapi takper.. rilex dulu..pastu kalo kul 3.00 masih tak sampai sampai rumah lagi ingat aku nak ambik time out la hari ni. Pastu dalam 2-30 cuba call lagi skali..
Alhamdulillah ... selamat sampai rumah..
Ayah..ayah...
Sekian
Wassalam..........
No comments:
Post a Comment