Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)

Wednesday, November 28, 2012

Crepe Durian & Masterchef2

Assalamualaikum.....

2-3 hari lepas perasaan membuak buak nak merasa crepe dorian. Kata kau pemes sekarang ni crepe dorian ni kan.. Lantas i pun cuba untuk mencuba....adakah sesedap yang digembar gemburkan....Bila dimakan...

eeeeeeeee.... tak sedapnya... 

Tekak aku la. Tekak orang lain aku tak tau... Semalam sampai la kat tangan aku. diordernya Jumaat minggu lepas. Yang ni aku beli dari kawan pada anak kawan aku.. Paham?.. kawan anak dia tu satu tempat kerja ngan anak kawan aku ni..*mesti tak paham. Tak per ..abaikan kawan atas kawan tu.


Dengan dia ni aku hanya dapat 5 ketul jer 10 henggit. So bawak balik ..simpan nak makan dengan orang orang tersayangla. 5 ketul tu habis licin. Aku seketul jer. Takleh nak sumbat banyak la. seketul tu pun seket sket aku makan... bukan berjimat takut habis..tapi sebab aku rasa lain macam jer. Kan inti dia krim ngan durian jer...so aku rasa kombinasi antara krim dengan durian tu tak berapa nak serasi. Di tambah pulak dengan kulit dia yang lembik tu. Kalo di masinkan sket kulit dia tu ok kot.. tawar heber jer. Mungkin boleh crunchy kan sket kulit dia tu baru rasa sedap sket kot... * komen ala ala chef jubir. Pui.......


2 ketul Ajeed yang makan. Dia kan hantu durian..so boleh la tekak dia terima . I seketul jer dah muak ok...dan seketul lagi adik aku makan...

kalo kat kampung doyan ni Ma dah buat tempoyak ni....
(setelah ditranslit) Lagi teruk komen dia. Dia ni lagi la. Benda benda pelik sket nak kasi dia rasa siap berperang dulu. Baru dia akan rasa. Susah nau nak bagi rasa.

Seketul lagi untuk ayah aku..Part ni yang best....

Kuih gapo nih....
berapa nih banyak ni..
2 ringgit seketul..?
umppp mahal nyoh....

Lagi curlasst komen ayah aku....kemain lagi soalan dia lantunkan..
Rupanya Indah rupa dari rasa......Tapi kalo nak merasa apa salahnya.. Cuba kan?..tak mati pun. Kesimpulannya Crepe durian ni takkan dapat berdiri sebaris dengan kuih koci ker..kuih talam ker... tepung gomak ker.. Bagi aku la. Lain orang lain citarasa tekaknya...

Rasanya lepas ni tak order lagi kot. Ataupun kalo order pun ngan orang lain. Nak rasa air tangan orang lain. Tapi aku rasa macam senang jer kalo buat sendiri..Allaaaaaaa cam buat lempeng jer la. Etiqa mesti expert buat ni. Lagi 1 kalo dimakan sejuk sejuk maybe sedap kot. Baru terasa kewujudan krim tu ...ala macam makan eskrem la rasanya.

ok..dah..masuk part peberet plak..... :)

Ihsan Forumcari.com

Malam tadi mati mati aku ingat Izyan yang keluar.. Nasib baik la si Nina, sebab naluri hatiku berkata Izyan yang bakan jadi Juara Masterchef 2. Bukan Ah Hong OK...Tak sangka plak ayanh aku pun turut ternanti nanti cerita masak masak ni. Dia panggil citer masak masak . Dia tak tau Masterchef tu apa.

yang rambut merah tu takdop?

amboiiii ayah aku.. Che Lah jugak yang dia kenal... Kan aku kata CheLah ni glemer. Dari anak aku si Hafiy tu hinggalah Ayah aku. Walhal 2-3 episod baru dia tengok. Curlasst sungguh Degawan Che Lah. Tapi seriosly....aku memang ternanti nanti kemunculan dia kat TV lepas ni. Harap harap dia muncul dalam segment masakan dia sendiri.."Ketuk ketuk Kuali Che Lah"..

Dengar citer malam tadi dia muncul kat ERA erk?... amboi CheLah ...statement maut gitu....

Korang rasa Ah Hong layak ke jadi Icon Masterchef kalo di tengok apron dia tu. Hygiene kelaut okeyyy.
Cuba telek sket gambar kat atas tu. Tak selera kalo tengok cara dia masak. Camner nak jadi Juara Masterchef 2..... Soooooooo apa lagi...

Go Izyan Go..

Wassalam...

2 comments:

Sue Saari said...

kenapalah si minah lempeng tu yg tak terkeluar??nina tu buat dessert kelasss wooo...chantekkk pun yer..no 2 perempuan chantekk leh masak selepas Che lah..kih3... ;)

aCik Anie said...

terbukti sudah ..perempuan cantik pun pandai masak tau