Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)

Wednesday, November 28, 2012

Crepe Durian & Masterchef2

Assalamualaikum.....

2-3 hari lepas perasaan membuak buak nak merasa crepe dorian. Kata kau pemes sekarang ni crepe dorian ni kan.. Lantas i pun cuba untuk mencuba....adakah sesedap yang digembar gemburkan....Bila dimakan...

eeeeeeeee.... tak sedapnya... 

Tekak aku la. Tekak orang lain aku tak tau... Semalam sampai la kat tangan aku. diordernya Jumaat minggu lepas. Yang ni aku beli dari kawan pada anak kawan aku.. Paham?.. kawan anak dia tu satu tempat kerja ngan anak kawan aku ni..*mesti tak paham. Tak per ..abaikan kawan atas kawan tu.


Dengan dia ni aku hanya dapat 5 ketul jer 10 henggit. So bawak balik ..simpan nak makan dengan orang orang tersayangla. 5 ketul tu habis licin. Aku seketul jer. Takleh nak sumbat banyak la. seketul tu pun seket sket aku makan... bukan berjimat takut habis..tapi sebab aku rasa lain macam jer. Kan inti dia krim ngan durian jer...so aku rasa kombinasi antara krim dengan durian tu tak berapa nak serasi. Di tambah pulak dengan kulit dia yang lembik tu. Kalo di masinkan sket kulit dia tu ok kot.. tawar heber jer. Mungkin boleh crunchy kan sket kulit dia tu baru rasa sedap sket kot... * komen ala ala chef jubir. Pui.......


2 ketul Ajeed yang makan. Dia kan hantu durian..so boleh la tekak dia terima . I seketul jer dah muak ok...dan seketul lagi adik aku makan...

kalo kat kampung doyan ni Ma dah buat tempoyak ni....
(setelah ditranslit) Lagi teruk komen dia. Dia ni lagi la. Benda benda pelik sket nak kasi dia rasa siap berperang dulu. Baru dia akan rasa. Susah nau nak bagi rasa.

Seketul lagi untuk ayah aku..Part ni yang best....

Kuih gapo nih....
berapa nih banyak ni..
2 ringgit seketul..?
umppp mahal nyoh....

Lagi curlasst komen ayah aku....kemain lagi soalan dia lantunkan..
Rupanya Indah rupa dari rasa......Tapi kalo nak merasa apa salahnya.. Cuba kan?..tak mati pun. Kesimpulannya Crepe durian ni takkan dapat berdiri sebaris dengan kuih koci ker..kuih talam ker... tepung gomak ker.. Bagi aku la. Lain orang lain citarasa tekaknya...

Rasanya lepas ni tak order lagi kot. Ataupun kalo order pun ngan orang lain. Nak rasa air tangan orang lain. Tapi aku rasa macam senang jer kalo buat sendiri..Allaaaaaaa cam buat lempeng jer la. Etiqa mesti expert buat ni. Lagi 1 kalo dimakan sejuk sejuk maybe sedap kot. Baru terasa kewujudan krim tu ...ala macam makan eskrem la rasanya.

ok..dah..masuk part peberet plak..... :)

Ihsan Forumcari.com

Malam tadi mati mati aku ingat Izyan yang keluar.. Nasib baik la si Nina, sebab naluri hatiku berkata Izyan yang bakan jadi Juara Masterchef 2. Bukan Ah Hong OK...Tak sangka plak ayanh aku pun turut ternanti nanti cerita masak masak ni. Dia panggil citer masak masak . Dia tak tau Masterchef tu apa.

yang rambut merah tu takdop?

amboiiii ayah aku.. Che Lah jugak yang dia kenal... Kan aku kata CheLah ni glemer. Dari anak aku si Hafiy tu hinggalah Ayah aku. Walhal 2-3 episod baru dia tengok. Curlasst sungguh Degawan Che Lah. Tapi seriosly....aku memang ternanti nanti kemunculan dia kat TV lepas ni. Harap harap dia muncul dalam segment masakan dia sendiri.."Ketuk ketuk Kuali Che Lah"..

Dengar citer malam tadi dia muncul kat ERA erk?... amboi CheLah ...statement maut gitu....

Korang rasa Ah Hong layak ke jadi Icon Masterchef kalo di tengok apron dia tu. Hygiene kelaut okeyyy.
Cuba telek sket gambar kat atas tu. Tak selera kalo tengok cara dia masak. Camner nak jadi Juara Masterchef 2..... Soooooooo apa lagi...

Go Izyan Go..

Wassalam...

Tuesday, November 27, 2012

Alahai.. Tak Bestnya

Assalamualaikum....

Malas nak update blog ni... tgh bersedih Che Lah kluar semalam. hehe...Tak berseri la Masterchef malam ni. Daya tarikan nak tekan channel 104 kul 9 malam ni dah takder.

Korang tengok tak semalam?.. sedihnya ... nak nak masa Che Lah cakap mintak halalkan segala makan dan minum sepanjang dia dalam MCM tu.. Sian dia kan?... Naperla Si Minah Lempeng tu diorang simpan sampai ke top 4. Betulla apa kata Nora..Elok lagi "Playsafe" daripada mencuba untuk mencipta sedikit kelainan. Paling tidak pun komen dia...

kombinasi 2 gabungan ni tak menarik.. tak masuk.....atau
terlebih masin.... terlalu manis....atau..
udang ni keras...overcooked..

Takkan ada komen positif la.

gitu jer la....empp........... malas la... nak komen lebih lebih. Sebab aku pun bukan pakar sangat. Masak singgang jer reti. Kalo aku masuk MCM ni gerenti dapat tittle Si Minah Singgang.. Konperm.

 Pic ihsan dari Forumcari

Nah.. Sebagai tanda kenangan dari Che Lah...
Tak agak agak pavlova dia. Sebijik sbijik stroberi kat atas tu. Tercekik la Chef Adu tu nanti.
Puasa tahun depan mintak Che Lah buat program masakan dia sendiri..
 "Meh Che Lah..Tolong Masak"..gantikan "HEllo Bro Tolong Masak... Bagus gak cadangai otai kita kat forumcari ni kan. Takppun dia boleh jadi assistant Sheila Rusly ke dalam ketuk ketuk ramadhan..sure Che Lah dengan gediknya..

Ketuk ketuk Ramadhan tau..jangan ketuk ketuk kepala Che Lah.. Tak sesuwey thauuuu.... "

Malam ni turn Izyan plak...
Jangan risau...Si Minah Lempeng top 4 okeyyyy..

Wassalam


Friday, November 23, 2012

Sesat

Assalamualaikum...

Mai sini chek nak habaq sikit.. Aduahai Ayahanda kesayangan hamba...Masa balik kampung hari tu aku ada bawak dia datang sini. Kesian gak kat dia kan. Bawak la datang sini ambik angin KL. Walhal angin kampung jauh lagi bagus dari angin sini. Bagi kita.. bagi dia mestila terbalik kan?


Masa lunch tadi aku lari balik rumah kejap. Ingat nak masak nasik. Yer la..asyik nasik bungkus jer..jemu gak dia nak menelan. Boleh plak dia tersesat masa balik solat jumaat tadi. Patut la kul 2-00 takder sampai sampai lagi. Aku dah siap makan dah, siap bertambah lagi dia plak tak balik balik lagi. Tergerak hati aku nak intai kat luar rumah. Aku tengok dari jauh dia boleh patah balik..tak tau nak pegi mana. Menjerit kat tengah jalan panggil nama dia. Takkan didengar la jawabnya... jaraknya dalam 100m gitu. Jauh gak kan?

Aku apa lagi start keter ikut dia dari belakang.. sekejap jer dah hilang..cari punya cari elok jer aku jumpa kat tengah tengah meja banyak banyak ni tengah hirup Milo Ais uollss...Fuhhh lega tekak ..sejukk jer...
aku tanya dia..

naper ayah patah balik..
aku tak jupe (Jumpa) cari rumoh mu..
Laaaa... sterik (jalan terus) jer tadi...
dop jupee ehhhh (tak jumpa la)

Masa kat kedai tadi aku just bagi direction jer la..ikut jalan mana sebab aku kejar masa nih. Lebih seminit masuk kat sini kena potong 20 henggit. Soooo aku bagi tau gitu jerla.. was was jugak. risau pun ada. Aku cakap kat dia selagi tak jumpa rumah yang ada gate biru jangan patah balik. Dah jumpa gate biru..haaaaa sebelah tu la rumah anakanda.

Dalam kul 2-20 aku dah sampai kat tempat kerja , aku cuba call balik. Tak terangkat pun handphone dia. Sebab handphone dia tak bawak pegi masjid. Risau lagi sekali. Tapi takper.. rilex dulu..pastu kalo kul 3.00 masih tak sampai sampai rumah lagi ingat aku nak ambik time out la hari ni. Pastu dalam 2-30 cuba call lagi skali..

Alhamdulillah ... selamat sampai rumah..
Ayah..ayah...
Sekian
Wassalam..........

Kenapa Hafiy suka tinggal Kampung?

Assalamualaikum..

Lambatnya menunggu hari minggu.  Ahad ni adik aku nak datang sini hantar Hafiy balik kepangkuan ayahbondanya ni. Ekceli Hafiy sekarang ni tengah seronok berjimba bermain pasir kat kampung.
Nak balik Kajang hari tu jenuh aku memujuk dia... Haremmmm..takdernya nak dengar. Dia kenakan si Ajeed lagi ada la..

Abang..jom la balik Kajang...nanti kita pegi makan MCd
Babah balik dulu..pastu babah beli Mcd..pastu babah balik sini balik..

Hambik mu.. pandai dia susun strategi. So takkan nak paksa heret dia masuk keter la kan. Biarkan ajer la. Aku pun terus keluarkan balik sluar baju yang dah siap packing masuk bag ni. Sekarang ni tiap tiap malam paksa pakcik dia call aku tanya bila nak datang bawak Mcd..

Nakkk...sekarang musim boikot mcd nakkk..........sabar yer nak...

Banyak sebab kenapa dia suka tinggal sana.? Salah satunya.sebab budak bijak kat bawah ni


Pertama sekalinya ofcoz la sebab geng bas sekolah dia ada sana. Siapa lagi kalo bukan si Adam Lambert.
Budak ni..Ya ampun..cakap macam orang tua dah sekarang. Biasala kan? budak kalo dah terbiasa dalam persekitaran orang tua. Mak aku yang bela dia.. Sekarang ni loghat pun dah pekat sangat. Kadang kadang buat aku tergelak dengan jawapan selamba dia. Contoh macam ni la kan. Aku mintak botol susu dia nak basuh.. tapi dia tak suka,,sebab dia yang nak buat sendiri..tapi kita plak yang dia salahkan cakap kita yang tak nak dengar cakap dia...Walhal dia yang tak dengar cakap kita. Kalo korang dengar dalam loghat kelantan dia lagi pecah perut.


Dan dia jugaklah selaku Ketua Geng Bas Sekolah yang sebulat suara dipilih oleh Hafiy. Hafiy ngan Hadif biasanya akan jadi kroni dia jer. Mengekor ke mana saja dia pergi. Meniru apa saja yang dia buat. Maklumla Taiko..



Sebab ke-2.. dia boleh main pasir sesuka hati dia tanpa ada sebarang amaran dan teguran. Pendek kata semua mainan lori yang ada dalam rumah dipunggah untuk projek main pasir dia. Budak ni kan..ko tak payah la sakit tekak nak melarang dia itu ini. Takdernya di dengar.. percaya la. dia buat derkkk jer. Buat sakit tekak kita jer nak sound marah marah bagai. Aku senang jer. Ko nak main sangat kan...main la..jangan ko telan pasir buat nasik sudahlah...Petang nanti baru mandi. Sehari mandi 2 kali jer. Pagi sekali dengan malam sekali. Sebagai bukti suara aku ni tak laku.. lihat aksi di bawah.
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
'
"

Siap buat aksi bila aku panggil. Beza saiz badan yang paling ketara. Walhal dia ngan Hadif sama baya tau. Beza sebulan jer. Tapi kemain lagi sihat membesar bagai johan. Ngan Hafiy pun kalah Hafiy. Berkat makan nasik ngan budu kot. Lagipun semua jenis makanan dia bedal jer. Takder sekatan. Tapi dalam dalam bedal semua jenis makanan pun kat skolah tadika dapat anugerah GIGI PALING CANTIK. Dapat hadiah ubat gigi COLGATE ngan berus satu. Jadilah kan?..hahaha.


Satu lagi aksi taiko yang teruja bila dapat tiup kek...Ekceli bilik hari tu aku ada beli kek untuk celebrate bufday Hadif ngan Adam ni. Macam yang di jangka la.. Taiko punya teruja tu. Tapi puas hati tengok dia makan kek.. Beria bebenor. Paling bagus tak membazir..licinnnn di makannya..

Ekceli ..aku ni ok jer kalo Hafiy lama kat sana. Bukan apa..aku nak ajar si adik ni berdikari. Biasa kalo abang ada kat taska sesuka hati dia jer di buli abangnya. Nak mandi baju slua dibagi kat abang suruh masuk beg. Tak nak dia buat sendiri. Abang plak jenis yang "Protective" sket.. Sooooo buat jer la apa adik suruh. Dalam seminggu Hafiy takder kat taska ni sikit sebanyak boleh ajar dia berdikari. Tapiii... jenuh gak la nak memujuk dia pepagi sebab dia tak nak pegi taska..Abang takder.. Aku buat tak tau jer... tinggal macam tu jer.. kejap nanti elok la tu.


Hadif ni jenis yang cembeng sikit. Tengok ni la.. Naik benda ni pun nak nangis  Tak paham ku.. orang nak kasi cergas otot tu sket pun nak menangis... Tak paham..tak paham..

Perut tetiba nyanyi lagu keroncong untuk anie.. maka aku kena stop kat sini. Nak selongkar celah celah laci mana tau ada benda yang boleh di ngup ngap..

Sekian 
Wassalam..


Thursday, November 22, 2012

Kesian Dean :)

Assalamualaikum..

Tengok tak malam tadi MCM..kesian kan Dean...airmata jantan dia keluar. Merembes kesedihan..Nampak sangat tahan sebak tu... kalo takder orang mau terhinguk hingguk dah kepala kot. Paling tak tahan bila bercucuran airmata juri 3 orang tu masa Dean buat ucapan selamat tinggal.


Bila tengok reaksi Dean malam tadi.....Alahai..sopannya...anak saper tu erk?..sempat cium tangan ke-3-3 juri tadi sebelum keluar.

Patutnya Etiqa tu la yang keluar, macam pilih kasih jer Chef Joe ni, .tetiba Chef Joe plak.. Yer la kalo diperatikan...Dia tu tau buat lempeng jer ker kerjanya... Menu recycle uolsssss..Takpun aku syakla dia sekarang baru tahu buat lempeng, so tengah berbangga dengan diri sindiri sebab tu kemaruk nak masak lempeng jer kekdahnya...Lempeng jer manjang, buhsan tau...

Hari tu lempeng ngan Bilis (out)..lepas tu plak Lempeng balut ngan Pasta tu kan kan (OUT jugak)...kali ni plak Lempeng warna kuning tu plak. Airyorrkkk...ETIQA LEMPENG la aku taruk nama dia.

Dah..sesi luahan berakhir..

Wassalam.....

Crepe Durian

Assalamualaikum....

Atas permintaan...entry ulangan pasal crepe durian...
Tak sangka ada plak orang yang terliur tgk crepe dorian Huda ni...
Saper nak oder sila la ke sini...


Aku penah survey la ... kat Huda ni muarh sket kalo nak compare ngan tempat lain
6 ketu 10 henggit murah la kan?

Dulu aku penah order cupcake untuk majlis tunang adik aku..
Nak tgk rupa dia tengok kat sini

Makan Lagi?

Assalamualaikum..

Citer makan sesajer...
Biasala..kalo dah balik kampung ada jer makanan tradisi yang terasa nakkkkkkkkk sangat di makan. Ajeed pun sekarang dah mula suka dengan makanan kelantan ni. Walopun duk membebel manis.manis..tapi nak jugak di cubanya.


Balik hari tu kan musim doyan.. apalagi...Pulut Doyan la.. Durian yang gugur sebijik jer pun. Tapi sebab takut dah tak jumpa dengan doyan lagi lepas ni makan buatla Pulut Durian mak aku tu tadi. Orang paling paling hepy saper lagi.. Si kencing Manis la.. Ayah aku.

Aku saje je taruk 1 senduk..lahai...sikit jer nak kasik dia rasa takut kempunan kan plak.. terkebil kebil tgk kitorang makan kesian plak Tapi kan... Takdernya cukup.. habis sepinggan tadi dia bangun cedok sendiri 2 senduk lagi kat dalam periuk. Takper la..makan jer la ayahanda..tak payah pantang pantang. Jangan risau..malam nanti kita cucuk jer insulin. Paling teruk pun malam nanti bangun kencing jer 2-3-4 kali. Small the matter jer tu.


Ayah aku ni dah tahap cucuk insulin dah. Ubat biasa bagi dia dah takder kesan. Masa aku ikut dia tu kencing manis dia masih boleh di baca...18... belum HI lagi. Tapi kan doctor sendiri cakap dia prefer ambik insulin jauh lagi bagus dari ambik ubat.Sebab nanti kesan pengambilan ubat dalam jangkamasa yang panjang boleh effect ke ginjal. Lagi bahaya wooo... kan tak pasal pasal kena buat dialisis 3X seminggu. Naya kan?.. dah la sakit?,... sakit ker tak erk?.. Tapi sebelum dia effect ke ginjal kesan ubat tadi boleh ganggu urat urat saraf kita. Sebab tu mata boleh rabun... kaki tangan selalu kebas. Banyak gak la aku bersoal jawab ngan doctor.

Tapi ayah aku elok jer.. releks jer.. macam tak risau langsung.. Nak nak plak dia jumpa geng dia .. siap cakap lagi..

ambe takdop pate pate (pantang) pung...

oiiii lagi la senang hati ayah aku dengar statement macam tu.... sebab tu dia selamba jer pulun makan benda benda manis. Tapi kalo ikutkan pantang memang sampai bila pun takkan dapat merasa nikmat makan la. Takkan sampai sudah nak kasi dia pantang kan?


Lepas tu pulut yang balance makan ngan durian tadi mak aku kacau buat nasik manis.
Bertambah tambahla hepy si kencing manis...Memang manis giler ok..tahap kemanisan makin terserlah bila putut tu dah sejuk..berkerak kerak gula tadi tu timbul.. Mak aku tertumpah gula la agaknya masa mengacau tadi..Sambil makan sambil berkata si kencing manis ku tadi...

takleh tak makan benda manis...nanti pese (pengsan)..

Yer la ayahanda..anakanda tak marah pun...nasihatttttt....Padahal dah memang "Pemanis Tegar". Ada jer la alasan dia. Selagi hayat dia ada... biarlah.. pada aku nak pantang sangat pun takder gunak gak..Urusan sakit mati sihat tu semuakan kerja Allah Taala. Betul tak?

Wassalam...

Wednesday, November 21, 2012

Ingat Masterchef Ingat Makan.........

Assalamualaikum..

Boring..Boring... boring tahap jingga dah ni..Ngantuk plak satu hal..Dah berapa kali menguap ni..naik lenguh dah mulut asyik menguap jer nih. Kepala plak terbayang nak merasa Crepe Durian... Ingat berkumpul ramai ramai nanti leh la order 12 ketul. Boleh merasa sket sorang.


 Kredit pic: CupcakeHuda..

Malam tadi tengok Karipap Gergasi CheLah.. Terliurrr jer... Chef puji sedap... firstime tengok org buat karipap pakai telor mentah and lepas tu baru goreng. Tu yang buat kerangupan dia terasa tu...ermppppp sedappppp... Hidup takder pikir lain...asyik fikir makan makan makan.. Membebel untuk diri sendiri. Pastu bila perut dah buncit mula lah menggelabah cipan.

 Kredit pic: Forumcari

Tak sabar nak tunggu Masterchef malam ni. Agak agak saperla terkeluar malam ni... Firasat aku Dean... Conpem..Korang plak?.. agak agak la saper... Tengok crepe jem yang along buat tu pun leh tahan merembes air liur aku nih..eeeeee semua sedapppp.... dap dap dap..

Kredit pic: Forumcari

Conpem Dean malam ni..Cehhh...
Sekarang tengok Dean takder la laser sangat. Kalo dulu saper yang tak pernah di kutuk.. Sekarang tutur katanya semakin berlapik dan tersusun. Ermmm....Paling mahal dagu lekuk dia tu.. Orang kata dalam laser ada manisnya...yer dop..........

Kredit pic: Forumcari

Dah la... nak sambung telek crepe durian nih..Tak sabor nak ngoder....
Makan sajerrrrrrrr.................
Wassalam...


Musim Buah Kembali Lagi

Assalamualaikum.....

Dulu dulu kalo nak tunggu musim buah memang bercinta la jawabnya. Punyala lama nak tunggu hujung tahun tu kan?... Tapi sekarang ni tak payah nak menunggu musim...dalam stahun tu 2-3 musim buah ni datang. Itu kalo kat kampung. Kat bandar ni lagi la.... sepanjang masa ada. Rajin ngan tak rajin jer nak gi rayau kat pasar malam tu.. Apa susah kan?.. Thailand sana nun teknologi nak hasilkan buahan bermutu sepanjang tahun kemain lagi canggihnya. Durian takder bau pun boleh jumpa sana. .. Korang pernah jumpa...Pernah..?.aku pun tak pernah. Dengar citer je la. Tapi kan takut jugak dengan racun racun kat sana. Penggunaan racun kat sana kan tak terkawal. Sesuka hati diorang jer nak guna banyak mana..No wonder la buah buahan yang datang dari sana semua comel comel dan gebu gebas sangat. Tapi awasssss, blom tentu selamat tau.


Kalo kat dusun sendiri sah sah la selamat. Sebab guna baja buah jer paling tinggi pun. Racun serangga tu lantakla.. Makan jer la. kadang kadang tuan takleh makan lutong ngan "bakabiki" dah rasmi dulu. Takperla.... berkongsi sesama makhluk tuhan. Halalkan jer la. Teringin gak binatang tak tgk rambutan yang merah merah ni

Saper saper yang balik musim ni memang muntah buah la. Pagi breakfast ngan buah rambutan dulu..tengahri lunch ngan manggis..petang plak ngan doyan..malam nanti duku dokong plak. memang berah buah la jawabnya. Syukurla..rezeki tuhan. Kan tahun depan tak kuar buah terlopong plak nengok dusun orang lain.


Kat kampung aku ni pesennya satu rumah satu dusun..ada gak kaya raya berekar ekar dusun diorang. Bagi kami apa yang ada sekeliling rumah dah lebih dari cukup. Hilangla kempunan nak makan buah tu. Yang kat dusun biasanya mak aku pajak jer la... kat sini sepohon rambutan sekolah tu 50 henggit... Kat sini ada tak korang jumpa semurah itu?.. Doyan plak sekilo 1.50.. mak aiii...rasanya penat nak mengutip bawak naik bukit tu tak berbaloi dengan rege yang bakal dapat tu. Sudahnya pajak jer la ngan pohon pohon. Jangan diorang tebang ngan pokok pokok dahla.

Orang yang paling teruja balik kali ni Ajeed la.. Makan rambutan sampai sakit gigi. Jam jam tu nak gi cabut... bagi panadol tidor kejap...elok... terus lupa nak gi cabut gigi. Sayang plak kat gigi dia. Hadap doyann balik..

ishhh..rugi.. rugi...
takyah la..kan sakit lagi gigi tu...
Ahhh.. makan jerla...



Kunyah jer pakai gigi depan..terus telan. Lepas ni dah balik Kajang takkan jumpa doyan sedap ni lagi... Pandai jer aku menghasut. Doyan ni masa aku balik takder pun gugur lagi.. Yang ada sebijik 2 tu mak sedara aku punya. Suka hati mak aku jer pepagi kutip bawak balik rumah. Dia plak ada 2 pohon jer yang berbuah..

kesian moksu nak makan buah..Ma jer yang kutip ni..
alohhh nanti bayar la.. buah kita luruh bagi dia plak..
ooooooooooooo gitu...


Manggis plak tak masak sepenuhnya la. Dalam sepohon tu ada la 5-6 bijik yang warna pepelnya. Yang lain putih jer lagi kalernya. Masa ni la seronok nak memetik. Sebabnya macam treasure hunt plak kan?. mencari benda tersembuni warna pepel di sebalik daun daun segar yang menghijau... kemainnn....


Duku dokong pun sama...kuning jer tapi masam giler. Mak aku cakap sekali masak baru. Dia nak 2 kali masak. Tapi sebab pelahap nak makan buah tahap jingga..blun jugak la..sebijik manis..2 bijim masam sket.. masuk bijik yang ke-3 terus luka lidah. Masam siot.


Paling best buah rambutan... memang kenduri rambutan kitorang haritu. Bukan rambutan anak sekolah tapi rambutan cik embun dalam ertikata lain. geh..geh...Bahasa kami plak Moktan Cikmbun Spesis ni memang sedap..manis dan rapuh. Nak nak ko makan di pagi hari...pastu petik plak ngan tangan dari tangkai dia tu...heavennnn................... kalo banyak banyak tak best.. hilang dah manis dia tu..cewah..


Pokok depan rumah tengah masak ranum.. tapi bahagian atas atas sana nunnn.. Hujung hujung dahan. So satu cara yang paling berkesan adalah naik tebang dahan yang banyak buah. Itu kerja adik aku. Aku tukang makan ngan kutip kat bawah. Hafiy ngan Hadif paling hepy... jakunnnnn...



Dapat gak la 2-3 dahan. Puas makan....

Jom la berehat kejap..Penat
Wassalam...

Tuesday, November 20, 2012

Layan...

Assalamualaikum..

Naper erk.. rasa lemau jer petang ni...

Jom la.. layan video Hadif joget sambil pakai spender..
Ekceli ni la lagu nasyid yang dia nyanyi ramai ramai hari tu masa majlis konvo kat skolah Hafiy..
Sebelum dengar muzik sebenar aku tak dapat tangkap melodi dan lirik dia camner.. Dah dengar hari tu baru tau..

best jugk lagu dia.. tapi dalam versi Hadif macam ni la...


Canner.. cekci tak saya nasyid pakai spender...baju singlet.
tepuk tepuk dada tu yang paling tak menahan...
aduiiii...

Wassalam...

Assalamualaikum...Peewittttttt.......

Salam sekali lagi uolsss...
Perghhhhhh.......... lama giler cuti...(seminggu jer pun). Budak sekolah dan cikgu cekgi yang best la kan?..sebab dapat cuti lama sket . Balik kampung la.. apalagi..prfttttt.... Tapi kan ..ada gak cikgu yang kena jaga exam. Soooo cuti mereka mereka ni mungkin pendeklah sikit kan?. Takper la..atleast ada gak cuti.. Dari takder langsung..sangap jer kat tempat kerja. Macam aku ni la... contoh paling dekat. Tapi tetap bersyukur sebab aku dah pun balas dendam balik kampung makan buah pagi petang siang malam. Perghhh..

Sabtu ngan Ahad kerja mendobi tak habis habis...... kain dah bertimbun meronta ronta mintak lipat...Tak suka tinggal rumah bersepah ngan kain baju... atleast basuh sumer jemur dalam rumah pun ok..

Ekceli Ahad minggu lepas aku gerak balik Klantan. Sabtu cuti ku terbuang macam tu sajer.. siyes..rugi..rugi...
Tapi takperla..atleast aku boleh settlekan kerja rumah dulu. Ajeed cam biasa la..kerja kerja kerja..hingga ke saat saat terakhir. Hinggakan nak basuk keter pun tak sempat. Tu sebab la Ahad tu kul 1 petang baru terhegeh hegeh nak gerak kluar KL.. Takperrr.... cuti panjang kata kooo...

 kemain sedap lagi sambal sotong aku.. sudahnya jamu kat ayam itik jer.. mak ayah aku lagi la.. nak sentuh sotong kembang macam ni... ermm..haremmm..lagipun kat Klantan mana ada jual sotong kembang camni.. blom aku jumpa.. so..diorang jeling jer la.. paling tidak pun kuis kuis ngan sudu jer la...

Sabtu tu sempat lagi prepare lauk untuk di bawak bekal sepanjang perjalanan. Biasanya..aku ngan anak anak jer syok sendiri plan nak berenti situ sini makan tepi higway..makan stesen minyak bagai. Ajeed non hado nya... leceh la..susah la.. malas la....nak kena basuh tangan...heyyy..susah susah.. sudahnya..bekal tinggal bekal jer la... Meratah la muruku sepanjang jalan. Kata cuti Deeeeeeeeepavali kan?.. makan la meruku sepuas hati kami anak beranak. Ajeed cukup dengan bekal nescafe panas satu termosss...pun dah cukup..stress Acik..nak feeling feeling piknik tepi higway pun sosahhh....


Dreber makan muruku sepanjang jalan..hilang gak rasa mengantuk... Aku offer nak drive kesian tgk dia penat. Takdenya di bagi.. katanya lagi tak boleh tido kalo aku drive..hamboikk... tak yakin ngan chekk ker?..

Sepanjang perjalanan gerak keluar dari KL lancarrrr jer. Best..keter tak banyak sangat. Mungkin ramai dah gerak balik bercuti Sabtu lagi kot. Tidak pun sebelum tu lagi..kan skolah dah start cuti. Sooooooo enjoyyyyyyy dalam keter sambil makan muruku.. Anak anak plak sepanjang perjalananan..alhamdulillah.. agak behave perangai masing masing.. sebab aku umpan ngan Angry Bird..hahhahha... sonang ibu ko nak membuta.... Aku layankan ajer karenah diorang.. lantak la korang nak main sampai habis bateri pun..nasib baik bateri habis reti plak diorang diam... akhirnya penat sampai tertido......

 Anak anak aku ni dua-dua tido mata terbukak.... orang kata degil..yer ker?...setengah orang macam pelik jer tgk diorang tido mata terbukak.. aku ok jer..sebab aku pun sama..tido mata terbukak... degilkah aku?...

Alhamdulillah..dalam kul 6.30 selamat sampai di daerah kelahiranku..eh aku lahi KB..daerah tempat aku membesar. Masuk jer sempadan Kelantan hujan selebat-lebatnya.. alaa tak best la... susahla nak buat aktiviti jalan jalan carik pasal.


Lega..syukur.. hepy..penat...semua bercampur menjadi satu. Sampai jer rumah aku...gelap gulita..lampu sebijik pun tak terpasang dalam rumah...

assalamualaikumm..... (tangan dah pulas tombol pintu nih)

Targetnya dapur la.. nak intai jeling jeling dulu apa menu yang bakal diserbu sat lagi. Masuk masuk jer Elok tgk mak aku tgk berdakapan mesra ngan cucu kesayangan dia kat atas katil kat dapur sana nunnnnnn....

Ingat mu tak jadi balik.. Ma tak masok la...............

Aduh Ma weyyyyyyyyyyyyyyy................laparrrrrrrrrrrr niiiiiiiii.......... Kelam kelibutla kami mengerjakan apa saja yang ada kat dalam petiais tu. Sudahnya jumpa sup  tulang gearbox yang stok raya haji punya dulu....Lantak la..cuba kira raya haji berapa haribulan...kami balik11/12 ..... tapi aku modify sket tambah sebungkus lagi sup bunjut..... blruuuppppp.........janji kenyang...

Alhamdulillahhhh

Wassalammm.................

Friday, November 9, 2012

Kuala Krai - Here Im Comessss....

Assalamualaikum..

Entry ni ada unsur unsur berlagak sket...


Ahad ni gue balik kampungs uollss..
So nantikan entry yang menarik sepanjang 1 minggu kat kampung..
Nampak tak buah manggis tu.. itulah trademark kampung ku..

Eh..ensem la Hafiz masa ni kan?


 Wassalam...

Thursday, November 8, 2012

Khamis Dah..Yeahhh..

Assalamualaikum..

Ekceli tak tau nak letak tajuk apa.. so aku main hantam saja lah....
Frust giler malam tadi terlepas masterchef.
Kisahnya malam tadi adalah malam graduation anak jantan saya, so terlepas scene menarik la semalam. Kan betul kan?..Hafiz tersingkir..cuma sebab penyingkiran tu diaorang tak dedahkan la.

kita balik kejap tgk masterchef..pastu habis kita datang balik
abih budak budak ni camner?.. buat ker nangis ker..aper ker?..

Ermm..yer jugak erk.. kerja giler namanya tu. Ingat rumah ngan sekolah tu 2 langkah jer ker.Takper i terpaksa korbankan keinginan i demi anak anak jantan kesayangan i tu . Padahal anak aku tu 4 tahun and 3 thn jer baru pun.. Bukan nak kena naik pentas terima sijil bagai pun. Paling tidak pun ada hanya tarian lompat lompat , angkat tangan goyang badan kanan kiri jer.
 
Paling best Hadif la. Mula naik pentas lagi mata dah melilau cari mak bapaknya. Sekali dia ternampak kitorang tengah peratikan dia.. Apa lagi keras kejung terus kat situ la...  sambil tangan di mulut...mata terbuntang mintak simpati..dalam hati dia.. ambik la aku bu..bawak turun la aku bu... agaknya la...sampai habis lagu dia berkeadaan begitu.. Korang boleh bayang tak?. Tapi kan aku ni kira masih bersyukurla sebab dia tak melompat turun pentas. Kalo tak malu weyhh.. anak saper la ni.... Anak Ajeed....* lariksss. Tapi bila semua dah siap lagu dah habis..elok jer dia menonong kluar barisan nak kluar cari kitorang... nasib baik ada org perasan, terus diorang tarik tangan Hadif pergi belakang pentas.... aku menunggu dari jauh tengok jer gelagat dia...Macam mana nak kasi dia tak jakun nemgok orang ramai erk?. Ada tips tak..?

Citer details pasal ni aku buat kat next entry yer kalo rajin.
Aku nak cerita pasa Masterchep ni.... Tak sabar...meruap ruap dalam hati nak mengumpat a.k.a mengutuk si Hafiz.


Malam tadi betulla..Kumpulan Merah yang menang lagi... Memang Team 3 serangkai ni (Che Lah..Ammar..Cikgu) kalo bergabung mesti menang punya la. Dont worry..dalam kalut kalut..gaduh gaduh pun ..the end mesti diorang menang. Merah warna keramat untuk trio 3 serangkai ni kot. Walopun mulut Chelah ni bising..Tapi betul la kata CheLah.. diorang tahu buat kerja masing masing . Jangan risau..Hamboi CheLah...konfiden yer. I suka.


Macam yang dicanang kat Forum cari betulla ..Hafiz yang keluar kan?..Dah tau dah.. macam sia sia jerla diorang tarik masuk balik minggu lepas. Buang karen jer la. Kejap bebenor dia muncul. Aku pun heran naper dia buat kerja menipu ni untuk kali yang ke-2..tak malu ker?.. Nampak sangat la dia ni takder integriti kan? Tapi kita pun tak tahu sejauh mana kebenaran cerita penipuan dia tu. Malam tadi pun dia tak bongkarkan.. so kita tak boleh nak judge dia lebih lebih hanya berdasarkan kepada khabar angin saje.unfair okkkk..

Makin lama makin kurang peserta MCM ni. Maknanya makin hampirlah diorang dengan Final.. Gerenti dup dap dup dag jer jantung diorang...tapi yang terlebih dug dagnya yang tukang menengok ni. So yang tinggal lagi Fizuan, Che Lah, Eida, Dean, Nora, Nina, Etiqa, Ammar, Ah Hong dan Izyan. Saperla Juara itu kan? Tak sabarrr nak tengok. Jangan tiba final aku masih kat kampung lagi dah la.. Nangis nanti. Asteruk kat sana takder wey.


Tapi kan aku dengar dengar citer lepas ni Fizuan yang keluar.. lepas Fizuan diorang cakap Che Lah uolsss Che Lah... Habisla.turunla rating kat asteruk lepas ni. Paling tak best.senyap sunyila dapur masterchef lepas ni. Dah lagi lagi tak best bila takleh dengar komen Che Lah yang gelak gelak manja setiak kali bagi komen..perasan tak.  dengan liuk badannya..alahai.... mesti cikgu ngan Ammar tak ceria lepas ni... Tak berseri uolls kalo Che Lah takder....

Pic kredit Forum Cari..

Wassalam

Wednesday, November 7, 2012

Sweetnya Che Lah

Assalamualaikum..


Aku rasa Cik Lah memang gedik natural la. Tengok gaya dia lari pun dah manja uolsss. Kepit gitu...
Nina plak..dalam ayu ayu pun dia paling depan.

Kredit pic dari Forum Cari dot com dot my
Saja nak membebel gumpat diorang... Selagi Masterchef tak habis selagi tu la aku duk bercerita pasal diorang...

Wassalam


Kawan Lama.

Assalamualaikum..

Firstly nak ucap banyak banyak terima kasih kat My BFF sebab kasik surprise pagi semalam. Seprise la konon.. walhal dah tahu dia kasi hadiah minggu lepas.. Agaknya apa yer kat dalam..Cantik sangat wrapping dia..so nak bukak pun sayang. TQ bebeh.. Moga Allah sentiasa melimpahkan rahmat buatmu sefamily. Amin.


Nih nak citer sikap... Sabtu lepas...tetiba i dapat call dari sambedi yang bukan dari my contast list la. So..saper erk call ni. Nak angkat ker tak.. Kan tak pasal pasal dengan aci membebel... kalo bukan aci yang cal..asooooo plak.. Phone No aku ni familiar dengan warga warga tua okehhh...oh apekahhhhh?

So aku pun dengan berani angkat la..

Hello...ni Norani ker?..
Aa..aaaa..ya saya...naper?
Oh aloh...tak payoh kecek lua la... (alahai..tak payahla cakap KL)


Speking dahhh oiii.......Kalo tak paham baca tulisan hitam yang dalam kurungan tu jer. Aku dah translite sekali.

ok alohh..saper ni..royat la.. (alahai.. ni saper...cakap jer la)

aku ni...XXX pahi.. (ni aku...XXX pahi)

oooooooooo..mu ko... (IC kau rupanya)

Mu ingat lagi ko aku... ( Ko ingat aku lagi tak?)

Ingat bakpo tak ingatnya.. (Ingat.. Naper boleh tak ingat)

Yo ko ingat?.... (Yer ker ko ingat?)

Ingat la....( Ye la ..Ingat)

ok..kalu mu ingat..aku ni mace mana dulu..Aku ni baik ko jahat.. (OK kalo ko ingat,,Aku ni jahat ke baik)

Mu ni baik jgk..tapi kade2 jahat jgk..mu ni PENDEK PENDEK kan?... (Ko ni baik orgnya.. tapi kekadang tu jahat la jgak..Ko ni pendek pendek orangnya kan?


Hah..sekali kan dah kena... saper suruh aku recall baru kisah dulu kala..so secara jujurnya aku bagitau la...keh..keh..keh
Sekali aku check kat FB..jumpa la dia ni.. rupanya JPJ kat Kedah sana nun...
Dalam hati aku..pendek pendek ko pun boleh gak orang terima ko kerja  kat situ. Kiranya dia lagi beruntung dari aku sebab anak dia dah 4... mesti kawin awal ni. Tapi aku lupa nak tanya dia..bini ada brapa.

Kalo di ingat zaman zaman tingkatan 1~3 dulu. Memang banyak sangat kenangan. Dulu kampung aku mana ada sekolah menengah. So kena la ke kampung lain untuk sambung masuk ke tingkatan 1. Kat sini la jumpa macam macam pesen kawan.. Biasa la..umur macam ni kitorang baru nak membesar la katakan. Tapi aku dulu termasuk dalam kategori yang suam suam kuku jer la. Takder la hot macam goreng pisang panas. Kira macam kawan sekelas jer la kenal aku. Kalo yang dari lain lain kelas tu haremmm...

saper dia ni erk... dari sek mana yer.. 

Paling sadis mungkin langsung orang tak tahu kewujudan aku kat situ. Pastu masuk masuk jer sekolah situ dapat plak kelas Perdagangan 2. Kalo Perdagangan 1 tu sah sah budak yang bijak..smart.. dapat 5A confirm UPSR diorang. So possibility untuk dikenali dan glemer adalah lebih 95%.

Tapi itu semua tinggal kenangan terindah dalam lipatan memori aku. Tambah lagi aku kena quarantine kat ASPURI. 2 minggu sekali baru boleh balik rumah. Dari siu aku dah mula belajar berdikari. Keseorangan...Nasib baik ada kawan kawan yang baik hati. Sweet Memory gitu..

Ok la.. Itu sajer.. Wassalam.

Tuesday, November 6, 2012

Sembang Sembang

Assalamualaikum..

Sejuknya petang ni.... teringat ubi kayu cicah kelapa jer la musim ni. Sedapnya.... Satu lagi kalo musim banjir ni mesti PUTU HALBA akan muncul. Minggu depan aku balik kampung. Ada rezeki untung untung boleh makan putu halba. Lagi sedap dari putu bambu ok.

Malam tadi korang tengok tak MCM?. Aku macam yang di plan la. Nasib baik l anak jantan sporting giler. So dapat gak la tgk saper yang layak untuk di serap masuk semula. Kalo di kira markah Along kan?.. Tapi Chef sumer baik hati.. so dua dua dapat. Kalo di ikutkan dish diorang malam tadi macam 2-2 ada kelebihan..Diorang pun susah sebenarnya nak bagi markah. Bila di kira purata yang membezakan pun sikit jer.


Masa chef bagi apron kat Along aku tengok muka Hafiz dah len macam. Sedikit frust kot. Tapi bila chef umumkan Hafiz pun layak masuk.. apalagi ...peluk sakan korang yer.

Tak sabar nak tunggu malam ni plak. Katanya Si Hafiz sekali lagi kantoi menipu.. Sepatutnya kumpulan dia menang tau. (BIRU) Atas sebab untuk singkirkan dia....juri terpaksa letakkan pasukan Biru dalam Pasukan yang bakal masuk ke pusingan penyingkiran. Masa ni la Hafiz akan di singkirkan..Betul ke tidak wallahuklam.. speku semata mata. Tapi kalo betul la.. Naper la dia suka menipu lagi erk. Kan hari tu dah kantoi sekali. Kali ni pun nak menipu lagi ker? Muka kemain ensem..bulu kemain lebat..tapi kuat menipu.. hilang ensem tu guuuu..


Takper..kita sama sama tengok malam ni yer.
Pic tu sumer kredit dari Forum Cari dot com dot my

Wassalam..


Arabian House

Assalamualaikum..

Jom kita ke rumah arab. Mana tahu boleh jumpa nasi arab sedap..2-3 hari lepas anak jantan gue bersuara..

Ibu.. Abang rasa nak makan nasik arab..

Hamboi tekak hang.. Leh tahan jugak yer. Sejak bila boleh tersuka nasi arab ni. Nasi Arab tu tu apa?.. abang kenal ker?.. Baru ku tahu... rupanya maksud dia nasik arab tu kedai mamak. Aku pun pening, dia nak makan nasik arab ker atau nak makan kat kedai mamak. So Ahad lepas kitorang pegila ke rumah arab tu. Memang berbaloi makan sini.. Sedappp dan paling best murah... Selesa jugak sebabnya smoking area kat luar sana. So kitorang boleh makan dengan tenang tanpa menyedut asap asap yang boleh membunuh itu.

Hamboi ..cakap gaya laki aku ni tak merokok. Merokok..tapi ada zon merokok dia sendiri. Kat dalam rumah tempat yang boleh merokok hanya dalam "Bilik Kebal" dia. Selain dari tu sorry naik lori. dinda tak izinkan.

Ahad lepas kan hujan jer manjang.. dari pagi sampaila ke petang. So nak keluar pun rasa macam takder mood. Nak kuar berjalan berpayung bagai baik tak payah.. so tunggulah hujan reda dulu ..baru boleh cabut keluar. Tunggu punya tunggu dah pun masuk Asar.. lepas Asar terus keluar. Tempat makan dah ada dalam kepala hotak ni... The Arabian House.. Saper nak makan nasi arab sedap..jom la ke sini. High recommended uuuuuuuu. 5 min jer dari rumah aku. Ala..dekat jer..belakang rumah jer.. Kalo korang datang makan sini..jangan lupa..jenguk jengukla dapur rumah aku yer.. Mana tau ada rejeki..boleh makan kek bantat. ngeh..ngeh..ngeh.

Mix Grill = Rm18 jer

Sesampai sana.. wah kemain lagi diorang layan customer.. siap nak bawakkan kitorang payung... Aku cakap.. takper..It's ok sir... Hujan lembu teleng jer ni Sir...Don't worry.. :)  Masuk jer..terus cari port baik punya. Kat sini ada 2 tingkat tau.. Tingkat atas mungkin sesuai untuk jamuan makan makan gathering gathering gitu. Kita yang family kecik kecik makan kat bawah jer la. Kang tak pasal pasal hero hero aku main naik turun tangga plak kekdahnya, maklumla rumah i single storey jewww.

Kabsa Kambing = rm 15 jer..

Menu dah ada dalam kepala... Kabsa kambing untuk Ajeed la..apa lagi. dan aku anak beranak...Mix grill (small) untuk  3 beranak cukup la. Dia ada 3 size..S.M..L..Pilih la ..ikut tekak dan kapasiti perut korang. Memang sedap. Cuba la korang rasa kalo tak caya. Hafiy punya selera.. woy..terkagum kejap...makan beria bebenor..Tak terkata ko. Siap mintak tambah. Sebabnya nasik dia tu pun dah cukup sedap..Panjanggg.aku terpikir gak cara dia masak kat sini tu sama tak dengan cara diorang kat sana.. Alaaa..masak dalam tanah tu. Kalo yer sama..memang berbaloila.. Makan gitu pun sedap. Makan ngan ayam grill tu lagi bertambah sedap. Pastu pandai plak Pak Arab kat sini mix and matchkan dengan citarasa tekak orang malaysia. Dalam nasik tu ada cili padi yang tak dipotong. Mungkin masa masak nasik dia masuk cili tu skali kot. So saper nak pedas..tenyeh jer la cili padi tu kan?. Aku menaip entry ni pun terbayang bayang lagi kesedapan ayam grill dia tu.., Hafiy yang best. Bukan takat tambah nasik jer malah menjilat pinggan sekali.. Caya lah bang...

Makan kami 4 branak RM50 jer pun. Ok la kan.. takderla mahal sangat pun. Dari aku makan McD baik aku makan nasik. Tu pun siap ada side order lagi.. fries untuk bebudak ni. Dia bagi mayonis yang dicampur ngan bawang putih. Tak boleh masuk la ngan tekak aku. Tak sedap. Nak cicah sos..lagi tak sedap. Sos diorang ni..nampak kemain lagi...sedap jer. Tapi tak sama la rasa ngan sos kita. Pedas dia len macam. Pastu terlebih masam. Sos tomato tu sah sah la masam kan?. Sos cili pun masam gak. Makan gitu jer la. Takyah cicah cicah. Tapi tak kisah la.. yang penting Nasi dia sedap.
Air plak cam biasa la.. fresh oren jer la manjang. Ajeed plak try Turkish Kopi.. Mak aiiiii... pahit giler. Pahit dia lain la.. Pahit tak best gitu.. Terkulat kulat mata aku menahan pahit nak menelan. Hafiy Hadif pun try gak...Berkerut dahi masing masing. Hahh nak sangat kan.. Aku dah cakap..takyah la..tak sedap..nak jugak..sekali ambik...Cam nak menangis muka hadif. Cepat cepat aku bagi air masak. Kecik cinonit jer cawan dia.. tapi 4 hinggit secawan.. Yerla paham... diterbangkan khas dari turki kan.. sebab tu korang jual mahal.I paham..takper.
Ini bukti kesedapan tahap maksima... Sumer gambar tu aku goggle...cuma pic yang pinggan licin jer aku sempat snap. Maklumla..kebulur nasi arab. Tu daging lembu yang digentel panjang dan di grill... sedappppp. Cer korang tengok nasi dia..panjang kan?.. Rugi kalo korang tak rasa.. Lokasi restoran ini.. cari taman Putra kajang..Sebelah tol sungai ramal tu jer... Ataupun korang cari Akademi Darul Huffaz... alaa sekolah budak tahfiz tu.

Ok la...wassalam...