Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)

Thursday, March 31, 2011

Selamat Tinggal & Gud Luck

Assalamualaikum…

Pada yang pertama kali menjenguk kat blog ni…selamat datang cikanie ucapkan.. terima kasih tak terhingga sebab sudi follow cikanie jugak..i follow u..u follow me..dak gitu?



Cer teka.. Benda ni sinonim dengan apa?..hehe… Saja nak suruh korang terliur…. Ekceli hari ni adalah hari terakhir untuk sorang staff ni. So untuk meraikannya… apa lagi..penuhilah permintaan terakhirnya untuk makan nasi kerabu. Lepas ni dah takkan jumpa lagi dah.. konperm ..kerat jari….aku dah mandrem … pasni dia akan datang balik cari aku…

Kak anie..nak nasik kabu… Kak anie ..nak nasik kabu….

Hehe.. baru padan muka…



Ekceli kalo ikut rasa anak tekak, dia nak makan Nasik dagang..walaweyyyy…saper reti buat nasik dagang. Aku memang tak pernah buat. Kalo cuba tu rasanya boleh kot. Tapi kena berguru dulula dengan yang pakar..



Tapi kalo nasik kerabu..takyah citer.. aku buat sambil tutup mata jer… muahaahaa…gila takbur…Takperlah.. nasik kerabu ni pun sedap gak.. takder kat kedai tau…Lepas ni memang dah tak dapat nak merasa la jawabnya.. kecuali datang umah bawak pizza.. keju lebih atau pun paling komanla ayam golek kat seksyen 7 tu sekor. Baru aku buat… :p..

Aper pun Selamat Tinggal duhai adikku. Pasni takder lagi geng nak berdebat… …. Moga berjaya kat tempat baru.. Makan nasik minyak nanti jangan dilupa orang Kajang.

Secebis Harapan



Assalamualaikum…..

Inilah dia wajah kesayanganku. Suatu ketika dulu dia anak yang chumel sesangat...tembam. Masa lahir hari tu 3.35 berat dia. Semangat kan?.. sihat.… Tapi hari demi hari..minggu demi minggu… bulan demi bulan kesayangan saya ini semakin cekeding.

Tiada yang lebih merisaukan hati si ibu.. hanya berharap dan terus berharap dia terus membesar dengan sihat. Dijauhkan segala penyakit, Aktif. Bijak…dan yang penting besar nanti jadilan anak yang soleh… yang berpegang dengan ajaran islam yang sebenar. Amin….

Ntah naper..mood tetiba swinggg jer bila tengok gambar ni.. pastu lagi bertambah sedih bila dicomparekan dengan sekarang. Moga Allah terus pelihara anak-anakku.

Wednesday, March 30, 2011

DECO DECO BENG BENG BOONG !



Saya baru sempat nak menjoinkan diri dalam segmen yang En Ben buat. Sebelum ni bukan takder join..adaaaaaa...banyak sangat, tapi semua tu terperuk kat dalam draft...lom sempat publish dah "tamat tempoh". Harap dapat promote blog saya kat sini. Sudi sudikan tinggalkan jejak korang kat sini.

Terkena Jugak.

Assalamualaikum …buat readers kesayangan hamba..:p

Alahaiii.. malasnya nak bangun pagi . Elok jer time nak bangun hujan makin lebat plak turun..sambung lagi tarik selimut…. Hinggalah 6-45….. Ishh takleh jadi ni.. ..kan ter MC plak pagi ni kang… saper yang rugi..aku jugak kan yang besh...

Korang pernah tak dapat email macam ni. Tak pasti betul ke idak.. tapi aku rasa ni hanya tipuhelah semata mata. Rasanya la. Lagipun memang aku malas nak layan pun... Kalo diikutkan hati nak jer aku maki diorang yang tak reti bahasa ni. Tak reti reti.. aku delete jer..kan ader lagi masuk kat inbok.. sampaila kali ke3 aku tak layan gak.. agaknya dia dah penat kot tekan butang send..maybe beralih pada mangsa seterusnya plak kot.



Kesian dengan orang orang macam ni kan?..terdesak sangat nak pakai duit. Kot yer pun nak menipu..biarlah bijak sket. Ni tak..lagi nampak kebodohan diorang ni. Kena pegi berguru dulu sebelum jadi penipu. Setakat taktik macam ni..jangan mimpi nak kaya cepat la. Tapi aku heran.. masih ader lagi orang yang terpadaya dengan penipuan penipuan bodoh macam ni. Alahai.. tak dapat den nak nolong…

Tapi aku sokong ngan member aku sorang ni… dia siap boleh kelentong balik si penipu tu… padan muka diorang..ingat dia jer boleh tipu orang…. Sekali terkena dengan si mangsa… hambik ko.. baru ko meraban merapu tak tentu pasal. Cer baca teknik penipuan diaorang macam mana… kan aku kata budus kan melampau sangat plak.. tapi korang baca la sendiri….



Camner?.. budus ke cerdik ker atau bijak ke si penipu itu… korang nilai lah sendiri Soo pada korang kat luar sana..jangan sesekali terpedaya dengan duit beribu yang depa tawarkan..padahal itu hanya satu omongan kosong untuk menjerat mangsanya semata mata.

Tuesday, March 29, 2011

Dia Pun Nak Jugak

Assalamualaikum… readers yang aku sayangi…..

Sekarang ni musim mangga kan?.. kat pasar malam berlambak 3 kilo 10 henggit. Tapi yang kat pasar malam blom try lagi manis ker idak. Aku try yang mak aku kirim awal bulan lepas. Punyala terkemut kemut nak makan. Biasala aku.. kalo yang fresh dari kampung ni aku macam sayang jer nak makan. Banyak gak la dia kirim hari tu.. ada kot dalam 3 kilo.


Bila citer pasal mangga ni, teringat plak kenangan zaman budak hingusan dulu. Tiba jer musim buah gerenti mak aku akan beli 1 bakul besar tu . Orang Kelantan panggil 1 jok. Hahhh.. baru puas makan. Kalo beli 2-3 kilo ni lekat celah gigi. Tapi bila dah banyak ni..rasa malas plak nak kopek. Tu sebab kopek pakai gigi jer. Korang pernah cuba kopek pakai gigi. Tapi itu duluuuuuuu..di zaman hingusan… sekarang dah tak berhingus lagi. Tapi ader gak citer disebalik buah mangga ni…

Minggu lepas sessi video call bersama adik aku kat Serawak….

Aku : Dik.. ma kirim mangga dikk.. sedapppp….tak terliur ker?

Dia : Ermmmm…sedapnya…..


Tak pasal pasal 2-3 hari lepas tu mak aku call….warning aku

“kalo makan aper aper takyah la kasi adik ko tu terliuqqqq..aku nak kirim jauhhhhh…… “

Rupanya dia siap call mak aku suh kirimkan untuk dia sekali. Kat Serawak nunnnn… Amboi..ko ingat Serawak tu dalam 15km jer ker…. Tapi yer la.. dah orang tu nangis nangis siap merajuk bagai sambil hentak hentak kaki suruh jugak bungkuskan mangga naik flite… kirim la jugak.

Statement yang buat mak aku tak lena tidorrrr

“Allaa..mak orang lain selalu jer kirim barang barang makan kat anak dia kat sini”

Orang tua mana yang sampai hati bila kuar statement camtu kan ko cakap..…. Pegi la mak aku beli buah mangga…dalam 3 kilo gitu la. Pastu macam macam lagila item tambahan yang direkues. Dah alang alang kirim ..biar puas hati.

Tiba masa nak timbang..nah ambik bilnya….80 henggit..bayar posnya lagi mahal dengan barang yang dikirim…..Tapi disebabkan air liurnya dah menjejeh jejeh kuar .. kirim la. Biasanya berapa hari erk kalo pos laju ke Serawak ?..aku risau sampai sampai dah takleh makan..buruk terkepam dalam kotak. Takpun selamat jadi jus dah…paling koman habis kat tengah jalan jer kena balun. Harap harap selamatlah tiba di Unimas sana.

Ekceli minggu lepas kebetulan adik aku balik kampung..ader la dalam 3 kilo dia kirim buah mangga untuk budak berdua ni. Tapi bukan anak aku yang makan.. mak budak ni yang terlebih makan..Well dah nama buah kegemaran kan..pulun la habis habisan….saper yang malas kopek nasib la..muahahaha…lagak isteri kejam jer kan…makan sensorang…. Agaknya musim buah ni kot kat siam. Rata rata tepi jalan selain doyan buah ni jer aku tgk banyak di jual.

Tetiba teringat plak ngan buah mangga dalam peti ais tu… Ader la 4-5 bijik lagi. Lepas ni aper lagi aku nak menunjuk kat dia ni…..? Mee celup la pulopssss…hahaha….larikssss…..


Monday, March 28, 2011

Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat



Ekceli entry sebelum dan yang ni adalah dalam 1 entry jer.. Ntah naper aku takleh edit. Bila post dia bercantum sumer takder perenggan. Soo aku kena pecahkan supaya jadi 3 citer. Kat bawah ni ada cara-cara macam mana nak kendalikan botol susu polikarbonat ni. Kalo nak guna dalam jangka masa yang pendek boleh la kot. Tapi kena pastikan ikut saranan yang KKM tetapkan la. Ehh saper yang tetapkan erk?..bantai jer la.

  • Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.

  • Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.

  • Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.

  • Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.

Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain

Tapi seeloknya tukar jer la yang BPA Free tu kalo sayangkan anak la.

Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat



PANDUAN PENGGUNAAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT

Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:

a. Nombor 7
b. Nombor 7 dan PC
c. Nombor 7 dan ‘other’

Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.

Apa itu Bisphenal A (BPA)
BPA merupakan bahan kimia industri yang digunakan dalam penghasilan botol susu bayi polikarbonat.

Kesan BPA pada kesihatan manusia
Bpa diketahui boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus menganggu sistem fungsi tubuh. Walaubagaimanapun segingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi. Ini mewujudkan keadaan yang tidak pasti serta tiada jaminan keselamatan bagi bayi yang terdedah kepada BPA.

Jesteru KKM mengambil keputusan mengharamkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat mulai 1 Mac 2012. Keputusan pengharaman ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang menunjukkan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.

Tukar Botol Susu Anak Anda

Assalamualaikum Ya Readers kesayangan hamba..

Syok kan cuti 2 hari…. Allaa macamla sebelum ni OT memanjang. Lagi syok bila dapat luangkan masa bersama yang tersayang. Tengok gelagat, kaletah yang makin hari makin meningkat tahap kekaletahannya.. Fuhhh… Feeling suparwomen yang yang memiliki ketangkasan luarbiasa macam dalam citer NO ORDINARY FAMILY. Tapi citer tu dah habis. Saper follow citer tu?.. best kan. Cakap pasal citer ni…..MERLIN… semalam last kan.. syahdunya tengok kesetiaan kesatria Athur tu…. Yerla..kita layan citer Media Prima jer… Kuali dan payung tak sempat nak pasang kat umah…hehe…



Ok..stop citer melalut. Semalam ingat nak cari la bortol susu yang Free BPA… tak jumpa yang murah la..sumer mahal. Ader yang kaca…yang murah ader tapi kecik….. Nak kena ulang buat susu brapa kali satu hari kalo beli yang kecik. Terpaksala guna yang sedia ada dulu. Minggu depan nak pi lagi. Lagipun gaji kan blom keluar. Semalam masa suntuk sangat. Tu sebab tak sempat nak menelek.

Friday, March 25, 2011

Kalau Betul .......

Syukurlah kalo kerajaan peka dengan masalah warga pantai timur setiap kali musim perayaan. Lepas ni settle masalah jem. Dari 12 jam perjalanan, tu pun paling koman la setiap kali jem, tapi lepas ni mungkin masa tu jadi semakin pendek.


Sekarang projek ni masih dalam perbincangan. Ntah jadi ntah tidak. Harap-harap betul macam yang dikata la. Masalahnya 5 tahun lagi tu (2016). Ohhh lamanya…. Tapi sekarang masa semakin pendek. Pejam celik dah seminggu..pejam celik lagi sebulan plak. Tengok sekarang la. Baru jer rasa aku tengok bunga api sambut tahun baru malam tu.. tup tup dah nak masuk bulan 4.

Projek ni bawah ECER ( Koridor Raya Wilayah Timur), bermula dari Bentong hingga ke kampung aku Kuala Krai. Kalo mengikut plan baru ni la..Bentong ke Gua Musang hanya mengambil masa dalam 2 jam jer. Berbanding sekarang 4 jam lebih kurang. Cepat tu…. Suker..suker… Takyah nak buat katil lagi kat dalam keter.

So.. nak tahu lebih details baca la kat sini. Lepas ni say bye bye kat Bukit 7. hehe….

P/S : Agaknya PRU 13 bila erk?.....

Hi Jumaat ….

Assalamualaikum…. Semoga anda semua dalam rahmat Allah SWT.

Hari yang paling besh adalah Jumaat. Betul kan?..sebab besok kan cuti. Yang keja separuh hari tu nasib la… Lagi teruk Sabtu pun normal working day. Hahhhh.. saper nak jawab. Sendiri jawab la.

Hari ni bangu lewat sket dari semalam. Sajer jer…sebab memang niat tak nak goreng nasi..hehe.. Motif bangun awal sebab nak goreng nasi.

Ok… Malam tadi aku mimpi sedih sangat. Mengarut pun ader… Mimpi orang BN ngan Pas perang. Orang BN yang mulakan serangan ke atas orang pas dulu... Diorang ader jet pejuang lagi. Siap ader peluru perpandu bagai la. Aku adalah salah sorang mangsa yang cedera. Yang peliknya aku koma,,,, Pastu ntah saper bagi bantuan CPR aku boleh sedar balik.. yang pasti orang itu bukan Ajeed, Sedar sedar jer terus lari nyorok sebab jet datang kejar aku dari atas. Boleh gitu.? Adakah itu tandanya Mesia dah tak aman?

Bila tegok situasi politik kat Mesia ni cam takut jer. Rasa macam tak selamat. Macam ada bala yang akan datang tak lama lagi. Mana taknya fitnah makin menjadi-jadi, Korup plak dah berakar umbi..kezaliman berleluasa. Saper duit berkepuk dialah yang paling berkuasa… Saper yang patuh disalahkan?.. Yang jadi mangsa adalah Rakyat…OK…rakyat didahulukan Pencapaian Diutamakan.. Releven ker?… Ahhh..kalo nak citer bab ni mau kena ISA la Cikanie… Tapi sajer nak share jer..isu isu tu lah yang telah berjaya menyerap masuk dalam otak aku sampai terbawak ke alam mimpi.. Fuhhhhh Tragis sungguh situasi negara islam sekarang.

Ok.. jom makan biskut Hup Seng… Peace No War… Iyo la sangat.



Teruskan kerja anda dan berkerjalah sampai mati…..

Thursday, March 24, 2011

Khamis yang.....

Assalamualaikum

Mulai hari ini entry aku mesti kena bagi salam dulu. Dan korang wajib jawab walopon aku tak dengar ok.

Sooo untuk hari Khamis yang suam suam kuku ni aku ok ok jer.. citer takder pun yang menarik. Cuma sedikit bangga bila dapat buat breakfast pagi tadi. Nasi Goreng Kicap, telur sebelah sama Nescafee o sajer. Ok la..Atleast ader gak benda yang boleh disoru. Yer dop?



Akceli aku sebenarnya dah jemu makan nasik lemak.. alih alih nasik lemak..esok nasik lemak depan umah, lusa nasik lemak depan kedai, tulat nasik lemak depan jalan besar. Jemu tau.. Tapi yer la… Nak bangun goreng nasik hari hari pun malas jugak. Sekali sekala pekena nasik goreng best gak… yang sebetulnya bukan jemu..ader ngap jer..Cuma malas tu yang terlebih.Tu pun sumer rencah aku dah siapkan malam…pagi tadi bangun campak bawang, campak ayam, sayur, rebus telor…done.

Kegemaran sekarang adalah nasi goreng pesen gini la. Ni style mak aku…. Konon rindu masakan mak la.. tu sebab …asal nasik goreng jer mesti nak kena taruk kicap..taruk ayam…pastu yang penting..ader telor rebus. .. Sampai En Suami dah naik bosan,

“asik asik style ni jer nasik goreng awak”…..

Tapi aku percaya mesti korang kat luar sana tu tengeh meleleh tahan rasa nak makan nasik goreng aku ni. Eeeee..seronokkkk buat orang macam ni kan…Tapi aku rasa macam tak sabar jer nak tunggu komen dari adik adik aku tu. Gerenti..menggelupur tengok aku tayang pic nasik goreng peberet mak aku. Tak caya korang tengokla komen diorang lepas ni.

“Rindunya nak makan nasik goreng yang Ma buat”

Pastu sorang lagi yang jauh tu plak…

“Sedapnya kak… suh la Ma pos sini”

Tak caya tengokla..Tu pun kalo depa terbaca post ni la.

Well, kita manusia ni biasala.. kalo orang lain buat sumer nampak sedap.. belom try makan lagi… waima nasi goreng putih kosong taruk telor semata pun nampak sedap. Tapi cer kita buat sendiri..emmppp…hampeh.. tak sedap la… Betul tak? Tapi kalo orang lain yang buat sumer sedap.



Apepun.. selamat makan.. aku standby jer bawah meja ni. Bos takder blakang aku ngap ajer… Issh..bilala diorang nak masuk meeting ni..

Oppss..pasal citer kesal semalam.. jangan risau.. aku dah cool down dah... kejap jer panasnya...lepas hujan sket..cerah la balik... hehe.. hanya lakiden jer paham..ilapubebehhhhh...

Wednesday, March 23, 2011

Kesal..

Dah petang rupanya. Hari ni bukan takder masa...banyak sangat masa terluang. Ntah naper petang baru timbul mood nak update blog.

Konon tahun ni nak berazam jaga attandance... Semalam tutup akaun..maknanya hari terkahir untuk gaji bulan 3. Tapi yer la..macam mana kita rancang pun kalo dah rezeki kita takat tu... nak tak nak kena terima jerla. Pagi semalam boleh hilang kunci keter. minit nak pukul 8 baru jumpa. Sakitnya hati aku. Rupanya kunci tu ader kat tempat biasa, cuma terlindung sket dengan putik kapas... tapi sebab hilang akal punya pasal, benda yang kecik boleh jadi biggggg problem... . Tapi aku percaya ..setiap apa yang berlaku ader hikmah tersembunyi disebaliknya.

Aku redha dengan segala ujian dari-Mu Ya Allah....Pada En Suami..mintak ampun mintak maaf banyak banyak sebab tertunjuk emosi kurang stabil lagak orang giler moroyan semalam.

Menyesal sangat sangat......sumpah.

Monday, March 21, 2011

Itu Dia..Moncong Donald Duck

Ekceli…minggu lepas..atau berminggu minggu lepas (dah tak ingat dahhh)… Bangun jer dari tido aku perasan mulut Hafiy bengkak. Belek punya belek… ohhhh gigi dia yang rongak tu sudah mula buat hal. Alahaiii..kesian dia.. dari banyak cakap..terus kuncuppp jer berhari hari . Sooo aku nekad jer nak cabut gigi dia bila bengkak dah surut.


Tapi aku heran..kalu gusi bengkak mesti dia dah nangis kan. Ni takder..kalo kita usik jer baru dia cakap sakit.. Tapi takder nangis. Aku tak puas hati la. Belek punya belek lagi..barulah jumpa punca. Rupanya gusi dia melecur.. alaaaa…biasa jadi kalo tersilap berus gigi tu.. Apa nama erk.. melepuh?… aderla kesan 2 bijik kat gusi dia tu.

Tapikan aku kena cabut jugakla gigi si Hafiy ni.. dah parah benar. Risau gak kot dia sakit nanti..aku tak dapat bayang kalo budak baya dia tu sakit gigi. Kita yang tua ni pun sakit nya tak tertahan..sampai tonggeng terbalik..inikan budak.

Ni semua ikut gen aku la ni. Gigi cepat rosak.. Anak yang jadi mangsa.. Takper..lepas ni Hafiy kena rajin gosok gigi...eh bukan Hafiy..Ibunya kena rajin paksa Hafiy gosok gigi. Tapi kan.....
Lagi kesian bila kena panggil donald duck ngan babah dia….



Ehh..aku pun sama gelak sakan bila si Ajeed panggil Hafiy Donald Duck. Malam besoknya aku citer ngan Cik Cue dia….

“macam muncung ibunya la….”

Selamba tapir jerrr……


Masa ni aku ambik dari luar taska...sempat lagi dia sengih konon nak tunjuk gigi dia yang sakit tu la. Macamla dapat nampak dari luar. Sebelah tu si Hadif . Sibuk jugak nak masuk kamera. Kat taska plak pepagi nak tinggal dia dah senang sket. Dia macam dah tau ..pagi pagi memang dia akan kena tinggal. Kalo dulu....ermmm...tak senang aku nak kerja...
Notakaki: Ehhh..panjang sangat ke muncung aku erk?...

Saturday, March 19, 2011

AYAT AYAT RUQYAH | Part 2

CARA MENGGUNAKAN MP3 RUQYAH SYAR’IYAH :

  • Bagi kesihatan diri dan keluarga,pasangkan cd/mp3 ini didalam rumah/premis perniagaan 3x sehari atau pasangkan dari malam sampai pagi (auto repeat).

  • Bagi pesakit gangguan jin,dilarang memasangnya didalam kereta,kesannya akan mengakibatkan kita mengantuk dan mengganggu pemanduan.

  • Bagi pesakit gangguan jin,dilarang memasangnya didalam kereta,kesannya akan mengakibatkan kita mengantuk dan mengganggu pemanduan.

  • Bagi anak-anak yang menangis diwaktu malam,anda perlu pasangkan dengan kuat,insyaAllah jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda.

  • Untuk merawat histeria,sihir,saka dan lambat jodoh,sediakan 3botol besar air mineral,buka penutupnya dan pasangkan cd/mp3 ruqyah ini 3round sebelah air tadi (kira-kira 1jam 20minit).Air tadi dibuat minum seteguk untuk 3x sehari dan lakukan hari berikutnya sehingga air tadi habis.Tiap-tiap lepas solat perlu baca qursy 3x dan al insyirah 3x secara istiqomah.Kemudian sebelah malamnya pula,cd/mp3 ruqyah ini hendaklah dipasang dari malam sampai pagi selama sebulan.

  • Bagi memulihkan rumah/premis perniagaan yang bermasalah,cuma pasangkan 3x sehari untuk 3hari berturut-turut.

  • Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat,perdengarkan cd/mp3 ruqyah ini 3x sehari,insyaAllah kita akan cergas dan kembali bersemangat.


BAGI UNTUK MENDAPATKAN KESEMBUHAN YANG MAKSIMUM BILA MENDENGAR MP3/CD RUQYAH INI,SILA PEJAMKAN MATA DAN DENGAR SEHINGGA TAMAT TANPA MENGIKUT BACAANNYA DIMULUT ATAUPUN DIHATI

Selain mengubati penyakit yang melibatkan jin dan syaitan, amalkan memasang audio ini di rumah terutamanya jika anda baru berpindah ataupun merasakan ada sesuatu tidak kena pada tempat tinggal anda. Sebar-sebarkanlah perkara ini kerana mungkin ada keperluannya pada insan yang memerlukan. InsyaAllah.

Untuk mendengar ayat ayat ruqyah ini sila ke sini ,
Tapi kena downlood dulu ler..


Sumber dari Ohislam.com

Friday, March 18, 2011

AYAT AYAT RUQYAH | Part 1

Dalam cara rawatan Islam, perawat akan membacakan beberapa potong ayat-ayat Al-Quran supaya pesakit dapat mendengarnya dengan khusyuk. Bagi mereka yang ada gangguan, biasanya apabila dibacakan Al-Quran pada telinganya, si Jin, syaitan atau iblis yang berada di dalam tubuh si pesakit itu akan merasa panas dan lama-kelamaan dia tidak akan boleh bertahan dengan berdiam diri.

Maka timbul lah berbagai reaksi dari pesakit itu. Antaranya ialah pesakit akan rasa:

- pening-pening kepala
- mabuk
- muntah-muntah
- menggeletar
- pengsan
- seram-sejuk
- berdebar-debar

Untuk makluman, ayat-ayat Al-Quran yang biasa digunakan untuk rawatan makhluk halus adalah lebih dikenali sebagai Ayat-ayat Ruqyah.

Thursday, March 17, 2011

Kesian Kat kita kannnnn?......

Beginilah Nasib diri kami yang malang oh tuhaannnn.... (sila nyanyi sambil heret kaki tepuk tepuk dada)... ohhh itu salah okieyyy....

Ekcelii aku nak citer hal yang minggu lepas En Suami tak boleh jemput aku . So secara otomatiknya kau kena ambik anak dan balik jalan kaki. Dah biasa bebenor balik jalan kaki ni. Tapi yang tak bestnya hujannn,,,payungnya nggak ade sih... So nak tak nak redah jer la.... Aku tak kisah nak kena hujan ni.. tapi anak anak..aduiiii...risau la...kan tak pasal pasal demam plak.



Tapi takperla..ibu kamu ni kan bijakkk...hohoho.... Seluar Hafiy aku sarung kat kepala dia.. Hadif plak aku sarung ngan baju dia..hehe..bijak tak?.... Iyola..bijak la sangat erk..



Tapi takpe la atlis takderla basah sangat kepala budak berdua ni....

Teringat plak Si Hafiy yang duk membebel sensorang...

"Kesian Hafiy..Nangisss Hafiy... "

Yer la tu... Hafiy sorang jer nangis..Ibu tak reti nangis....Nangis dalam hati jer la ibu ni.....Motif kat sini.. cepat ceat la sambung ambik lesen.....


Nota kaki :..ehhh kembangnya hidung makcik tu... tuuuuu..kat atas tu

Salam

Salam pagi sumer... Rasa macam kekok jer nak menulis pepagi ni. Takder aper yang menarik untuk dikongsi, tu sebab CikAnie sepi untuk seketika.

Malam tadi naper tetiba rasa macam nak dengar MP3 rukyah jer... Dalam 5 min pertama .. rasa macam kepala berat jer.. Macam mana nak discribe erk?.. camni.. korang pernah rasa tak camna rasa bila ader orang nak tunjal dahi kita?... hahhh macam tu la aku rasa lepas 5 min dengar aat rukyah ni.

Adakah itu satu petanda Jin bersarang dalam kepala aku erk?...kebarangkalian tu memang ader kot... sebab aku sekarang malas tahap gaban... kemas umah malas, semayang malas, masak malas, jaga anak malas..nak sambung ambik lesen pun malasss....pendek kata sumer malas.

Kalo camni gayanya aku kena jumpa perawat ni...Suh buang segala jin yang bersarang dalam badan ni.

Wednesday, March 9, 2011

Tips | Selalu Bergaduh Dengan Ibu?

Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka. Antara ganguan saka,

  • Selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu bayi or
  • Selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok
  • Rasa mengantuk selepas asar.
  • Saka dipindahkan melalui Kasih saying/ Harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / Amalan / Sentuhan.

Symptom terkena saka:

  • Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena.
  • Bila dah peringkat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar.
  • Susah nak dapat anak, senang gugur.
  • Ada rasa kelibat orang lalu.
  • Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak beintim, bercakap laa sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam.

Cara hilangkan saka,

  • Zikir “Laillahaillalah” 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan.
  • Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer tulang
  • 3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah cancer, aids and leukemia.
  • Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan
  • Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. “Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari.
Nak tahu camner saka dibuang melalui rawatan perubatan islam...sila klik kat sini.

Tuesday, March 8, 2011

Tag dari Cik Sue

Ermmm tag datang lagi setelah berjamang jamang takder. Kali terakhir jawab tag pun ntah bila..dah lupa. Zaman zaman novis dulu.. sekarang pun novis jugak. Tak sempat nak masuk segmen Abg Ben kita…dah tutup daaaaaaaaaaa… Takper la… Mungkin ader hikmah disebaliknya..maybe aku kena kerja lebih sket nak promote blog ni. Iyooo la kerja lebih.. promote apekebendenya.. takde benda punnn… sebabnya blog ni hanya untuk diri sendiri.. kalo ader tershare aper aper tu secara kebetulan jer.. Lagi kebetulan kalo ader readers yang sudi berkongsi cerita kat sini… Yang pastinya..readers yang selalu baca blog aku adalah adik adik aku jer la.. Kalo ader readers lain pun secara kebetulan jer kot… ermmm..siapalah diriku ini.. hanya gagak dirimba..uhukk..uhuk.. Wahhh panjang giler… Aduhhhh… malehnya..tapi demi untuk CIK SUE..…akan aku gagahlan jugak la.

1. Anda rasa anda hot?
Takdernya hot mana kot…tapi hot temper mungkin kot..(Nak penampar se das tak?)…. Ermmm…..Kata hot kannnn?…


2. Upload gambar yang anda guna sekarang
Tak paham maksud ayat ni..upload pic yang aku guna kat ner erk?.. desktop ke…Kalo desktop ni la picnya…..




3-Cerita pasal gambar
Masa ni outing ngan lakiden dan anak anak den..cam biaso la..tempat peberet lakiden..taman tak berbayorrrr…jimat lagi dekat. Hafiy masa ni taksub menengok layang. Hadif cam biasa la..doplohpatjam tekepit celah kangkang

4-Kali terakhir makan ayam?
Sila baca blog cikanie la…. Sebab last entry pasal makan koci (KFC) kat area area sini jer…..


5. Lagu terakhir anda dengar
Lagu dalam Mentor malam minggu hari tu…. September…September… Kenangan Manis di Bulan September….Lagu Kak Pah.. tapi budak tu nyanyi best jugak…… Lagu lain punyalah banyak…Ntah lagu tu aku minat la… Alamakkkkk Otaiiiiiinya…….


6. Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
ekarang ni jer kerja yang aku nampak cam gigih sket aku settle kan…..hwa..hwa… Well u know me kan?…. BZ sekali jer dalam setahun. Jangan jelessss


7. Selain nama sendiri anda dipanggil apa?
Member alam maya panggil cik anie… ada yang panggil acik anie… Kawan sekolah lama panggil Long…aku kan anak sulong….adik adik aku panggil kak… lakiden panggil wakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk ooo wakkkkkk…


8. Tag 8 orang
Yang ni malas sket nak ikut peraturan sangat..Sket sket dah la yer cik sue….


1- CIK CUE
2- ILA
3- SITI
4- ATON
5- JAH
6- LIA


9. Siapakah no 1?
Adik aku yang tercampak jauh nunnnnn di Serawakk… Katanya membawa hati yang lara….ehemmm


10. Katakan sesuatu tentang no 5?
Jah.. bila nak kelik kapungggg? Mek duk jerik tepi sunga rindu ko cucu ……..ore kapung kawe nihhhhhhh…….

11. Orang no 3 berhubungan dengan siapa?
Dengan saper lagi… laki dia la.. EN Wanlin…. Dah ader anak sorang pun.. tak mungkin ader kekasih gelap kot….hahhaha

12. Bagaimana pula no 4
Kawan adik aku..sama sama larik ke Serawak….. Tuntutlah ilmu walau ke negeri China bebbbbb…

13. Pesanan buat no 6
Lia.... cepat cepat kawin yer... tak sabar nak tengok lia kawin.... asikk asikk kawan Lia jer yang kawin...hehhee... Jgn marah yer... kalo nak marah, marah kat orang yang mengetag Mak usu nih.


14. Kata2 cinta buat no 2
Adikku sayang…. Bila lagi mau sponsar tudung….?..baju … selipar….hahahhaha…..Takpe la..tak dapat yang tu dapah beg sebijik pun jadik la. Ohh aku cinta..padamu... sungguhhhhhh...... (sila ikut sleng Sheila Majid ok)


15. Adakah no 7 dan no 8 mempunyai persamaan?
Tak mungkin ader...sebab No.7 & 8 tiada dalam senarai database kami..hehehe


16. Berikan 5 perkara yang anda tahu tentang no 1?
Obses dengan warna hijau
Bulan 5 ni dia nak balik…yi haaaaaaaaaa…..
Suka tidorrrrrrr……………
Sudah ader Pak Keling……..

Suka guna broadband….tapi tak suka nak bayar..hahaha..


17. Persamaan antara kambing dan lembu?
Sumer sedap dimakan begitu saja… kalo gulai kawah lagi sedap.. bertambah tambah sedap bila dia datang sama pakejj….. bau diaa ya ampunnnn perghhh…layan collek perut.


18. Perasaan ketika jawab tag ini?
Takut takut… sebab ader mata tengah memerhati..mungkin jugak ader mulut akan berbicara……SHUTTT UPPPPP………


19. Adakah anda tau Rizman tu sengal?
Mamat poyo mana plak tetiba ader nama dalam blog aku nihhh… hehe ampunnn pakkkk….. permisi..


20. Gay or Les?
Aper benda gay ke les.. Rizman tadi ker… Kalo dia la… mana ku tahu…. Blom pernah aku jumpa…..




Okkk itu jer…. CIK SUE..silalah bagi markah…..perghhh (sambil lap peluhhh... alamakk menitik plak kat keyboard... lap lagi)

Tak Sangka Pulak

Tak sangka plak…semalam petang hujan lebat kemain. Nasib baik dah ambik budak berdua tu. Yang jadi nasib tak baik… hampir terlepas maghrib..akibat tersadai lebih ½ jam dalam KehefC.



Demi menurut kehendak hati si anak… Si Ibu ni ikutkan saja…Walau gaji blom kuar… kelepek la kot celah mana si babah tu. Susah sket nak hampakan hati anak. Yer la.. Selagi terdaya boleh bagi..kami bagi.. tapi klo tiap tiap hari Sabtu mintak mainan baru..kopak jugak kami nanti.

Satu lagi yang buat kami tak sangka…. Kuar kuar jer KehefC..nampak sebijik keter… Wowwwwwwwwwww Ferrari uuuuuu…400k rege tuuuuuuu Mata duk melilau tuan punya keter dari luar kedai..kepochi kan?….

Tuan keter ni yang makan belakang kita tadi tu kot….
Ya la kot..
Nampak cam biasa jer tuannya..muka ganaz jer..
Tokey balak jer boleh pakai keter cam ni…..
Alaaa…..Ntah ntah along kot……

Sibuk pesalll?.. lantak dia la..nak bisness halal haram ke….
Sajer jer……



Perasan tak ..yang belakang… satu family tu… Nampak cam biasa jer orang. Tapi aku dah perasan tau.. henbeg LV dia..igt yang celup.. Tapi bila dah tengok keter 400K…sah la..bukan yang fake punya…. Tapi hampesss… muka masam tak boleh blahhh…. Orang pandang pun buat muka selebet jer… Apa salahnya senyummmmmm…. Kan?…

Orang kaya hampesssss kan?….. hhuhuuhuh….Wakkkk luuuuuuuu….. Tak heran la ko pakai Ferrarri ker?.. Hummer ker?..(eh betul ku ejaan aku tu...)

Monday, March 7, 2011

Susah Susah Jer…

Satunya sebab Ajeed tak pegi kerja… Kalau sebelumnya…asal Satu jer balik kul 10 11…kadang kadang kalo kena ngan banyak kerja..sampai pagi pun ader… Tapi sabtu lepas….owwwwwwwwww best… sebab aper rasa suka sangat?.. sebab bolehlah aku betulkan urat urat yang telah lama tersimpul…Anak dia boleh take over jap… Tapi biasalah nak dapat satu kesempurnaan tu..payah sket.. dapat sipi sipi pun jadi…

Dan sebab yang ke-2 ialah…. Jiran sebelah kasi 1 dulang hati nyamukk.. ehhh…satu dulang makan. Kira macam 1 hidangan yang boleh cover untuk dinner kami anak beranak. Syukrannn…rezeki jangan di tolak…Sebab aper aku cakap 1 hidangan?… sebabnya dalam satu hidangan tu memang complete set untuk kami 4 beranak. Ada nasik ayam..ada kek … karipap pun ader..



Allaaa akakk ni..susah susah jer…
Takde la susah..kebetulan ader buat sket untuk jamu kawan kawan anak tadi…
Ohhhhhhhhhhhhhh… trima kasih yer kak….

Dalam hati… lenkali hantar la lagi yer kak… hehe..

Dan kebetulan Hafiy baru bangun tido petang tu.. Apalagi..terus makan la.. Nak nak ternampak sup ayam dalam dulang tu.. Budak ni memang hantu sup….



Alhamdulillahhh…bruppppppp..selamat budget untuk makan malam kami…. :)

Saturday, March 5, 2011

Tips | Anak Lari Dari Rumah

Sambungan dari entry ini.

"Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari. Masa laungan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya. "

Orang kata nak bela anak dara sorang lagi susah dari bela lembu sekandang. Kalo ikut by logic memang betul la. Tak heran anak muda zaman sekarang mudah terjebak dengan masalah sosial. Macam macam kes jadi. Yang laki laki dengan masalah dadah, rempit..popuan plak.....aduhhh..nauzubillah...

Kita adalah cermin pada anak anak.. baik di mata kita belum tentu baik pada dia. Berusaha untuk jadi yang terbaik Insya Allah. Motivasi in untuk diri sendiri.

Sampaikan ilmu ini kpd yg lain wlupun satu ayat ......

Friday, March 4, 2011

Mencari Benda Tersembunyi

Moh la kita pakat cari.. ape yang tersembunyi…



Ini semua kerja bapak dia. Mentanglah si Hadif tu kecik… dilipat lipat then sesuka hati dia sumbat kat dalam kabinet.Yang sebenarnya diorang ni suka sangat main buka tutup panjat bersarang kat dalam kabinet. Nasib baikla kayu solid. Kalo kabinet kaca..rasanya dah lama pecai berderai…tinggal arwah dah kot. Yang herannya si Hadif ni boleh gelak plak. Bukan dia takut kena kurung. Hampehh….


Aku plak yang bising kat belakang…. kot dia takleh bernapas..
Haiii… 3 lawan sorangg… fening..fening…..

Ni kena beranak sorang lagi. Tapi MAKE SURE popuan la….
Nak buat geng….Saper penah praktis ehem ehem nak dapat anak popaun… berapa % keberkesanan dia?
Aku kena ikut rules 100% kali ni….

CAIYOKKKK……..

Pssst : Percaya dengan qada' dan qadar...itu yang sebaiknya...

Thursday, March 3, 2011

Binatang Paling Hot

Masa balik kampung hari tu..sempat la Si Hafiy masuk kebun jumpa ngan kambing bebiri. Mak aku ader bela menatang ni…bukan satu kandang… 6 ekor jer. Tapi 6 ekor pun sudah cukup buat mak aku rindu kalo lama sket dia datang KL.. Macam macam alasan nak balik cepat. Itu la,,ini la…Tapi memang yer pun..susah sket nak tinggal laama-lama kat orang.. sehari dua boleh lagi… dah main 3-4 hari..jawabnya kena upah la. Tapi kan untung gak bela menatang ni.. koman koman pun kalau ko jual ko boleh dapat sekor 600 henggit. Cukup umur dalam stahun boleh jual la kalo bapak.




Cuti raya cina jari tu laku lagi sekor. Biasanya diorang beli sebab nak buat kikah la. Jadi dah berkurangan sekor lagi “anak” belaan kesayangan mak aku. Masa bawak si hafiy hari tu..sampai sudah kena dukung…sebab aper tau?

Sebab menatang u menyudu mulut ka dia…. Siap lari nyorok belakang pokok…sambil nangis..
Sekarang bila tanya….

Jom pi dusun..
Taknak.. takut lembu…


Kejap dia cakap biri biri..kejap dia cakap lembu… Aduiiiii yaiiii..
Yang paling kelakar

Biri-biri makan aper fiy..
Makan sayur….



Ohhhh… banyaknya nenek ko tanam sayur kat dusun ni yer.

Wednesday, March 2, 2011

Sukernya Dia…

Semalam aku janji nak upload video kan.. Ekceli bukan best mana sangat pun… takat tengok Hafiy gedik gedik dapat tiup lilin jer…

Yang buat lagi gedik video ni…bunyi makhluk tuhan yang nyanyi lagu bufday dengan suara sengaunya tapi claim suara Adira...….(eh tetiba adura..naper?) Lepas ni saper yang nak buat majlis hari jadi.. pastu takder tukang nyanyi yang sore sengau macam video kat atas tu.. boleh la contact aku yer…. Hehe…

Ehhh..aku ker yang nyanyi….. ohhh tidakkkkk………

Tuesday, March 1, 2011

Tips | Anak Degil.

Assalamualaikum Semua,

Satu ceramah yang bertajuk "Dasyatnya Doa Seorang Ibu" oleh Ustaz Abdullah Mahmud, bekas ustz ATM sungguh menarik dan jarang kita dengar. So kepada semua pengalamat luangkan sedikit masa berharga dengan membaca sedutan ceramah istemewa ini untuk kita sama2 hayati dan amalkan sekadar mampu.

Seper yang ader masalah sama macam tajuk kat atas tu...cubalah praktis yang ni

Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala panggil ROH ANAK.

"Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia"

Respon dari org yang dah try sungguh menakjubkan setakat ni alhamdullilah kebanyakannya menjadi. Contoh kalu kita nak anak senang bangun ke sekolah.. just try and see.

Kredit dari Email...

Sampaikan ilmu ini kepada yang lain walaupun satu ayat .

Hafiy 3 Tahun.

Biasanya tahun tahun yang sudah tarikh 8 Februari mesti kena pada musim cuti. Pastu gerenti tarikh tu aku kat kampung. Maklum la. Cuti panjang raya cina mestilah balik kampung. Susah nak dapat cuti panjang macam ni melainkan cuti perayaan. Tapi tahun ni 8 haribulan kami sumer dah balik sini. Tak sempat nak celebrate bufday Hafiy kat kampung.



Sambut kat sini biasa la.. kami anak beranak jer la. Bukan tak nak baut makan makan … tapi buat masa ni memang aku susah sket nak masuk dapur. Maklumla..anak bujang sorang tu yang terlebih manja… tak lebih jauh seinci.. melalak gaya kena dera…

Untuk tahun ni beli kek jer 2 bijik.. Satu untuk kami..satu lagi untuk Taska.. So 2 kali la Hafiy tiup lilin.. Eh..bukan 2 kali.. 4-5 kali…sebab masa kat umah… 4 kali nyanyi lagu bufday,,, 4 kali gak la dia tiup lilin. Layankan ajerla…. Kalo buat derk kan..kesian plak kat bufday boy… kalo ikutkan hati memang nak record jer…. Ko nak nyanyi lagi kan.. nanti pasang tape kejap… lapanploh kali nyanyi pun no hal la… sebab henset yang nyanyi bukan aku yang nyanyi.



Memang pesen budak kot.. rata rata aku dengar..suka sangat kalo dapat tiup kek hari jadi….kalo boleh hari hari nak kek hari jadi…bukan sebab nak makan…tapi sebab nak tiup lilin punya pasal la.

Nanti besok aku upload video terbaik punya. Kalo nak baca kisah Hafiy sambut bufday tahun lepas klik sini. Untuk tahun pertama dia sambut bufday aku takleh kasi link... sebab pic itu agak memalukan.. nampak orat orat ku yang seksissss..hoho.. kalo korang nak tgk gak..search la sendiri kalo terror... tapiiii plsssssss jangan komen yer.......tak sanggup aiiiii.....