Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)

Tuesday, January 19, 2010

RUMAHKU SYURGAKU

Ntah bila dapat balik bersenang lenang cuti bergaji kat kampung lagi. Kalau setakat cuti 3-4 hari takder maknanya balik. Tapi elokla .. dari langsung takleh balik kan. Aku plan raya cina nak balik. Tapi tak tau la.. Harapnya ader rezeki nak jumpa orang tua ku..



Ikutkan hati aku nak jer menetap kat kampung jaga org tua .. namun aperkan daya.. Ajeed sayang bebenor nak tinggalkan negeri tumpah darah dia.



Kat kampung byk kerja yg aku boleh buat, like bela kambing biri ker.. toreh getah ker.. tapi nak ker Ajeed buat sumer tu.. Apa salahnya kan tukar profesion.. org kata berbudi pada tanah untung wooo…. Lagipun sekarang kalo kita tengok harga kambing biri sekor berapa? Mahal kan?.. hari tu mak aku jual bapak kambing biri.. RM 500..belanya dalam stahun lebih. Belanya plak takder la susah.. pagi pegi bukak kandang.. petangnya halau suh masuk kandang balik.. kerja paling senang..



1 lagi getah.. skrg ni harga getah ditutup tinggi tiap-tiap hari… tu pun aku tgk kat tv segmen biz world … 1 pikul harga dekat RM500. 3 hari dapatla 1 pikul. Keja pun kejap jer..masuk kul 7-00..tak pun subuh-subuh alam.. balik dalam kul 11. Tak sampai separuh hari pun…

Kalau dipikir-pikir mau lari dari masalah kat kota ni.. rasanya tinggal kat kampung lagi best.. aman jer.. masalah jem takder… org kata boleh tido ngan tenang la… sekarang ni pun bukan tido tak tenang… tapi kalau nak banding ngan ayam la.. ayam lagi tenang tido kot..hehe… tipu kan?…

No comments: