Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)

Saturday, April 9, 2011

Sabtu Untuk Rehat

Assalamualaikum..

Wahhh syok erk korang yang cuti hari sabtu. Mesti tengah bermalas-malasan kat umah ni. Orang yang kerja hari sabtu mesti jeles ni. Aku pun cuti gak…Jangan jeles… syiokkkkkk…

Tapi sekarang ni masa makin pantas, 2 hari cuti tak rasa apa apa pun. Kejap kan dah Senin..Sabtu Ahad kat umah bukan lama sangat pun.. rasa macam 2 jam jer. Tapi takper la.. At least otak boleh rehat.. badan boleh rest…

Rasanya tak keluar kot hari ni. Ekceli kalo takder sebab nak beli susu ker dypers ker… aku lebih suka melepak kat umah jer. Sebulan sekali boleh la kuar jalan jalan.

Sooo mulakan pagi anda dengan NESCAFE…Mau makan aper ari ni erk?…Jom pikirkan menu lunch hari ni sama sama.

Friday, April 8, 2011

Tension ni..

Assalamualaikum..

Ada saper saper boleh tolong tak saya..?
Sidebar saya dah jatuh gedebuk kat bawah posting...
Camner nak naikkan balik letak kat tempat asal?..

Tangan ni gatal sangat... tapi tak buat backup dulu.. Ekceli semalam konon nak letak butang share facebook.. Tapi tetiba bukak tengok blog dah tak lawa..

Huwaaaaaaaaaaaaa..........
Tolongggggggggg....

Ader saper-saper boleh buat tak... aku sanggup bayorrrrrrrrrr..........
Hehehhehe... Please .. help me...

RESEPI | NASI BUKHARI

Assalamualaikum uolsss…

Kabare?… Warassss…..? HEHE.. Mode jowos la plak
Ekceli hari ni penutup hari bekerja untuk minggu ni kan?… Heppy looooo… Besok tak kerja. So untuk meraikan kegembiraan ni aku nak berkongsi satu lagi rasepi mudah yang dicilok dari pek perencah Nasi Bukhari Faiza ni.

Laaaa… Mati mati aku ingat.”.alahaiii susah la nak buat nasik ni…. “ pastu macam tak sedap plak.. Rupanya sangkaanku meleset. Dah la buatnya senang jer. Makan pun sodap. Betull.. tak tipu punya.

OK kita terus pada cara- cara nak masak nasik ni. Sebelum tu mesti nak kena prepare bahan bahannya dulu.

Bahan-Bahannya:
Ayam @ Daging
Beras Basmathi Seeloknya..
Bawang Putih & Merah
Tomato 2 bijik
Perencah Nasi Bukhari FAIZA

Kalo nak buat ayam.. perap bersama garam sket dan goreng ayam tu dulu separuh masak.
Pastu tumis la bawang putih ngan merah tadi…. Kemudian masukkan tomato yang diblend halus setelah bawang tadi naik bau… Bila tomato dah masuk tumis lagi sampai naik minyak. Lepas naik minyak masuk perencah Nasi Bukhari FAIZA. Tumis..tumis..tumis..

Bila dah masak perencah tadi masuk la ayam yang digoreng separuh masak tadi dalam periuk. Masak sampai ayam tu masak la. Lepas tu barulah masuk beras. Masak dengan api yang sederhana. Kejap kejap korang kacau la.. Biar ayam dan nasi tadi sebati.



Bila nasi dah masak.. sedialah untuk dihidang. Amat sesuai bila dimakan sama ayam masak merah. Tapi aku malas nak buat ayam masak merah, aku masak daging goring sajork..Terkeluar dari landasan betul... Pastu Kerutup Hati.. Empppp Sedap..



Lagi sedap kalo ader acar… Ni pun aku malas buat..
Makan dengan apa yang ader jer.. Kerutup tu lauk semalam punya. Tapi kerutup kan lagi lama lagi sedap. Sooo amat sesuailah dimakan bersama nasik bukhari panas…





Done… cuba yer uolls….

Thursday, April 7, 2011

LIGAT SANGAT YER?..

Pagar dah pasang.. kalo dulu yerla.. cakap takder pagar..senang jer si Hadif menonong ke dapor cari aku. Tapi bila Si Suami dah pasang pagar lain plak citernya.

Kalo dulu Hafiy memang yer.. kalo diletak kat luar..memang dia takkan meraung.. Paling tidak pun dia tertenggek kat pagar tu jer.. Tapi Hadif ni serangan dia len macam sket la… Meraung tak hingat. Bingit bahhh… Tak tahan…

Ko nak meraung sangat kat…. Nahhhhh… meraung sengsorang dalam MESIN BASUH.



Tapiii…. Elok jer aku angkat dia masuk dalam mesin basuh.. tersengih sengih plak. Nampak benar keserasian dia dengan habitat baru itu. Lenkali kalo dia bingitkan telinga aku lagi aku dah tau kat mana nak sorok dia. .. Aku tak kejam..tapi dia yang suka.

Hafiy plak suka sangat la tengok adik dia kena kurung. Siap bagi kerjasama yang padu lagi (tolong tutup penutup mesin basuh). Tapi SI Adik tetap relax…. Apa aku peduli…



Yang sebetulnya Hafiy terigin nak join adik dia skali. Apakan daya aku dah sound awal awal. Ada hati nak panjat masuk jugak… Setakat Hadif tu ok lagi kot..Kalo masuk Hafiy jawabnya lepas ni aku kena basuh kain kat sungai sambil berkemban la…. (feeling bawang merah uollsss).

Udahhh... pi buat kerja...

Wednesday, April 6, 2011

Mini Gathering Katanya…

Assalamualaikum…

Hari minggu yang lepas akhirnya tercapai jugak hajat nak together gather ngan geng bas sekolah cikanie. Ye la..Kata jer tinggal 1 taman..tapi nak jumpa memang payah sangat la. Lagikan 1 taman 1 tempat kerja pun susah. Kata jer kerja sekali.. nak sembang sembang or gossip gossip ni memang tak dapat la. Yer la.. Masing masing bz kan. Aku jer kalo yang kureng bz sket pun. Department pun lain lain.. kalo tercakap..atau terborak tu… memang secara kebetulan jer la. Kalo jumpa kat surau tu , lain citer la.



Diorang plan nak jumpa ni pun last minit.. tak silap khamis… Ahad tu nak jumpa..Aku on jer hari apa pun.. Janji En Suami ada kat umah.. Kalo dia kerja tak dapek la nak nolong. Saper nak pulas keter. Aku bukan tak boleh..bolehhh…tapi pulas masa enjin mati.. Enjin hidup lom dapat lesen lagi.. Tunggu aku khatam baru aku boleh gerak tanpa bantuan sesiapa.. Cehh takbur bunyi kan?..Tunggu Jerrr……



Plan asal nak jumpa kat Taman Tasik Cempaka nunnn di Bangi sana. Tapi memandangkan masing masing bawak askar…askar plak ramai…terlebih aktif plak, rasanya tak sesuai la nak lepak sambil gossip kat tengah padang.. Kan nanti..anak hilang ntah ke mana, mak mak sibuk bergossip. Mana nak sembang..mana nak kejar anak.. tak terkejor yoep… Lainla kalo bodyguard ader skali...Sooo tempat yang paling selamat tanpa gangguan anak anak ialah.. KFC Sungai Chua. Tapi untuk kali ni kitorang decide bodyguard tinggal rumah. Bawak askar askar jer. Soooo means kaum ibu jer la yang datang. Cuma sorang jer yang tersesat.. Tu pun kena paksa ngan bigboss makan kat meja lain. Jangan campur group kitorang… sian dia kan?



Suasana teramatlah gamat.. riuh rendah bunyi. Nasib baik kitorang jer yang ader. So mainan kat situ 100% askar askar kitorang yang konker. Budak budak ni summer saiz badan jer kecik, tapi suara… fulammakkkk….. sampai seberang jalan kat luar KFC tu pun boleh dengar. Tapi itu sumer tak menghalang geng mak mak ni bergossip. Gossip secara berhemah.. tu sebab amannn jerr…hehe..

















Agak agak nak azan magrib baru terkocoh kocoh nak balik.. tu pun sebab mata gatal lantas tersilap tengok jam. ..alamakkkkk 5 MIN lagi nak pukul 7. Kalo ikutkan hati memang taknak balik lagi. Yerlah.. bukan selalu jumpa pun.. anak anak pun masing masing leka main, stop main kejap pun sebab nak minum air pastu berlariiii sambung main balik.. memang tak hinggat mak bapak. Sekali skala diorang jumpa.. lantak la.. janji jangan nak buat aksi terlarang terjun tiruk dari atas gelongsor udah la.

Sampai jer kat umah… makan pun tak sempat… terus ZZZZZZZZZZ….. kaki pun tak sempat basuh. Aman kejap dunia aku. Boleh aku bersenang lenang depan tv, tanpa gangguan 2 askar yang banyak akal itu. Kejap jerla.. 3 jam lepas tu..terkedek kedek kluar bilik… empppp….. hampeh… Punah harapan.

Maaflah korang.. susunan pic agak berterabur..Ohh satu lagi..semua gambar ni dimuatturun dari FB.. saper yang dah tengok kat FB..baca citer jer la erk.