Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)

Wednesday, September 8, 2010

RAMBUT RAYA

Ini adalah auto publish punya entry.. pada masa ni mungkin tuan punya blog tengah sangkut kat Karak..jem..atau maybe paling jauh Bentong..Tapi harap-harap jalan taklah se sesak yang di sangka..dan paling penting selamat sampai kampung tanpa saman kepala maupun ekor.

Malam tadi nekad Babahnya ambik gunting , mahu cuba sedaya upaya mempesenkan rambut anak jantan dia. Merimbun sangat. Rimas aku tengok. Lagi di sikat lagi merimbun.


Alhamadulillah..nampak gayanya macam tak banyak songeh sangat… so behave….arahan sumer tepat… suruh paling kiri.. buat.. suruh paling kanan.. juga ikut… gud boy….

Agaknya dalam 20 minit… sabarnya mula goyah… kejap gatal situ…kejap plak gatal sini..satu badan cuba digaru.. mana taknya..bapaknya main gunting jer.. alas kat badan pun takder…bijak jugak babah dia ni….dan hasilnya…


Rambut baru Hafiy…. Adalah sedikit kelainan.


Dan ini rambut sebelum….


errrmmmm…Rasanya kena cari kedai gunting rambut ni.. kena touch up mana yang perlu…

SELAMAT HARI RAYA

Ini adalah entry auto publish.. pagi tadi seawal subuh kami dah gerak ke Kelantan. Doakan kami selamat sampai dan terlepas dari segala jenis mak nenek saman ni. Dan yang paling penting jauhi dari segala kecelakaan. Insya allah kalo tak jem kul 11 am sampaila.. kalo jem.... tk tahu la acik nak kabo.... keras bontot acik pegang Hadif ni.



Untuk kengkawan sumer… kawan blogger, kawan FB, kawan sekerja, kawan sekampung , kawan sepersekolahan, kawan setaman, kami sefamily ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafaan sekiranya sepanjang kita berkawan, sepanjang perkenalan kita ada sedikit atau sebanyak rasa tak puas hati, rasa benci, rasa semacam nak marahhh sangat.. atau rasa apa-apa yang membuatkan hati kalian tersinggung. Kita sebagai manusia yang tak pernah lari dari melakukan kesilapan.
Ekceli ni punya kad raya adalah recycle punya. Aku dah jenuh godek nak buat kad raya baru..tak reti la… yang ada ni pun aku edit dari orang lain punya.. hahaha..sungguh tak kretif kan..Tapi takper la.. niat aku ikhlas nak bermaafan dengan uolls sumer…
K la…stop sini jer dulu.. maybe dalam seminggu non ader entry baru. Maklumla..kampungku nun jauh disebalik bukit. Redah 7 bijik bukit baru la nampak kampung aku… U mobile mana ader line. Pasrah jerla..
Akhiir kata Selamat Menyambut Hari Raya Minal Aidil wa faizin…..

Tuesday, September 7, 2010

TIDO YANG COMEL

Comel kan Hadif tido….



Masa ni badan dia dedar sket. Baru lepas makan ubat. Mata dia memang pesen ni kalo tido..tak berapa nak rapat. Memang sebijik ikut gaya tido aku... Ingat lagi citer mitos zaman kecik-kecik kalo tido mata tak rapat tanda orang tu banyak dosa..auuuuuu takut aku dengar… habis kalo budak kecik..banyak ke dosa dia…
Kalaula jadi aku tingggalkan Hadif kat kampung raya ni.. gerenti aku rindu gila babas bila ulang tayang balik pic ni

KE LCCT & BUKAK POSER KAT SEK. 7

Semalam aku kuar awal. Ambik Cik Sue kat LCCT. Hujan lebat giler sepanjang jalan. Pegi ambik budak berdua ni dulu. Pastu terus rushing ke sana. Dia pun terpaksa tunggu berjam, sebab kul 6 baru kitorang sampai sana. Patah balik Kajang terus. Tak menyinggah mana-mana pun. Ingat nak gak singgah Nilai….jamu mata kejap.. tapi tak dapeknya..dengan Hadif yang berak, takder dyper standby dalam keter. Menangis-nangis tak selesa.


Adapun singgah Mon Rods Seksyen 7 untuk bukak poser. Kat situ lah baru pegi cari dyper.. nasib baik ader jual yang pek kecil. Terus tukar.. dan..dan tu Hadif berenti menangis. Sungguh tak selesa kot dia waktu tu. Nak cakap tak reti… hanya bagi signal dengan menangis n meronta. Moral kat sini kena standby dypers dalam keter.


Masuk jer kedai terus bunyi azan. Tak sempat pun nak order. Nasib baik ader kurma. Pastu dia bagi air masak. 15 min lepas tu baru dapat order. Aku tak mintak nasi..aku order Fish n Chip jer. Jemu makan nasik.


Ajeed plak nasik ayam. Sory yer. Nasinya sedikit messy..sebab aku tak berenti berzikir kat telinga dia



“cepatla wak…cepatla..lapar….”

Harus tanggung risiko bila beranak kecik mau makan luar…..makan pun tak sempat nak kunyah..Harus ditelan terus.


Cik sue plak nasik goreng special. Boleh la… nak kata sedap sangat tak jugak. Boleh la dimakan kalo time terdesak macam ni. Usha gak steambot kat situ.. Hampes… penuh jer manjang. Nampak gaya lepas raya baru dapat merasa.

Sooo untuk makanan kat kedai ni boleh bagi 3 bintang jer la. Sama dengan Hainan Kopitiam semalam…. Sekarang misi Acik Anie adalah mencuba masakan kat restoran baru area Seksyen 7 n 8. Misi ini mungkin bersambung lepas raya. Hahahaha. Sebab besok aku dah balik kampung. Maybe lepas subuh besok gerak kot…. Yihaaaaaa

Wahai Orang Kampunggggggggggg……. Nanti kepulanngan ku Yooooooooooooo.

Pstt : Abaikan kesilapan ejaan blospot (blogspot) kat pic tu. Dah malas nak edit balik

Monday, September 6, 2010

UJIAN BULAN POSER

Jumaat lepas…dapat mesej dari adik aku kat Slayang

“ Kak.. 3 bijik umah kat Slayang terbakar lepas buka poser tadi…termasuk umah Mat Li”

Masya Allah… Mat Li salah sorang rakan yang akrab dengan family kami. Ni baru betul-betul ujian tuhan bulan poser ni. Tapi alhamdulillah…rezeki mencurah-curah lepas musibah ni…

Adik aku citer la… Masa kejadian tu lepas bukak poser..sibuk nak mandi aper sumer la kan… tetiba orang menjerit..api..api..terkejut la.. rumah member tu atas..so api kuat sangat sampai dah block tangga…diorang sumer turun ikut tangga sigai..Bapaknya plak turun dengan pakai tuala jer.. org tu baru nak mandi…..katanya….jiran sebelah umah tu ..tinggalkan cucu dia dalam umah ..budak tu main mercun dalam umah sampai terbakar sofa… budakkkk…. Bukan reti nak padam-padam api nih.. sampai sumer benda meletup…aircond meletup…jadilah litar pintas… habis sumer 3 bijik rumah.. selai sepinggang jer tinggal……baju pun tak sempat nak sambar.. orang-orang kat situ banyak menolong…
Tengahari sabtu kitorang pegi slayang.. tak sempat nak tengok rumah dia tu.. Ajeed nak cepat…jumpa dia kat tepi jalan jer....kebetulan dah sampai sana..berbuka jerla kat umah adik aku..


Masa kat sana….budak 4 beradik ni betul-betul menduga iman la… 1001 macam peranagi.. kejap nak nasi..kejap nak air.. kejap nak buah… kejap nak agar-agar…tahan jer napsu tgk dioraang mintak itu ini. Peraangai masing-masing pun ya ammpunnnn.. kejap nak naik beskal.. kejap nak mainan tu.. kejap punggah mainan ni… lotih acik mlayan budak berempat ni…Si Sarah plak memang pendengki habis..pantang ibu dia sebut nama Hadif.. mulala menggelese kepanasan..tu blom pegang lagi… ermm camner nak ada adik kalo gini gayanya Sarah Oiii


Dalam kul 12 malam baru Ajeed datang ambil… budak berdua ni pun dan ketiduran.. letihhh… main banyak sangat.