Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)

Thursday, November 8, 2012

Khamis Dah..Yeahhh..

Assalamualaikum..

Ekceli tak tau nak letak tajuk apa.. so aku main hantam saja lah....
Frust giler malam tadi terlepas masterchef.
Kisahnya malam tadi adalah malam graduation anak jantan saya, so terlepas scene menarik la semalam. Kan betul kan?..Hafiz tersingkir..cuma sebab penyingkiran tu diaorang tak dedahkan la.

kita balik kejap tgk masterchef..pastu habis kita datang balik
abih budak budak ni camner?.. buat ker nangis ker..aper ker?..

Ermm..yer jugak erk.. kerja giler namanya tu. Ingat rumah ngan sekolah tu 2 langkah jer ker.Takper i terpaksa korbankan keinginan i demi anak anak jantan kesayangan i tu . Padahal anak aku tu 4 tahun and 3 thn jer baru pun.. Bukan nak kena naik pentas terima sijil bagai pun. Paling tidak pun ada hanya tarian lompat lompat , angkat tangan goyang badan kanan kiri jer.
 
Paling best Hadif la. Mula naik pentas lagi mata dah melilau cari mak bapaknya. Sekali dia ternampak kitorang tengah peratikan dia.. Apa lagi keras kejung terus kat situ la...  sambil tangan di mulut...mata terbuntang mintak simpati..dalam hati dia.. ambik la aku bu..bawak turun la aku bu... agaknya la...sampai habis lagu dia berkeadaan begitu.. Korang boleh bayang tak?. Tapi kan aku ni kira masih bersyukurla sebab dia tak melompat turun pentas. Kalo tak malu weyhh.. anak saper la ni.... Anak Ajeed....* lariksss. Tapi bila semua dah siap lagu dah habis..elok jer dia menonong kluar barisan nak kluar cari kitorang... nasib baik ada org perasan, terus diorang tarik tangan Hadif pergi belakang pentas.... aku menunggu dari jauh tengok jer gelagat dia...Macam mana nak kasi dia tak jakun nemgok orang ramai erk?. Ada tips tak..?

Citer details pasal ni aku buat kat next entry yer kalo rajin.
Aku nak cerita pasa Masterchep ni.... Tak sabar...meruap ruap dalam hati nak mengumpat a.k.a mengutuk si Hafiz.


Malam tadi betulla..Kumpulan Merah yang menang lagi... Memang Team 3 serangkai ni (Che Lah..Ammar..Cikgu) kalo bergabung mesti menang punya la. Dont worry..dalam kalut kalut..gaduh gaduh pun ..the end mesti diorang menang. Merah warna keramat untuk trio 3 serangkai ni kot. Walopun mulut Chelah ni bising..Tapi betul la kata CheLah.. diorang tahu buat kerja masing masing . Jangan risau..Hamboi CheLah...konfiden yer. I suka.


Macam yang dicanang kat Forum cari betulla ..Hafiz yang keluar kan?..Dah tau dah.. macam sia sia jerla diorang tarik masuk balik minggu lepas. Buang karen jer la. Kejap bebenor dia muncul. Aku pun heran naper dia buat kerja menipu ni untuk kali yang ke-2..tak malu ker?.. Nampak sangat la dia ni takder integriti kan? Tapi kita pun tak tahu sejauh mana kebenaran cerita penipuan dia tu. Malam tadi pun dia tak bongkarkan.. so kita tak boleh nak judge dia lebih lebih hanya berdasarkan kepada khabar angin saje.unfair okkkk..

Makin lama makin kurang peserta MCM ni. Maknanya makin hampirlah diorang dengan Final.. Gerenti dup dap dup dag jer jantung diorang...tapi yang terlebih dug dagnya yang tukang menengok ni. So yang tinggal lagi Fizuan, Che Lah, Eida, Dean, Nora, Nina, Etiqa, Ammar, Ah Hong dan Izyan. Saperla Juara itu kan? Tak sabarrr nak tengok. Jangan tiba final aku masih kat kampung lagi dah la.. Nangis nanti. Asteruk kat sana takder wey.


Tapi kan aku dengar dengar citer lepas ni Fizuan yang keluar.. lepas Fizuan diorang cakap Che Lah uolsss Che Lah... Habisla.turunla rating kat asteruk lepas ni. Paling tak best.senyap sunyila dapur masterchef lepas ni. Dah lagi lagi tak best bila takleh dengar komen Che Lah yang gelak gelak manja setiak kali bagi komen..perasan tak.  dengan liuk badannya..alahai.... mesti cikgu ngan Ammar tak ceria lepas ni... Tak berseri uolls kalo Che Lah takder....

Pic kredit Forum Cari..

Wassalam

Wednesday, November 7, 2012

Sweetnya Che Lah

Assalamualaikum..


Aku rasa Cik Lah memang gedik natural la. Tengok gaya dia lari pun dah manja uolsss. Kepit gitu...
Nina plak..dalam ayu ayu pun dia paling depan.

Kredit pic dari Forum Cari dot com dot my
Saja nak membebel gumpat diorang... Selagi Masterchef tak habis selagi tu la aku duk bercerita pasal diorang...

Wassalam


Kawan Lama.

Assalamualaikum..

Firstly nak ucap banyak banyak terima kasih kat My BFF sebab kasik surprise pagi semalam. Seprise la konon.. walhal dah tahu dia kasi hadiah minggu lepas.. Agaknya apa yer kat dalam..Cantik sangat wrapping dia..so nak bukak pun sayang. TQ bebeh.. Moga Allah sentiasa melimpahkan rahmat buatmu sefamily. Amin.


Nih nak citer sikap... Sabtu lepas...tetiba i dapat call dari sambedi yang bukan dari my contast list la. So..saper erk call ni. Nak angkat ker tak.. Kan tak pasal pasal dengan aci membebel... kalo bukan aci yang cal..asooooo plak.. Phone No aku ni familiar dengan warga warga tua okehhh...oh apekahhhhh?

So aku pun dengan berani angkat la..

Hello...ni Norani ker?..
Aa..aaaa..ya saya...naper?
Oh aloh...tak payoh kecek lua la... (alahai..tak payahla cakap KL)


Speking dahhh oiii.......Kalo tak paham baca tulisan hitam yang dalam kurungan tu jer. Aku dah translite sekali.

ok alohh..saper ni..royat la.. (alahai.. ni saper...cakap jer la)

aku ni...XXX pahi.. (ni aku...XXX pahi)

oooooooooo..mu ko... (IC kau rupanya)

Mu ingat lagi ko aku... ( Ko ingat aku lagi tak?)

Ingat bakpo tak ingatnya.. (Ingat.. Naper boleh tak ingat)

Yo ko ingat?.... (Yer ker ko ingat?)

Ingat la....( Ye la ..Ingat)

ok..kalu mu ingat..aku ni mace mana dulu..Aku ni baik ko jahat.. (OK kalo ko ingat,,Aku ni jahat ke baik)

Mu ni baik jgk..tapi kade2 jahat jgk..mu ni PENDEK PENDEK kan?... (Ko ni baik orgnya.. tapi kekadang tu jahat la jgak..Ko ni pendek pendek orangnya kan?


Hah..sekali kan dah kena... saper suruh aku recall baru kisah dulu kala..so secara jujurnya aku bagitau la...keh..keh..keh
Sekali aku check kat FB..jumpa la dia ni.. rupanya JPJ kat Kedah sana nun...
Dalam hati aku..pendek pendek ko pun boleh gak orang terima ko kerja  kat situ. Kiranya dia lagi beruntung dari aku sebab anak dia dah 4... mesti kawin awal ni. Tapi aku lupa nak tanya dia..bini ada brapa.

Kalo di ingat zaman zaman tingkatan 1~3 dulu. Memang banyak sangat kenangan. Dulu kampung aku mana ada sekolah menengah. So kena la ke kampung lain untuk sambung masuk ke tingkatan 1. Kat sini la jumpa macam macam pesen kawan.. Biasa la..umur macam ni kitorang baru nak membesar la katakan. Tapi aku dulu termasuk dalam kategori yang suam suam kuku jer la. Takder la hot macam goreng pisang panas. Kira macam kawan sekelas jer la kenal aku. Kalo yang dari lain lain kelas tu haremmm...

saper dia ni erk... dari sek mana yer.. 

Paling sadis mungkin langsung orang tak tahu kewujudan aku kat situ. Pastu masuk masuk jer sekolah situ dapat plak kelas Perdagangan 2. Kalo Perdagangan 1 tu sah sah budak yang bijak..smart.. dapat 5A confirm UPSR diorang. So possibility untuk dikenali dan glemer adalah lebih 95%.

Tapi itu semua tinggal kenangan terindah dalam lipatan memori aku. Tambah lagi aku kena quarantine kat ASPURI. 2 minggu sekali baru boleh balik rumah. Dari siu aku dah mula belajar berdikari. Keseorangan...Nasib baik ada kawan kawan yang baik hati. Sweet Memory gitu..

Ok la.. Itu sajer.. Wassalam.

Tuesday, November 6, 2012

Sembang Sembang

Assalamualaikum..

Sejuknya petang ni.... teringat ubi kayu cicah kelapa jer la musim ni. Sedapnya.... Satu lagi kalo musim banjir ni mesti PUTU HALBA akan muncul. Minggu depan aku balik kampung. Ada rezeki untung untung boleh makan putu halba. Lagi sedap dari putu bambu ok.

Malam tadi korang tengok tak MCM?. Aku macam yang di plan la. Nasib baik l anak jantan sporting giler. So dapat gak la tgk saper yang layak untuk di serap masuk semula. Kalo di kira markah Along kan?.. Tapi Chef sumer baik hati.. so dua dua dapat. Kalo di ikutkan dish diorang malam tadi macam 2-2 ada kelebihan..Diorang pun susah sebenarnya nak bagi markah. Bila di kira purata yang membezakan pun sikit jer.


Masa chef bagi apron kat Along aku tengok muka Hafiz dah len macam. Sedikit frust kot. Tapi bila chef umumkan Hafiz pun layak masuk.. apalagi ...peluk sakan korang yer.

Tak sabar nak tunggu malam ni plak. Katanya Si Hafiz sekali lagi kantoi menipu.. Sepatutnya kumpulan dia menang tau. (BIRU) Atas sebab untuk singkirkan dia....juri terpaksa letakkan pasukan Biru dalam Pasukan yang bakal masuk ke pusingan penyingkiran. Masa ni la Hafiz akan di singkirkan..Betul ke tidak wallahuklam.. speku semata mata. Tapi kalo betul la.. Naper la dia suka menipu lagi erk. Kan hari tu dah kantoi sekali. Kali ni pun nak menipu lagi ker? Muka kemain ensem..bulu kemain lebat..tapi kuat menipu.. hilang ensem tu guuuu..


Takper..kita sama sama tengok malam ni yer.
Pic tu sumer kredit dari Forum Cari dot com dot my

Wassalam..


Arabian House

Assalamualaikum..

Jom kita ke rumah arab. Mana tahu boleh jumpa nasi arab sedap..2-3 hari lepas anak jantan gue bersuara..

Ibu.. Abang rasa nak makan nasik arab..

Hamboi tekak hang.. Leh tahan jugak yer. Sejak bila boleh tersuka nasi arab ni. Nasi Arab tu tu apa?.. abang kenal ker?.. Baru ku tahu... rupanya maksud dia nasik arab tu kedai mamak. Aku pun pening, dia nak makan nasik arab ker atau nak makan kat kedai mamak. So Ahad lepas kitorang pegila ke rumah arab tu. Memang berbaloi makan sini.. Sedappp dan paling best murah... Selesa jugak sebabnya smoking area kat luar sana. So kitorang boleh makan dengan tenang tanpa menyedut asap asap yang boleh membunuh itu.

Hamboi ..cakap gaya laki aku ni tak merokok. Merokok..tapi ada zon merokok dia sendiri. Kat dalam rumah tempat yang boleh merokok hanya dalam "Bilik Kebal" dia. Selain dari tu sorry naik lori. dinda tak izinkan.

Ahad lepas kan hujan jer manjang.. dari pagi sampaila ke petang. So nak keluar pun rasa macam takder mood. Nak kuar berjalan berpayung bagai baik tak payah.. so tunggulah hujan reda dulu ..baru boleh cabut keluar. Tunggu punya tunggu dah pun masuk Asar.. lepas Asar terus keluar. Tempat makan dah ada dalam kepala hotak ni... The Arabian House.. Saper nak makan nasi arab sedap..jom la ke sini. High recommended uuuuuuuu. 5 min jer dari rumah aku. Ala..dekat jer..belakang rumah jer.. Kalo korang datang makan sini..jangan lupa..jenguk jengukla dapur rumah aku yer.. Mana tau ada rejeki..boleh makan kek bantat. ngeh..ngeh..ngeh.

Mix Grill = Rm18 jer

Sesampai sana.. wah kemain lagi diorang layan customer.. siap nak bawakkan kitorang payung... Aku cakap.. takper..It's ok sir... Hujan lembu teleng jer ni Sir...Don't worry.. :)  Masuk jer..terus cari port baik punya. Kat sini ada 2 tingkat tau.. Tingkat atas mungkin sesuai untuk jamuan makan makan gathering gathering gitu. Kita yang family kecik kecik makan kat bawah jer la. Kang tak pasal pasal hero hero aku main naik turun tangga plak kekdahnya, maklumla rumah i single storey jewww.

Kabsa Kambing = rm 15 jer..

Menu dah ada dalam kepala... Kabsa kambing untuk Ajeed la..apa lagi. dan aku anak beranak...Mix grill (small) untuk  3 beranak cukup la. Dia ada 3 size..S.M..L..Pilih la ..ikut tekak dan kapasiti perut korang. Memang sedap. Cuba la korang rasa kalo tak caya. Hafiy punya selera.. woy..terkagum kejap...makan beria bebenor..Tak terkata ko. Siap mintak tambah. Sebabnya nasik dia tu pun dah cukup sedap..Panjanggg.aku terpikir gak cara dia masak kat sini tu sama tak dengan cara diorang kat sana.. Alaaa..masak dalam tanah tu. Kalo yer sama..memang berbaloila.. Makan gitu pun sedap. Makan ngan ayam grill tu lagi bertambah sedap. Pastu pandai plak Pak Arab kat sini mix and matchkan dengan citarasa tekak orang malaysia. Dalam nasik tu ada cili padi yang tak dipotong. Mungkin masa masak nasik dia masuk cili tu skali kot. So saper nak pedas..tenyeh jer la cili padi tu kan?. Aku menaip entry ni pun terbayang bayang lagi kesedapan ayam grill dia tu.., Hafiy yang best. Bukan takat tambah nasik jer malah menjilat pinggan sekali.. Caya lah bang...

Makan kami 4 branak RM50 jer pun. Ok la kan.. takderla mahal sangat pun. Dari aku makan McD baik aku makan nasik. Tu pun siap ada side order lagi.. fries untuk bebudak ni. Dia bagi mayonis yang dicampur ngan bawang putih. Tak boleh masuk la ngan tekak aku. Tak sedap. Nak cicah sos..lagi tak sedap. Sos diorang ni..nampak kemain lagi...sedap jer. Tapi tak sama la rasa ngan sos kita. Pedas dia len macam. Pastu terlebih masam. Sos tomato tu sah sah la masam kan?. Sos cili pun masam gak. Makan gitu jer la. Takyah cicah cicah. Tapi tak kisah la.. yang penting Nasi dia sedap.
Air plak cam biasa la.. fresh oren jer la manjang. Ajeed plak try Turkish Kopi.. Mak aiiiii... pahit giler. Pahit dia lain la.. Pahit tak best gitu.. Terkulat kulat mata aku menahan pahit nak menelan. Hafiy Hadif pun try gak...Berkerut dahi masing masing. Hahh nak sangat kan.. Aku dah cakap..takyah la..tak sedap..nak jugak..sekali ambik...Cam nak menangis muka hadif. Cepat cepat aku bagi air masak. Kecik cinonit jer cawan dia.. tapi 4 hinggit secawan.. Yerla paham... diterbangkan khas dari turki kan.. sebab tu korang jual mahal.I paham..takper.
Ini bukti kesedapan tahap maksima... Sumer gambar tu aku goggle...cuma pic yang pinggan licin jer aku sempat snap. Maklumla..kebulur nasi arab. Tu daging lembu yang digentel panjang dan di grill... sedappppp. Cer korang tengok nasi dia..panjang kan?.. Rugi kalo korang tak rasa.. Lokasi restoran ini.. cari taman Putra kajang..Sebelah tol sungai ramal tu jer... Ataupun korang cari Akademi Darul Huffaz... alaa sekolah budak tahfiz tu.

Ok la...wassalam...