Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)
Showing posts with label Beca Melaka. Show all posts
Showing posts with label Beca Melaka. Show all posts

Tuesday, January 8, 2013

Tempat Menarik Di Melaka | Muzium Melaka

Assalamualaikum...

Ermmmm... tak tahu nak tulis mukadimmah macam mana..sebab bersusun dah entry kat schedule tuh..kekeke...

Ekceli mood nak bercerita masih ada. Soooooo pulun la. Nanti dah takder idea freeze lagi la blog aku. Ok sambung balik cerita jalan jalan ke Melaka. Hari pertama berakhir kat kedai beli barangan cenderahati tu kan?.. tapi aku banyak beli makanan. Ada la untuk anak buah kengkawan adik adik sket. Kenangan yang tak seberapa tu harap diorang suka.

OK.. masuk day 2 kami di Melaka.Hari Isnin  Aku seawal pagi lagi dah bangun. Intai ikut tingkap tengok keter banyak ke idak. Lepas subuh memang dah standby mandi kemain lagi pakai baju lawa lawa..kekeke. Maklum lah..semangat nak merendak meronta meronta. Yang jadi masalahnya anak anak. Kemain liat nak bangun sorang sorang. Sakit tekak menjerit suruh bangun. Kalah Ibu Tarzan.  Ok aku pahammm.....letihhhh.ya amat. Kesian jugak nak kejut awal awal. Tapi paksa jugaklah..kan sia sia jer bayar hotel mahal mahal. Pastu nak masuk town lagi satu hal..berchenta nak mengadap jem. Pastu dah Lari dari tujuan asal plak.Datang jauh jauh nak bergumbira, tapi sidahnya stressss memanjang.. Paham ke idok..


Settle budak budak..bapak budak plak.. Ni satu hal.. liat jugak.. Sudahnya pukul 9.30 baru turun lobi untuk breakfast. Sebelum turun mari sini anak anak ambik gambar dulu.

Tak sabar sabar nak mengisi perut. Lapar wey. Nasib baik menunya kena dengan tekak aku. Tapiiiiiiiiiiiiiiii..........makan tak tenang Hafiy Hadif tak reti duduk setempat. Malu mak apak dia tau. Budak jakun mana la terkinja kinja kat lobi hotel. Mak bapak nak makan pun tak tenang. Stress kuasa 2. Tapi apa aku kisah. Makan tetap makan.

Tempat pertama yang kitorang tuju pagi tu adalah Muzium Negeri Melaka.. Ekceli ada banyak sangat muzium kat sini. Dah namanya tempat bersejarah. Ofcoz la muzium pun banyak la kan. Apa la mung cikanie.....Sebelum memulakan pengembaraan wajib ambik gambar dulu kat kepala lori Bomba Majlis Pembandaran Melaka. Tahun berapa ntah..


Nasib baik aku ambik cuti hari tu Isnin tu Kalo tak confirmed kerat jari bandar Melaka jam. Hari tu jem gak tapi boleh tahan lagi la. So kebanyakkan warga Melaka kerja la Isnin tu. Selamat...dapat merendak dengan tenang. Aku pun konfius muzium mana satu aku masuk sebab banyak sangat muzium kat sana. Yang aku ingat Galeri Cheng Ho tu jer. Tiket untuk masuk untuk ke 6 6 muzium adalah 5 henggit jer sorang. Budak free. Tapi penat wey... nak nak Ajeed suka study satu persatu tentang sejarah yang ada di situ..stress kuasa 3.

Sedikit Info pasal Galeri Cheng Ho



Galeri Laksamana Cheng Ho diilhamkan daripada kisah tokoh pelayar agung China iaitu Laksamana Cheng Ho (Zheng He) yang telah dilahirkan pada tahun 1371 di Hodai, sebuah kampong di daerah Bao San di Yunan. Galeri ini memaparkan kisah pelayaran beliau serta kejayaan menjalinkan hubungan diplomatik serta perdagangan diantara kerajaan China dengan negara-negara Asia dan Afrika. Koleksi bahan pameran terdiri daripada porselin, replica kapal, koleksi buku dan artikel-artikel berkaitan tokoh pelayar agung tersebut.

Kat galeri ini aku tak masuk pun. Cuma nampak la patung Cheng Ho tengah pegang Pedang...Hafiy tanya.

"Ibu..naper patung tu pegang pedang?"

Sorry..ibu takder mood nak pikir jawapan sebenanrnya... Tapi demi menjaga hatinya..kan ngamuk kan...nak dukung kan...baik aku fikir jawapan. Betul tak betul dia bukan tau pun kan?

"Sebab dia Laksamana.."

Boleh terima tak korang jawapan aku nih...hehehhe

Laksamana tu apa bu...
Alaaaa..mcm askar.....

ok la kan... janji ada gak jawapan..