Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)

Wednesday, June 13, 2018

Muhammad Aisy Harith

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..terbuka hati nak post entry baru. Bila tak bizi gini la gayanya...nak menulis jer kerjanya. Tapi bila start nak menulis tu..blank tetiba otak ni..acaner tu?

04-03-18 sesudah azan subuh keluar lagi seorang budak bertuah yang bernama Aisy Harith. Macam biasala. Nama adik adik yang latest ni abang abang yang pilih. Soooo ibunya redha jer la. Janji ada maksud ibu terima. Kali ni lain sket... 3 atas semua elok keluar ikut "pintu", si bungsu ni... (echeche).. boleh pulak keluar ikut "tingkap". Dah cakap banyak kali keluar ikut pintu..tingkap jugak yang dia suka.. hadoiii... Tapiiii..hati kecil ini memang dah berkata kata..macam akan ada masalah jer kali ni... pastu hujung hujung peknen tu mata kiri atas pulak bergerak setiap masa...bila ditanya pakcik goggle.. alamat yang tidak baik iaitu akan mendapat kepayahan..adalah dekat 2-3 minggu jugak asyik bergerak. Sampai kita tak selesa. Kena pegang mata time dia bergerak tu. Memang betul la ... kepayahannya masa nak beranak tu.

Ekceli... aku bersalin ahad..tapi sabtu tu dah start sakit dah. Konon nak tunggu sakit kuat dulu. Malas la nak pi spital awal. Pegi pegi masuk labor room hajat dihatinya. Tapi tak weyyy..dalam kul 4pagi gitu dah tak tahan sangat ajak suami pegi spital. Pegi pegi masuk bilik check bukaan dah 4 cm... tetapi kepala anak tak rasa kat bawah..ahhhh sudahhhhhhh. Panic datang tetiba. Doctor datang suruh scan and cakap kena masuk OT dengan segera. KECEMASAN. Misi panic..doctor panic..aku lagi panic. Segala menda document suruh aku sign dengan segera. Suruh panggil suami...sudahhh..suami elok masuk keter sambung tido balik. Konon nya lambat lagi nak bersalin. Dia datang sign then terus tolak masuk OT. Bulih bayang tak kepaniccan aku masa tu... rasa macam tgh tonton drama  ER jer. Doctor tanya nak ikat ker tak.. aku jawab tak jer.. mikir lagi ni...mana tau pasni dapat anak popuan.. Tapi lepas beranakkk..tobat weyy..nyesal tak ikat. Beranak szer ni siksa dia lain macam. Respect la yang boleh szer 3 thn sekali tu. Aku sekali pun tobat dah tak nak beranak takut kena szer lagi.

Masa dalam OT biasanya mamai mamai sebab separuh badan dah bius. Tapi masih boleh rasa torehan itu. Tapi tak sakit. Tapi bila pandang atas tengok darah dalam bayang bayang lampu tu... handoiii..lemah gemalai dibuatnya. Lepas azan subuh terasa yang doctor dah berjaya keluarkan baby baru aku rasa legaaaa sangat. Bukan apa ..masa tengah nak kelaurkan baby tu aku dgr doctor cakap...jangan jangan tarik macam tu.... takut la weyyy.... Tapi alhamdulillah..doctor Kajang semuanya yang terbaik.. In shaa Allah. Lepas baby keluar fasa nak sedut darah ..cuci cuci tu semua buat aku kering bibir balik..aduii..walopun tak sakit..tapi tetap ada rasa gerun. Blom bab jait lagi... eeee gerunnn.



Dah settle dalam OT, keluar masuk ward maka bermulalah fasa yang paling menakutkan. Mau taknya..Masa 4 jam pertama lepas operate tidur terlentang tanpa bantal tak boleh bergerak.. Kesan bius ada lagi..nak angkat kaki pun rasa beratttt sangat. Masa ni kepala jer boleh bergerak. Lepas 4 jam misi dah suruh cuba bangun uruskan anak sendiri. Mana boleh weyyy..Dalam hati aku..ya allah,,, cepatlah tiba waktu melawat. Anak dah terberak ni. Mana boleh aku nak tukar lampin dalam keadaan yang pening pening lalat lagi ni. Alhamdullilah.. Adik aku sampai... dia tolong settle si budak bertuah yang namanya Harith tadi tu. hahaha. Pastu petang tu plak adik aku yang sorang lagi datang bawak nasik ikan bakar.. alhamdulillah. Boleh makan tanpa muntah. Nak bangun memang tak larat la.. tinggikan kepala katil jer nak makan pun. Lepas tu suami datang... seronok kejap..hilang rasa sakit bila semua kesayangan kita sampai kan. Sorang jer blom sampai..bondaaaaa..huhuhuhu...Besoknya barulah mak aku sampai. Baru lega sket. Lega selega-leganya.



3 malam jugak la bermalam kat spital. Tiba jer malam datang rasa gundah gulana. Mau tak risau..nak jalan pun tak boleh. Berapa kali misi datang suruh tukar pad..aku tak pegi..tak larat wey nak jalan ke toilet nun..nak heret kaki tu rasa berat campur sakit yang teramat sangat. Aku rasa masa tu macam tak nak malam..biar siang jer sepanjang hari . Tapi satu jer yang buat aku ok sket... Baby tak meragam... tidoooo jer.. alhamdulillah. Sampaikan adik yang katil sebelah tu cakap... baiknya baby akak, tak nangis pun malam malam. Memang syukur sangat sebab aku tengok baby orang lain sepanjang bermalam kat spital tu macam dah jadi pesta menangis. Kejap baby sini..pastu sambung sana..pastu yang hujung plak..lepas hujung sambung sini plak.. Hadoiiiii..stress mak incik dengar. Rasa nak lari jer dari ward.

Rasanya dah panjang lebar dah aku tulis ni. Naik pening dah kepala tengak screen.Nak muntah pun ya ni. Ada masa kita borak lagi. Nak tido jap ni.

Wassalam..

Love
Cikanie


2 comments:

ietams said...

tahniah cik anie!tambah hero lagi.
mamanya maintain princess lg la mcm ni..
nanti free² sambung lagi ye cerita bersalin tu..
nak tau gak mcmne boleh tetiba kepala baby tak engage even dah buka 4cm.
debo gak bace entry ni. hihihi

aCik Anie said...

alhamduliilah..terima kasih ieta..
forever princess la gamaknya...
Nanti kita update... mood datang ni