Assalamualaikum..
Penyakit lama datang lagi. Homesick tahap jingga dah ni..Tolong...tolong..
Boleh kata hari hari tengok kalendar.. Macam budak budak plak rasanya. Kalah Hafiy and Hadif. Elok jugak diorang rilex jer. Kalo diorang tu sama sama tak sabar nak balik kampung. Lagi parah la aku gamaknya. Pesen buruk aku kalo nak balik kampung, 1- Tak lalu makan, 2- Kurang bercakap tapi yang paling ketara adalah malas nak mandi and malas sangat sangat nak masak. Teruk kan?
Isnin lepas adik aku dah selamat sampai kampung. Dia dah tinggalkan bumi Borneo sana buat selama-lamanya Sabtu lepas hihi. Ehh tak..Bulan 11 ni kena gi sana balik. In Shaa Allah ada rezeki aku pun nak ngekor skali la. Hihi.
Pagi semalam lepas ke kubur aktiviti diorang musim puasa ni adalah kutip durian. Dusun mak aku takder la jauh sangat. Kat area area rumah jer. Waaaaaa bestnya...jeles ok. Bab ni aku jeles. Dorian luruh musim puasa . Memang silap time la. Jual pun tak laku. Takpe takper.. Tunggu aku balik. Nanti tau la aku nak buat macam mana. Mak aku cakap malas nak jual sebab murah sangat. Tak padan dengan penat lelah mengutipnya. Kena menyeberang anak sungai lagi. Naik bukit lagi. Memang susah sangat nak bawak balik rumah. Kena main kudrat orang lelaki. Setakat tenaga perempuan yang lemah macam aku ni. Memang terkencing tengah jalan la jawabnya. Serius..sebab aku dah pernah try. huhu. Try bawak ok..bukan terkencing
Kalo setakat 2 3 bijik kacang jer. ni bukan 2-3 bijik, main guni ni. Ko larat ker?. Aku tengok Ajeed pikul yang gagah perkasa ni pun lotih. Lenjan habis satu badan. Boleh perah air peluh kat baju. Bayangkan setiap pagi banyak ni yang dapat. Mau tak terkencing. Sebelum naik bukit kena redah sungai dulu. Walopun anak sungai, tapi..susah weyyy... Pasti naik bukit. Tonggek punggung pungung tau. Nak jual 40sen skilo jer boleh dapat. Paling tinggi pun sekilo singgit. Takperlah..buat tempoyak lagi untung kot. Takpun kacau lempuk jer.. Paling afdhal sedekah jer kat orang kampung.. hihi
Ermm...pulut durian dah terbayang di mata ni guano. Kalo boleh sekarangggg mau terbang balik kampung. Buah salak pun adooooo.....woooohooooo....
Buah salak ni kena tutup sket. Takut kena sondol ngan babi hutan. Besoknya tinggal biji. Sakit hati nengoknya. Biasanya mak aku akan tutup buah tu dengan zink. Takpun daun kayu. Kalo tak buat macam tu. Sadakallah hul azimmm la jawabnya.
Amacam...?..tergoda tak?.Kalo tergoda moh kita balik kampung..
Wassalam
2 comments:
memang tergoda giler....huaaaa
moh la kite...:)))
Post a Comment