Assalamualaikum..
Day 4 Berpuasa. Misi Taknak Membazir setakat ni baru 50% archived. hehe. Caiyokkk... Nak makan apa boleh..tapi takyahlah masak dalam kuantiti yang banyak. Cukup cukup simpan buat sahur jer. Tekak aku ok jer makan lauk berbuka buat sahur. Orang lain tak tau la. Hihi. Satu lagi .. Say No To Bazar Ramadhan..:)
Boleh ke?... baru 4 hari puasa tu. Banyak masa lagi. Lagipun Roti John Paktam kat bazar ramadhan tu dah memanggil mangil..menyeru-nyeru nama aku ni. Datang la cikanie..datang...datang....Rilekkk ok cikanie..rilexx...:)
Hari ni tekak ngada ngada aku rasa nak makan stim patin pulak. Guane tu? Selain patin, siakap pun ok.. Kerapu lagi OK.. hihi. Patin ni yang tak berapa nak best ada bau sket kan kalo tak kena tempat. Hari tu ada beli masak lemak tempoyak ikan patin. Sudahnya tong sampah yang makan.. Bau lumpur..eeeww takleh nak telan rasanya. Walopun sambil pejam mata. Tak termasuk dalam mulut. Ke tekak aku jer yang ngada ngada tu. hehe. Tak tau la.
Ok la..balik pada cerita asal.. resepi Patin Stim kan.
Bahan Bahannya:
Sekor ikan Patin/ Siakap/ Kerapu
2 Bijik Limau Nipis
1 Bijik bawang Holand
1 inc Halia -Potong halus panjang gitu
3 Biji Bawang Putih-Cincang
5 Bijik cili Padi..Ketuk Sket ngan lesung kasi pecah
2 sudu sos tiram
Kiub Ayam sket
Daun Bawang
Garam gula aji..secukup rasa
Daun Ketumbar
Sap sap soiii...siapppp...
Alahaii....senang bangat jer cara nak buat ni..
Masuk dalam loyang ke apa ker... kukus la dalam kukusan..Nak masak deret dalam kuali pun No Hal..Ko yang nak makan ka?. Takder salahnya. :)
Masuk ikan...
Bancuh Sos tiram ngan air.. air ni terpulang la.. nak kuah banyak air lebih lah sket, pastu masukla terus garam gula aji tu semua. Curah lah semua tu atas ikan tadi..
Taburlah segala jenis bawang halia yang di hiris tadi...
Limau tadi perah ambik air jer ..curah jugak kat atas ikan tadi
Kukuslah kejap... agak agak ikan tu masak...angkat dan hidang. Try dulu..terkurang apa apa tambah la balik. Itu jer la, senang jer kan.
Selamat Mencuba. Sap Sap Soi jer kan?..hihi
Wassalam.
No comments:
Post a Comment