Assalamualaikum...
Nampak sangat ketandusan idea. Cara nak buat Pulut Ikan masin pun nak tepek resepi. Hehehehe...gelak..gelak..sila gelak secara berjemaah.
Ekceli beberapa minggu lepas kebetulan nak tekak jinjang aku ni terasa sangat nak makan ikan masin ni. Kebetulan pulut beras pulut ada. Cuma beli kelapa parut ngan ikan masin jer la. Nak dapat ikan masik fresh segar bugar kat sini memang tak dapek den nak nolong la. Yang ada ikan masin hapak. Tu pun tak brapa pasti made in mana.. buat ke Pulau Ketam mari... nauzubillah... dah selamat masuk perut aku. Sooooo untuk mendapat keafdhalannya pastikan ikan masin tu datang dari Negeri Cik Siti. Baru cukup sifat Halalantoyyiba.
OK... saper terasa nak makan ?.. JOm... korang kena beli :
Pulut 2-3 pot kecik.
Kelapa tu seeloknya ambik yang kulit masih hidup @ hijau gitu..
Ikan masin..
Saper tak pandai tanak pulut?.. Kalo taknak kasi keras, masuk air banyak banyak dulu. Pastu bila dah menggelegak..ambik buang jer la air tu.. Pastu keringkan dengan api yang sangat perlahan.
Satu lagi pasal kelapa.. kalo kat sini nak dapat kelapa yang kulit hidup tu memang tak dapat la..macam ikan kering fresh tu la jugak. So nak taknak korang kena pegi kedai pilih sendiri kelapa yang paling muda, biasa sabut kelapa warna putih susu, bukan warna cokelet tu. Opss..lupa nak cakap, kelapa tadi korang mesti gaul sama garam baru terasa lemak masinnya. Kena plak ngan ikan masin tamban..fresh giler... tak ke meleleh air liur tu....
Tergoda tak?
2 comments:
tak penah makan macam tu..
tapi balik kerja semalam nenek ai bagi ai pulut dan rendang kerang.. sedapnya.. balik ni nak repeat balik.. makanler.. ;)
sedap jgk tu rendang kerang lawan ngan pulut
Post a Comment