Assalamualaikum..
Sekali lagi curik curik bersiaran. Hehehe...
Audit masih berjalan lancar, cuma jap tadi diorang stop kejap sebab diorang kuar lunch. Kalo sumer kerja ikut procedure apa nak risau. Yang buat kita risau dan BENCI audit sebab kerja macam kilang Budu. Sumer main hentam kromo. Orang buat procedure taknak ikut. Setengah staff tu agaknya procedure tu tak tahu menatang menda. Apalagi nak khatam...jeling pun tak pernah. Bila tiba time audit mula la.. Ada yang MC, ada yang awal awal lagi ambik cuti. Ada yang hilang buat buat bz pun ada. Macam macam ragam manusia ni. Jangan plak ada yang terasa. Aku cakap ni secara general.
Ekceli aku nak citer pasal Hadif. Terpanjang plak citer pasal audit ni. Semalam macam biasa la. Habis kerja Ajeed jemput aku then kami sama sama jemput anak kat taska. Semalam kami terlewat sket. Hampir 6-30 baru sampai taska. Kebetulan Ajeed ada hal kat Labu N9. Tu sebab dia terlewat jemput aku.
Sesampai kat sana tengok Hadif menonong keluar dengan Baju terbalik.
Naper pakai baju terbalik ni..
Dia asyik nak bukak baju jer...
Dalam hati aku...(bengongggg). Nak bergurau pun biarla logik sket. Ingat anak aku tu anak patung cendana ker?. Suka suki ko nak pakai baju pesen mana. Ker dioraang dah start nak pulau anak aku. Macam macam aku pikir sekarang. Kan kalo aku cakap lebih lebih ada plak yang kata aku emosianal.
Kalo korang boleh terima tak gurauan macam ni. Aku takder la nak sound dia. Cuma aku bertanya jer. Aduhhh... aku pening dah pikir ke mana hala aku nak letak annak aku ni. Bukan taknak letak kat tempat lain. Tapi ingat senang ker?.. Kena servey dulu, tgk budget kami plak. Pastu yang paling aku pikir pasal diorang la. Yer la kat taska dah ader kawan. Dia pun hepy kat sana. NAnti kalo pindah tempat lain. Buatnya dia susah nak terima keadaan/ suasana/ kawan baru. Kesian plak.
Takper la. Gini... selagi benda yang diorang buat tak melampaui batas aku OK la. Aku anggap jer dia pakaikan baju anak aku terbalik tu sebagai gurauan. Takper. Bukannya sakit pun kalo pakai baju terbalik. Tapi kalo melibatkan kecedaraan ker, kecacacatan ker..mungkin masa ni aku akan bertindak. Sekarang aku fikir secara rasional la. Tak perlu nak melatah lebih lebih.
Ker cara aku ni slow sangat..? Tapi ini ta bermakan aku tak sayang anak.. Flexible OK..
4 comments:
Dorang pun stress nak layan kerenah anak2 yang pelbagai ragam tapi janganlah jadikan alasan macam tu kepada kita yang penat balik kerja tengok anak macam tu..
memang takde cacat cela tapi cer k.ani tegur sikit.. biar dia tau kita tegas bila melibatkan hal anak2..
alahai kesian hadif. Ade ke buat cam tu? fikirlah dulu sblm buat. Nanti akk pakaikan baju takde butang tu.
aizamia- tu la...kalo tak ditegurkan mcm kaduk naik junjung plak.
ayu- lepas ni kena bgi sumer baju yang takder.
Post a Comment