Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)

Wednesday, July 13, 2011

Kawan Baru Hadif

Assalamualaikum..

Bestnya kalo tak bz kan?.. Sekarang ni peluang nak update blog terbuka luas.. Tapi disebabkan kerja melambak peluang nak update blog pun non ado. Tapi aku cuba gaklah menyelit sket sket. Lepas satu entry pun jadik la.

Macam korang tahu kan..aku baru jer balik dari "bercuti" kat spital. Alhamdulillah.. Kondisi Hadif dah bertambah baik. Berkat dari sokongan family aku yang tak putus putus, mak n ayah aku adik adik aku.. Tak putus putus tepon tanya kondisi Hadif camner?.. Dah ok ke belum. Kalo ikutkan mak aku nak jer dia datang KL tgk cucu dia. Tapi aku tak kasi.. yer la.. nyusahkan dia datang jauh-jauh.Kawan-kawan pun ader yang prihatin... terima kasih pada yang sudi berkongsi rasa ngan aku...

Ok...Sekarang ni kondisi Hadif dah makin baik sket. Batuk batuk pun makin berkurangan. Mungkin kahah dah habis kot. Nasib baik kat spital hari tu doc bagi gas 4 jam sekali. Luas sket rongga pernafasan dia tu. Makan pun dah ok sekarang, demam pun dah hilang. Aktif jer sekarang ni. Tak larat nak mengemas plak. Cuma peel dia yang nak berdukung tu masih ader lagi. Inilah yang paling aku tak tahan. Tapi takpe la....cuma aku harap berat dia naik la lepas ni.



Masa kat spital hari tu hanya tuhan jer yang tahu tahap kebosanan aku sampai mana. Nasib baik En Suami dan Hafiy tak jemu jemu datang melawat. Walopun hanya mengintai dari tirai tingkap. Yer la.. Budak kan takleh masuk. Kalo Ajeed masuk sorang, mana nak di letak Si Hafiy tu. Sooo nak taknak cakap cakap.. borak borak belakang langsir jer la. Pastu Sabtu tu plak adik aku Si Ila tu datang, siap bawak bekal lagi. Nasi putih sama daging goreng jer.. Syukurrr... 3 hari dah tekak aku ni aku paksa telan lauk hospital. Dapat makan lauk yang terasa garam sket.. Ya Allah.. nikmatnya... (hantu garam)

Tapi dalam kebosanan tu kadangkala terhibur juga dengan peel peel budak kat dalam sana. Macam macam ragam. Kebanyakkan budak yang masuk spital tu sebab demam la. Aku ingat Hadif ni dah teruk, tapi masih ada lagi yang lagi teruk dari Hadif. Melihat keletah diorang ni rasa macam terhibur sket hati. Takderla bosan sangat. Kalo tak pikir nak balik jer doplohpatjam.

4 orang budak yang berjaya mengubat kebosanan aku masa kat spital.



Iwan (7 Thn)
Masuk spital sebab penyakit gatal gatal. Ntah aper kena. Sempat jugak interbiu orang kat situ. Rupanya Iwan ni orang dari kebajikan yang hantar. Sebab dia salah sorang penghuni kat sana. Katanya ayah dia yang dera dia. Maknya dalam pantang. Itu sebab dia terpaksa diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Budak sorang ni terlebih peramah. Yer la.. sumer doctor misi kat sana dia panggil kakak abang jer. Masa Hadif kena tahan kat Ward cirit birit pun selamba badak jer dia masuk situ. Padahal kat situ pesakit lain memang takleh masuk. Kesian gak kat dia sebab takder saper pun yang datang melawat dia. Waima family n sanak sedara. Agaknya sebatang kara jer kot dia kat dunia ni. Cuma sekali sekala tu ader la cikgu dia yang dari Jabatan Kebajikan tu yang datang.



Bella (2 Thn 2 Bln)
Budak ni lagi sorang. Masuk spital pun sebab demam n muntah muntah. Sepanjang 3 hari kar ward...ya ampun.. suara dia jer yang bising. Bising sebab mengamuk nak balik. Setiap kali ayah dia datang.. atau sesaper yang datang mesti lepas tu dia ngamuk sakan nak ikut balik skali. Kadang kadang tu kesian sangat tengok kat mak dia. Terpaksa ke hulu ke hilir nak memujuk si Bella ni. Satu malam tu dia tak nak tido atas katil.. satu sebab nya kat umah dia tido boyan . So kat spital memang doplohpat jam mengamuk jerla. Sudahnya malam ke-3 tu doctor bagi pelepasan. Discharga tengah tengah malam buta. Lega sket mak dia gamaknya



Qistina (6 Bulan)
Budak sorang ni terlebih baik plak. Dia ngamuk bila kena bagi gas jer. Kena tahan ward sebab demam jugak. Asma plak tu. Kadang kadang aku tengok mak dia jeles plak. Senang giler jaga dia. Lepas jer dalam katil. Main jer la sorang sorang, puas main kan dia tido plak.. Senang ya amat jaga dia. Special nya si Qistina ni masa dia lahir dah tumbuh gigi. Budak ni tua dalam perut. Cantikknya... baby dah tumbuh gigi kan?.. Dia ni memang takder karenah. Cuma mak dia risau 1 jer.. dia suka nak berdiri dah.. siap paut tangan kat katil lagi..walhal umur baru 6 bulan.. Terlebih advance plak.



Alvin (1 tahun)
Budak ni sorang. Aktif giler.. Suka mengigit. Tak larat maknya nak melayan. Dahla maknya tengah preggy 4 bulan... Kena plak mengadap dia yang teramatlah lasak . Masuk spital pun sebab demam and muntah. Kahak banyak. Sekali dia muntah memang kuar skali la lendir lendir degil tu. Kata nenek dia..kat umah si Alvin ni jadi hero.. wahh baru masuk stahun dah jadi taiko yer Alvin.



Ramai lagi kengkawan Hadif yang sama nasib kat spital tu.. Tapi Hadif ni len macam sket.. Dia ni susah nak dekat dengan orang yang dia tak kenal. Nampak macam dia suka, tapi bila sampai dekat tak nak plak.. malu malu kucing plak kekdahnya. Sudahnya aku ni la tempat dia lepas geram . NAsib baik kamu sakit nak.. kalo kamu sihat ibu cubit cubit pipi kamu tuh.. geramsss tau...

Ok la.. tiada ayat penutup.. sila tutup sendiri..hehehe..

2 comments:

aizamia3 said...

moga semua yang ada di wad tu cepat sihat hendakNYA..

kesian pada Iwan tu kan.. :(
moga dia tabah dalam mengharungi hidup.. moga dia jadi orang yang kuat untuk jaga mak dia.. :)

psstt: suka tengok Alvin tu.. muka ala2 taiko hensem..

aCik Anie said...

memang betul... selamba jer muka nenek dia digigitnya.. gatal gusi kot